Thursday 16 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 17


Amirul merasakan dunia ini miliknya bila Anisha memberitahunya bahawa dia menerima lamaran Amirul. Amirul menyangka Anisha memerlukan masa yang lama untuk memberi jawapan kepadanya. Anisha mahu Amirul menguruskan hal-hal yang lain. Anisha sudah memberitahu mama dan papanya mengenai persetujuannya menerima lamaran Amirul. Dr. Azman dan isterinya gembira dengan keputusan Anisha. Mereka memang bersetuju sekiranya Amirul dipilih menjadi menantunya. Mereka bersyukur kerana Anisha dapat menerima kenyataan dan menjalani hidupnya seperti biasa tidak lagi bersedih seperti dahulu. Amirul tidak sabar hendak menyampaikan berita tersebut kepada mamanya. Mamanya tahu dia berkawan dengan anak Dr. Azman.

 

“Ma, Rul nak mama hantar rombongan meminang untuk melamar anak Dr. Azman,” ujar Amirul selamba seraya meneguk kopi.

 

Puan Hasnah buat tak dengar, bukan dia tak tahu perangai Amirul yang suka bergurau, bukan sekali dia bergurau menyuruhnya menghantar rombongan sudah banyak kali. Bila dia excited Amirul akan mengatakan bahawa dia hanya bergurau. Sebab itu bila Amirul menyuruhnya lagi dia hanya buat tidak kisah.

 

“Ma, dengar tak ni, Rul hendak mama telefon pak ngah, telefon mak teh pergi masuk memimang anak dara Dr. Azman tu,” ujar Amirul lagi. Dia memandang wajah mamanya yang masih selamba bila dia mengatakan tentang hajatnya.

 

“Mama memang macam tu, kalau abg long yang minta cepat aje mama usahakan,” ujar Amirul seakan merajuk.

 

“Kenapa Rul suka cakap macam tu, arwah Fendy dan Mirul dua-dua mama sayang, mama tak pernah membelah bagi kasih sayang mama,” ujar Puan Hasnah sebak bila Amirul berkata demikian. Kedua-dua anak bujangnya dia sayang. Fendy seorang pemuda yang tegas dan matang manakala Amirul suka bergurau dan keanak-anakan. Namun kedua-duanya dia sayang.



“Ma, maafkan Mirul o.k., Mirul bergurau aje,” pujuk Amirul bila menyedari dia menyinggung hati mamanya. Dia sedar mamanya cepat terasa hati bila dia menyebut nama abg longnya. Walaupun mereka dapat menjalani hidup seperti biasa namun Mirul dapat merasakan mamanya masih lagi rindukan abg long.

 

“Jadi tentang rombongan meminang tu pun bergurau ajelah ye,” ujar Puan Hasnah seraya menjeling kearah Amirul. Dia cuba menyembunyikan perasaan sedihnya bila berdepan dengan Amirul. Dia masih ingat lagi tentang hasrat Affendy menyuruhnya membuat persiapan memasuk meminang gadis yang dicintai. Belum sempat hasratnya tercapai Affendy ditimpa musibah. Puan Hasnah tidak berkesempatan mengenali wanita itu. Dia tidak tahu apa terjadi pada wanita itu. Niat Puan Hasnah hendak bertemu sekaligus membiayai kos pembedahan ke atas mata wanita itu walaupun anaknya telah tiada. Dia ingin melaksanakan niat Affendy. Namun cita-citanya tidak tercapai kerana Affendy terlalu perahsia orangnya dan dia tidak tahu siapa namanya dan tempat tinggal wanita itu.





Anisha banyak mendiamkan diri semasa menghadiri rumah Amirul. Anisha tidak menafikan bahawa hatinya sudah mula dapat menerima kehadiran cinta Amirul. Bakal ibu mertuanya pun baik dan peramah orangnya. Anisha sudah menyatakan kepada mama dan papanya bahawa dia tidak mahu bertunang. Dia punya sebab tersendiri kenapa dia tidak mahu bertunang, mujurlah Puan Hasnah tidak keberatan dengan kehendak Anisha. Dia turut bersetuju dengan kehendak Anisha dan mahu terus melangsungkan pernikahan mereka dalam masa tiga bulan ini. Lagipun bagi pendapatnya perkara baik tidak usah dilengah-lengahkan. Dr Azman sekeluarga tidak membantah malah mereka bersetuju dengan cadangan Puan Hasnah.

 

“Ma cantik tak bakal menantu mama,” ujar Amirul sebaik sahaja Anisha berada di sisinya membantu mengelap meja.

 

“Cantik, pandai Mirul pilih,” puji Puan Hasnah seraya tersenyum. Memang gadis pilihan Amirul cantik dan ayu orangnya, lemah lembut dan baik budi bahasanya. Wajah Anisha merona merah bila Amirul mengusiknya di depan mamanya.

 

“Nisa jangan ambil hati dengan Mirul, dia memang macam tu, manja sikit,” ujar Puan Hasnah bila Anisha merasa tidak selesa bila diusik demikian.

 

“Bukan manja sikit aje ma, manja banyak,” celah Amirul seraya mengenyitkan matanya.

 

Anisha menjegilkan matanya kurang selesa dengan usikan Amirul lebih-lebih lagi di depan bakal ibu mertuanya.

 

“Nisa tak payahlah ikut mama dan papanya balik ke Sweden, mama hendak berkenalan dengan Nisa,” ujar Puan Hasnah. Dia mendapat tahu Dr. Azman dan isterinya mahu ke Sweeden kerana Dr Azman di kehendaki berada di sana selama sebulan untuk membuat kajian bersama doktor pakar di sana.



“Rul setuju ma, lagipun mama harus beramah mesra dengan bakal menantu mama ni, pandai masak ke tak, pandai menjaga suami ke tak, lagipun Amirul nak balik Australia sekejap nak uruskan sesuatu di sana,” celah Amirul turut bersetuju dengan cadangan mamanya. Amirul perlu menguruskan sesuatu di tempat pengajiannya dahulu. Mungkin dia sudah mendapat tawaran pekerjaan di sana. Kalau Anisha ada, sekurang-kurangnya dapat menemani mamanya.

 

“Ya, tinggallah di sini dengan Puan Hasnah, mama dan papa tak kisah kalau Anisha tak nak ikut kami ke Sweden,” celah Puan Aina yang kebetulan terdengar perbualan Puan Hasnah dengan Anisha tadi.

 

Amirul tersenyum lebar bila Puan Aina memberi kebenaran supaya Anisha tinggal dengan mamanya.

 

“Baiklah Puan Hasnah,” jawab Anisha tanpa berfikir panjang.

 

“Eh janganlah panggil Puan Hasnah, panggil mama aje, Nisa jangan risau mama dah siapkan tempat tinggal Amirul sepanjang Anisha tinggal dengan mama,” ujar Puan Hasnah seraya tersenyum. Puan Hasnah ada menyediakan rumah untuk para tetamu datang bertandang. Tak sampai hati pula dia hendak membiarkan Anisha tinggal seorang. Biarlah Amirul tinggal di rumah itu dan Anisha tinggal bersamanya.

 

“Betul tu, wah bestnya tak adalah Rul dengar mama berleter pagi-pagi nanti,” ujar Amirul seraya tersenyum.

 

“Amirul, ada panggilan telefon untuk Amirul,” ujar Mak Nab seakan berbisik. Amirul menganggukkan kepalanya lalu menuju kea rah telefon.

 

“Hello, Is this Mr Amirul Syamri,”

 

“Yes, I’m Amirul,”



“I’m Dr. Philip calling from Venice,”

 

Jantung Amirul berdegup kencang bila lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Philip dan apa yang begitu mendebarkannya panggilan itu dibuat dari Venice.


To be continue... 

No comments:

Post a Comment