Friday 16 May 2014

From Boss with Luv - Part 19



Aku tertidur kepenatan di dalam kereta Cayenne Faries. Apa taknya seharian berada di set. Selepas itu terus ke rumah nenek Encik Faries. Hari ini Faries meminta aku bekerja lebih masa kerana dia perlu ke rumah neneknya untuk makan malam dan dia mahu aku menemaninya. Aku tidak tahu Encik Faries masih mempunyai seorang nenek. Aku tahu mama dan papa Encik Faries berada di Canada dan Encik Faries merupakan anak tunggal. Sebab itu manjanya lebih. Encik Aliff tidak dapat ikut sama kerana hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinannya. Dia ingin membawa isterinya keluar makan malam bersama. Romantik juga Encik Aliff ni.
 

“Nasha kita dah sampai,” ujar Faries lalu mengoyangkan lengan Nasha mengejutkan pembantunya.
 

“Jangan kacau lah…orang tengah tidurkan,” marahku bila tidurku terganggu. Orang tengah sedap-sedap tidur kacau pulak. Esok nak kerja lagi. Jam loceng belum berbunyi lagi.
 

Nek Yah tercegat di hadapan pintu bila menyedari cucunya sudah sampai kerumah namun dia merasa hairan kenapa Faries tidak keluar lagi dari kereta?
 

“Nasha…we are here, Nasha..,” ujar Faries mengoyangkan lengan Nasha sekali lagi. Bila pembantunya masih tidak mahu bangun bila di kejutkan tadi. Malah sedap tidur di seatnya.
 

Aku memalingkan badanku kearah kanan lalu mencapai bantal guling dan memeluknya erat. Kenapa bantal guling aku ni tak gebu eh? Keras aje. Aku membuka mata perlahan. Encik Faries memandang wajahku. Eh aku bermimpi ke? Tak kan lah aku boleh sampai termimpikan Encik Faries masa dalam tidur. Aduh! Boring betul lah. Stress tahu tak? Tak kan dalam tidur pun nak buatkan aku stress. Aku memejamkan mata sekali lagi dan menarik bantal gulingku lalu ku peluk kejap. Apsal bantal guling ni tak gebu? Issk. Aku membuka mata sekali lagi. Sekali lagi juga ku lihat Encik Faries memandang kearahku. Ok tak kan aku mimpikan dia lagi kan. Apsal tilam aku tak empuk eh? Dah lah bantal guling tak gebu tilam aku tak empuk? Aku membuka mata perlahan. Ok lengan siapalah pulak aku sedap peluk ni. Oh fish head curry..aku segera melepaskan tangan ku dari terus memeluk lengan Encik Faries. Patutlah tak gebu sebab yang aku peluk itu lengan dia. Sesedap rasa sahaja aku memeluk lengan dia tadi. Dan Encik Faries pun satu..bukan dia hendak menarik lengannya bila aku tidak tersengaja berbuat demikian. Apa dia suka ke aku buat begitu padanya? Astarfirullah Al Azim. Malu gila aku dibuatnya. Macamana aku boleh ingat aku tidur di rumah tadi. Aku segera duduk bila menyedari kesilapanku. Hish nasib baik tak terleleh air liur masa tidur tadi kalau tidak mana aku hendak sorok muka daripada Encik Faries. Tentu Encik Faries menyangka aku ni joker kan? Harap aje muka lawa tapi perangai macam joker. Hehe masuk bakul angkat sendiri pulak aku ni. Dia tak ada pun puji aku lawa. Aku yang ‘SS’.
 

“Seronok tidur tadi?,” tanya Faries bila Nasha sudah terjaga dari tidur. Dia tidak menarik tangannya tadi kerana kesian pula melihat Nasha sedap tidur sambil memeluk lengannya tadi.
 

“Tak seronok,” jawabku cuba berlagak selamba seolah-olah tiada apa yang hendak aku malukan. Aku menanggalkan tali pinggang keledar lalu membuka pintu untuk keluar.
 

Aku membuahkan senyuman kepada nenek Faries lalu menuju kearahnya dan bersalaman dengannya. Nek Yah menyambut huluran tangan wanita muda yang tidak di kenalinya itu. Siapa wanita muda ini? Teman wanita cucunya ke? Shiela mana?
 

“Apa khabar nek?,” tanyaku ramah.
 

“Khabar baik..Alhamdullilah..anak ni siapa nama?,”
 

“Saya Nasha nek..pembantu baru Encik Faries,” jawabku bila di tanya nenek Faries.
 

“Pembantu baru..eh bukan ke Shiela pembantu Ries? Shiela tak kerja dengan Ries lagi ke?,” soal Nek Yah. Dia menghulurkan tangannya bila Faries ingin bersalam dengannya. Dia tahu Shiela pembantu yang baik dan Faries benar-benar suka akan kerja Shiela. Cucu kesayangannya itu tidak dapat hidup tanpa pembantu peribadi. Suruh kahwin katanya belum bersedia. Setidak-tidaknya ada orang yang menjaga dan menguruskannya.
 

“Shiela sudah berhenti kerja Nek..Nasha pembantu baru,” jawab Faries ringkas lalu menanggalkan kasutnya. Dia menunggu Nasha menanggalkan kasutnya.
 

“Oh begitu..jemput masuklah kenapa lama sangat nak keluar kereta tadi? Pintu jem ke?,”
 

“Tak saya tertidur dalam kereta tadi..tu yang Encik Faries kejutkan saya,” jawabku lalu tersengih.
 

“Lah kesian penat eh..meh masuk Nek Yah ada masak special untuk Faries dan kamu juga Nasha..jangan malu-malu,” ujar Nek Yah lalu menarik lengan Faries dan Nasha untuk masuk ke dalam rumah. Dia sanggup menunggu Faries datang untuk makan malam bersama.
 

“Wah cantiknya rumah nenek..nenek tinggal seorang sahaja ke dalam rumah ni?,” soalku terpegun melihat keindahan rumah Nek Yah. Konsep rumah Nek Yah di luar kelihatan seperti rumah papan..namun bila berada di dalam. Dekorasinya cantik kerana konsep rumah Nek Yah seperti rumah kayu dahulu walhal kayu yang aku lihat itu hanya kayu laminate dan rumahnya di perbuat dari batu.
 

“Tinggal dengan cucu-cucu lain..sepupu Faries, Farhana dan Farhan..tapi mereka tak ada pergi ke rumah kawan,” jawab Nek Yah.
 

“Oh..,” aku menganggukkan kepala tanda faham. Rumah besar begini nenek Yah tinggal seorang bahaya. Nasib baik ada cucu-cucu yang lain tinggal sama. Kenapa Encik Faries tidak tinggal sama dengan neneknya? Mungkin Encik Faries lebih selesa tinggal di daerah bandar.
 

Aku mengekori nenek Yah dan Faries dari belakang. Memberi peluang nek Yah bermanja dengan cucu kesayangannya itu. Faries bukan main manja lagi dengan Nek Yahnya.  Aku hanya mampu tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. Aku memandang kearah frame-frame gambar yang terdapat di ruang tamu Nek Yah. Gambar anak-anaknya dan cucu-cucunya. Gambar Faries ketika remaja dan zaman kanak-kanak pun terdapat di situ. Boss aku sudah memang ada x-factor sejak kecil lagi. Dari kecil lagi dia sudah pandai bergaya. Tengok sahaja gambar masa kecil dan remaja pandai pulak dia pose natural. Aku tersenyum lagi.
 

Semasa makan malam. Aku dan Nek Yah cepat mesra. Aku ni memang mesra alam orangnya. Tapi pada kaum Adam aku tidak begitu mesra sangat sebab aku sudah pernah tertipu dengan kaum Adam sebanyak 2 kali. Bak kata orang putih ‘Once bitten, twice shy’. Aku pulak dah terkena sekali..terkena lagi..jadi aku tak hendak pisang berbuah berkali-kali. Cukuplah 2 kali rasanya. Seksa jiwa dan raga. Serik untuk bercinta lagi. Biar Allah sahaja yang menentukan jodohku. Tak adanya aku hendak tercari-cari lagi. Kalau ada jodoh aku terima. Malas hendak fikir lagi.
 

“Ni Faries dah lewat..tak baik bawa anak dara orang jalan hingga ke larut malam,” ujar Nek Yah bila menyedari jam menunjukkan 11.15 malam. Berbual dengan cucu dan pembantunya Nasha hingga tidak sedar hari sudah larut malam.
 

Dah pukul sebelas? Tidak sedar masa berlalu begitu pantas.
 

“Takut dia tidur lagi nanti susah..insyallah bila Ries tidak terlalu sibuk Ries datang jenguk Nek Yah lagi,” ujar Faries lalu menjeling kearah Nasha bila dia menyindirnya.
 

“Kali ini saya tulis appointment dengan Nek Yah siang hari..jadi saya tak tertidur lagi betul tak Nek Yah,” jawabku lalu menjeling kearah Faries. Ada hati hendak kenakan aku. Aku akan tulis appointment Nek Yah setiap minggu dalam schedulednya. Biar jadi cucu yang baik sikit. Kesian Nek Yah.
 

“Hmm nek Yah rasa kamu berdua ni memang serasi macam Ries dengan Shiela dulu..cuma Shiela sudah bersuami..Nasha belum bersuami kan?,” tanya Nek Yah lalu tersenyum. Dia sukakan Nasha. Nasha wanita yang baik. Sekali melihat wajahnya hatinya sudah berkenan.
 

“Eh Nek Yah saya belum cukup umur untuk bersuami lagi,” ujarku dengan nada bergurau bila di usik Nek Yah. Eii ada ke Nek Yah tanya soalan begitu di hadapan Encik Faries. Segan aku di buatnya. Nanti dia kata aku anak dara tak laku pulak.
 

“Dah lewat dah ni..nanti saya mengantuk pula hendak memandu ni nek..kami minta diri dulu,” celah Faries kerana dia tahu kalau dia tidak mencelah nek Yahnya akan terus-terusan menyindirnya yang masih belum mahu berumahtangga. Bukan dia tidak mahu dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Calon isteri masih belum di temuinya kerana dia sedar dia adalah seorang lelaki yang cerewet dan dia juga mengidap penyakit ‘OCD’ hanya Shiela dan orang yang rapat dengannya tahu akan penyakitnya. Belum tentu ada wanita yang sanggup bertahan dengannya.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment