Tuesday 23 September 2014

Review - Telemovie Habibah vs Baby







Assalamualaikum..haha hari ni aku nak gak buat review tentang drama melayu..selalu review tentang cerita omputeh je kan mesti orang kata aku ni tak tengok drama melayu kan..eh tengok cuma tak dapat tengok banyak drama sebab susah kadang-kadang bila cari online drama atau telemovie tu dah remove dari pihak-pihak tertentu..tu yang frust..huhu..di antara blog favourite yang aku selalu kunjungi untuk menonton drama-drama seperti blog bukancincai. Moviesinfobsyok. Aswan Azmy. Blog bukancincai ada synopsis di sediakan untuk certain drama. Itu yang best, jadi aku baca synopsis drama tu dulu..check siapa pelakonnya. Dan jika jalan ceritanya menarik baru aku tonton. Hehehe. Dan mungkin drama-drama yang aku tonton back dated sebab sepertimana yang aku katakan tadi..susah hendak tonton drama melayu sebab kita taka da TV3. Astro dan TV9 dan sewaktu dengannya jadi kita minta ehsan dari blog-blog yang memberi peluang orang seperti aku untuk menonton. Thanks bebanyak ye..tanpa anda bloggers yang budiman tak ada lah kita dapat nonton drama yang best-best.

Pelakon lelaki yang sedang hangat di perkatakan sekarang ni ‘Zul Ariffin’ kan??? Actually aku notice Zul Ariffin ni dah lama..tak ingat tajuk drama apa yang first time aku tonton dia berlakon..tak salah aku dia bawa 2 watak berbeza..ada scene kedai pengantin..tak ingatlah..first time tengok Zul Ariffin berlakon..dalam hati sudah berkata..he can go far if he polish bakat lakonannya..kata orang kalau ada rupa tapi tak reti berlakon memang tak pergi jauh kan..sebab pelakon di Malaysia yang kacak dan berbakat ramai sekali. Jika Zul Ariffin tak polish lakonannya..orang tak akan notice bakat lakonannya. Cewah aku bebual ni macam faham je kan..but seriously ini view aku ikhlas. Kalau Zul terbaca blog..saya minta maaf jangan terasa ok..ni komen yang membina..

And bila Zul berlakon watak hero dalam drama bersiri terpopular sekarang ni ‘Rindu Awak 200%’. Ramai dah dok minat dengan Zul sebab berjaya membawa watak tersebut. See dah melalut pulak aku ni kan..Kata nak review drama..ni nak review lah..buat mukadimah dulu..tapi aku tak review cerita drama ‘Rindu Awak 200%’ sebab tengok separuh jalan..hehe jangan marah…ni nak review tentang drama romantic komedi..haha aku kan suka kombo rom+com..dan lagi satu terkadang tu title nya dengar tak menarik tapi surprisingly ceritanya benar-benar menarik..sebab tu orang omputeh selalu cakap don’t judge book by its cover..macam drama jangan tengok title dia tak best je malas nak tengok..hehe

Last Sunday aku tengok telemovie bertajuk ‘Habibah vs. Baby’ title nya macam tak best kan..tapi surprisingly aku suka sangat tonton telemovie tu sebab?? Jeng..jeng..jeng..Hero dia ‘Zul Ariffin’ dan heroin dia pula Noor Faezah Elai..ok Noor Faezah memang natural lakonannya seronok tengok dia berlakon effortless dalam cerita ni..dan Zul Arrifin lakonan dia dalam drama ni aku suka sekali sebab santai sangat cara dia berlakon expresi wajahnya menjayakan watak ‘Bad’ very good..and he’s quite funny too…tak pernah-pernah aku terkekek-kekek sorang bila tonton drama komedi..tapi drama ni buatkan aku ketawa dan tersengih sendiri. Seriously funny.

Cerita sikit tentang telemovie ni..Habibah dan Badrul teman setadika semasa kecil dan Bad pernah berkata dia akan berkahwin dengan Bibah bila dewasa nanti. Habibah pegang pada janji Bad sehingga dewasa..kerana terlalu obsess dengan Bad. Habibah punya scrap book penuh dengan gambar semasa mereka kecil sehinggalah mereka dewasa. Kakak Bibah, Nina (Sherry Abdullah) kebetulan PA kepada Bad selalu mengadu kepada adiknya mengatakan padanya bahawa Bad seorang lelaki playboy dan dia tidak mahu Bibah selalu angankan tentang Bad kerana Bad tidak akan memilih Bibah. Tapi Bibah tidak ambil endah pada nasihat kakaknya kerana dia percaya Bad akan suka padanya. Ayah Bad di serang sakit jantung bila memarahi Bad tentang petikan akhbar tersiar mengenai Bad bergambar dengan model-model sedangkan Bad sudah bertunang dengan anak Tan Sri. Dan di sebabkan itu pertunangannya di putuskan dan ini membuatkan ayah Bad stress dan diserang sakit jantung. Melihat keadaan ayahnya yang sakit dan keluhan hati ayahnya mahu melihat Bad berubah dan menjadi anak yang bertanggungjawab. Bad meminta PAnya dan teman lelaki PAnya lakonan (Erry Putra) membantu mencarikannya calon wanita yang sesuai untuk di jadikan isteri. Erry menunjukkan gambar kepada Bad dan Bad bersetuju untuk bertemu dengan wanita yang ditunjuk gambar itu. Maka pertemuan Bibah dan Bad diaturkan di sebuah restoran. Bad tidak dapat menerima Bibah kerana menurut Bad Bibah bukan wanita yang di dalam gambar yang di beri dan Bibah tidak cantik seperti wanita di dalam gambar. Pada Bad, Bibah tidak layak bergandingan dengan dia.

Bibah merasa terhina dan sedih hati dengan layanan Bad berikan padanya dan berjanji akan membalas dendam di atas perbuatan Bad. Nina membantu Bibah untuk menjayakan rancangannya dengan meminta Bibah menjalani rawatan laser untuk menanggalkan tahi lalat di pipinya dan buat makeover pada Bibah sehingga Bibah tidak kelihatan Bibah yang dahulu. Bibah mengunakan nama Baby untuk menghadiri pejabat Bad untuk menjadi model sambilan dan Bad tertarik pada Baby sebaik sahaja terpandang wajahnya. Maka bermulalah adegan-adegan yang melucukan kerana Bibah buat bermacam-macam cara untuk memalukan Bad. Setelah rancangan mereka gagal kerana Bad tidak pernah mengeluh dan berputus asa dengan rancangan Baby. Bibah mula terasa suka pada Bad dan Bad mula suka pada Baby kerana Baby tidak sama seperti model-model yang pernah dia keluar bersama.

Identity Bibah terbongkar bila Bad kembali ke Taska tempat Bibah berkerja mencari dompetnya yang tertinggal. Kalau nak tahu kesudahannya tonton telemovie Habibah vs. Baby. Anda pasti akan terhibur dan tidak kering gusi.

Untuk drama ini saya beri 4 popcorn hehehe...

No comments:

Post a Comment