Tuesday 6 May 2014

From Boss with Luv - Part 1

                       







Shiela meletak pingan di atas meja. Dia memastikan bahawa steak daging tidak bersentuhan dengan kentang pusar dan kacang peas. Sos mushroom yang di tempatkan ke dalam bekas kecil di letakkan di hadapan pinggan dan berada lebih kurang 1 inci dari pinggan. Pisau di letakkan di sebelah kanan manakala garfu pula di letakkan di sebelah kiri, begitu juga napkin yang sudah di lipat cantik di letakkan di sebelah kiri. Setelah berpuas hati dengan susunannya, Shiela berjalan menuju kearah bilik Faries lalu di ketuknya pintu bilik perlahan 2 kali. Faries membuka pintu.
 

“Dinner is ready,” ujar Shiela seraya berlalu menuju kearah bilik dining. Diikuti dengan Faries. Faries berjalan menuju kearah dapur lalu membasuh tangannya di sinki. Shiela menarik kerusi lalu duduk menanti Faries kembali ke meja makan. Dia menjeling kearah jam di dinding setelah hampir 5 minit Faries masih belum kembali ke mejanya. Shiela mengeluh kecil. Dia bangkit dari kerusi lalu menuju kearah dapur di mana Faries masih berada.
 

Faries sedang mengelap tangannya dengan napkin kering yang tersusun cantik di atas kaunter sinki. Setelah di lap tangannya. Faries melipat tuala itu semula lalu di masukkan ke dalam bakul. Dia memutar paip sinki lalu membasuh tangannya kembali dengan teliti. Shiela mengeluh kecil lalu menghampiri Faries. Kepala paip di tutup. Dia mencapai sekeping napkin kering yang baru lalu mengelap tangan Faries kering. Setelah di lap Shiela mencampak tuala itu kedalam bakul.
 

“Come let’s go,” ujar Shiela kepada Faries. Shiela berjalan mendahului Faries menuju kembali ke dining. Faries mencapai ‘thong’ yang terdapat di dalam laci lalu mencapai napkin yang digunakan yang di campak Shiela dari dalam bakul. Dia melipat napkin itu lalu meletaknya kembali ke dalam bakul. Dia memutar kepala paip lalu mencuci tangannya kembali. Mendengar air keluar dari paip sinki. Shiela berlari semula ke dapur lalu mematikan paip. Dia mencapai napkin kering lalu mengelap tangan Faries kering. Napkin yang basah itu dilipat lalu di letakkan ke dalam bakul.
 

“Ok…, puashati,” tegur Shiela lalu memandang wajah Faries.
 

“Ok,” jawab ringkas Faries lalu menuju ke ruang dining. Faries mengangkat kerusinya perlahan dan memastikan bahawa kerusinya tidak senget. Setelah berpuashati dia duduk di atas kerusi. Dia mencapai napkin yang terdapat di atas meja lalu di letakkan ke atas ribanya. Shiela membuka penutup botol Evian lalu menuang air mineral itu ke dalam gelas yang tersedia.
 

“Shiela ambil gelas lagi satu,” ujar Faries lalu memandang ke arah gelas air mineral yang berada di atas mejanya.
 

“Gelas lagi satu?? You nak jus ke??,” soal Shiela hairan bila bossnya meminta gelas lagi satu.
 

“No…, just take another glass, please?,” pinta Faries lalu tersenyum.
 

Shiela bangkit dari kerusi lalu menuju kearah dapur. Seperti di arahkan, dia kembali ke ruang dining bersama gelas kosong. Lalu meletakkannya di atas meja. Faries membuka penutup botol mineral evian lalu menuang sisa air tersebut kedalam gelas kosong yang di beri Shiela tadi. Air yang di tuang habis itu berada di paras kurang setengah dari gelas tersebut. Dia mencapai gelas air yang di tuang Shiela awal tadi lalu menuang sedikit air ke dalam gelas yang kurang. Dia mencapai gelas pertama dan meletak bersebelahan dengan gelas kedua. Dia mencapai gelas pertama lalu menuang sedikit air ke dalam gelas kedua lalu meletak gelas itu bersebelahan dengan gelas kedua. Setelah memastikan bahawa paras air di kedua-dua gelas itu seimbang dan sama rata. Faries tersenyum menandakan dia berpuashati.
 

Shiela mengelengkan kepala perlahan tidak percaya dengan apa yang di lihat. Namun dia tidak kuasa hendak berkata apa.
 

Faries mencapai pisau lalu menolak kacang peas yang hampir bersentuhan dengan kentang pusarnya. Dia mencapai garfu lalu menyucuk daging steak. Dia mengunakan pisau lalu memotong daging steak tersebut lalu membentukkannya seperti empat segi tepat. Dia mencapai sos lalu menuang sedikit di atas daging yang sudah di potong. Dia mencapai garfu lalu menyucuk daging empat segi itu dan masukkan kedalam mulutnya. Faries mengunyahnya perlahan. Wajahnya kelihatan berkerut. Dia mencapai napkin dari ribanya lalu di letakkan ke mulutnya untuk mengeluarkan daging yang di kunyahnya tadi. Napkin itu di letakkan di atas meja.
 

“Shiela kenapa daging steak ni sejuk?,” tegur Faries lalu menoleh ke arah Shiela.
 

Shiela mengeluh perlahan. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh bekerja lama dengan Faries yang begitu dan terlalu amat cerewet. Kalau tidak kerana gaji yang di tawarkan itu lumayan. Shiela tidak ingin bekerja dengan Faries. Jika dia tahu dari awal dia terpaksa menjadi pembantu peribadi kepada seorang lelaki dewasa yang terlalu cerewet. Dia tidak akan terima walaupun gaji yang ditawarkan lumayan. Kalau baby cerewet dia faham, ini baby ganyut. Hissh tidak faham rasanya. Kekadang dia merasakan adakah Faries sememangnya anak manja dan ‘spoilt brat’ atau dia sememangnya mempunyai penyakit cerewet.
 

“Yelah you cuci tangan setengah jam, macamana makanan you tidak sejuk,” ujar Shiela meninggikan suaranya kerana dia tidak dapat mengawal perasaannya.
 

“I tak boleh makan makanan yang sejuk,” jawab Faries lalu memandang wajah Shiela dengan wajah bersahaja seolah-olah dia tidak terasa hati bila Shiela memarahinya.
 

“Then jangan makan, starve yourself,” ujar Shiela lalu bangun dan meninggalkan Faries sendirian di dining. Penat dia hendak melayan karenah Faries sekarang.
 

Bila menyedari Shiela tidak akan melakukan sesuatu mengenai makanannya. Faries bangkit dari kerusi lalu menuju kearah dapur. Dia mencuci tangan lalu mengelapnya kering. Setelah napkin sudah di lipat dan dimasukkan ke dalam bakul. Faries mencapai serving plate dari kabinet berkaca lalu di letakkan di island counter. Dia menuju kearah kabinet semula lalu membuka bekas roti dan mencapai beberapa keping roti organic ‘wholemeal’ lalu di letakkan ke atas tempat pemotong yang bersih. Dia berjalan menuju kearah peti sejuk lalu membukanya. Dia mencapai kepingan salami ayam, cheese, tomato dan sayur salad lalu membawanya ke island kaunter dimana kepingan roti itu berada. Faries ingin menyediakan sandwich.
 

Shiela merasa bersalah setelah menyedari kesilapannya. Dia tidak sepatutnya berbuat begitu terhadap diri Faries. Faries adalah majikannya. Dia sepatutnya sudah boleh bersabar dan memahami keperluan Faries kerana dia sudah bekerja dengannya hampir 2 tahun. Dia tidak tahu kenapa malam ini dia seperti tidak sabar dengan perangai Faries. Shiela menolak sliding door lalu menuju ke dining. Setelah di lihat Faries tidak berada di dining dia mencarinya di dapur. Dia dapur dia melihat Faries sedang memotong hujung roti mengunakan pisau. Shiela menghampiri Faries.
 

“Biar I yang buatkan untuk you,” tegur Shiela perlahan.
 

Faries meletak pisau di atas kaunter bila Shiela berkata demikian. Shiela mahu mencapai pisau.
 

“Wash your hand first,” tegur Faries.
 

Shiela tertawa kecil bila dia terlupa untuk berbuat demikian. Dia menuju kearah sinki lalu mencuci tangan mengunakan sabun membilasnya dan mengelapnya kering. Perbuataannya itu di perhatikan Faries. Shiela menuju ke kaunter lalu menyambung memotong kesemua hujung roti kerana dia tahu Faries tidak suka memakannya dan Faries mahu rotinya di potong empat segi tepat. Sayur salad yang sudah di kopek Faries di susun cantik di atas keping roti, dia mencapai kepingan tomato yang dipotong Faries dan menyusunnya seperti kehendak Faries, kepingan salami ayam di lepat dua dan disusun beberapa keping di atas tomato. Dan akhir sekali dia meletak sos ranch dressing. Shiela mencapai black pepper lalu menaburkannya sedikit di atas dressing tersebut dan meletak kepingan roti di atasnya. Faries menuju kearah cabinet berkaca lalu mencapai serving plate dan menyerahkannya kepada Shiela. Shiela meletak sandwich tersebut di atas pinggan dan menyerahkannya kebali kepada Faries.
 

Faries mencapai pinggan yang di hulurkan oleh Shiela.
 

“Thanks Shiela,” jawabnya lalu tersenyum. Dia membawa pinggan berisi sandwich lalu menuju kearah dining. Shiela menyimpan kembali barang-barang yang di gunakan oleh Faries ke dalam peti sejuk. Dan membersihkan island kaunter. Dia tahu Faries tidak suka dapurnya kelihatan berserak. Ianya sudah terangkum di dalam buku panduan jika menjadi pembantu peribadi Faries Syamri pelakon lelaki terkenal.
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 


1 comment: