Monday 19 May 2014

From Boss with Luv - Part 22



Pergi NZ selama 3 bulan? Eii mesti mak dan abah tak benarkan. Tak berani aku hendak bertanya pada mereka. Hmm tapi kalau aku tak pergi kesian pula dengan Encik Faries tu? Ah kesian kat orang..tak pernah kesiankan pada diri sendiri. Cubalah fikirkan tentang diri sendiri. Aku asyik fikirkan kepentingan orang lain. Diri sendiri selalu di pinggirkan. Aku mengeluarkan handphone lalu mendial nombor rumah di kampong.

 

“Assalamualaikum..mak apa khabar?,” ujarku dengan wajah ceria bila mak menjawab panggilan telefonku. Terubat rindu aku mendengar suara mak. Dah lama aku tidak balik ke kampong.

 

“Mak alhamdullilah sihat..Nasha apa khabar?? Lama Nasha tak jenguk mak abah dan adik-adik di kampung..bila nak balik jumpa kami? Adik-adik semua dah rindu,” ujar Puan Normah gembira mendapat pangilan dari anak sulungnya. Dia tahu Nasha terpaksa bekerja sampai 2 pekerjaan dahulu kerana melunaskan hutang bekas tunangnya. Dia kasihankan anak nya yang selalu di tipu kerana kejujurannya. Sudah nasib anaknya. Siang dan malam dia mendoakan agar Nasha di temukan jodoh dengan lelaki yang baik dan menghargainya. Nasha anak yang baik. Dia tidak suka membebankan keluarga dengan masalahnya.
 


“Nasha pun rindu pada semua orang di kampong..Nasha cuba minta cuti dengan boss Nasha nanti..,” ujarku menahan perasaan sebak. Rindu pada masakan mak dan keriuhan adikku di kampong. Tak boleh jadi sudah hampir 3 bulan aku tidak balik kampung bertemu dengan mereka. Aku hendak pujuk Encik Aliff supaya membenarkan aku bercuti 5 hari untuk balik kampung. Lagipun dah masuk 4 minggu aku kerja sabtu dan ahad. Tak kanlah Encik Aliff tidak benarkan aku bercuti.

 

“Nasha..itu hari ada lelaki cari Nasha di kampung,” ujar Puan Normah. Dia sebenarnya tidak mahu memberitahu Nasha tapi kalau tidak di beritahu dia khuatir akan keselamatan Nasha kerana dia telah memberi alamat tempat tinggal Nasha di Kuala Lumpur.

 

“Lelaki?? Siapa mak?,” soalku mula merasa tidak senang hati.

 

“Entah..dia kata Nasha kenal dengan Rizal..dan dia kata Rizal ada hutang dengan dia,” terang Puan Normah serba salah di buatnya. Rizal tidak sudah-sudah menyusahkan anaknya.

 

“Hutang?? Hutang apa lagi si Rizal ni?? Tak sudah-sudah menyusahkan orang tau..dia ganggu keluarga kita ke??,” soalku risau. Hutang dengan siapa pula si Rizal ni. Dan kenapa pula orang itu yang mencari aku. Yang hutang dengan dia Rizal, kenapa dia cari aku?

 

“Dia kata Rizal hutang dengan dia 20 ribu..mak risau dia apa-apakan Nasha nanti..,” ujar Puan Normah dengan nada risau. Menyesal pula dia beri alamat Nasha di Kuala Lumpur. Dia sangka lelaki itu kawan Nasha.

 

“Astarfirullah Al Azim..20 ribu mak??..banyak tu mana Nasha nak cari duit sebanyak tu,” ujarku bagai hendak gugur jantung aku mendengar jumlah hutang Rizal dengan lelaki itu.

 

Mataku mula di takungi air. Ya Allah..mana aku hendak mencari duit sebanyak itu. Hutang Rizal dengan pihak bank aku masih belum habis melunaskannya apatah lagi hutang yang baru.

 

“Mak tak perlu bimbang..kalau lelaki tu datang lagi mak beri nombor telefon Nasha..Nasha akan uruskan, Nasha hendak mula kerja ni..nanti Nasha telefon mak bila kesempatan..mak jangan risau,” ujarku perlahan. Aku tidak mahu lelaki itu menyusahkan keluargaku di kampung. Kalau dia benar-benar mahu wang nya kembali. Dia harus bertemu dengan aku.
 


“Baiklah..hati-hati Nasha..apa-apa telefon kami, assalamualaikum,” ujar Puan Normah sebelum mengakhiri perbualannya.

 

“Insyallah mak..waalaikumsalam,” jawabku lalu mematikan telefon.

 

Aku mengeluh perlahan. Apa lagi masalah yang di buat Rizal. Kenapa Rizal suka menyusahkan hidup aku. Apa salah aku pada dia? Hendak menangis aku di buatnya bila teringatkan perbualan aku dengan mak. 20 ribu..dimana hendak ku cari?
 

 
 
bersambung...
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment