Tuesday 6 May 2014

From Boss with Luv - Part 2



                        
Aliff mengetuk pintu pejabat Faries perlahan.
 

“Masuk,” jawab Faries lemah.
 

Aliff memulas tombol pintu bila diarah berbuat demikian. Dia mengerutkan dahinya melihat Faries terbaring di atas sofa chesterfieldnya. Faries tidak sihat kah?
 

“Kau sakit?,” tegur Aliff lalu duduk di atas sofa bertentang dengan Faries yang sedang berbaring.
 

“Shiela berhenti kerja,” jawab Faries lalu meletak lengan di atas kepalanya.
 

Aliff ketawa kecil bila melihat keadaan Faries seperti orang sedang sakit tenat hanya kerana pembantu peribadinya berhenti kerja.
 

“Aku tak boleh hidup tanpa Shiela,” jawab Faries lalu mengelengkan kepalanya.
 

Aliff tersenyum bila Faries berkata demikian. Bukan kerana Faries cintakan Shiela. Tapi kerana dia tidak boleh berfungsi tanpa bantuan Shiela. Shiela begitu memahami kehendak dan keperluan Faries. Tanpa Shiela, Faries seperti patah sayap.
 

“Sudahlah tu Ries, Shiela dah buat temujanji untuk pembantu baru kau, kau pilih sahaja mana yang kau berkenan pasti ada yang macam Shiela,” jawab Aliff memujuk Faries. Selaku manager Faries dia turut patah sayap jika Faries tidak ada mood untuk bekerja. Hanya Shiela yang pandai memujuk dan menambat hati Faries. Dia tidak dapat memujuk Shiela untuk terus bekerja kerana Shiela akan mengikut suaminya berpindah kerja di Australia dan tinggal di sana.
 

“I want Shiela…, kau telefon dia, suruh dia kerja dengan aku balik, aku sanggup bayar berapa yang dia mahu,” ujar Faries lalu bangkit dari sofa. Dia menarik jaket putihnya yang ternaik dan kelihatan sedikit renyuk bila dia baring di atas sofa tadi. Faries mengenakan butang di jaketnya. Dan mengebas seluar putih yang dipakainya dengan tangan. Dia mencapai berus kasut lalu memberus loafers kulit putih dari Tods. Dia membetulkan lengan kemejanya agar ia kelihatan rapi. Dia menuju kearah cermin berdekatan lalu merapikan rambutnya yang kelihatan berselerak. Faries tidak suka kelihatan selekeh dan tidak terurus. Dia seorang lelaki yang mahu senantiasa kelihatan kemas dan bergaya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya. Dia berjalan menuju kearah pintu. Faries  memberhentikan langkahnya, bila menyedari Aliff masih lagi berada di sofa dan tidak berganjak.     
 

“Shall we go?,” ujar Faries.
 

“Pergi mana?,” soal Aliff bila Faries tiba-tiba hendak keluar.
 

“Cari Shiela,” jawabnya dengan wajah selamba.
 

“Ries, Shiela dah pergi Australia, there’s nothing you can do, I’m sure there someone out there that can be as good as Shiela,” terang Aliff bila Faries masih berdegil mahu mencari Shiela.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment