Tuesday 12 August 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 15)






                Adam menyambut huluran tangan untuk bersalam dengan para Jemaah surau sebaik sahaja selesai solat terawih. Dia bersetuju untuk ke surau setelah berjanji dengan Khairul. Khairul menjadi temannya selama dia disini. Siang tadi selepas Khairul mengemas stor mak ngahnya. Dia mengajak Khairul mencari makanan untuk juadah berbuka pausa nanti. Tujuannya hendak ke pekan untuk membeli makanan di restoren. Tapi memandangkan pekan jauh dan dia tidak punya kereta untuk memandu keluar kampong. Mereka mengambil keputusan untuk menaiki basikal milik arwah suami mak ngah. Era pakat gelakkan dia kerana dia kelihatan lucu bila menunggang basikal tua milik arwah pak ngah. Apa taknya. Dia yang handsome lagi macho dengan baju orang bandar di kehendaki naik basikal tua. Issk tak macho langsung. Ini semua kerana Era. Ikutkan hati hendak sahaja dia beli semua benda baru dan ganti barang-barang yang terdapat di rumah mak ngahnya yang di rasakan sudah usang dan tua. Tapi dia terpaksa menahan diri untuk berbuat demikian kerana Era tidak benarkan. Era mahu dia merasa hidup bersederhana dan guna apa sahaja yang ada.

 
 
 

Khairul membawanya ke bazaar ramadhan. First time dia ke ‘bazaar ramadhan’. Adam merasa teruja melihat pelbagai juadah terjual di sana. Pada awalnya dia tidak berapa berminat hendak membeli kerana tidak tahu tahap kebersihan makanan yang di sediakan. Namun bila dia fikirkan balik. ‘No pain no gain’. Adam mengambil keputusan untuk mencubanya. It’s fun. Adam akui sendiri. Dia tidak pernah merasa hidup di kampong. Sesekali hidup tanpa suit dan tie, tanpa kereta mewah dan segala kemudahan membuatkan Adam menghargai kehidupan yang sebenar dan kehidupan orang yang tidak senasib dengannya. Membuatkan dia merasa bersyukur dikurniakan dan di beri kesenangan dari Allah dan dia tidak seharusnya merasa bermegah diri dengan apa yang dia miliki kerana semuanya datang dari Allah. Siapa kata hanya orang kaya sahaja yang dapat hidup gembira dan bahagia kerana mempunyai wang dan segala kemewahan. Ada juga orang yang kaya tapi tak ‘Happy’. Seperti dirinya dahulu. Dia kaya punya segalanya tapi hatinya kosong dan seringkali mencari sesuatu untuk membuatkannya happy. Happy sementara. Alhamdullilah setelah di pertemukan dengan Era dia mengerti dan memahami erti kebahagiaan. Kebahagiaan tidak boleh di jual beli. Ia harus di cari. Dan pencariaan selama ini sudah ditemui. Dia bahagia bersama dengan Era.

 
 
 

“Assalamualaikum Adam,” teguran seseorang dari belakang membuatkan Adam terperanjat. Dia sedang menunggu Khairul dan mahu ingin sebaik balik ke rumah kerana perutnya terasa memulas dan tidak enak. Mungkin kerana kueh teow goreng kerang yang di beli di bazaar ramadhan tadi.

 
 
 

“Waalaikumsalam..,” jawab Adam lalu menoleh kearah orang yang menegurnya.

 
 
 

“Seorang sahaja mana mak ngah dan Era??,” tegur lelaki itu sambil meninjau-ninjau arah mussolah wanita mencari-cari kelibat Era dan mak ngahnya.

 




Adam memandang wajah Zafriel dengan perasaan jengkel. Dia tahu Zafriel sengaja berbuat demikian kerana mahu dia merasa cemburu. Pleaselah..kalau dia cemburu pun Zafriel tidak akan dapat menghidunya kerana dia master dalam hal-hal menyembunyikan perasaannya. Kalau Era tidak dapat menduga atau membaca expresi wajahnya inikan pula Zafriel.

 
 
 

“Sekejap,” jawab Adam lalu menyeluk seluar baju melayunya. Bila tidak berjumpa dengan apa yang di cari. Dia meninjau kocek yang terdapat di baju melayunya.

 



“Cari apa??,” soal Zafriel bila Adam seperti mencari sesuatu.

 
 
 

“Mak ngah dan Era, tak ada pula,” jawab Adam dengan wajah selamba.

 
 
 

Zafriel tertawa kecil. Dia tahu Adam menyindirnya. Dia tidak menyangka Adam punya good sensed of dry humor kerana lelaki itu kelihatan serious. Seolah-olah dia tidak tahu berjenakan mahupun bergurau.

 
 
 

Adam hanya tersenyum sedikit bila Zafriel faham akan sindirannya.

 
 
 

“I’m sorry for asking you silly question..by the way thanks for the pizza that you have sent to my place the other night for iftar,” ujar Zafriel lalu tersenyum. Maknya terperanjat bila budak delivery pizza menghantar pizza ke rumahnya sedangkan mereka tidak memesan sebarang pizza. Pada awalnya maknya menyangka budak delivery itu hantar ke salah rumah. Tapi bila budak itu menerangkan pizza itu memang di suruh hantar ke alamat rumahnya dan ianya sudah di bayar dan di slipnya terdapat nama Adam Matin. 

 
 
 

“Dari Era..I’m just being a good husband,” jawab Adam lalu tersenyum. Dia tidak akan menceritakan kepada Zafriel akan sebab mengapa dia menghantar pizza ke rumahnya.

 
 
 

“Maaf sebab kita belum dapat membalas lagi..my mum trying to learn how make lasagna,” jawab Zafriel lalu tersenyum. Maknya susah payah cuba untuk mendapatkan bahan-bahan untuk membuat lasagna katanya hendak membalas pada Era. Dan bila Zafriel mengatakan padanya bahawa suami Era adalah orang Italian, itu yang membuatkan maknya lebih teruja untuk cuba membuat lasagna dan hendak berikan kepadanya.

 



“Lasagna??? Interesting your mum suka makanan Italian??,” soal Adam kembali.

 



“I told her that Era’s husband is an Italian, itu yang dia teruja untuk belajar buat lasagna to impress you,” jawab Zafriel tersenyum lagi. Maknya memang begitu. Lucu orangnya. Dia tidak tahu kenapa dia tidak mewarisi perangai emaknya yang lucu dan spontan, malah dia mengikut perangai ayahnya yang tidak lucu dan tidak spontan.

 
 
 

“I see..your mum is very sweet person..I love your mum already,” jawab Adam turut tersenyum bila mengetahui akan sebab mengapa emak Zafriel mahu membalas juadah berbuka dengan memasak lasagna kerana dia menyangka Adam tidak tahu makan makanan melayu dan hanya makan makanan Italian.

 




“Adam..I know you feel uneasy whenever I’ve mention Era name in our conversation, I want you to know that we are just friends only,” ujar Zafriel. Dia tidak mahu Adam merasakan bahawa dia mempunyai perasaan apa-apa terhadap diri Era. Benar dahulu dia punya ada hati dengan Era tapi setelah mak ngahnya mengatakan Era sudah berkahwin. Dia tidak lagi menyimpan perasaan terhadap Era. Era sudah di anggap teman biasa.

 
 
 

“Thanks for being honest with me..but frankly speaking, I’m not really worry about you and Era,” jawab Adam tersenyum lalu menepuk bahu Zafriel. Gila apa dia hendak mengaku pada Zafriel bahawa dia cemburu setiap kali Era berbual dengannya, memang taklah. Tak macho.

 
 
 

Zafriel hanya tersenyum mendengar komen Adam. Dia tahu Adam tidak akan mengaku yang dia cemburu padanya. Sehingga kini Zafriel tidak berapa tahu tentang suami Era? Apa pekerjaan Adam? Semasa dia berada di rumah mak ngah malam kelmarin Era dan Adam di hantar seseorang. Adam tidak mempunyai kereta sendiri? Tapi dari cara Adam. Dia tidak kelihatan seperti lelaki yang tidak berjaya. Pakaian yang Adam pakai semuanya berjenama. Jam yang di gunakan Adam sekarang, jam ‘Chopard’.

 
 
 

“Assalamualaikum..,” teguran dari seseorang cukup membuatkan Adam dan Zafriel terperanjat.

 
 
 

“Waalaikumsalam,” jawab mereka berdua serentak berserta menghulur salam kepada orang yang memberi salam.

 
 
 

“Zafriel tak ajak temannya tadarus sekali malam ni,” tegur Pak Aji Amran. Dia tidak kenali lelaki yang berada di sebelah Zafriel malah dia tidak pernah bertemu dengan lelaki itu sebelum ini? Anak siapa? Tengok dari caranya seperti orang yang tinggal di bandar besar? Dan dia tahu lelaki itu bukan lelaki melayu.



 

“Pak Aji kenalkan ini Adam, suaminya Era anak sedara Mak Ngah,” ujar Zafriel memperkenalkan Adam kepada Pak Aji Amran.

 



“Ini suaminya Era?? Bukan melayu..orang putih?, maaflah pak Aji tak reti cakap orang putih ni,” ujar Pak Aji lalu tersenyum memandang kearah Adam. Patutlah lelaki itu kelihatan serba tidak kena semasa di dalam surau tadi. Mungkin Adam tidak faham dan tahu berbicara bahasa melayu. Dia tidak tahu yang anak sedara Imah bernikah dengan lelaki orang putih. Dia kenal pada anak sedara Imah yang bernama Era. Era wanita yang baik dan bersikap sederhana. Dia sangka Era akan berkahwin dengan Zafriel kerana dia tahu Era dan Zafriel rapat. Dia tidak menyangka Era boleh bernikah dengan lelaki mat saleh. Dah jodoh Era.

 
 
 

“Saya faham bahasa melayu pakcik, saya orang Malaysia,” jawab Adam lalu membuahkan senyuman kepada Pak Aji Amran.

 
 
 

“Oh orang Malaysia, err boleh lah kita tadarus malam ni?,” ujar Pak Aji membalas senyuman Adam.

 
 
 

Adam membisik sesuatu di telinga Zafriel. “What’s tadarus??,” bisiknya perlahan. Dia pasti perkataan itu bukan perkataan melayu kerana dia tidak pernah mendengarnya sebelum ini.

 
 
 

“Mass recitation of Quran,” jawab Zafriel lalu tersenyum.

 
 
 

“Ok..I have to pass that, I belum graduate lagi,” jawab Adam lalu memandang wajah Pak Aji Amran. Recite Al-Quran? Baru dia belajar mengeja dari Ustaz Salim yang datang ke rumahnya setiap minggu belum sampai ke mengaji Al-Quran.

 
 
 

“Graduate??,” ujar Pak Aji kurang faham apa yang di kata Adam. Adam berbicara dalam bahasa ingerris.

 



“Adam belum habis khatam al-quran, insyallah pak Aji saya turut sama tadarus malam ini, ” jawab Zafriel.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

Friday 8 August 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 14)








                   Adam mematikan telefon sebaik sahaja dia berbual dengan Raoul lalu memandang tepat ke wajah Khairul yang sedang setia menanti arahan darinya. Dia sendiri tidak tahu pekerjaan apa yang harus di berikan kepada Khairul. Adam mengaru kepalanya yang tidak gatal. Kalau di office Khairul sudah di beri tugas sebagai office boy. Tapi di sini apa pekerjaan yang harus di beri? Jadi PAnya di Pahang?





 

“Maaf call from my old friend,” ujar Adam tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

 
 
 
 

“Tak mengapa..Abang suaminya kak Era ke?,” soal Khairul tiba-tiba. Mak ngah mempunyai seorang anak saudara perempuan bernama kak Era. Kak Era seorang wanita yang baik. Kak Era banyak membantu keluarganya dan dia merasa terhutang budi dengan kak Era. Dia mendapat tahu dari mak ngah yang Kak Era sudah bernikah dengan orang Kuala Lumpur. Dan tengok dari cara abang Adam. Dia tidak seperti orang kampong.

 
 
 
 

“Yes,” jawab Adam ringkas lalu menganggukkan kepalanya perlahan.

 
 
 
 

“Eh Khairul? Bila sampai?? Kenapa duduk di atas lantai Khairul duduklah di atas kerusi,” tegurku sebaik sahaja terpandang wajah Khairul. Aku mencari Adam kerana Adam senyap sahaja dari tadi. Aku merasa bersalah pula kerana jarang meluangkan masa bersama dengan Adam bila berada di kampong. Nanti merajuk pula suami mat saleh celup aku tu jika aku tidak memberinya perhatian.

 
 
 
 

“Baru kejap aje kak..,” jawab Khairul lalu tersenyum. Kak Era kelihatan lebih cantik sekarang kerana sudah pandai bergaya. Kak Era yang dahulu kelihatan simple dan berkaca mata.

 
 
 
 

“You suruh Khairul datang buat apa dear??,” tanyaku lalu melabuhkan punggung di atas kerusi duduk bersebelahan dengan Adam. Apa yang Adam mahu dari Khairul?

 
 
 
 

“I hired Khairul to work for me,” jawab Adam lalu tersenyum.







“Work for you?? Kerja apa yang you nak beri pada Khairul?,” soalku terperanjat. Apa pekerjaan yang Adam hendak berikan kepada Khairul?

 
 
 
 
“The thing is I’m not sure too, why don’t you dan mak ngah sahaja yang fikirkan kerja apa yang sesuai buat Khairul,” jawab Adam lalu memandang kearah isterinya.

 
 
 

“Betul ke Khairul hendak bekerja dengan abang Adam ni??,” soalku kerana Adam tidak memberitahu aku yang dia mahu Khairul bekerja dengannya.

 




“Apa-apa kerja insyallah saya boleh buat kak,” ujar Khairul lalu menguntum senyum. Dia sudah biasa mengambil upah bekerja dengan orang lain. Semua kerja-kerja buruh dia sudah pernah lakukan untuk mendapatkan wang untuk menampung kehidupan seharian mereka. Hendak harapkan upah yang di terima ayahnya memang tidak mencukupi buat mereka sekeluarga.

 
 
 
 

“Kalau macam gitu..Khairul boleh tolong kemaskan bilik stor mak ngah? Bilik tu dah lama tidak di bersihkan,” ujarku lalu memandang wajah Khairul. Stor mak ngah tu susah hendak ku cari barang kerana tidak pernah di kemas. Jadi bila Adam meminta Khairul bekerja dengannya dapatlah Khairul membantu untuk mengemas dan membersihkan stor mak ngah.

 
 
 
 

“Boleh kak,” jawab Khairul lalu bangkit. Dia menuruni anak tangga menyarung seliparnya dan menuju ke bawah kolong kerana dia tahu stor mak ngah terdapat di hujung berdekatan dengan dapur.

 
 
 
 
“Terima kasih, Khairul,” ujarku lalu membuahkan senyuman kepadanya. Aku merasa belas melihat Khairul. Kak Leha beruntung mendapat anak sebaik Khairul. Khairul rajin membantu keluarganya. Remaja seusia Khairul sepatutnya masih berada di bangku sekolah lagi. Namun Khairul tidak dapat berbuat demikian kerana keluarganya tidak mampu untuk menampung perbelanjaan persekolahannya. Khairul mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan bekerja untuk meringankan bebanan ayah dan ibunya.

 





“What are you thinking of?,” tegur Adam bila isterinya seperti memikirkan sesuatu.

 
 
 

“Tak think..I’m just felt sorry for Khairul..remaja seusianya sepatutnya bersekolah dan bukan bekerja,” jawabku perlahan.

 
 
 
 

“Masa you date dengan I dahulu, your free time you selalu luangkan masa di Darul Shifa dan rumah anak-anak Yatim kan? Dan Mr. Saiful itu pegawai Darul Shifa kan?,” ujar Adam lalu memandang wajah isterinya. Dia tahu Era suka melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan amal. Walaupun Era tidak pernah memberitahunya. Dia mendapat maklumat mengenai kegiatan Era dari Harris. Harris di suruh menjadi spy Era.

 
 
 

Aku tersentak bila Adam berkata demikian. Mana Adam tahu? Aku tidak pernah menceritakan kepadanya. Apa Adam pasang spy untuk mengintip pergerakan aku?

 
 
 

“Mana you tahu?? I tak pernah ceritakan pada you sebelum ini?,” soalku terperanjat bila Adam tahu mengenai kegiatanku di siang hari jika aku tidak keluar bersama dengannya semasa kami ‘dare date’ dahulu.

 
 
 

“I suruh Harris check on you,” jawab Adam tanpa berselindung.

 




“You spyed on me?? Sekarang pun you spy on me ke??,” ujarku lalu membesarkan mata kerana tidak percaya Adam menghantar Harris untuk mengintip pergerakan aku dahulu.

 
 
 
“I’m sorry..I just want to make sure that Era is not a crazy person,” jawab Adam dengan wajah selamba.

 
 
 

“Crazy person??? Ok..Fair enough..sebab you takut I make use of you kan?? I hope you tak suruh abang Harris spy on me lagi..if I know you masih suruh abang Harris intip kemana I pergi siap you Mr. Adam,” ujarku lalu menjeling Adam. Aku tahu Adam berbuat begitu dahulu hanya untuk memastikan bahawa aku bukan orang jahat dan berniat tidak elok padanya. Orang kaya dan terpengaruh seperti Adam, pasti dia sudah meminta seseorang untuk membuat ‘background check’ untuk memastikan bahawa orang yang berurusan dengannya itu boleh di percayai dan aku tidak terkecuali.




 

“Tak lagi..,” jawab Adam lalu tersenyum. Dia memang tidak menyuruh Harris berbuat demikian kerana Harris di tugaskan untuk menjadi pemandu dan bodyguard peribadinya. Tugas mengitip di tugaskan kepada orang lain.

 
 
 
 
“You better..sebab I tak suka di intip ok..Mr. Adam..It’s not cool, I’m not a felon,” ujarku lalu bangun dari kerusi dan mahu menuju ke dalam ruang tamu. Adam ingin ke dapur untuk menbantu mak ngah.

 
 
 

“I suruh orang lain yang jadi spy you..bukan Harris!,” ujar Adam dia sengaja menunggu sehingga Era berjalan hingga ke hujung ruang tamu jadi senang dia hendak melarikan diri dari Era sebelum dia menjadi mangsa cubitannya.

 
 
 
 

“ADAM!!!,” jeritku geram lalu mengetap bibir menahan marah. Adam tersengih tak ubah seperti kerang busuk bila isterinya marah padanya.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 13)







                   “Any urgent emails or letters that I need to attend to??,” ujar Adam sebaik sahaja Dian menyambut taliannya. Dia duduk di anak tangga beranda rumah mak ngahnya. Kalau tidak kerana Era sudah lama dia cabut balik ke KL. Dia mati kutu berada di kampong. Apa taknya bosan semacam. Tiada benda yang boleh di lakukan. Menyesal pula dia tidak meminta Harris menghantar kereta kepadanya. Setidak-tidaknya dia dapat memandu keluar dari kampung atau ke bandar untuk menghilangkan rasa bosan.






“So far no sir..anyway you know I will call you if anything pops up?,” ujar Dian merasa hairan Adam seringkali menghubunginya bertanya samada ada perkara penting yang memerlukan perhatiannya sedangkan Adam tahu dia akan menghubungi Adam kalau ada perkara yang hanya perlukan Adam sahaja.






“Yah I know..I’m just bored,” ujar Adam lalu berdiri di anak tangga. Begitulah perasaannya ketika ini. Hari kedua di kampong di sudah merasa bosan gila. Rasa seperti hendak lari sahaja.





Dian tertawa kecil mendengar keluhan bossnya. Adam bosan maka sebab itu dia asyik menghubungi bertanya samada ada perkara penting yang memerlukan perhatiannya atau memerlukan dia pulang ke pejabat segera. Adam hoping she will say something.
 
 
 
“Don’t laugh ok..I almost had nervous breakdown when my wife told me she wanted to fast and celebrated hari raya here in Kuantan,” ngadu Adam.
 
 

Sekali lagi Dian ketawa bila Adam berkata demikian. Lucu sungguh mendengar keluhan hati Adam. Kalau dia di tempat Adam dia juga akan merasa seperti yang Adam rasakan. Cuba bayangkan orang bandar ‘silver spoon’ seperti Adam yang tidak pernah tinggal di kampong terpaksa berada di kampong selama sebulan setengah. Mahu tak kejung di buatnya. Tapi Adam bernasib baik kerana dia jutawan apa yang di hajati dan kehendaki mudah di perolehi. Cakap sahaja semua boleh diperolehi dengan mudah dan cepat kerana Adam tidak khuatir untuk membayar lebih jika perlukan khidmat express.
 
 

“Sorry sir..I can’t help it..do something that won’t make you bored,” ujar Dian. Dia sendiri tidak punya idea atau cadangan yang dapat di berikan kepada Adam agar dia tidak merasa bosan kerana dia sendiri mati kutu bila berada di kampong neneknya di Terengganu kerana dia tidak pernah merasa hidup di kampong dan di besarkan di bandar. Tanpa ipad dan wifi dia tidak dapat hidup inikan pula Adam.
 
 
 

 

“Apa you selalu buat bila balik kampong di Terengganu??,” soal Adam. Dia tahu Dian punya kampong di Terengganu. Jadi dia ingin tahu apa yang Dian selalu buat bila dia balik ke kampong neneknya. Mungkin Dian dapat memberi dia idea supaya dia tidak mati kebosanan.
 
 

 

“Ah..I tak berapa adventures sangat..I duduk rumah aje,” jawab Dian.
 
 
 

 

“You can stay at home without doing anything?? I really can’t,” jawab Adam lalu duduk di kerusi pak awang yang terdapat di beranda rumah. Dia mencapai suratkhabar lalu mengipas perlahan.




 

“Not really..I surf internet I can leave with that,” jawab Dian tersenyum. Kalau tak ada internet dan wifi takde maknanya dia dapat tinggal lama di kampong. Sehari sahaja dia dah balik.

 
 
 
 

“Done that..but I’m still bored,” keluh Adam.

 
 
 
 

“Why don’t you ajak your wife pergi shopping raya di sana??,” cadang Dian tak lah rasa bosan sangat keluar shopping dari terperap di rumah macam jeruk.

 
 
 
 

“Shopping??? Ada shopping mall macam pavilion di Pahang?,” soal Adam ingin tahu.

 
 
 

Sekali lagi Dian ketawa bila Adam bertanya samada di Kuantan punya shopping centre gah seperti Pavilion. Manalah ada high end shopping centre? Lagipun shopping mall macam Pavilion mana ada jual baju raya atau keperluan hari raya.

 
 
 
 

“I’m a joke of a day for you right?,” ujar Adam bila Dian seringkali ketawa bila berkata sesuatu.
 
 
 
 

“I’m sorry..manalah ada shopping mall macam Pavilion, anyway apa yang you boleh beli mall yang macam Pavilion for hari raya celebration sir..bukan ada jual baju raya pun,” terang Dian. Dia tahu Adam mula merasa geram bila dia asyik di tertawakan olehnya.

 
 
 
 

“Ok..so why don’t you google cari shopping mall yang ada di Pahang yang you know I would like to go, thanks Dian,” ujar Adam lalu mematikan talian. Dia meletak iphone di atas meja.

 





Dia berdiri di beranda rumah memerhatikan keadaan sekeliling dengan wajah bosan. Apa yang boleh dia buat di Kampung? Adam mengeluh perlahan tidak tahu apa yang boleh di lakukan untuk masa yang terluang sepanjang dia berada di kampong.

 
 
 
 

“Assalamualaikum..,” Adam tersentak bila terdengar seseorang memberi salam. Adam mengalih pandangan kearah anak tangga.

 





“Waalaikumsalam, eh Khairul..awalnya datang, abang suruh Khairul datang lepas asar,” jawab Adam merasa hairan bila khairul sudah berdiri tercegat di anak tangga. Adam melirik kearah jam di tangannya. 3.15 petang? Awalnya Khairul sampai. Dia hanya meminta Khairul tiba lepas asar nanti.




 

“Khairul tak ada apa yang hendak di buat di rumah..itu yang Khairul datang awal,” jawab Khairul masih lagi berada di anak tangga.

 
 
 
 

“Oh begitu..eh naiklah apa tercegat di bawah..naik duduk..rehat dulu,” pelawa Adam. Khairul dah datang sekurang-kurangnya dia ada teman berbual. Tidaklah dia bosan sangat.

 




Seperti di minta Khairul mendaki anak tangga lalu naik ke atas. Dia duduk di atas lantai. Adam sempat menjeling kearah selipar yang di guna Khairul. Kesian sungguh melihat keadaannya. Di kiri kanan selipar Khairul sudah haus dan terdapat lubang sebesar 50 posen. Khairul masih mengunakan selipar itu walaupun kakinya terasa sakit dia terpikat benda-benda tajam. Adam merasa belas melihat kedaifan Khairul.

 
 
 

“Kenapa duduk di atas lantai duduk di atas kerusi..banyak kerusi ni hah,” tegur Adam bila Khairul memilih untuk duduk di atas lantai dan bukan di atas kerusi.

 
 
 

“Eh tak mengapa abang Adam..saya dah biasa,” jawab Khairul lalu tersenyum. Di rumahnya tidak punya perabot dan berkerusi. Jadi dia sudah biasa duduk di atas lantai dan akan merasa kekok bila di minta duduk di atas kerusi.

 
 
 

Adam tersentak bila iphonenya berbunyi secara tiba-tiba. Wajah teman baiknya Raoul terpampang di screen. Raoul?? Adam mengerutkan dahinya. Lama Raoul tidak menghubunginya sejak dia berkahwin dahulu. Adam mengambil keputusan untuk menjawab panggilan Raoul.

 
 
 

“Hello,” jawab Adam.

 
 
 

“Hey bro..why are you so quiet nowdays..,” ujar Raoul sebaik sahaja Adam menyambut panggilannya.

 
 
 

Adam tertawa perlahan bila Raoul berkata demikian. Yup. Sejak dia berkahwin dia jarang sekali menghubungi Raoul dan teman-teman lain kerana dia tidak mahu terlibat dengan kegiatan lamanya. Dia mahu berubah kearah kebaikan dan menumpukan perhatian kepada rumahtangga dan keluarga. No more nuisance and nonsense. Dia sudah puas merasainya.

 




“You know I’m not the same old Adam..Raoul, eversince I’ve met Era,” jawab Adam mengingatkan Raoul tentang perubahan ke atas dirinya sejak mengenali Era. Raoul turut tidak percaya penangan Era membuatkan teman baiknya yang dahulu liar tidak menghormati perasaan wanita menjadi jinak setelah mengenali Era.

 




“Yah..but I miss you bro..I miss us, yang lain tu tak macam kau Adam! They are not spontaneous and dangerous like us,” ujar Raoul mengingatkan Adam tentang temannya yang lain.

 
 
 

Adam tertawa lagi bila Raoul mengingatkan mereka tentang kegiatan mereka yang tidak berfaedah dahulu. Sepertimana yang dia katakan kepada Raoul. Dia bukan Adam yang dahulu.

 
 
 

“I know..,” jawab Adam mengiyakan pendapat Raoul. Memang mereka ramai kawan. Tapi tidak semua yang benar-benar clique. Adam dan Raoul sudah berkawan lama sejak di campus lagi. Jadi bila Adam sudah berkahwin Raoul tidak mempunyai teman baik seperti Adam.

 
 
 
 

“I know you happy with your life now..I’m happy for both of you, eh..kau kat mana?? Aku call office Dian kata kau tak kerja selama sebulan..kau bercuti di Europe??,” ujar Raoul ingin tahu.

 




“Aku di Pahang, rumah mak ngah Era,” jawab Adam.

 
 
 

“Pahang?? For one month?? Eh kau tak bosan ke bro?,”

 
 
 
 

“You think?,” soal Adam kembali bila Raoul berkata demikian.

 
 
 
 

Tawa Raoul meledak bila Adam berkata demikian. Dia tahu Adam bosan. Adam will always be Adam. Cepat merasa bosan. Dia hanya berharap agar Adam tidak cepat bosan dengan perkara lain pula.

 
 
 

“Why don’t you organise party..invite all happening people at kampong Mak ngah kau,” seloroh Raoul, ketawanya masih bersisa. Apa cadangan yang boleh di beri kepada Adam? Dia berada di Pahang.

 
 
 

“Funny Raoul..very funny,” jawab Adam lalu tersenyum. Dia masih ingat lagi akan cadangan Raoul untuk dia mengadakan party di Penthousenya setahun yang lalu. Di mana dia bertemu dengan Era buat pertama kali. Wanita itu berani menyahut cabaran ‘Truth or Dare’ game. Adam tersenyum lagi bila mengingati saat pertama pertemuan di antara dia dengan Era. Era kelihatan kalut bila dia bersetuju untuk menjadi teman lelakinya selama 3 bulan.

 
 
 
 

“Sorry..kau cuti lama sampai sebulan kenapa? Kau nak beli tanah nak buat rumah ke?,” tanya Raoul serious. Yelah buat apa Adam berada di sana lama melainkan dia punya sebab untuk berada di sana. Mungkin Adam mahu mendirikan rumah dan membeli tanah disana.

 
 
 
 

“Era suruh kami berpuasa dan sambut Raya di sini,” jawab Adam.

 
 
 
 

“Puasa??? You mean fasting??,”

 




“Yes Raoul..puasa tu fasting, kenapa kau terperanjat??,” soal Adam bila Raoul kedengaran terperanjat bila dia mengatakan sebab kenapa dia berada di Termerloh.

 
 
 

“I mean kau pernah observed fasting ke sebelum ni?,” soal Raoul. Selama dia berkawan dengan Adam. Dia tidak pernah nampak Adam berpuasa sekali pun kerana Adam tidak pernah ambil endah akan bulan-bulan penting dalam islam.

 
 
 

“I’ve told you..I’m not the same Adam,” ujar Adam sekali lagi untuk mengingatkan temannya itu. Dia tidak marah bila Raoul berkata demikian sudah memang betul dan nyata kehidupannya dahulu seperti itu. Tapi sekarang dia sudah berubah.
 
 
 
 
 
bersambung...