Monday 26 May 2014

From Boss with Luv - Part 34


 

Wah aku merasa teruja kerana buat pertama kalinya aku di kehendaki tinggal di rumah penthouse mewah milik Encik Faries. Terasa janggal pula kerana selama ini aku tidak pernah bermimpi untuk tinggal di penthouse mewah ini. Aku merasakan diri ini seperti rusa masuk kampung kerana tidak betah tinggal di rumah besar dan mewah seperti ini. Selalu bila aku menjejakkan kaki ke rumah ini aku tidak merasa hairan sangat kerana ini bukan rumah aku dan aku bekerja dengan Encik Faries. Tapi bila aku di kehendaki menetap di sini lain pula rasanya.
 

“Hmm..buat apa lagi tercegat di sini..naiklah,” ujar Faries lalu mencapai bag luggage Nasha bila wanita itu tidak terus naik ke tingkat atas malah hanya berdiri tercegat di hadapan anak tangga.
 

“Eh tak pe En-..abang, Nasha boleh bawa sendiri,” ujarku menegah Faries mengangkat bag luggageku. Nasib baik aku teringat hendak memanggilnya abang tadi kalau tidak pasti Faries sudah bertukar menjadi hijau. Fuhh selamat.
 

“Nak membantah??..siapa boss sekarang ni?,” ujar Faries dengan wajah serious bila Nasha tidak mengizinkan dia membantu membawa luggagenya ke tingkat atas.
 

“Err ok sorry....b-,” jawabku kerana tidak berani membantah kata Encik Faries. Hisshh garang amat. Mentang-mentanglah dia kini suami aku nak tunjuk authority pula. Garang tak apa jangan violent. Encik Faries violent ke?? Hatiku mula menjadi tidak keruan bila tiba-tiba perkataan violent itu singgah di benak fikiranku. Harap-harap tidak. Ya Allah jadikanlah suamiku itu seorang lelaki yang penyabar dan penyayang. Sempat aku berdoa dalam hati.
 

“Sorry apa???,” celah Faries.
 

“Sorry abang and thank you many-many,” jawabku lalu tersenyum cuba menambat hati Encik Faries. Aku tidak mahu merosakkan mood abang kita. Aku ni hanya menumpang sahaja di sini. Ini bukan harta aku. Dan aku pun tidak tahu sampai bila Faries mahu perkahwinan kami ini di rahsiakan. Ah malas aku hendak memikirkan perkara itu. Biarlah ia menjadi rahsia Allah.
 

“Kembali..whatever is mine..is yours too,” jawab Faries lalu mengangkat luggage Nasha ke tingkat atas.
 

Uikk dia dengar ke apa yang aku berkata dalam hati tadi. Tetiba aje kata benda macam itu. Aku mendaki anak tangga lalu menuju kearah bilik. Err..Encik Faries berdiri di hadapan pintu biliknya dan luggage ku di letak betul-betul di hadapan pintu biliknya. Dia memandang wajahku.
 

Aku menelan air liur bila Encik Faries kembali kepada mode serious. Sungguhpun Encik Faries nampak serious tapi dia masih kelihatan seriously handsome haha. Masih nak buat lawak lagi. Aku nervous sebenarnya bila Encik Faries suka memandang wajah aku dengan pandangan begitu. Tergugat iman you.
 

“So..you hendak sebilik dengan I..atau you prefer your own room?,” tanya Faries. Dia tidak kisah apa yang Nasha pilih yang penting Nasha tinggal serumah dengannya. Dia sudah berjanji dengan mak dan abah Nasha untuk menjaganya. Dan dia juga telah berjanji dengan Nek Yahnya yang dia tidak akan mensia-siakan Nasha. Nasha sudah menjadi tanggungjawabnya.
 

Serba salah aku di buatnya. Marah kah Encik Faries jika aku mahu bilik berasingan dengannya? Aku masih belum dapat menyesuaikan diri.
 

“I ikut pendapat you,” jawabku tidak berani memberi kata putus pada Encik Faries. Aku takut di marahi Encik Faries jika aku menyatakan bahawa aku hendakkan bilik sendiri. Biar dia yang memberi keputusan.
 

“I know you prefer your own room, but as and when I needed you..you have to come to my room,” jawab Faries dengan wajah serious.
 

Aku menelan air liur bila Encik Faries memberi arahan sebegitu kepadaku. Aku menganggukkan kepala patuh pada perintahnya. Tidak berani menentang matanya.
 

“Kenapa you takut dengan I..I tak makan orang sayang,” senyum Faries bila Nasha kelihatan takut bila dia serious. Dia tidak tahu kenapa waktu bekerja dia boleh switch to mode boss and PA. Tapi bila dia berada di rumah. Modenya bertukar kepada seorang pelindung. Dia mahu Nasha selesa dan bebas berada di rumahnya. Nasha bukan orang lain. Isterinya juga. Dia mahu berikan yang terbaik kepada Nasha kerana Nasha seorang wanita yang baik hati.
 

“Tak..you organic vegetarian..I tahu you tak makan orang,” jawabku lalu tersengih menutup kekalutan aku bila Faries menunjukkan authoritynya sebagai seorang suami. Kecut perut aku bila dia mode garang macam ni. Jadi untuk mengelakkan suasana menjadi lebih tegang. Apa salahnya aku buat lawak sikit.
 

“Funny..later lepas you dah settledown..I nak you temankan I di bilik audio,” ujar Faries lalu memandang wajah Nasha.
 

Aku segera melarikan pandangan bila Encik Faries memandangku begitu. Issk kenapa Encik Faries suka berbuat demikian. Dup..dap..dup..dap hatiku kerana tidak tahu apa yang di berada di fikirannya. “Ok abang,” jawabku ringkas lalu tersenyum dan menuju kearah bilik bersebelahan dengan Encik Faries. Fuhh tensed terpaksa berdepan dengan Encik Faries my boss also my dear husband.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. Replies
    1. hehe..sorry kena post sikit-sikit sebab belum habis tulis lagi :)

      Delete