Friday 9 May 2014

From Boss with Luv - Part 11


                             
                              Letih aku seharian berada di set menemani Faries. Walaupun bukan banyak kerja yang harus buat selain dari membeli makanan kegemaran Faries dan menjaga barang keperluannya. Namun jangka masa panjang waktu dia berada di set membuatkan aku bosan dan penat. Boring tiada apa yang boleh aku buat selain dari bermain dengan mini i-padnya.       
 

                              Aku mematikan lampu tidur sisi lalu merebahkan badan di atas katil. Nikmat rasanya dapat baring di atas katil empukku. Aku membaca doa sebelum tidur dan ayatul kursi lalu melelapkan mata. Selamat malam dunia.
 

                              Aku bangkit dari katil bila handphoneku berdering-dering minta diangkat. Serasa seperti aku baru melelapkan mata 10 minit yang lalu. Aku menghidupkan lampu sisi, aku mengosok mataku perlahan lalu melirik kearah jam di atas meja. 3.15pagi. Siapa telefon pagi-pagi begini? Dengus ku dalam hati. Aku mencapai telefon lalu mengamati nama yang terdapat di screen. “Faries”. Apa gila dia call pagi-pagi lagi. Entah-entah emergency. Aku menjawab pangilan Faries.
 

                              “Hello..Encik Faries,” jawabku cemas.
 

                              “Nasha…my Evian water dah habis,” ujarnya dengan selamba seolah-olah dia membuat pangilan telefon di waktu siang hari dan tidak menganggu Nasha.
 

Evian water habis??? Dia call aku pagi-pagi buta sebab Evian water dia dah habis. Hilang akal ke dia ni.
 

                              “Encik Faries, sekarang ni pukul 3.15pagi, esok pagi aje I carikan you Evian water ok,” ujarku cuba mengawal perasaan marah. Mana tak marah call aku jam 3.15pagi hanya kerana Evian water dia dah habis. Ingatkan emergency apalah sampai dia call waktu begini.
 

                              “I nak minum sekarang, I’m thirsty,” jawab Faries lagi.
 

                              “Haus??? minum aje air tap water, I nak tidurlah Encik Faries, goodnite,” jawabku lalu mematikan telefon. Aku memadamkan lampu lalu sambung tidur. Malas aku hendak melayan karenah Faries.
 

                              Aku memusingkan badanku ke kanan menukar posisi. Tidak selesa aku tukar posisi ke kiri pula. Arrghhhh geramnya. Aku dapat melelapkan mata kerana memikirkan Faries. Kenapa aku mesti kesiankan dia?? Aku mencapai telefon lalu mendial nombor handphone Encik Aliff.
 

                              “Encik Aliff…I don’t care you must help me,” ujarku sebaik sahaja panggilan telefonku di sambut Aliff. Kalau Faries menganggu tidurku aku tidak akan membiarkan manager Faries tidur dengan lenyak. Dia juga yang merayu menyuruh aku terus bekerja dengan Faries.
 

                              “Ah Nasha..kenapa call saya waktu begini, isteri saya bising la, orang nak tidur di ganggu pulak,”
 

                              Aku mengetap bibir menahan geram. Senang sahaja dia cakap aku menganggu tidurnya apa dia ingat aku suka call orang waktu-waktu begini. Kalau tidak kerana klient dia menyusahkan hidup aku.
 

                              “Eh mudahnya dia berkata-kata…ni Faries cakap Evian dia dah habis,” ujarku memberitahu Aliff akan tujuan aku call dia pagi-pagi ini.
 

                              “Evian habis?? Ah beli aje besok,” jawab Aliff ringkas.
 

“Dia nak minum sekarang..tahu tak? Sekarangggg…,” ujarku lalu mengetap bibir biar Aliff tahu bagaimana perasaan aku tika dan waktu ini.
 

“Alamak…next time can you please check his Evian stock.., payah macam ni..so I nak kena pergi rumah dia lah,”
 

“Eh Encik Aliff jangan nak salahkan orang..I baru start kerja hari ni mana I tahu nak kena buat inventory list rumah Faries pulak..siapa yang suruh you hilangkan handbook,” ujarku memulangkan paku buah keras. Isskk menyesal pulak aku minta Encik Aliff terangkan akan apa itu OCD pada aku siang tadi. Kalau aku tak tahu lagi bagus tidaklah aku merasa kasihan pada Faries.
 

“Ok…ok…so I fetch you sekarang,” ujar Aliff
 

“Eh apa pulak I nak kena ikut you, you lah hantar air tu sendiri kat rumah Encik Faries,” jawabku bila Aliff mahu aku ikut sama. Gila apa dia. Dah alang-alang pergi rumah Faries. Pergilah seorang nak berteman bagai pulak.
 

“Ala please…please Nasha..please,” rayu Aliff bila Nasha tidak mahu ikut sama.
 

Aku menarik nafas lalu melepaskannya perlahan. Cuba menenangkan diri. Hissh kalau begini 5500 pun tak cukup sebab aku kena bekerja lebih masa dan melayan boss yang ada penyakit OCD. Tak kira esok aku nak minta Aliff naikkan gaji aku.
 

“Ok…ok,” jawabku lalu mematikan telefon. Aku bingkas bangun dari katil lalu menuju kearah kamar mandi apa lagi untuk mencuci muka supaya aku tidak mengantuk.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment