Wednesday 14 May 2014

From Boss with Luv - Part 13




Aku duduk menegak di atas sofa di lobby penthouse Faries menunggu kedatangan Aliff. Scheduled Faries hari ini mula lewat kerana Faries ke gym bersama personal trainernya. Jadi khidmatku tidak di perlukan ketika ini. Aku ada masa untuk berbincang dengan Aliff.
 
 
Aliff memakai t-shirt putih tidak berkolar di padankan dengan capri pants berwarna biru gelap dan memakai jaket biru gelap dan berkaca mata hitam. Panas-panas tegak begini dia memakai jaket. Pelik aku dengan lelaki yang pandai bergaya seperti Aliff. Panas tak apa asalkan nampak bergaya.
 

Aliff menuju ke arah Nasha yang dari jauh lagi sudah memandang ke arahnya tanpa berkedip. Dia tahu dia kelihatan macho hari ni. Wanita tidak akan dapat menahan diri dari memandang ke arahnya. Dia tersenyum senyum.
 

"Free aje..tak kerja hari ni," sindir Aliff lalu duduk di hadapan Nasha. Cermin mata raybannya di tanggalkan lalu di letak di atas meja.
 

Aku tidak memberi respon malah memandang ke arah Aliff seperti mahu menelannya. Yelah..dia masih boleh act selamba seolah-olah kejadian semalam atau lebih tepat pagi tadi tidak memberi kesan apa-apa terhadap dirinya. Dia tahu tak, aku tidak cukup tidur dan setiap kali mataku hendak terlelap aku asyik terjaga kerana menyangka telefonku berdering. Aku tidak boleh hidup begini.
 

"Tak sebab today my last day of work..oh actually sekarang I sudah tidak bekerja dengan Encik Faries," jawabku dengan wajah selamba seperti wajah selamba Aliff ketika dia memberi sindiran padaku tadi.
 

"Nasha you jangan hendak bergurau dengan saya..saya sudahlah tidak cukup tidur semalam awak pula bagi saya news macam ni?," jawab Aliff cuba mendapat pengertian dari Nasha.
 

"Encik Aliff ingat encik Encik Aliff sahaja yang tidak cukup tidur..habis saya tidak? sebab itu saya fikir ada lebih baiknya saya letak jawatan sebelum saya jadi zombie kerana bekerja dengan orang macam Encik Faries," jawabku dengan suara tegas supaya Encik Aliff tahu bahawa aku serious untuk berbuat demikian walaupun aku sebenarnya mahu menduganya sahaja. Mana tahu dia offer untuk naikkan gaji kepadaku tak ke untung. Bak kata orang 'Untung sabut timbul untung batu tengelam'.
 

Aliff mengeluh bila Nasha komplain tentang Faries. Memang tidak mudah bekerja dengan Faries. Orang yang penyabar sahaja yang boleh bekerja dengannya. Dia tahu Nasha boleh bekerja dengan Faries kerana Nasha seorang pekerja yang efficient dan juga kerana Nasha punya pengalaman bekerja sebagai PA. She's natural.
 

"I naikkan gaji you lagi 300 ratus," ujar Aliff perlahan.
 

Aku cuba mengawal cool kerana Aliff bersetuju untuk naikkan gajiku 300 ratus. Alhamdullilah. Bukan kerana aku tamak. Tapi kerana aku hendak melunaskan hutang yang tertunggak. Lagi cepat habis lagi bagus. Tak perlulah aku memikirkan tentang hutang itu.
 

"500 ratus," ujarku mencuba nasib.
 

"Don't push it," jawab Aliff lalu mengenakan cermin mata raybandnya.
 

"Ok, thank you," jawabku lalu bangun dari sofa. Lega hati aku. Tapi lega sekejap sahaja. Aku sudah sign contract untuk menjadi PA Faries. Ya Allah permudahkanlah kerja-kerja ku. Amin.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 


 

No comments:

Post a Comment