Tuesday 27 May 2014

From Boss with Luv - Part 35



Aku tersenyum bila menyedari Encik Faries tertidur ketika kami sedang menonton filem romantic sedih lakonan Rachel McAdams dan Ryan Gosling yang bertajuk “The Notebook”. Nasib baik juga lah dia tertidur tadi. Tak lah dia nampak aku tersedu-sedu menangis menonton cerita sedih gila tu. Apa tak sedihnya. Di usia tua, sang suami begitu setia dengan isterinya yang menghidap penyakit ‘dementia’ dan sering kali menemani isterinya dan tidak jemu menceritakan apa yang berlaku sewaktu mereka muda dan bercinta dahulu. Very the touching you know!. Kalaulah ada baldi di hadapan aku tadi mesti dah hampir separuh penuh apa tak nya aku ni penyedih orangnya. Lagilah nonton cerita yang sedih gila yang menyentuh perasaan. Huhu.
 
 

Aku memandang kearah Encik Faries yang sedang terlena di atas riba ku. Hehe. Sejak aku menjadi isteri Encik Faries. Dia manja dengan aku lebih, maklumlah hubungan sudah halal. Jadi dia tidak teragak-agak hendak bermanja dengan aku. Maksud aku permintaan manja Encik Faries contohnya begini:-


1.     Bila menonton TV dia suka berbaring di atas riba aku.

2.     Bila datang malasnya ketika waktu makan dia hendak aku suapkan makanan untuk dia.

3.     Kekadang tu bila aku sudah sediakan pakaiannya, dia hendak aku sarungkan kemeja ke badannya.




Manja-manja macam tu lah, suka kerana ada orang melayan karenah dia yang macam baby. Hubungan kami setelah bergelar suami isteri…Alhamdullilah ok. Kami sudah seperti teman baik yang mesra alam.
 
 

Di luar rumah kami strictly PA dan Boss. Encik Faries tidak kisah bila aku memanggilnya Encik Faries ketika di luar. No manja-manja or lovey dovey in public. Yang manja pun dia, bukan aku. Tapi bila berada di rumah kami switch to good housemate. Kami banyak menghabiskan masa bersama di rumah, kerana perkahwinan kami masih lagi rahsia. Encik Faries cuba mengelak untuk keluar public bersama denganku, takut spekulasi meluas mengatakan bahawa Faries punya hubungan dengan PAnya. Kami menonton filem di audio room dan bila aku teringin hendak makan makanan yang sedap. Pada hari hujung minggu pula bila Faries tiada shooting dia gemar lepak di rumah mungkin kerana ada orang yang menemaninya iaitu aku, dia lebih selesa berada di rumah.
 
 

Alhamdullilah..sejak menjadi isteri Encik Faries. Tidur malamku kini lena sebab aku tidak di kejutkan dengan deringan telefon dari Encik Faries yang bertanya soalan yang mengakal. Mungkin kerana aku sudah tinggal serumah dengannya dia tidak menganggu aku waktu tengah-tengah malam kerana jika dia perlukan sesuatu di hanya perlu mengetuk pintu bilik aku sahaja. Dan aku sebagai PA dan isterinya akan menyediakan keperluannya.
 
 

Encik Faries ni patut berkahwin dari dulu lagi supaya hidupnya lengkap dan tenang kerana ada orang yang melayan dan menjaganya. Aku hairan kenapa dia tidak berbuat demikian dahulu. Bukan aku tidak tahu dia punya ramai teman wanita. Almaklumlah orang kacak, sudahlah kacak pelakon lelaki popular pula tu. Mustahil dalam ramai-ramai teman wanitanya tiada seorang pun yang mengerti akan kehendaknya?
 
 

Pokoknya aku dapat melihat Encik Faries kelihatan gembira dan bahagia sejak dia sudah berumahtangga. Aku bercerita ni seolah-olah ia tidak melibatkan diri aku. Aku? Alhamdullilah bahagia sebab diri ini kini terpelihara dan di jaga dengan baik setelah menjadi status seorang isteri. Encik Faries benar-benar protective terhadap diriku. Kalau aku kurang bercakap dia akan bertanya mengapa? Kalau aku makan tidak teratur kerana kurang selera atau tidak berapa lapar dia akan pastikan aku makan makanan yang berkhasiat. We look after each other well. Bukankah itu yang sepatutnya di lakukan oleh pasangan suami isteri. Care for each other?
 
 

Kalau Faries tidak pergi ke gym, kami menghabiskan masa membaca buku, menonton atau bermalas-malasan di rumah. Faries tidak benarkan aku membuat kerja rumah seperti mengemas rumah atau sebagainya kerana setiap pagi sekumpulan housemaid akan membersihkan rumahnya. Bukan setakat kemas-kemas gitu sahaja. Semuanya bersih spick and span. Macam tinggal di hotel. Pakaiannya semua di hantar ke laundry. Jadi tugas aku hanya melayan kehendak Encik Faries. Terkadang aku bosan juga kerana tiada apa yang boleh aku lakukan. Aku berjaya memujuk Encik Faries bahawa aku suka membuat pastry dan cake. Jadi Encik Faries benarkan aku menghabiskan masa membuat experiment memasak di dapurnya. Tentang masak pula. Faries mahu Fiza yang menyediakan untuk kami. Tapi kekadang tu aku curi-curi masak biar Encik Faries dapat rasa air tangan masakan aku sendiri, cuma kalau makanan gourmet tu aku serahkan kepada Chef Fiza kerana dia lebih arif so kami tidak perlu keluar ke restaurant atau pergi menonton di pawagam kerana semuanya sedia ada di rumah penthouse Encik Faries kita.
 
 

Sungguhpun Encik Faries mengidap penyakit OCD dan cerewet serba serbi. Namun setelah aku pelajari dan memahami akan keperluannya. Ia menjadi mudah. Aku tidak merasa stress seperti waktu mula berkerja dengannya dahulu.
 
 

Perasaan aku terhadap Encik Faries dari hari ke sehari mula berubah sedikit demi sedikit. Kalau dahulu aku tidak punya perasaan apa-apa langsung padanya. Tapi kini aku sudah mula rasa sayang pada Encik Faries. Setiap kali dia menyentuh tanganku perasaan aneh mula menyelinap di sanubariku. Aku suka bila dia memegang tanganku dan mahu dia berbuat begitu selalu. Namun begitu ianya terlalu awal untuk aku mengesahkan akan perasaan aku yang sebenar terhadap Encik Faries buat masa ini.
 
 

Encik Faries being Encik Faries. He’s cute in so many ways. Sekejap dia manja dengan aku. Sekejap dia garang dengan aku. Sekejap perangai OCDnya. Jadi aku hendak kena arif perangai-perangainya itu. Perasaannya terhadap diri aku? Masih belum aku pastikan lagi kerana perilakuannya selamba sahaja. Seperti tiada perasaan. Hanya selesa dan senang bersama dengan aku.
 
 

Lamunanku terhenti bila Faries membuka matanya perlahan dan memandang ke wajahku. “Dah habis movie?,” ujarnya lalu bangun duduk. Wajah Encik Faries kelihatan cute kerana rambutnya kelihatan messy dan tidak terurus kerana berbaring tadi.
 
 

“Dah,” jawabku ringkas lalu mencapai remote mematikan tv.
 
 

“Bagus cerita Notebook??,” soal Faries menoleh kearah Nasha. Dia pernah menonton movie itu dahulu tapi sengaja mahu tahu pendapat Nasha mengenai movie itu.
 
 

“Bagus..but sedih gila,” jawabku menyembunyikan beberapa helai tisu yang aku gunakan untuk mengelap airmata aku tadi jauh dari pandangan Faries. Aku tahu dia tidak suka melihat benda berselerak. Aku memang hendak membuang tisu itu ke dalam tong sampah pun. Tapi di sebabkan dia baring atas riba aku macamana aku hendak membuangnya.
 
 

“Sedih??..cengeng juga you ni kan,” ujarnya lalu mencuit pipi Nasha mesra lalu bangun.
 
 

Berderau darahku bila dia berbuat demikian. Faries suka mengusik hatiku dengan sentuhan begitu. Perbuataannya begitu selamba dan tidak teragak-agak. Adakah Faries terbawa-bawa dengan peranan yang selalu di pegang ketika melakonkan watak suami dan lelaki romantic? Atau Faries sememangnya seorang lelaki yang berjiwa romantic. Entahlah aku sukar mentafsirkannya kerana Faries seorang pelakon hebat. Tidak mustahil dia dapat menyakinkan kepada sesiapa sahaja bahawa perbuataannya itu hanya sekadar lakonan dan bukan yang sebenar. Confuse bila berkongsi hidup dengan seorang pelakon seperti Faries ni, kerana tidak tahu samada ia adalah perasaannya yang sebenar atau sekadar lakonan.
 
 

“Apa nak buat dah isteri you ni cengeng orangnya,” jawabku selamba lalu bangkit dari sofa. Aku mematikan suis audio room dan juga air-con. Sudah lewat malam. Esok petang kami akan berangkat ke NZ. Aku hendak memastikan segala keperluan Faries cukup dan tiada barang yang ketinggalan. Wah seronoknya dapat menjejakkan kaki ke NZ. Dan Encik Faries kata selepas shooting dia akan bercuti ke Canada untuk bertemu dengan ibu dan ayah tirinya. Nervous juga aku hendak kena bertemu dengan ibu dan ayah tiri Encik Faries. Semasa kami bernikah dahulu aku tidak berkesempatan untuk berbual dengan ibu Encik Faries.
 
 

“Isteri???,” ujar Faries lalu menoleh kearah Nasha bila dia memberi komen sedemikian. Selama ini Nasha tidak pernah mengelarkan dirinya isteri. Mereka selalu berbicara you and I mungkin kerana Nasha masih belum membiasakan diri memanggilnya abang atau ia lebih selamat kerana mengunakan ayat ‘you’ dan ‘I’ dalam perbualan seharian mereka, mudah kerana tidak perlu swtich to PA & Boss mode dan Husband and wife mode. Bahasa ‘You’ & ‘I’ adalah bahasa universal.
 
 

“Salah ke I cakap En..eh abang,” ujarku hampir tersasul lagi. Aku memungut tisu lalu membuangkannya ke dalam bakul sampah yang terdapat di dalam audio room. Aku menekan hand sanitizer membersihkan kuman di tanganku. Bagus juga cara Encik Faries menyediakan hand sanitizer di setiap bilik. Ada juga gunanya very convenient.
 
 

“Tak salah..cuma you never said that before..since you mengingatkan I yang you ni isteri I, why don’t you accompany me tonight,” ujar Faries lalu tersenyum.
 


Aku berdiri kaku bila Faries berkata demikian. Oh gosh. Faries meminta aku menemaninya malam ini. Kenapa hati aku dup..dap..dup…dap tidak henti-henti ni. Aduh..perasaan nervous kembali lagi. Aku belum bersedia lagi.
 
 

“Kenapa belum bersedia?? Kalau belum ok,” jawab Faries ringkas lalu menuju kearah biliknya.
 
 

                              Ah aku serba salah bila Faries berkata demikian. Merajukkah Faries? Nasha menolak ajakan suami hukumnya berdosa dan akan dilaknat oleh Malaikat hingga waktu Subuh.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment