Thursday 22 May 2014

From Boss with Luv - Part 27



Cincin hadiah pemberian Encik Faries ku belek tanpa minat. Cincin berlian itu memang cantik dan indah namun aku belum teringin untuk memakainya kerana aku masih belum memberi kata putus samada aku akan menerima lamarannya atau tidak. Aku tahu cincin itu diberi sebagai cincin tanda pertunangan kami. Mak dan abah serahkan keputusan itu kepada aku, kerana kata mereka ini adalah soal masa depan aku. Yang hendak bernikah aku, bukannya mereka. Mereka hanya mahu aku hidup bahagia, itu sahaja. Aku tahu mak dan abah berniat baik mahu melihat aku bahagia dan hidup selesa. Dan aku juga tahu mak dan abah berkenankan Encik Faries.
 

Encik Faries majikan aku dan aku hormatkan dia. Aku tidak seperti PA lain yang akan teruja mendapat boss yang kacak, popular kerana niat aku berbeza dengan niat orang lain. Aku mahu menjadi pembantu yang baik kepada majikanku dan aku pegang amanah itu dan cuba melakukannya sebaik mungkin. Dan majikan aku perlukan perhatian yang luar biasa kerana dia mengidap penyakit OCD yang tidak semua pembantu yang boleh tahan dengan sikapnya dan perangainya yang pelik. Mak dan abah tak tahu tentang Encik Faries kerana aku tidak menceritakan pada mereka.
 

Kalau aku terima lamaran Encik Faries boleh ke aku hidup dengannya? Aku tidak punya perasaan apa-apa terhadap dirinya begitu juga Encik Faries. Dia hanya perlukan aku untuk menguruskan keperluannya dan tidak sanggup bertukar ganti pembantu. Kalau kami hidup bersama, kami akan menjadi teman serumah atau teman baik kerana kami selesa bersama. Sanggupkah aku korbankan kebahagiaan aku demi untuk memenuhi hasrat Encik Faries? Serba salah aku di buatnya.
 

Aku mengangkat telefon bila handphoneku berdering nyaring. Aku mengerling kearah skrin. Nombor tidak ku kenali tertera. Siapa?
 

“Hello,”
 

“Hello..ini Nasha??,”
 

“Ye Nasha bercakap siapa di sana?,” tanyaku ingin tahu siapa nama si pemanggil kerana suaranya tidak kukenali.
 

“Saya Taufiq kawan Rizal…itu hari saya datang ke kampung awak di BP..,”
 

“Saya tak kenal awak kenapa awak cari saya,” ujarku tidak senang dengan lelaki yang menghubungi aku. Dia berkawan dengan Rizal apa kena mengena dengan aku pula.
 

“Masalahnya sekarang Rizal ada meminjam saya 20 ribu yang masih belum di lunaskan lagi..dan dalam kontrak dia meletak nama Cik Nasha sebagai penjamin,” ujarnya lancar.
 

Astarfirullah Al Azim. Istifar ku dalam hati. Aku tidak tahu Rizal ada meminjam wang sebanyak itu dan apa yang menyedihkan dia melibatkan aku dan menjadikan aku sebagai penjaminnya.
 

“Saya tak percaya..awak mungkin hendak tipu saya..saya tak tahu menahu pun dan bagaimana saya hendak percaya jika saya tidak nampak document itu sendiri,” ujarku bila lelaki itu mahu mengugutku.
 

“Saya minta secara baik pada cik Nasha..kalau cik Nasha tidak mahu membayar saya terpaksa gunakan khidmat peguam untuk mendapatkan balik duit saya,” ujarnya.
 

Sesak nafasku mendengar dia menyebut lawyer. Ya Allah buntu aku memikirkan masalah Rizal. Rizal tidak sudah-sudah menyusahkan hidup aku.
 

“Awak beri saya tempoh..saya akan cuba bayar duit awak balik..tak perlu gunakan khidmat lawyer,” ujarku berjanji padanya.
 

“Saya beri tempoh sebulan untuk cik Nasha membayar balik hutang saya..saya akan hubungi cik Nasha dalam masa sebulan nanti,” ujarnya lelaki yang bernama Taufiq itu lalu mematikan talian.
 

Aku meletak handphone di atas meja. Lemah seluruh anggota aku mendengar tempoh yang diberikan oleh Taufiq tadi. Sebulan?? Mana aku hendak dapatkan wang sebanyak itu dalam masa sebulan? Ya Allah mana hendak aku cari 20k dalam tempoh sesingkat itu. Peluh dingin mula membasahi dahiku.
 

“Nasha..kenapa dengan awak? Awak sakit ke?,” tegur Aliff bila kehadirannya tidak di sedari Nasha walhal dia duduk di hadapan wanita itu. Wanita itu hanya memandang ke hadapan dengan wajah pucat.
 

Aku menoleh kearah Encik Aliff bila dia menegur. Hendak sahaja aku menangis di hadapannya dan mengadu padanya tentang nasibku. Selama ini aku tidak pernah berkongsi atau bercerita apa-apa tentang diriku kepada Encik Aliff. Tapi kini aku benar-benar perlukan seseorang untuk ku luahkan rasa hatiku.
 

“Are you ok?? You look worried?? You ada masalah ke Nasha?,” tanya Aliff bila Nasha tidak kelihatan ceria seperti selalu. Wajahnya kelihatan sedih dan risau. Apa yang menganggu fikiran Nasha? Susah untuknya meneka apa masalah Nasha kerana Nasha tidak pernah berkongsi apa-apa dengan dirinya.
 

Airmataku mengalir perlahan bila Encik Aliff bertanya soalan demikian.
 

“Kenapa menangis ni??..you better tell me..apa masalah you sebenarnya..don’t make me worried Nasha..you can share your problem with me and Faries..kita sudah seperti saudara,” ujar Aliff risau bila dia melihat Nasha menangis. Pasti ada sesuatu perkara besar yang membuatkan Nasha benar-benar sedih. Nasha yang kenali seorang wanita yang ceria dan lucu. Sentiasa riang dan suka tersenyum. Inilah kali pertama dia melihat wanita itu bersedih.
 

“If I setuju berkahwin dengan Encik Faries..boleh tak Encik Faries bantu saya dari segi kewangan?,” ujarku tanpa berfikir panjang. Aku sudah hilang ikhtiar. Itu sahaja cara yang terlintas di fikiranku. Mungkin ada benarnya apa yang mak dan abah katakan jika aku bersuami sekurang-kurangnya aku tidak mudah di buli oleh orang lain dan kebajikan aku terpelihara. Tapi aku tidak mahu Encik Faries menyangka aku mengambil kesempatan ke atas dirinya.
 

“You ada masalah kewangan?? But how? I tengok you tak spendthrift tak gunakan bag berjenama, tidak makan di restaurant-restaurant mewah..don’t tell me your pay 5800 for a month is still not enough?,” soal Aliff bila Nasha mengatakan dia perlukan bantuan kewangan. 5800 untuk gaji seorang PA sudah di kira lumayan. Nasha tidak mempunyai kenderaan sendiri dan seperti yang di katakan tadi, Nasha tidak boros berbelanja. Dan kadang kala dia membawa bekal makanan dari rumah.
 

“Kalau tak boleh bantu tidak mengapa Encik Aliff saya sekadar bertanya sahaja,” jawabku dengan perasaan sebak bila Encik Aliff bertanya banyak soalan bila aku mengatakan aku perlukan bantuan kewangan jika aku dikehendaki bernikah dengan Faries.
 

“It’s not that? You kena beritahu I..kenapa you perlukan bantuan kewangan dan berapa yang you perlukan untuk menyelesaikan masalah you, you have to tell me the reason why? So that I can tell Faries,” ujar Aliff.
 

Airmataku mengalir perlahan mengenangkan nasibku. Aku seringkali membuatkan orang risau tentang diriku. Mak abah kini Encik Aliff dan Encik Faries. Aku mengambil keputusan untuk menerima lamaran Encik Faries kerana aku perlukan bantuannya. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk diriku.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment