Saturday 24 May 2014

From Boss with Luv - Part 31

 
 
 
                         Tadi selepas minum Nek Yah mengajakku duduk di beranda kerana dia hendak berbual denganku bila Faries berehat di biliknya. Aku mengambil keputusan untuk membaca suratkhabar sementara menanti Nek Yah. Aku sengaja tidak mahu ke bilik Encik Faries kerana tidak mahu menganggu Faries yang hendak berehat sebelum menyambung perjalanan kami untuk pulang ke KL. Kesian Encik Faries mungkin dia tidak dapat tidur dengan lenyak di rumah mak dan abah sebab itu dia mengambil keputusan untuk berehat seketika di rumah Nek Yah. 
 
 
 
 
 
                          Nek Yah tersenyum sebaik sahaja terpandang akan Nasha yang sedang duduk di beranda rumah menantikannya. Dia gembira bila cucunya mengambil keputusan untuk berumahtangga kerana itu yang dia dan ibu Faries harapkan dari dulu lagi. Alhamdullilah harapan mereka tercapai jua walaupun perkahwinan Faries dianggap express dan agak mengejut kerana ibu Faries yang berada di Canada hanya di beritahu akan berita gembira itu setelah Faries bernikah. Bukan kerana hubungan kedua beranak itu tidak baik. Tapi kerana Faries tidak mahu menyusahkan ibunya untuk datang ke Malaysia. Dia berjanji akan mengunjungi mereka ketika dia ke NZ menjalani pengambaran di sana.
 
 
 
 

                          "Macamana cucu nenek layan Nasha dengan baik tak??," tegur Nek Yah lalu duduk di hadapan Nasha.
 
 



                           Aku tersenyum lalu menganggukkan kepala perlahan bila Nek Yah bertanya samada cucunya melayan diriku dengan baik. Selama aku bekerja dengan Encik Faries. Encik Faries beri aku layanan dengan baik cuma terkadang tu aku sedikit bengang bila tidak memahami kehendaknya yang mengakal tu. Selain dari itu semua ok-ok sahaja.
 
 
 
 

                           "Encik Faries ok..dia majikan yang baik," jawabku ringkas.
 
 
 
 

                            "Eh bukan majikan maksud Nek Yah..cucu nenek sebagai suami, dia beri layanan baik pada Nasha tak?," soal Nek Yah ingin tahu. Dia kenal sangat dengan cucu kesayangannya itu. Cucunya itu cerewet orangnya kerana dia menghidap penyakit OCD. Tak semua wanita faham akan perangai dan kehendaknya. Dan di sebabkan itu juga Faries seringkali mengelak bila dia dan ibunya mula bersuara bila dia hendak mendirikan rumahtangga. Dia tahu Faries ramai kenalan wanita dan ramai diantara kenalan wanita itu mahu Faries melamar mereka untuk di jadikan suri hidupnya. Tapi Faries tidak bersedia untuk berumahtangga. Mungkin dia khuatir wanita itu tidak dapat memahami dirinya. Tapi dengan Nasha, mudah sahaja Faries membuat keputusan untuk bernikah. Mungkin kerana Faries tahu hanya Nasha sahaja yang memahami kehendaknya. Kalau Faries bernikah dengan Nasha kerana sebab itu sahaja, ia tidak adil bagi diri Nasha. Nasha seorang wanita yang baik. Dia tidak akan membenarkan Faries mensia-siakan Nasha. Faries di amanahkan untuk menjaga Nasha sebaik sahaja dia bergelar suami. Dia tidak mahu cucunya itu mengabaikan tanggungjawabnya terhadap diri Nasha dan hanya menganggap Nasha itu pembantunya sahaja dan bukan isterinya. Perkara itu yang dia khuatirkan. Dia ingin melihat cucunya hidup bahagia dan dapat menerima Nasha sebagai isterinya.
 
 
 
 

                              "Alhamdullilah semuanya ok? Nek Yah tak perlu risau..cucu nenek baik orangnya, dia tak abaikan Nasha," jawabku jujur. Aku tahu Nek Yah risaukan aku dan aku juga tahu Nek Yah sedia maklum kenapa Faries bernikah dengan aku kerana dia memerlukan aku. Kalau tidak tentu Nek Yah tidak sibuk bertanya samada cucunya melayan aku dengan baik.
 
 
 
 

                             "Alhamdullilah baguslah kalau macam tu..senang hati Nek Yah mendengarnya..boleh lah Nek Yah timang cicit nanti," jawab Nek Yah lalu menepuk lengan Nasha perlahan. Kalau usianya panjang dan diizinkan Allah dapatlah dia menimang cicit tidak lama lagi.
 
 
 
 

                                "Cicit?? Err Nek Yah tentang tu ada rumit sikit sebab..Nasha belum bersedia lagi," jawabku serba salah. Aku tidak mahu berselindung atau berbohong dengan Nek Yah. Tidak mahu Nek Yah terlalu berharap. Biarlah aku berterus terang sahaja pada Nek Yah.
 
 
 
 
 

                                 "Maksud Nasha..Nasha dengan Faries?? Belum-,"
 
 
 
 


                                  "Nasha masih anak dara lagi," jawabku memintas cakap Nek Yah. Nasib baiklah Encik Faries tiada di sini kalau tidak susah juga aku hendak berterus terang dengan Nek Yah. Terpaksa menjaga hatinya.
 
 




                                  Nek Yah mengelengkan kepalanya perlahan tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Tiada harapan untuk dia menimang cicit dalam masa setahun ni. Jadi Faries benar-benar berkahwin dengan Nasha kerana perlukan Nasha untuk menguruskan hidupnya? Tidakkah dia mahu lebih dari itu. Lelaki seusia Faries sudah ada satu atau dua anak. Nek Yah mengeluh perlahan. Tidak mengerti sampai bila Faries mahu bersikap begitu dia bukan semakin muda.
 
 
 
 
 

                                  "Nasha tak cintakan cucu Nek Yah?," soal Nek Yah kepada Nasha pula. Kalau Faries dia tahu sebab mengapa dia berkahwin dengan Nasha. Bagaimana pula dengan Nasha? Adakah Nasha cintakan Faries maka dia bersetuju bernikah dengan cucunya?
 
 
 
 
 

                                  Aku memandang wajah Nek Yah dengan wajah serba salah bila dia bertanya soalan sedemikian padaku. Bagaimana hendak ku terangkan kepada Nek Yah akan sebab kenapa aku berkahwin dengan cucunya.
 
 
 
 
 

                                  "Saya..-,"
 
 
 
 
 

                                   "Tak apa Nek Yah mengerti Nasha tak perlu terangkan kepada Nek Yah, Nasha berkahwin dengan Faries kerana terpaksa bukan? Tapi kenapa Nasha bersetuju berkahwin dengan Faries jika Nasha tidak cintakan dia?," soal Nek Yah lagi. Dia tidak berpeluang untuk bebual dengan Nasha bila Faries ada sama kerana cucunya itu seperti tidak membenarkan dia berbuat demikian dengan isterinya seolah-olah dia khuatir Nasha akan mendedahkan rahsianya. Kini tahulah dia akan sebab mengapa Faries berbuat demikian. Faries tidak mahu merungsingkan fikirannya. Bagaimana dia tidak rungsing jika Faries berbuat perkara demikian? Ia melibatkan masa depan anak orang. Mana mungkin dia mendiamkan diri. Dia tidak mahu Nasha di zalimi.
 
 
 
 
 

                                 "Kerana Encik Faries telah membantu saya Nek Yah..saya terhutang budi pada Encik Faries, demi untuk membalas jasanya saya bersetuju untuk bernikah dengannya, saya redha Nek Yah jangan risau, Encik Faries tidak pernah abaikan saya," jawabku perlahan.
 
 
 
 
 

                                  "Betul..semoga Allah berkati hidup Nasha, Nek Yah berharap Nasha dapat menerima Faries ye nak..Nek Yah tahu Faries tidak seperti lelaki lain dia ada kekurangannya..Nek Yah harap Nasha dapat bersabar dengannya..insyallah kamu berdua bahagia hingga ke Jannah," ujar Nek Yah dengan perasaan sebak. Dia ingin melihat Nasha dan cucunya hidup bahagia bersama. Melihatkan Faries dan Nasha sedikit sebanyak mengingatkannya tentang perkahwinannya dengan suaminya Ismail. Dia tidak pernah mengenali suaminya sehinggalah mereka di ijab kabulkan. Dia tidak cintakan suaminya Ismail, kerana lelaki itu 7 tahun tua darinya. Walaupun tidak cinta dan sukakan suaminya itu tapi oleh kerana dia dididik untuk taat dan melayan suami dengan baik. Dia lakukan juga walaupun pada awalnya dia tidak ikhlas. Suaminya Ismail bersabar dengan perangainya dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap dirinya. Berkat kesabaran dan sifat penyayang suaminya itu membuatkan dia cinta dan sayang suaminya dan mereka hidup bahagia sehinggalah suaminya menghembuskan nafas yang terakhir. Dia tidak pernah bernikah lagi setelah arwahnya pergi kerana dia terlalu sayang dan cintakan arwah suaminya dan berharap akan di pertemukan di syurga. Dia benar-benar berharap Nasha dan Faries menjadi seperti dirinya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
bersambung......
 
 
 
 
 
 
 
 

 



No comments:

Post a Comment