Wednesday 14 May 2014

From Boss with Luv - Part 14



Aku membuka pintu rumah Faries. Kunci spare yang di beri Encik Aliff supaya aku gunakan dan simpan untuk masa keccemasan. Tak kecemasan pun aku gunakan, kerana sementara menunggu Encik Faries kita balik dari gym aku mengambil keputusan untuk naik ke penthousenya untuk membuat inventory list barang dapurnya. Inilah tugas aku sebagai PA Encik Faries. Selain dari pembantu peribadi untuk mengendalikan jadual kerjanya, aku juga harus membuat inventory list dan memastikan harta di rumahnya terjaga dengan baik. Pendek kata, aku ‘Pa Ka Liao’ semuanya. Sepatutnya title job untuk aku manager atau pengurusnya tapi aku hanya di beri title PA. Encik Aliff pula hanya menguruskan kerjaya Faries yang lainnya aku yang kena buat. Pandai dia tolak balak kat aku.
 

Aku menuju ke dapur Faries lalu membuka kabinet yang sama tinggi dengan almari baju di rumah aku. Terbeliak mataku sekejap bila melihat pelbagai jenis makanan yang ber-tin dan makanan-makanan kering yang seumpamanya tersusun cantik seperti di gedung membeli belah. Hmm dia makan ke semua ni? Makanan yang terdapat di almari itu bukan sahaja cukup menampung keperluannya untuk sebulan malah lebih dari 3 bulan pun boleh kerana Faries tinggal seorang di rumah dan tiada orang lain lagi yang tinggal bersamanya. Di tepi pintu itu terdapat kertas yang di taip cantik dan seperti inventory list. Menunjukkan senarai jenama produk yang digunakan. Semuanya ‘Organic’. Dari cereal hingga ke jenis susu. Wah payah kalau habis stock..patutlah dia beli sekali 3 kotak dalam satu masa pada setiap brand makanannya, kerana brand organicnya hanya terdapat di Cold Storage atau di Mark & Spencer. Aku menutup kembali pintu cabinet itu lalu menuju kearah peti sejuk Faries pula. Daun pintu fridge Faries ku buka. Wah seronoknya. Complete. Peti sejuk Faries di penuhi dengan pelbagai jenis makanan dan air di dalamnya. Peti sejuk Faries berbau haruman lemon. Semuanya teratur dan cantik. Seperti iklan yang terdapat di TV brand yang hendak menjual Fridge begitulah keadaan fridge Faries. Faries seorang lelaki yang benar-benar ‘neat’. Aku yang perempuan turut merasa malu melihat keadaan rumah Faries yang cantik dan sentiasa terjaga.
 

“Awak cari apa dalam peti sejuk,” tegur Faries bila Nasha berdiri tercegat sahaja di hadapan peti sejuk tanpa mengambil apa-apa dari dalamnya.
 

Aku terlompat kecil bila seseorang menegurku. Terperanjat katak aku di buatnya. Yelah bila ketika dia balik aku tak sedar pun. Aku segera menutup pintu peti sejuknya.
 

Faries menuju kearah cabinet lalu mencapai sebuah botol kecil evian. Dia menuju kearah sinki lalu mencapai gelas bersih dan meletakkannya di atas island kaunter. Dia membuka penutup botol itu lalu menuang air kedalam gelas dia berhenti menuang air itu setelah air itu di paras separuh dari gelas putih itu lalu menutup botol Evian. Dia menarik kerusi dari bawah island kaunter lalu duduk. Setelah duduk dia mencapai gelas itu lalu meneguk air evian perlahan. Aku hanya tercegat dan memerhatikannya sahaja. Yelah sungguh tertib dan teratur.
 

“You are looking for something in the fridge? Just take whatever you want, buat macam rumah sendiri,” tegur Faries bila PAnya hanya mampu berdiri tercegat memerhatikannya seperti hairan dengan kelakuannya.
 

“Err..I tengah buat inventory list,” jawabku gugup kerana tidak suka di caught off-guard. I don’t like. Nasib baik aku tak bercakap sendiri atau apa tadi. Kalau tidak malu aku dengan si Faries ni. Nanti dia kata aku gila pula bercakap sorang-sorang.
 

“I dah restock semuanya pagi tadi,” ujarnya selamba lalu menghabiskan sisa air evian dari gelasnya.
 

“Restock tadi pagi?? But supermarket buka jam 11.00 pagi,” ujarku terperanjat. Supermarket paling awal buka jam 10.00 pagi. Bila ketikanya dia stock-up barang-barang dapurnya.
 

“I know someone who works at Cold Storage,” jawabnya selamba lalu ke sinki.
 

Seriously? Dia kenal seseorang dari cold storage? Managernya barangkali kalau tidak bagaimana dia boleh mendapat barang itu tanpa pergi ke Supermarket.
 

Dia mencapai sponge, dia menekan sedikit cecair pencuci pinggan lalu mencuci gelas yang di gunakan tadi. Faries membasuhnya dengan penuh teliti dan di bilas dengan air berkali-kali untuk sebiji gelas. Setelah berpuas hati dia mencapai kain kering lalu mengelap gelas yang di cucinya tadi. Kalau gelas itu ada ‘genie’ aku rasa pasti genie sudah keluar dari gelas itu kerana dia mengelap atau lebih kepada mengilap gelas itu bersungguh-sungguh padahal air putih sahaja. Mungkin ini dinamakan penyakit “OCD”.
 

“Jadual I hari ni?,” soal Faries lalu berjalan keluar dari dapur.
 

Aku membuka bag lalu mencapai ipad mini Faries. Faries tanpa menunggu aku  membacakan jadual hari ini untuknya, dia sudah pun berjalan keluar dari dapur. Terpaksalah aku terkejar-kejarnya dari belakang. Bangau betul. Tak boleh ke dia duduk sekejap dengar apa yang hendak aku beritahu dia. Ini tidak jalan ke sana jalan kemari aku dah budak tak betul mengekor dia dari belakang.
 

“Err discussion dengan penerbit dan director drama terbaru you di office Encik Shamsul jam 3.30 petang..lepas tu dinner dengan co-actress you Zarina jam 7.45 malam..venue belum tahu lagi sebab PA cik Zarina belum confirm lagi…itu sahaja buat hari ni,” ujarku lalu mematikan ipad dan menyimpannya ke dalam handbag. Uikk mana pulak si Faries ni pergi..sekejapan dia sudah hilang atau aku yang tidak perasan selama ini aku yang berbual seorang. Bangau betul. Penat aje aku bercakap sendiri tadi.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment