Thursday 30 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 21


Riuh rendah rumah Puan Hasnah kerana mereka baru lepas mengadakan kenduri kesyukuran buat Affendy. Ramai saudara maranya merasa bersyukur anak sulung mak long mereka kembali dengan selamat. Ramai yang masih lagi berada di rumahnya walaupun kenduri sudah berlalu. Mereka semua rindu ingin bertemu dengan anak sulung kak long. Sepanjang masa Affendy cuba mengelak dari bertembung dengan Anisha. Dia tidak mahu gadis itu mengenalinya. Dia tidak tahu sampai bila dia harus mengelak dari Anisha.

 

“Fendy, bila awak tu nak berumahtangga, adiknya dah langkah bendul,” usik mak tehnya.

 

Affendy tersenyum. Setahunya hanya anak dara sahaja yang akan ditanya soalan demikian. Dia tidak menyangka anak teruna juga turut tidak lari dari soalan cepu emas itu.

 

“Belum ada jodoh mak teh,” jawab Affendy ringkas lalu tersenyum walaupun hatinya merasa sebak bila soalan itu di ajukan kepadanya.

 

“Abg Fendy ni terlalu memilih sangat tak mak long,” usik Aina sepupu Fendy.

 

“Eleh pandailah kau nak usik abg Fendy kau, kenapa kau teringin ke dengan abg Fendy kau,” usik mak tehnya bila Aina menyampuk.

 

Aina tersipu malu bila maknya menyakatnya.

 

“Aina terlalu muda buat Fendy,” ujar Fendy seraya ketawa.

 

“Betul tu mak, apa aje abg Fendykan abg sepupu favorite Aina, betul tak abg Fendy,” ujar Aina seraya duduk bersebelahan dengan abg sepupunya.
 
 

“Betul,” jawab Fendy matanya terpandang akan kelibat Anisha dan Amirul berjalan menuju kearah mereka duduk berkumpul. Affendy merasa tidak selesa.

 

“Fendy minta diri dulu,” ujar Fendy tergesa-gesa mahu meninggalkan mereka.

 

“Abg Fendy, nak lari kemana,” ujar Amirul sebaik sahaja ternampak abg Fendy mahu meninggalkan mereka. Fendy berhenti melangkah. Amirul dan Anisha berjalan mendekati Affendy.

 

“Anisha, kenalkan ini abg Fendy,” ujar Amirul memperkenalkan Anisha kepada abangnya.

 

“Saya banyak mendengar cerita tentang abg Fendy dari Amirul, Nisa syukur kerana allah panjangkan umur abg Fendy,” ujar Anisha seraya memandang wajah tampan milik Affendy.

 

Affendy hanya mampu berdiri tercegat tanpa berkata apa. Dia menatap wajah Anisha lama. Gadis itu masih kelihatan cantik. Apa yang membuatkannya lebih sebak. Anisha mengenakan sepasang kurung biru pemberiannya sebelum dia berangkat ke Venice. Anisha kelihatan sungguh ayu bila berbaju kurung.

 

“Kenapa abg diam aje, terpegun dengan pilihan Amirul ke,” usik Amirul seraya ketawa. Anisha tersipu malu bila Affendy memandangnya tanpa berkelip.

 

Affendy turut tersenyum bila menyedari perbuatannya. Dia hanya tersenyum seraya menundukkan kepala sedikit sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua.

 

“Kenapa abg Fendy macam sedih aje,” soal Anisha. Dari cahaya matanya Anisha dapat merasakan Affendy bersedih.

 

“Abg Fendy masih belum sihat sepenuhnya,” terang Amirul tanpa berfikir panjang. Dia sedar sejak pulang dari Venice Affendy terlalu pendiam dan jarang meluangkan masa bersamanya.
 
 

Affendy tergesa-gesa mahu meninggalkan mereka dan tanpa dia sedari Aina berada dibelakangnya. Mereka hampir bertembung.

 

“Opps hati-hati Aina,” ujar Affendy lengan sepupunya segera di tarik sebelum gadis itu terjatuh.

 

Anisha tersentak dan berhenti melangkah sebaik sahaja terdengar suara yang amat dikenalinya. Dadanya berdegup kencang. Dia memandang ke arah Affendy. Affendy spontan menoleh ke arahnya. Affendy segera melarikan pandangannya kea rah lain lalu meninggalkan Anisha sendirian.
 
 
To be continued...

No comments:

Post a Comment