Sunday 5 May 2013

Karl & Hilda - Part 2


               Setibanya di rumah Alia. Ramai tetamu juga yang hadir untuk majlis pertunangan Alia. Tetamu jemputan dan juga tetamu rewang iaitu aku, selaku teman sekampung Alia dan juga teman rapatnya. Hanya aku ni start karat. Sepatutnya dari siang tadi aku sudah ke rumah Alia rewang tapi aku tunggu mak pergi baru aku ikut sama. Ramai juga wajah-wajah orang yang tidak ku kenali datang bergotong royong membantu menjayakan majlis pertunangan Alia. Hehehe aku ni jarang sekali balik ke kampung. Kalau tidak kerana Alia tu kawan baik aku, jangan harap aku balik kampong hanya untuk menghadiri majlis pertunangannya.

 

            “Mak ni majlis tunang ke majlis nikah,”bisikku. Melihatkan betapa meriahnya majlis pertunangan Alia siap ada khemah lagi. Ini bukan majlis tunang saja, boleh buat majlis nikah sekali.

 

            “Bakal suaminya orang berada tentulah majlis pertunangannya meriah,”jawab mak ringkas. Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham. Dari jauh aku ternampak abang sepupuku Taufiq dengan gengnya sedang elok menghisap rokok di belakang rumah Alia dimana tempat memasak di sediakan.

 

            “Mak apa kata maik naik dulu, Farah menyusul sekejap lagi,” ujarku lalu meninggalkan mak sebelum mak sempat membebel kat aku.

 

            “Hah, hisap rokok baguslah tu,”sergahku dari belakang lalu menepuk bahu abg Taufiq kuat.

 

Taufiq terbatuk-batuk mungkin tersedak kerana disergah Farah tadi. Kawan-kawannya yang lain hanya mentertawakan Taufiq.

 

            “Farah, nasib baik abg tak kena heart attack, kenapa suka sangat sergah macam tu,”

 

            “Bilang mak baru tahu, ni dah tak ada kerja lain ke orang sibuk buat kerja dia sibuk hisap rokok kat sini,” aku ni bila mak tak ada aku jadi pengantinya, membebelkan abg Taufiq. Sejak dulu lagi Abg Taufiq dah terbiasa memanggil emak aku dengan gelaran mak kerana masa dia kecil mak aku yang menjaganya.

 

            “Farah dah lah tu cukup, jangan membebel macam orang tua, ni hah banyak sangat cakap tolong abang kacau lauk rendang ni,” sambil menyerahkan senduk atau ku panggil pendayung sampan kepadaku. Tahu apa itu pendayung sampan. Ala yang orang buat mengacau dodol hah itu lah dia, aku tak tahu apa nama panggilannya.

 

Aikk aku pulak yang kena buat. Tak apalah best jugak tak payah aku join mak tolong kat dapur. Boring aje rewang duduk dengan makcik-makcik kat dapur apa yang bestnya. Di sini aku boleh bersembang dengan abg Taufiq maklumlah aku sudah lama juga tak bertemu dengannya.

 

            “Apalah kau ni Fiq kesian adik kau yang kena buat tu semua, kan ke dia perempuan, kau ingat kuat ke dia hendak mengacau rendang tu,”sampuk Azrul sambil tersengih.

 

            Berdesing juga telinga aku mendengarnya. Apa ingat orang perempuan tak kuat ke. Dia belum tengok kehebatan aku dalam mengendalikan apa jua perkerjaan. Sedap mulut dia aje beri komen tentang aku. Walaupun ada kebenaran pada kata-kata kawan abg Taufiq memandangkan aku sendiri agak terkial-kial juga hendak mengacau rendang di dalam periuk besar tu. Silap haribulan aku pun boleh termasuk dalam periuk tersebut. Tapi aku tetap maintain. Tak mahu kalahlah katakan.

 

            “Aleh Rul kau tak payah hendak jadi hero, adik aku tak akan layan punya, dia tu keras kepala kalau kau agak batu tu keras, kepala dia sepuluh kali keras,”ujar Taufiq lalu ketawa.

 

            Tak sayang mulut agaknya abg Taufiq ni sewenang-wenangnya mengutuk aku didepan kawan-kawannya. Takpe aku cuba kontrol..kalau aku tunjukkan kebrutalan aku didepan kawan abg Taufiq ini akan mensahihkan lagi statement abg Taufiq tentang diri aku.

 

            “Mana ada brutalnya aku tengok macam wanita melayu terakhir, bukan main sopan santun tingkah lakunya,”komen Azrai kembar Azrul.
 

            Ini sudah lebih aku pulak menjadi tajuk perbualan mereka. Dan aku pulak pakai baju kebaya hari ni. Leceh betul. Itupun bila mak dah sound jangan pakai baju t-shirt dengan track pants. Alah bukannya aku yang hendak tunang kena pakai lawa-lawa, aku kan tolong rewang sahaja. Nak tak nak terpaksa jugak menurut. Kalau tidak dikut nanti mak Hendon bising memanjang. Hah sekarang dah kena giat. Mentang-mentanglah aku bunga dikalangan kumbang-kumbang yang kat situ aku pulak dijadikan sasaran mereka.



            “Kau jangan Rai, nanti kau kena aku tak jamin dia ni kalau tempat orang dia kontrol sikit kalau kau datang rumah mak long aku kalau dia tak pelepah kau dengan batang pucuk ubi nasib kau memang baik,”

 

            Hah tahu tak apa. Aku tersenyum bila abg Taufiq memberi amaran kepada si kembar. Aku ni catwoman kat sini jangan cari pasal dengan aku.

 

            “Farah,”

 

            Alamak bunyinya macam suara Mak Hendon aje. Aku berlari bersembunyi di belakang abg Taufiq takut mak nampak aku. Kalau dia nampak sure suruh aku pergi dapur tolong dia.

 

            “Bang cakap Farah tak ada,”bisikku perlahan masih lagi bersembunyi di belakang abg Taufiq.

 

            “Ada belakang Fiq ni mak dia nak mengelak dari tolong mak,”jerit Taufiq kea rah mak long dari berada di muka pintu mencari kelibat Farah.

 

            Hissh tak guna punya abg ni tak boleh jadi mesti nak kena dengan aku.

 

            “Yang kau pergi kat tempat lelaki tu apa hal tu bukan tempat kau, kat sini banyak kerja,”bebel mak berterusan dari pintu dapur.

 

            Malunya. Semua mata tertumpu ke arahku. Aku tersengih. Sengih yang tak ubah macam kerang busuk. Kalau ye pun janganlah buat pengumuman kuat-kuat kat rumah orang mak oii. Banyak orang tak kenal aku kenapalah mak ni tak reti nak cover line sikit.



            Abg Taufiq dan kuncu-kuncunya pakat gelakkan aku. Binawe betul. Seronoklah tu kenakan aku.

 

            Aku menarik muka masam kerana bukan kuncu abg Taufiq aje yang gelakkan aku pakcik yang membantu turut tersenyum-senyum padaku.

 

            “Hah seronok ketawa kan nah ambik ubat,” sempat jari runcingku mencari sasaran mencubit pinggang abg Taufiq untuk membalas dendam.

 

            Hah rasakan cubitan berbisa aku. Hehehe seronok.

 

           “Adoi, sakitlah Farah,”jerit Taufiq mengadu kesakitan akibat cubitan berbisa Farah. Belum sempat dia membalas aku dah pun cabut meninggalkan dia. Aku berpaling sambil mengejek. Puas hati aku. Siapa suruh cari pasal dengan aku.
 
To be continue...
 

No comments:

Post a Comment