Thursday 8 May 2014

From Boss with Luv - Part 9





Seumur hidupku belum pernah aku berada di Presidential Suite di Hotel mewah 5 bintang. Apatah lagi berada di dalam kereta Cayenne Turbo S milik Faries. Inilah kali pertama. Namun begitu aku tidak begitu teruja kerana moodku tidak begitu baik. Faries pula hanyut bersama I-pod sedikit sebanyak membuatkan aku lega kerana aku tidak perlu berbual dengannya. Manakala Aliff sibuk dengan telefonnya 24 jam. Menguruskan promosi filem dan press conference untuknya.


“Oh sorry, I biarkan you seorang,”

Aku tersentak sekali lagi bila Faries tiba-tiba menegurku.

“Eh tak apa, I don’t mind, lagipun I tak tahu hendak berbual apa dengan you,” jawabku tanpa berfikir panjang.

“You tak tahu hendak bual apa dengan I?,” soal Faries lalu tersenyum. Dia menyimpan I-pod.

“Sorry…maksud I,” aku kehilangan kata-kata. Aku tidak bermaksud hendak berkata demikian tapi tidak tahu kenapa lidahku begitu lancar sahaja menjawab pertanyaannya tadi.

“Tak kan lah you tak tahu hendak berbual apa-apa dengan I, mustahil,” ujarnya lagi lalu tersenyum.

Aku menelan air liur bila mendengar suara macho milik Faries. Memang suaranya sahaja bisa mencairkan hati mana-mana wanita apatah lagi dia dikurniai wajah yang tampan.

“Er…, I tak pernah tengok lakonan you di filem,” ujarku gugup.

Faries kelihatan seperti terperanjat bila aku berkata demikian. Seolah-olah tidak percaya bahawa aku tidak pernah sekali menonton filem lakonannya.

“Really that’s interesting, selama I berlakon selama 9 tahun belum pernah I jumpa dengan orang yang tidak pernah melihat lakonan I,”

Aku memandang tepat ke wajahnya dan berharap Faries tidak marah padaku bila aku berkata demikian. Memang aku tidak pernah mengikuti dunia hiburan. Aku jarang menonton drama atau filem melayu kerana aku mempunyai 2 pekerjaan sebelum ini. Tidak punya masa untuk menonton TV. Aku tahu mengenai Faries pun kerana Raudah selalu memberitahu aku akan perkembangan dunia artis. Raudah banyak membantu aku dengan memberi maklumat mengenai Faries. Berapa lama dia berkecimpung dalam dunia lakonan. Dia selalu melakonkan watak apa. Bekas temanwanitanya. Filem lakonan terbarunya. Gossip-gossip mengenai dirinya. Semuanya tersimpan di dalam kotak fikiranku agar aku lebih selesa dengan tugasku. Walaupun tidak banyak tapi sekurang-kurangnya ia dapat membantuku sekiranya Faries bertanya kepadaku.

“You jangan salah faham, I selalu nampak you di TV dalam talk show, I think you look better in person dari dalam TV,” jawabku jujur.

“Well thanks I guess, you mean you tak pernah tengok lakonan I langsung, never. Zilch,”

Aku mengelengkan kepala perlahan berharap Faries tidak melenting marah.

“I can’t believe it, but it’s good to know,” jawab Faries seraya ketawa. Dia tidak tahu kenapa dia merasa begitu lega. Dia sepatutnya berasa ‘insult’ kerana dia bukanlah pelakon baru dan tidak terkenal. Tapi dia seorang pelakon yang di sukai ramai.

Aku memandang kearah Aliff yang duduk di sebelah pemandu peribadi Faries, dia kelihatan terlopong bila aku berkata demikian. Dia turut tidak percaya dengan apa yang di dengarinya tadi. Nasha tidak pernah menonton drama atau filem lakonan Faries selama ini.

“You are not kidding aren’t you,” ujar Aliff.

“Why should I?,” jawabku ringkas.

“Where do you stay?, you mean your place tak ada cable tv ke atau something, I think I need to fix your cable,” ujar Aliff.

“Stop it Aliff, jangan takutkan dia,”

“I hope you are not mad with me,” ujarku serba salah kerana mungkin Faries akan terasa hati bila aku mengatakan aku tidak pernah melihat lakonannya sebelum ini. Memang tak pernah tak kan aku hendak mengaku. Buatnya dia tanya filem apa? Tak ke susah nanti. Lebih baik aku beritahu secara jujur.

“Why should I, I’m glad that you know nothing about me, the rumours, the gossips…the bad boy image,” terang Faries, dia kelihatan rileks.

Riak di wajahnya menunjukkan bahawa dia tidak terasa hati bila aku mengatakan bahawa aku tidak begitu mengikuti perkembangannya. He might think I’m ignorance person.  

“Sorry,” ujarku lagi.

“No…Please, I think you should hang out with me more often,”

Hang out dengan Faries Syamri..haha like real. Macam dia hendak keluar dengan orang seperti aku.

Sebaik sahaja kereta berhenti di tempat yang di tuju. Akulah orang pertama yang keluar dari SUV Faries. Lelaki itu masih berada di tempat duduk penumpang dan tidak berganjak. Aku menjeling hairan. Did I forget to do something? Setahu aku bila sampai kena turun kan. Habis kenapa Faries masih berada di dalam kereta. Apa yang di tunggunya lagi? Pemandu peribadi Faries keluar dari perut kereta lalu membuka pintu untuk Faries. Ah spoilt brat hendak di bukakan pintu buatnya. Apa hendak buat anak orang kaya dan juga celebrity terkenal. Aku tidak sepatutnya merasa hairan dengan keadaan sebegini.
bersambung....

1 comment: