Thursday 16 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 16


Tanpa disedari masa berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar sudah sebulan usianya perkenalan Anisha dengan Amirul. Anisha dapat merasakan hidupnya kembali ceria. Kehadiran Amirul dalam hidupnya memberi sinar baru. Amirul seorang lelaki yang penyayang, penyabar dan begitu ambil berat terhadap dirinya. Bila bersama Amirul, Anisha merasa begitu tenang dan selesa, dia dapat merasakan seolah-olah Amirul dan abg long ada kaitan. Walaupun perangai mereka berbeza. Amirul seorang pemuda yang pandai melawak dan Anisha terhibur dengan perangainya yang gila-gila manakala abg Long bersikap pelindung, penyayang dan matang.

 

“Nisa, kalau Nisa ke Indonesia jangan pergi ke Taman Safari tau, bahaya,” ujar Amirul tiba-tiba dengan wajah serius.

 

Anisha mengerutkan dahinya. Kenapa pula secara tiba-tiba Amirul berkata demikian. Bukankah Amirul sendiri yang mencadangkan kepadanya jika di Jakarta jangan lupa melawat Taman Safari di sana. Katanya taman haiwan itu lebih bagus dari tempat-tempat lain.

 

Kan ke Rul yg cakap tempatnya cantik,” soal Anisha.

 

“Memang tempatnya cantik, tapi kawan Rul ada pergi taman Safari tu tahun lepas pulak tu masa first day puasa dia kata bahaya tempatnya,”

 

“Pergi taman safari bulan puasa, pelik sungguh lah kawan Rul tu,”jawab Anisha seraya tersenyum.

 

Amirul tidak menjawab malah menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.

 

Anisha berhenti mengunyah kacang putih yang di beli Amirul tadi. Dia mula cemas. Dia sudah sarankan kepada mama dan papanya bila mereka bercuti ke Indonesia Anisha teringin sangat hendak ke Taman Safari melihat haiwan liar seperti di Africa. Dia teringin juga hendak memberi zirafah makan dan melihat singa dan harimau bebas berkeliaran.

 

“Betul ke, apa yang bahaya sangat,” soal Anisha kurang puas hati.

 

“Kawan Rul pergi sekeluarga naik kereta masuk ke taman Safari tu, bila sampai ke zon haiwan liar enjin keretanya tiba-tiba mati, mereka cuba mendapatkan bantuan dari ranger tapi kebetulan ranger tak ada, so kawan Rul keluar dari kereta nak periksa enjin kereta dia, sementara isteri dan anak-anaknya duduk dalam kereta,” ujar Amirul seraya memandang tepat ke wajah manis Anisha.

 

“Habis tu apa jadi,” soal Anisha lagi. Tak sabar rasanya ingin tahu kisah teman Amirul.

 

“Sedang suaminya sibuk memeriksa enjin, anaknya ternampak kelibat singa sedang menuju ke arah kereta mereka,” ujar Amirul serius.

 

“Singa, habis tu macamana,”

 

“Isteri dan anaknya tergamam kehilangan kata-kata bila ternampak singa besar tu menghampiri mereka dan singa itu berada betul-betul di belakang suaminya,”

 

“Ya Allah, apa jadi lepas tu,” soal Anisha cemas. Dia seolah-olah dapat membayangkan bagaimana nasib teman Amirul selepas itu.

 

“Singa tu betul-betul berada di belakangnya, singa itu mengaum kuat, kawan Rul terperanjat gilalah bila sedar singa besar yang kelihatan lapar itu berada di belakangnya, dia berdoa semoga allah selamatkannya,”

 

“Apa jadi, cepatlah Rul,” ujar Anisha kurang sabar. Ngeri mendengar cerita Amirul.

 

“Singa tu pun…berkata jangan takut bang saya puasa, kereta rosak ye,” ujar Amirul cuba menahan ketawa.

 

Anisha turut tertawa bila menyedari Amirul hanya hendak mengenakannya. Amirul tersenyum bila dilihatnya Anisha kelihatan begitu cantik bila tersenyum dan tertawa.

 

“Anisha kelihatan cantik bila tersenyum, wajah Anisha kelihatan berseri bila Anisha senyum,” ujar Amirul seraya menatap wajah Anisha lama. Hatinya sudah terpaut pada Anisha semenjak pertama kali dia menatap wajahnya. Namun wajah Anisha kelihatan lebih berseri bila dia ketawa atau tersenyum.

 

Anisha terdiam. Dadanya sebak secara tiba-tiba.

 

Perkataan yang keluar dari mulut Amirul pernah di ucapkan oleh abg long.

 

            “Faezah, agaknya apa yang membuatkan abg long tertarik pada kak Nisa,”

 

            “Ketawa dan senyuman manisnya,” ujar seseorang.

 

Masih terngiang-ngiang lagi perkataan yang sering abg long katakan padanya bahawa wajahnya kelihatan lebih berseri bila dia tersenyum.

 

“Kenapa Nisa,”soal Amirul bila gadis itu tiba-tiba mendiamkan diri.

 

“Hantar I balik Amirul,” ujar Anisha perlahan.

 

“Kenapa Anisha tiba-tiba hendak balik, maafkan Rul kalau Rul ada tersilap kata,” ujar Amirul setelah menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Wajah Anisha tiba-tiba berubah muram.

 

“Tak ada apa-apa, Nisa rasa kurang sihat,” bohong Anisha.

 

Amirul mengeluh kecil. Tujuan dia membawa Anisha bersiar-siar kerana dia mahu menyampaikan berita kepada gadis itu. Lama sudah dia ingin menyatakan hasratnya. Namun dia belum bersedia untuk menyampaikannya kepada Anisha kerana dia tidak mahu kelihatan terburu-buru. Hari ini dia mahu meluahkan isi hatinya agar Anisha tahu bahawa selama ini dia cintakan Anisha.

 

“Nisa, Rul rasa Rul tak mahu lagi berahsia dengan Nisa,” ujar Amirul dengan wajah serius.

 

“Berahsia, rahsia apa,” ujar Anisha ingin tahu. Wajah tampan milik Amirul dipandang hairan. Amirul masih lagi kelihatan serius tiada petanda yang mengatakan bahawa dia bergurau.

 

“Rul belum pernah jatuh hati pada mana-mana wanita, percayakah Nisa sekiranya Rul katakan Rul terpaut hati pada Anisha bila pertama kali terpandang akan wajah Anisha, sejak dari hari itu Rul cuba mengenali Anisha lebih dekat lagi, dan mahu memiliki hati Anisha, sudikah Anisha menjadi suri hidup Amirul,” ujar Amirul seraya memandang tepat ke wajah Anisha. Anisha terpana seketika. Amirul melamarnya.


To be continue...

No comments:

Post a Comment