Thursday 22 May 2014

From Boss with Luv - Part 28


 

Masa berlalu begitu pantas sebulan lalu Encik Faries melamar aku. Sedar tak sedar aku kini isteri kepada Encik Faries. Aku meminta bantuan Encik Aliff untuk mengemukakan masalah aku kepada Encik Faries kerana aku tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan Encik Faries dan menyatakan kepadanya bahawa aku bersedia menerima lamarannya dan bersedia untuk menjadi isterinya jika dia dapat membantu aku. Aku benar-benar terdesak dan buntu tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk aku melepaskan diri dari bebanan hutang Rizal. Malu dengan Encik Faries jangan cakaplah. Aku takut Encik Faries bersangka buruk dan menganggap aku mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya. Kerana terdesak aku bersetuju untuk bernikah dengan Encik Faries. Nikah tanpa cinta. Aku tidak tahu samada aku boleh melakukannya.
 

Bila Encik Aliff memberitahu aku bahawa Encik Faries bersetuju untuk membantu aku. Aku merasa syukur teramat sangat kerana merasa bahuku terasa ringan dan tidak di belenggu dengan masalah Rizal. Aku redha dengan kehendak allah. Aku terima jika jodohku sudah tertulis buat Faries Syamri. Aku terhutang budi dengan Encik Faries dan berjanji akan menjadi seorang isteri yang setia dan taat kepadanya. In sha allah.
 

“Betul awak bersetuju untuk berkahwin dengan saya?,” soal Faries lalu memandang wajah Nasha. Wajah PAnya itu kelihatan sugul. Semalam dia mendapat pangilan telefon dari Aliff. Aliff menyatakan Nasha bersetuju berkahwin dengannya jika dia dapat membantu Nasha dari segi kewangan. Dia tidak menyangka Nasha wanita yang lucu dan sentiasa ceria itu punya masalah kewangan. Dan masalah itu bukan masalah yang berpunca darinya tapi kerana orang lain. Bekas tunang Nasha. Akibat perbuatannya Nasha terpaksa menanggungnya sendiri. Faries merasa kasihan dengan nasib yang menimpa Nasha.
 

Aku tidak menjawab pertanyaan Encik Faries hanya menganggukan kepala perlahan. Aku sudah mengambil keputusan untuk menerima lamaran Encik Faries. Aku hanya mampu bertawakal dan berserah kepada Allah tentang perjalanan hidup kami setelah bernikah.
 

“Saya hendak berterus terang dengan awak Nasha..saya bernikah dengan awak kerana saya memerlukan awak sentiasa berada di sisi saya setiap masa..dan jika awak menjadi isteri saya mudah untuk saya membawa awak kemana saya pergi..saya-..,” ujar Faries lalu memandang wajah Nasha cuba melihat reaksi wanita itu. Nasha masih seperti tadi hanya mendiamkan diri mendengar setiap butir bicara darinya.
 

“Saya meminta awak merahsiakan perkahwinan kita dari pengetahuan orang lain, hanya kenalan rapat dan keluarga terdekat sahaja yang tahu,” ujar Faries. Dia sendiri tidak tahu berapa lama dia mahu perkahwinan mereka dirahsiakan. Dia sedar perbuataannya itu tidak adil tapi Nasha sendiri menerima apa sahaja syarat yang di kenakan padanya jika dia dapat membantu menyelesaikan masalahnya dan dia bersetuju untuk bernikah dengannya.
 

Aku hanya mampu menelan air liur bila Encik Faries berkata demikian. Perkahwinan kami terpaksa di rahsiakan kerana Faries belum bersedia untuk memberitahu pihak umum mengenai perkahwinan kami. Aku tahu Faries tidak mahu popularitinya akan jatuh jika dia mendedahkan status dirinya kepada umum. Dan lagi aku bukan wanita yang di cintainya. Dia hanya mahu bernikah dengan aku kerana dia tidak dapat hidup tanpa aku. Aku sedar siapalah aku hendak di gandingkan dengan Encik Faries.
 

Aku tersentak lalu menoleh kearah pintu bila dibuka dari luar. Terhenti lamunanku. Faries masuk ke dalam lalu menutup daun pintu perlahan. Aku bangkit dari katil lalu menuju kearah meja solek. Botol evian ku buka penutupnya lalu menuang air itu ke dalam gelas yang tersedia. Gelas itu ku serahkan kepada Faries yang sedang duduk di atas katil memerhatikan setiap gerak geriku dengan ekor matanya. Pertama kali dia melihat Nasha tanpa bertudung. Nasha memiliki rambut panjang ikal mayang melepasi bahu. Cantik. Puji Faries dalam hati.
 

Aku duduk bersebelahan dengannya dengan wajah selamba. Yelah bukan pertama kali pun duduk sebelah Encik Faries. Sudah banyak kali pun. Normal.
 

“Encik Faries sungguh hendak bermalam di sini?,” ujarku perlahan. Aku tahu Encik Faries tidak biasa dan selesa tinggal di kampung. Dan jika Faries hendak bermalam di Hotel. Aku boleh uruskan untuknya. Bukankah itu sudah menjadi tugasku.
 

Faries menoleh kearah Nasha. Wajah PAnya Nasha yang kini isterinya yang sah di pandang hairan.
 

“I’m your husband and you still call me Encik Faries?,” tegur Faries lalu menjeling kearah Nasha.
 

Aku tersengih bila di tegur Encik..eh silap ‘Abang Faries’ kita. Hehe. Bukan apa janggal rasanya bila status kami sudah bertukar dari PA & Boss kini menjadi suami isteri. Kekok aku di buatnya. Lagipun aku segan hendak memanggilnya dengan pangilan begitu.
 

“Sorry..En- er abang Faries, betul you hendak bermalam di sini? Hendak I booked kan hotel untuk you?,” soalku lagi lalu tersenyum. Masih belum dapat menyesuaikan diri untuk memanggilnya dengan panggilan yang begitu asing di pendengaran aku. Aku sendiri rasa seperti bermimpi bila menyedari aku kini isteri kepada Faries Syamri walaupun aku merasakan perkahwinan kami ini lebih kepada perkahwinan istilah ‘desperado’. Encik Faries terdesak kerana dia perlukan aku, manakala aku pula terdesak kerana ingin melepaskan diri dari bebanan hutang. Tapi aku percaya ini adalah qada dan qadar kami kerana walaupun kami berkahwin kerana desperate kalau tiada jodoh aku dengan Encik Faries tidak berjaya juga kan. Betul tak? Tapi hubungan kami masih formal kerana aku tak ada perasaan dengannya begitu juga Encik Faries.
 

“Tak perlu,” jawab Faries ringkas. Dia hendak baring di atas katil untuk berehat.
 

“Eh..Encik Faries sekejap..,” jawabku lalu bangkit dari katil menuju kearah almariku lalu membuka pintu almari aku mencapai sehelai kain batik lalu mengalaskan kain itu di tempat Encik Faries mahu baring tadi. Takut badannya terkena gatal-gatal dan miang nanti. Satu kerja pulak aku hendak kena menghantarnya ke klinik.
 

Faries hanya mampu mengelengkan kepalanya perlahan lalu tersenyum bila Nasha kelihatan tidak tenang. Faries memandang wajah Nasha.
 

“Ok you boleh baring,” ujarku membenarkan Encik Faries baring di katilku.
 

Faries mahu baring di atas katil.
 

“Eh kejap-kejap,” jawabku lalu mencapai bantal dan mengebas dan menepuknya perlahan takut terdapat habuk atau debu di atasnya walaupun cadar dan alas bantal di bilikku semuanya ditukar baru. Almaklumlah bilik pengantin. Aku tidak tahu kenapa aku merasa cuak bila Encik Faries mengambil keputusan untuk bermalam di rumah abah dan mak. Aku fikir dia hendak bermalam di hotel. Aku sebenarnya tidak kisah, mak dan abah mengerti akan keperluan Faries kerana aku sudah pun menceritakan kepada mereka tentang penyakit ganjil Faries. Dan mereka faham dan tidak akan berkecil hati melihat perangai menantunya itu kerana dia tidak mampu mengawalnya sendiri.
 

Bila Faries hendak baring semula. Aku mahu mencapai selimut. “Enough Nasha…enough,” tegah Faries lalu baring di atas katil.
 

“Okay..,” jawabku bila Faries sudah berkata demikian. Aku bukan apa Faries sudah ku anggap seperti ‘Putera Raja’. Tidak sesuai untuk dia tinggal di teratak kami yang tidak seberapa ni. Sudahlah tidak ber-aircon. Boleh ke dia tidur dengan selesa. Silap hari bulan aku akan berjaga malam ni hanya memerhatikan dia tidur takut-takut kalau ada nyamuk yang cuba hinggap atau ada serangga lain yang cuba menganggu ‘Putera Raja’ itu hendak beradu.
 

“Tak hendak tidur?,” tegur Faries bila Nasha kelihatan berdiri tercegat di sisinya seperti pengawal peribadi.
 

“Er..tidur sekatil dengan you?,” ujarku lalu membesarkan mata. Yelah tak naklah aku. Buatnya aku tidur nakal, tertendangnya atau terpeluk dia nanti. Dah satu cerita. Aku ni pemalu sikit orangnya. Aku segan dengan Encik Faries aku masih anggap dia boss aku dan masih janggal dengan keadaan kami sekarang. Lagipun aku ni tidur nakal sikit. Kalau tidak macamana aku boleh terpeluk lengannya dulu. Hehe.
 

“Habis awak hendak tidur mana? Di bawah katil?,” ujar Faries lalu memandang kearah Nasha yang berada di tempat tadi berdiri di sampingnya.
 

“Issk tak ada lah bawah katil..tidur dengan my sisterlah..you can have the bed by yourself..boleh golek sana..boleh golek sini,” ujarku lalu tersenyum.
 

Boleh ke kami hidup begitu selamanya tanpa ada perasaan cinta sesama sendiri. Aku boleh patuh pada perintah Encik Faries kerana selama ini sudah menjadi tugasku untuk menjaga keperluan dan makan minumnya. Jadi mudah bagiku untuk melaksanakan tanggungjawabku tanpa sebarang masalah, tapi boleh kah aku melaksanakan tanggungjawab lain? Tak reti aku hendak bermanja dengan Encik Faries. Buatnya lelaki itu tidak suka, dia pesakit OCD banyak perkara yang dia tidak suka dan salah satunya, dia tidak suka bersentuhan dengan orang lain. Aku pula nervous bila setiap kali bersama dengan Encik Faries dan merasakan diri ini tidak layak hendak berganding dengan lelaki sepertinya.
 

Faries mengeluh kecil bila Nasha berkata demikian.
 

“Nasha this is our wedding night..kenapa you hendak kena tidur di bilik your sisters?,” ujar Faries menoleh kearah Nasha.
 

Gulp. Aku menelan air liur bila Encik Faries mengingatkan aku tentang ‘wedding night’. Ah aku terlupa langsung..isskk aduh..peluh dingin mula membasahi dahiku..ah aku nervous. Kalau boleh lari dari situasi begini sudah ku ambil langkah seribu.
 

Faries memandang kearah Nasha dengan pandangan pelik bila wanita itu hanya berdiri kaku bila dia mengatakan malam ini malam pertama mereka. Yelah bukankah mereka bernikah siang tadi maka malam ini adalah malam pertama mereka. Kenapa pula Nasha kena tidur di bilik adik-adiknya. Apa kata abah dan maknya nanti? Apa tidak betul ke apa yang dia katakan tadi. Kenapa Nasha kelihatan pucat?
 

Faries tersenyum bila menyedari akan kegusaran hati Nasha. Dia tahu Nasha menyangka maksudnya akan malam pertama..malam pertama untuk mereka bersama. Dia tahu Nasha belum bersedia dan dia tidak akan memaksa Nasha. Walaupun Nasha isterinya yang sah tapi dia hormati kehendak Nasha. Nasha bersetuju berkahwin dengan dia pun kerana dia memerlukan Nasha kerana terdesak dan bukan kerana mereka cinta mencintai di antara satu dengan lain.
 

Faries mencapai tangan Nasha perlahan. Sengaja dia hendak membuatkan wanita itu bertambah gementar bila dia berbuat demikian.
 

Dadaku berdebar hebat bila Encik Faries menyentuh tanganku, inilah kali pertama tangan kami bersentuhan. Aduh bagai hendak terlucut jantungku. Faries memandang wajahku. Serba salah aku di buatnya bila dia memberi aku pandangan begitu.
 

“Matikan lampu I nak tidur penat..thank you,” jawab Faries lalu tersenyum kerana dia tahu Nasha kelihatan tidak selesa bila dia berbuat begitu dan lucu melihat wajah nervousnya.
 

Fuh aku mengeluh lega bila Faries berkata demikian. Hissh buat suspen orang sahaja tadi.
 
 
 
 
bersambung..... 
 
 
 
 
 

3 comments:

  1. Hari2 saya melawat ke sini untuk lihat samada ada posting baru atau tak. Dah macam "ketagih" pula, Thanks sis untuk cerita yang menarik..

    ReplyDelete
  2. saya pun sama juga hari2 saya buka blog x pernah miss.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih babymio dan zahread kerana sudi jenguk blog saya.

    ReplyDelete