Friday 23 May 2014

From Boss with Luv - Part 30



Wah aku tidak menyangka pelakon lelaki terhebat benar-benar hebat berlakon di hadapan mak dan abah serta adik beradik aku. Kalau tidak, dia tidak akan dapat award sebagai pelakon lelaki terbaik selama 3 tahun berturut-turut ye tak? Kenapa aku katakan begitu kerana sepanjang Encik Faries tinggal di BP dia tidak banyak Macarena. Dia hanya berkelakuan pelik bila berada bersama dengan aku sahaja. Itupun jauh dari pandangan mereka. Di hadapan mak dan abah dan adik beradik ku lain. He’s perfect son-in-law. Encik Faries cuba tidak menunjukkan perangai OCDnya. Dia pandai berlakon.
 
 

Sepanjang perjalanan menuju ke KL aku tersenyum bila mengingatinya. Yelah Encik Faries cuba sedaya upaya untuk berlagak normal. Dia sedikit tidak menunjukkan kepayahan di wajahnya bila dia terpaksa menahan diri untuk tidak menyentuh hand sanitizer bila bersalam dengan mak dan abah tadi. Dan dia cuba makan nasi goreng yang aku buat sarapan pagi kerana nasi goreng, semuanya sudah bercampur. Sayur, ikan bilis dan nasi digoreng sama. Tak kan aku nak asingkan nasi dan ikan bilis dengan sayur. Dia ingat aku ni Puspawangi dalam cerita Musang berjanggut ke? Aku respect kat Encik Faries walaupun aku lihat dia seperti di paksa makan racun lagaknya kerana dapat melihat dahinya berpeluh juga kerana terpaksa menelan nasi goreng itu. Namun untuk tidak menghampakan permintaan adik-adik iparnya yang nakal itu Faries menurut. Haha. Kesian Encik Faries. Nasib baik dia tidak terkena keracunan makanan atau ceret beret tadi.
 
 

“Eh tak tidur pulak..selalunya jalan jauh macam ni awak dah selamat berdengkur,” tegur Faries lalu menoleh kearah Nasha yang tersenyum-senyum sendiri sedari tadi. Apa yang membuatkan wanita itu tersenyum sendiri.
 
 

Aku menoleh kearah Encik Faries. Berdengkur? Aku tidur berdengkur ke? Issk malunya aku dengan Encik Faries kalau aku benar-benar tidur berdengkur.
 
 

“Kenapa awak pandang saya macam tu?,” ujar Faries bila Nasha membesarkan mata bila dia mengusiknya.
 
 

“Saya tidur berdengkur ke Encik Faries?,” soalku ingin tahu.
 
 

‘Encik’ Faries lagi. Dia tidak faham kenapa Nasha masih hendak ber’encik’ encik dengan dia.
 
 

Faries menoleh kearah Nasha bila wanita itu benar-benar ingin tahu samada dia tidur berdengkur. Sebenarnya tidak. Nasha tidur macam baby. Baring satu sudut sahaja. Mungkin takut terlanggarnya atau terpeluknya seperti kelmarin. Namun kalau terpeluknya dia tidak kisah pun. Nasha bukan orang lain isterinya juga.
 
 

“Satu rumah boleh dengar,” jawab Faries dengan wajah serious. Sengaja dia hendak mengenakan Nasha. Walhal wanita itu tidak berdengkur pun.
 
 

“Betul ke..eii malunya saya,” ujarku lalu melemparkan pandangan kearah kiri. Tidak mahu menoleh kearah Encik Faries malu jangan cakaplah. Dah selama 2 malam berturut aku terpaksa tidur sekatil dan sebilik dengannya. Dan selama 2 malam tu juga aku tidur berdengkur. Nasib baiklah selepas ini aku tidak perlu tidur dengan dia lagi.
 
 

“Habis tu merajuk..saya cuma bergurau sahaja..awak tidak tidur berdengkur pun,” pujuk Faries bila Nasha tidak mahu memandang ke arahnya bila dia mengatakan Nasha tidur berdengkur.
 
 

“Mana ada saya merajuk..saya cuma malu sahaja..nasib baik balik nanti saya tidak perlu tidur sebilik dengan Encik Faries lagi dah boleh tidur di katil empuk saya di rumah, rindu dengan bantal busuk saya,” ujarku lalu tersenyum. Tak sabar hendak memeluk bantal kegemaran aku bila balik nanti.
 
 

“Siapa kata awak tak perlu tidur sebilik dengan saya?,” jawab Faries dengan wajah serious.
 
 

Gulp. Alamak aku lupa! Aku bukankah ke isteri Encik Faries. Ini bermakna aku harus tinggal dengannya. Aku tidak boleh lagi tinggal serumah dengan Raudah. Aduh! Macamana aku boleh terlupa ni. Aku tak beritahu Raudah lagi. Mesti Raudah putus kawan dengan aku. Kerana aku tidak di benarkan memberitahu teman-teman bahawa aku sudah bernikah dengan Faries Syamri. Tapi Raudah teman baikku aku percaya dia tidak akan menceritakan kepada sesiapa.
 
 

“Encik Faries..saya hendak minta izin boleh? Saya hendak beritahu teman serumah juga merangkap teman baik saya bahawa saya sudah berkahwin, jadi dia tidak akan tanya kenapa saya tidak tinggal dengan dia lagi,” ujarku lalu menoleh kearah Faries yang sedang memandu.
 
 

“Tak boleh,” jawab Faries dengan wajah serious.
 
 

“Huh..oklah,” jawabku perlahan dengan wajah sedih. Habislah aku, macamana hendak aku terangkan kepada Raudah bahawa aku tidak boleh tinggal serumah dengan dia lagi. Alasan apa yang hendak aku berikan kepadanya.
 
 

“Boleh tak kalau awak jangan panggil saya Encik Faries lagi,” ujar Faries menoleh kearah Nasha sekilas. Panggilan itu terlalu formal. Kalau di ‘Set’ atau bekerja dia izinkan Nasha memanggilnya begitu. Tapi bila mereka berdua sahaja. Dia lebih suka Nasha memanggilnya ‘abang’ atau ‘dear’.
 
 

“Err..you nak I panggil you ‘Sir’ atau ‘Mr.’ Faries?,” ujarku lalu menoleh kearahnya dengan wajah tidak bersalah.


“Call me ‘abang’..or ‘hubby’ or ‘dear’..or whatever you please..anything yang dapat membezakan antara kerja dengan tidak, yang dapat membezakan boss dan suami,” jawab Faries dengan wajah serious.
 
 

Aku menelan air liur melihat Faries kelihatan garang bila dia menegurku tadi. Aku tidak menyangka perbuataan aku itu benar-benar membuatkan Encik Faries benar-benar terasa hati. Aku bukan sengaja pun dah terbiasa memanggilnya dengan gelaran itu.
 
 

“Sorry abang,” jawabku lalu menyeka air mataku perlahan. Terkedu bila di marah Faries tadi. Aku tidak pernah melihat Faries segarang ini. Mungkin sebelum ini aku hanya PA sahaja maka dia tidak berhak memarahi aku. Tapi kini, aku bukan sahaja PAnya aku juga isterinya. Maka dia berhak menegur kesilapan aku.


Faries menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sapu tangan dan menyerahkan kepada Nasha. Dia tidak berniat hendak membuatkan Nasha sedih tapi Nasha harus tahu membezakannya. Aku mencapai sapu tangan dari Faries kerana tidak mahu membuatkan lelaki itu marah pada aku lagi jika aku tidak mengambilnya.

“Of course you can tell Raudah about your status..but please tell her to keep to herself,” jawab Faries perlahan.
 
 

Aku menganggukkan kepala perlahan tanda faham. Tidak berani melawan cakap Faries.
 
 

“Kita singgah ke rumah Nek Yah sekejap sebelum balik,” tegur Faries lalu menoleh kearah Nasha. Dia hendak berehat di rumah Nek Yah sekejap sebelum menyambung perjalanan menuju ke rumahnya.
 
 

“Ok juga lagipun mak ada beri buah tangan untuk Nek Yah, elok juga abang singgah,” jawabku bersetuju bila Encik Faries mahu singgah ke rumah neneknya.
 
 
 
bersambung....

5 comments:

  1. Sweett laaa...suke2....klau boleh like...dah like bnyk2...

    ReplyDelete
  2. Hehe terima kasih shira.. :))

    ReplyDelete
  3. Tiap hari x sabar menanti, best terus perah idea tau, kita sukaaa,FARIES!!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nuramal..ins sha allah ni sedang perah idea ni tatapan blog ini.. :D

      Delete