Wednesday 15 May 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 14


“Assalamualaikum,” Amirul menyapa. Kali ini dia tidak ambil kisah jika perbuatannya itu membuatkan Anisha marah. Memang itu tujuannya. Dia mahu Anisha meluahkan hati dan perasaannya kepada Amirul. Setidak-tidaknya melegakan hati Anisha kerana dapat melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Dia tidak kisah sekiranya Anisha benci akan dirinya di atas perbuataannya. Dia tidak akan mengalah.

 

Anisha menjeling. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tidak senang dengan kehadiran pemuda itu.

 

Amirul tidak berganjak dia berdiri di hadapan Anisha. Anisha sudah malas hendak memarahinya lagi. Sangkanya selepas kejadian malam kelmarin Amirul tidak akan menganggunya lagi.

 

Anisha segera bangun dari tempat duduknya dia berjalan menuju kearah bangku berdekatan. Amirul mengekorinya lagi.

 

“Saudara-,”

 

“Saudara apa, tolong pergi, tolong jangan ganggu saya, kalau itu yang cik Anisha hendak katakan, saya tidak akan pergi selagi cik Anisha tidak memberi saya peluang untuk berkata sesuatu,”ujar Amirul tegas. Sebenarnya dia tidak pernah terfikir hendak berkata demikian apatah lagi membuatkan gadis itu marah. Tapi dia terpaksa, mungkin dengan cara begini Anisha akan mendengar penjelasannya.

 

Anisha tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri. Tidak lagi melarikan diri dari Amirul.

 

Amirul mengeluh lega.  

 

“Jangan biarkan peristiwa lalu membuatkan cik Anisha begini, cik Anisha seharusnya redha dengan apa yang berlaku ke atas diri cik Anisha, setiap kejadian ada rahmatnya,” ujar Amirul semoga gadis itu dapat menerima takdir.

 

“Bercakap memang senang, orang yang tidak pernah mengalami nasib seperti saya hendak bercerita tentang bulan dan bintang, saudara tiada hak untuk mengadili saya kerana bukan saudara yang mengalaminya, tapi saya, tolong saudara, tolong jangan hendak menambahkan lagi penderitaan saya, saya tidak menyusahkan saudara kenapa mesti saudara ambil tahu tentang diri saya, saya tidak perlu simpati dari saudara,” jawab Anisha marah.

 

“Cik Anisha ingat cik Anisha sahaja yang pernah mengalaminya,” jawab Amirul. Dia tidak lagi boleh bersabar seperti selalu. Anisha perlu disedarkan. Bukan itu caranya untuk menghukum dirinya.

 

Anisha tidak menjawab. Dia tahu Amirul marah padanya namun Amirul tidak meninggikan suaranya malah dia cuba mengawal dirinya untuk tidak berkasar padanya walaupun layanan darinya itu umpama langit dengan bumi.

 

“Kalau cik Anisha masih tidak percayakan saya, saya ingin membawa cik Anisha ke rumah saya dan menceritakan segalanya kepada cik Anisha dan sekiranya selepas itu cik Anisha masih lagi mahu berkeadaan seperti sekarang, saya faham dan saya berjanji tidak akan ganggu cik Anisha lagi,” ujar Amirul tenang.

 

Lama Anisha mendiamkan diri bila Amirul berkata demikian. Amirul masih setia menanti jawapan yang keluar dari mulut Anisha.

 

“Jika saya bersetuju, saudara berjanji tidak akan menganggu saya lagi selepas ini,” ujar Anisha dengan wajah serius.

 

“Saya berjanji,” jawab Amirul serius juga. Hatinya merasa lega kerana Anisha bersetuju dengan cadangannya walaupun dia tahu Anisha berbuat demikian kerana mahu mengusirnya dan tidak mahu dirinya di ganggu lagi. Yang penting dia dapat menarik perhatian Anisha.

 

 Amirul membuka pintu penumpang di mana Anisha duduk. Sebaik sahaja Anisha keluar dari perut kereta Amirul menutup kembali pintu keretanya. Sepanjang perjalanan ke rumahnya. Tiada patah perkataan yang keluar dari mulut Anisha begitu juga Amirul. Anisha tidak tahu kenapa dia turuti kehendak Amirul dan mengikutnya ke rumah. Rumah banglo yang pernah dikujungi dua minggu yang lalu kelihatan sunyi di waktu siang hari.

 

Amirul menanti Anisha di muka pintu.

 

“Assamualaikum, mama,” ujar Amirul seraya menuju kea rah dapur mencari mamanya kerana menyangka mamanya berada di belakang kerana pintu ruang tamu tertutup rapat.

 

“Puan Hasnah tak ada di rumah, dia ke rumah Datin Adibah,” jawab makcik Zainab pembantu rumahnya bila terpandang akan wajah Amirul di muka pintu dapur.

 

“Mak Nab kenalkan ini Anisha anak Dr. Azman,” ujar Amirul memperkenalkan Anisha kepada Mak Nab.

 

“Oh ye patutlah makcik macam pernah nampak,”ujar Mak Nab baru teringat akan dimana dia pernah ternampak wanita muda itu. Makcik Nab tahu sedikit sebanyak tentang Anisha dari mamanya Puan Aina. Puan Aina begitu sayangkan Anisha. Kasihan pula dia melihat Anisha begitu.

 

Anisha menghulur tangan untuk bersalaman dan mencium tangan mak Nab.

 

“Mak Nab, Mirul hendak mak Nab temankan saya ke bilik abg Fendy,” ujar Amirul. Tak manis pula dia dan Anisha sahaja berada di bilik Fendy.

 

“Erm baiklah,” ujar Mak Nab mendahului mereka menuju kearah bilik anak sulung Puan Hasnah. Pintu bilik di buka luas. Amirul meluru masuk ke dalam bilik diikuti Anisha. Mak Nab hanya berdiri sahaja di muka pintu. Dia tidak tahu apa tujuan Amirul membawa Anisha ke bilik Fendy. Anisha berdiri tidak jauh dari Amirul. Amirul memandang ke arah luar jendela.

 

“Siapa yang tidak bersedih sekiranya orang yang di sayang meninggalkan kita,” ujar Amirul sayu. Sebak hatinya tidak terkata bila terkenangkan Affendy. Abang yang disayang telah pergi meninggalkannya dalam usia yang muda.

 

Amirul menuju kearah meja sisi lalu menarik laci itu perlahan. Frame gambar yang sebesar 4R yang berisi gambar Affendy sedang tersenyum dikeluarkan.

 

“Cuba cik Anisha tengok gambar ini,” ujar Amirul seraya menyerah frame tersebut kepada Anisha.

 

Anisha mengambil frame tersebut dari tangannya. Gambar Amirul dan pemuda di sebelahnya dipandang silih berganti. Kedua-duanya tersenyum riang. Mereka kelihatan sungguh akrab dan mesra. Anisha meneliti tarikh yang tercatat di bawah gambar tersebut. Gambar itu diambil 6 tahun yang lalu. Amirul kelihatan muda ketika gambar itu diambil. Mungkin ketika itu dia berusia dalam lingkungan 22 tahun. Manakala pemuda tampan di sebelahnya kelihatan lebih kurang 26 tahun ketika itu. Wajah pemuda tampan yang sedang tersenyum itu diperhatikan lama. Anisha mengalihkan pandangannya kearah dinding berdekatan dengan katil. Gambar sebesar saiz A3 potret pemuda yang dimaksudkan tergantung kemas. Wajah pemuda itu kini. Masih kelihatan tampan dan sedikit matang.

 

“Dia bukanlah dari darah daging saya, tapi saya menganggapnya sebagai abang kandung sendiri, kami dibesarkan bersama, bersekolah bersama dan mempunyai hobi yang sama, kami bagai isi dengan kuku, dia seorang abang yang contoh, seorang lelaki yang penyayang, tapi kini dia pergi meninggalkan kami,” terang Amirul tenang matanya terarah kearah luar jendela. Amirul merasa sebak dia tidak mahu Anisha mengetahui bahawa dia turut bersedih hati di atas pemergian Affendy. Dia mahu di mata Anisha dia adalah seorang yang tabah dan tidak lemah. Amirul menoleh semula kearah Anisha yang masih lagi mengamati gambar mereka berdua.

 

Mak Nab yang sedari tadi berdiri di muka pintu tidak dapat menahan sebak turut mengalirkan airmata. Dia tahu Amirul sayangkan Affendy begitu juga dirinya. Dia yang membantu Puan Hasnah membesarkan kedua-dua anak terunanya. Kedua-dua anak lelaki Puan Hasnah baik terutama sekali Affendy. Amirul ada nakalnya juga suka mengusik Puan Hasnah tapi Affendy tidak pernah dia terlalu menjaga hati mamanya dan juga Amirul dan selalu sahaja mengalah jika Amirul berkehendakan sesuatu. Begitulah peribadi Affendy. Dia seorang anak yang baik.

 

“Saya tidak membenarkan sesiapa tahu betapa sedihnya hati saya sejak kehilangan Affendy, saya tidak benarkan airmata ini tumpah di hadapan sesiapa, saya cuba cekalkan hati dan menerimanya dengan redha, orang yang telah pergi tak akan kembali, dan kita yang masih hidup ini harus meneruskan kehidupan ini tidak bermakna kita melupakan yang telah tiada, dan cik Anisha seharusnya tahu patah tumbuh hilang berganti, cik Anisha tidak akan dapat mengembalikan orang yang cik Anisha sayangi,” terang Affendy.

 

Tanpa disedari Anisha turut mengalirkan airmata. Dia sedar akan kebenaran kata-kata Amirul. Dia tidak dapat mengembalikan abg long. Yang pergi akan tetap pergi. Dia sedar kesilapannya. Dia sepatutnya redha dengan tadir dan ketentuan Allah. Dia berterima kasih kepada Amirul kerana menyedarkan dirinya selama ini dia hanya mementingkan hati dan perasaannya dan tidak peka akan perasaan orang lain. Perasaan papa dan mamanya. Padanya tiada siapa yang memahami dirinya. Tiada siapa yang tahu sedihnya kehilangan orang yang disayangi sehinggalah Amirul. Jejaka yang di sangka hanya mahu mengambil kesempatan ke atas kedukaannya. Persepsi Anisha terhadap diri Amirul bertukar sama sekali. Dia tidak sendirian. Amirul juga pernah merasa kehilangan orang yang di sayanginya.
 
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment