Tuesday 14 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 8


             “Syukur kerana tiada komplikasi yang terdapat di urat sarafnya, kami cuma perlu membuat pemindahan tisu dari cornea mata Anisha kerana Anisha bukan di lahirkan buta, masih ada harapan lagi untuk memulihkan penglihatannya,”ujar Doktor Azman seraya meneliti filem dari hasil x-ray yang diambil tiga hari lepas. Hasil dari x-ray tersebut menunjukkan mata Anisha dapat dipulihkan dengan melakukan pembedahan dengan kaedah pemindahan tisu.

 

            Anisha dan Fendy tersenyum gembira dan bersyukur kerana menurut Dr Azman lagi sekiranya kajian dan x-ray sudah dijalankan tidak menunjukkan tanda kesukaran mereka akan menjalani pembedahan ke atas mata Anisha seawal minggu depan.

 

            “Saya sudah tetapkan tarikhnya 29 ni untuk pembedahan Anisha,” ujar Dr Azman seraya mencatat sesuatu di rekod pesakitnya.

 

            “29,” ulang Affendy ingin mendapat kepastian dari Dr Azman.

 

            “Ya 29 haribulan,”

 

            “Boleh Dr tetapkan pada hari lain, minggu selepas 29 haribulan,” ujar Affendy lagi.

 

            Dr Azman tidak menjawab dia meneliti jadual di screen computer dan mengelengkan kepalanya.

 

            “The next available date would be 7 Oct,”

 

            Oct. Terlalu lama. Dia bercadang hendak memperkenalkan Anisha kepada mamanya awal bulan oct kerana masa itu Anisha sudah pulih sepenuhnya dan lagi mamanya hendak mengadakan majlis pertunangannya pada 12 haribulan dua hari selepas Amirul pulang.

 

            “Kenapa bang,” ujar Anisha dari nada suara Affendy dia dapat merasakan bahawa Affendy seakan keberatan.

 

            “I won’ be around during that time, I had an important meeting in Vanice and only be back the next day 30th,” terang Affendy. Dia mahu memastikan bahawa dia hadir semasa pembedahan itu dijalankan. Anisha memerlukannya.

 

            “Tak apalah bang, Faezah boleh menemani Anisha, pekerjaan abang penting, lagipun abang balik 30 haribulan,” pujuk Anisha lembut. Dia tahu hati Affendy berbelah bagi. Anisha tidak mahu membebankan Affendy. Lagipun Affendy pulang ke tanahair pada sehari selepas pembedahannya.

 

            “Betul Anisha izinkan abang pergi,” ujar Affendy.

 

            Anisha menganggukkan kepalanya walaupun terasa berat untuk melepaskannya pergi.
 
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment