Tuesday 23 September 2014

Review Telemovie - ‘Kisah Sebenar Mengenai Bibah’






Next review untuk telemovie pilhan aku seterusnya haha..ni tengah semangat..tajuknya ‘Kisah Sebenar Mengenai Bibah’. Kan-kan aku dah kata tajuk drama tak begitu menarik tapi ceritanya menarik..Haha Bibah lagi..barisan pelakonnya adalah Pekin Ibrahim. Siti Saleha dan Tengku Nurhanis. Apa yang aku suka sangat tentang drama ni selain dari Siti Saleha yang cute dan cantik tu. Ialah lokasi shooting drama ni sungguh ‘WOW!!!’. Very beautiful. Ini kat Malaysia??? I loike!! Rasa macam kat overseas lak! Ok..apa yang aku suka tentang cerita drama ini ia mengingatkan aku tentang movie lakonan Uma Thurman dan Janeane Garofalo bertajuk ‘The Truth about Cats & Dogs’ (1996) dan juga haha filem hindustan bertajuk ‘Muhjse Dosti Karoge’ lakonan Hitrik Roshan, Rani Murkerjee, Kareena Kapoor (2002) Ingat pada lagu ‘Oh My Darling I love you’ bila Rani meminta Kareena menyamar menjadi dirinya. Drama ini ada persamaan dengan cerita TTCD. Beza sedikit tentang cerita dua ni. Abby (Janeane Garofalo) adalah seorang Doktor haiwan dan juga host radio diberi nama ‘The Truth about Cats & Dogs’. Bila dia bersetuju untuk bertemu dengan salah seorang pemanggilnya Abby yang kurang yakin dengan penampilannya meminta teman baiknya juga seorang model Noelle (Uma Thurman) berpura-pura menjadi dirinya.

Sama seperti drama KSB dan MDK. Cuma plotnya berbeza sedikit kerana Bibah seorang helpdesk membantu ‘Haz’ mendapatkan kembali folder dokument penting dari laptopnya yang hilang secara tiba-tiba. Haz mahu bertemu dengan Bibah untuk mengucapkan terima kasih. Haz meminta Bibah bertemu dengannya di Café pukul 8 pagi. Tapi Bibah tidak hadirkan diri memberi alasan bahawa dia sibuk bekerja. Haz berjaya mendapatkan extension Bibah dan meminta Bibah bertemu dengannya sebentar sahaja di Café. Bibah meminta Mimi teman serumahnya untuk menyamar diri kerana merasa rendah diri dan merasa dirinya tidak begitu menarik berbanding dengan Mimi. Haz suka pada Mimi dan Mimi merasa tidak selesa kerana dia merasa tidak selesa dan Haz turut merasa sesuatu tidak kena pada Mimi kerana Mimi seperti orang yang berbeza dari telefon.

Haz mula suka pada Bibah begitu juga Bibah hanya masalahnya sekarang Bibah belum berterus terang pada Haz siapa dirinya yang sebenar begitu juga Haz. Haz tidak memberitahu Bibah bahawa dia adalah VP baru di syarikatnya. Sikap Bibah yang enggan menerima panggilan dan mengelak darinya membuatkan Haz ke pejabat Bibah untuk bertemu dengannya. Bibah terperanjat bila Haz tiba-tiba berada di pejabatnya. Bibah cuba menyembunyikan diri bila Haz nampak ketika Bibah cuba berbuat demikian. Bibah mengatakan Haz bahawa Bibah iaitu Mimi tidak ada di pejabat dan akan memberitahu Haz bila Mimi kembali. Haz tidak mahu berganjak dan bersedia menunggu sehingga Bibah pulang. Sedang dia duduk di sofa Haz terperasan akan gambar-gambar pekerja di dinding. Dan dia baru kini tahu siapa Bibah. Dan Bibah dan Mimi juga tahu siapa Haz yang sebenar setelah manager mereka memperkenalkan bahawa Haz adalah Hazriel VP baru syarikat mereka.

Nak tahu apa terjadi antara Bibah dan Haz..jangan lupa tonton Kisah Sebenar Bibah..okay!

Untuk drama ni aku beri 3 ½ popcorn. Hehe.
 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment