Saturday 24 May 2014

From Boss with Luv - Part 32

 
 
 
                           "Selamat pengantin baru," tegur Aliff lalu tersenyum sebaik sahaja terpandang akan wajah Nasha di ‘Set’. Selama 3 hari dia tidak bertemu dengan Nasha. Selepas akad nikah mereka berlangsung. Dia terus bergegas pulang ke KL kerana ada urusan lain. Tidak sempat menghubungi Faries bertanya khabar dan keadaan dirinya semasa tinggal di BP di kampong Nasha. Faries pula tidak menelefonnya selama dia berada di sana. Maknanya semuanya berjalan dengan baik. Atau pengantin baru ini sudah dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri.
 
 
 
 

                           Aku menjeling bila Aliff berani berkata demikian di set. Kalau dengar Encik Faries nanti mati kami.
 
 
 
 

                           "Hai pengantin baru, patut wajah berseri ini tidak masam bila saya beri ucapan tadi," usik Aliff lalu duduk berhadapan dengan Nasha. Yelah orang pengantin baru serinya masih ada ini tidak. Masam aje macam perkasam.
 
 
 
 

                          "Kalau Encik Faries dengar nanti siapa nak jawab Encik Aliff?," ujarku memandang wajah Encik Aliff tepat. Buatnya ada orang terdengar nanti. Heboh. Aku tidak mahu masuk campur. Encik Faries tu garang. Aku tak hendak kena marah dengan dia lagi. Cukuplah semalam aku kena sound dengan dia. Biar Encik Aliff yang jawab sendiri.
 
 
 
 

                          Aliff hanya mampu tersenyum bila Nasha memarahinya tadi. Kesian juga dia pada Nasha. Wanita itu terpaksa mengorbankan kebahagiaannya kerana ingin melepaskan diri dari bebanan hutang. Dia berharap Faries menjaga Nasha dengan baik. Walaupun dia tahu Faries tidak pernah cinta dan sayang pada Nasha tapi Nasha kini sudah menjadi isteri dan tanggungjawabnya. Dia tidak tahu apa syarat yang Faries kenakan pada Nasha ketika Nasha bersetuju untuk bernikah dengannya selain dari merahsiakan perkahwinan mereka dari pengetahuan umum.
 
 
 
 

                          "You mean you pun tak hendak orang tahu tentang status you? Maksud I you tak perlu beritahu siapa suami you..just your status yang mengatakan you sudah berkahwin," ujar Aliff lalu mengerutkan dahinya. Kalau Faries tidak mahu orang lain tahu tentang statusnya dia faham kerana Faries seorang celebrity dan dia belum bersedia. Tapi kenapa Nasha tidak mahu orang tahu tentang statusnya.





                          "Mudah..tak perlu hendak explain jika orang tanya where is my husband?," jawabku tanpa berfikir panjang. Yelah kalau tidak beritahu senang tak banyak cerita. Tak lah orang tanya mana suaminya? Siapa suaminya?
 
 
 
 

                          "Kalau ada orang berkenan dengan awak macamana??…kalau dia tidak tahu bahawa awak sudah berkahwin," ujar Aliff tidak puas hati dengan jawapan Nasha.
 
 
 
 

                          Aku mengalihkan pandangan kearah Faries yang sedang di perkenalkan dengan seorang jelitawan yang ditemani beberapa orang pemuda, tengok gaya seperti bodyguardnya. Hai pergi ke ‘set’ siap bodyguard bagai. Hmm popular sangat ke wanita itu? Tak pernah aku lihat wajahnya sebelum ini? Pelakon baru kah?
 
 
 
 

                          "Nasha saya bercakap dengan awak ni??," tegur Aliff bila wanita itu tidak mengendahkannya malah sibuk memandang kearah lain. Aliff menoleh kearah tempat yang di pandang Nasha.
 
 
 
 

                          "Encik Aliff kenal siapa perempuan tu?," soalku ingin tahu. Yelah. Dah lah cantik. Perfect from head to toe. Aku yang wanita tulen turut terpesona melihat wajah cantiknya inikan pula orang lelaki.
 
 
 
 

                          "Ohh...itu Puteri Ernisa," jawab Aliff ringkas lalu memandang kearah Nasha. Puteri Ernisa sama taraf dengan Faries kerana dia celebrity wanita terkenal. Hanya sebelum ini mereka tidak pernah di gandingkan bersama untuk menjayakan sebuah drama mahupun filem. Namun di atas permintaan para peminat tanahair yang mahu melihat kedua-dua celebrity kesayangan mereka di gabungkan dalam sebuah filem. Mereka akan berlakon dalam sebuah filem romantic yang pengambarannya 80% akan di adakan di NZ.
 
 
 
 

                          "Puteri Ernisa pelakon wanita popular tu?," ujarku ingin kepastian dari Encik Aliff. Yelah aku pernah terdengar nama celebrity wanita itu seringkali di sebut-sebut para peminat dan tidak lupa juga teman serumah aku Raudah. Dia minat betul pada lakonan Puteri Ernisa katanya Puteri Ernisa natural dan pandai berlakon. Malah dia juga mengatakan bahawa Faries dan Puteri Ernisa secocok di gandingkan dalam filem romantic. Katanya sama cantik dan sama padan. Kalau dulu mungkin aku tak berapa kisah sangat. Tapi sekarang Faries tu sudah menjadi suami aku. Sedikit sebanyak aku cemburu melihat mereka bersama.
 
 
 
 

                          Aku mengeluarkan barang-barang yang aku ambil dari bag tangan namun mataku tidak lepas dari memandang ke arah mereka. Barang-barang yang aku keluarkan ku hempas kuat di atas meja. Hand sanitizer, wet tisu, Turkey breast organic sandwich lunch Encik Faries, epal organic dan beberapa botol air Evian. Geram melihat kemesraan mereka berdua. Amboi!! bukan main mesra lagi siap bertepuk tampar dengan suami aku eh? Perempuan tak tahu malu. Sesuka hati dia aja berbuat demikian. Hendak sahaja aku membaling buah epal organic Encik Faries kepada perempuan itu biar benjol kepala dia. Issk geram aku.





                          "Nasha awak cemburu ke?," soal Aliff bila Nasha tiba-tiba kelihatan tidak selesa bila pelakon wanita itu kelihatan rapat dan mesra dengan Faries. Siapa yang tidak akan mesra dengan Puteri Ernisa. Dia tidak sombong seperti artis wanita lain dan dia seorang wanita cantik.
 
 
 
 

                          "Cemburu?? Tak adalah saya bukan ada apa-apa perasaan dengan Encik Faries pun," jawabku acuh tak acuh. Cemburu? Ah mana pulak datangnya perasaan cemburu ini. Selama ini aku tidak pernah pun merasa cemburu bila Encik Faries rapat dengan pelakon wanitanya. Tapi kenapa aku tiba-tiba merasa cemburu melihat Encik Faries bersama dengan Puteri Ernisa tadi. Kalau tidak mengenangkan aku sudah berjanji dengan Encik Faries bahawa aku tidak di izinkan mendedahkan rahsia statusnya. Sudah aku pergi kepada mereka dan hebohkan kepada beliau bahawa Faries itu suami aku.
 
 
 
 

                          "Perasaan dengan Faries??," tegur seseorang cukup membuatkan Aliff dan Nasha terperanjat. Pelakon cum model kacak itu membuahkan senyuman kepada Nasha.





                          Hampir hendak tergigit lidah aku bila pelakon yang namanya sedang meningkat naik itu terdengar akan perbualan aku dengan Encik Aliff tadi. Kalau dia tahu aku isteri Faries aniaya aku nanti.
 
 
 
 
                          "Sorry guys I got to go..Faries panggil," ujar Aliff lalu meninggalkan Ehsan dan Nasha kerana Faries memanggilnya untuk membincangkan tentang projek filem mereka yang terkini.
 
 
 

                          "See you around bro..," ujar Ehsan.
 
 
 
 

                         Ehsan menoleh kearah Nasha semula kerana Nasha masih belum menjawab pertanyaannya tadi. "You sukakan your boss?," tegur Ehsan lalu memandang wajah cantik Nasha.
 
 
 


                         "Err tak adalah..issk you ni..dia siapa I siapa..kalau dia dengan siapa actress tu..," ujarku lalu menunding jari kearah Puteri Ernisa sengaja aku tidak mahu menyebut namanya. ‘Puteri’ oh please?
 
 
 

                         "Puteri Ernisa?? Oh yes..if Faries dengan Puteri Ernisa..they look good together," jawab Ehsan tanpa mengesyaki apa-apa. Aku mengetap bibir menahan rasa. Kenapa semua orang kata mereka nampak secocok bersama. Apa aku tidak secocok dengan Faries ke?
 
 
 


                         "Really..whatever," jawabku sambil lewa tidak mahu menunjukkan kepada Ehsan bahawa aku sebenarnya tidak setuju dengan pendapatnya atau sesiapa yang mengatakan Faries kelihatan secocok bersama Puteri Ernisa.
 
 
 


                         "Are you jealous?? that Puteri Ernisa dengan your boss??," tanya Ehsan kerana Nasha tidak begitu menyukai Puteri Ernisa. Puteri Ernisa bukan sahaja cantik dia seorang wanita berhati baik. Jarang dia temui pelakon wanita popular yang baik sepertinya.
 
 
 
 

                         "Me Jealous..pfft tak ada jealousnya," jawabku menafikannya. Aku cuba untuk tidak melihat kearah Faries dan Puteri Ernisa. Takut aku tidak dapat mengawal perasaan nanti. Ada lebih baiknya aku berbual dengan Ehsan. Aku kembali duduk di kerusi. Aku membuka botol Evian Faries lalu menuang air itu kedalam gelas. Dahaga pulak tekak ini rasanya. Aku sebenarnya tidak pernah minum air Evian. Tapi kerana hati ni tengah panas dan membara aku cuba sejukkan hati dengan minum air Evian Encik Faries. Air evian dia air aku juga.
 
 
 
 

                        "You want some?," pelawaku.
 
 
 
 

                       "I’m good..thanks," jawab Ehsan. Aku membuahkannya senyuman dengan membaca bismillah aku meneguk air evian perlahan. Erkkk rasa macam air dari air terjun je? Apa yang sedap sangat. Tapi oleh kerana haus aku minum juga.
 
 
 
 

                       "Good..I pun worry kalau you sukakan Faries..I tak ada chance hendak tackle you," ujarnya sambil tersenyum. Dia berkenan pada Nasha. Wanita itu bukan sahaja cantik lucu dan baik hati. Wanita seperti Nasha sukar di perolehi zaman sekarang. Dia hairan wanita secantik dan sebaik Nasha masih belum dimiliki lagi.
 
 
 
 

                       Tersembur air keluar dari mulutku lalu terkena pada muka Ehsan bila dia berkata demikian. Aku ni patut jadi tok bomoh kerana sudah ramai orang yang aku semburkan dengan air. First Encik Aliff sekarang Ehsan. Kenapa mesti orang terperanjatkan aku ketika aku sedang minum air. Aku segera meletak gelas di atas meja lalu menyerahkan tisu kepada Ehsan untuk mengelap wajahnya yang basah terkena air semburan aku tadi.
 
 
 
 
 

                         "Sorry..tersedak...tak tahu siapa menyebutnya tadi," ujarku lalu terbatuk kecil. Tackle aku? Oh gosh. Ehsan sukakan aku? Seperti tidak percaya bila pelakon itu mengaku terang-terangan bahawa dia sukakan aku. Kira aku ni ada peminat juga eh? Tak sangka. Tapi kau sudah terlambat beberapa hari Ehsan kerana aku sudah di miliki. Cuma aku tidak boleh memberitahu kau siapa suamiku kerana perkahwinan kami adalah rahsia.








bersambung...














2 comments: