Thursday 8 May 2014

From Boss with Luv - Part 7



Faries keluar dari biliknya dengan jeans dan polo shirt yang aku berikan kepadanya tadi. Aku terpegun seketika melihat ketampanan wajah Faries. Sungguhpun dia hanya berpakaian casual namun ketampanannya masih terserlah. Tidak hairanlah selama 3 tahun berturut-turut Faries selalu di nobatkan nombor satu sebagai sexy man of the year in Asia. Sungguhpun aku tidak pernah melihat lakonannya di filem mahupun drama di TV. Kerana aku tidak gemar menonton dan padaku hidup dunia hiburan adalah dunia plastic. Mereka selalu kelihatan peramah dan mesra dengan peminat walhal bila di luar mereka sombong dan tidak menghargai peminat. Tapi tidak pada Faries. Dia selalu sopan bila meminta sesuatu atau menyuruhku membuat sesuatu untuknya. Tidaklah sombong atau hidung tinggi walaupun dia celebrity terkenal. He’s so humble. Aku pula yang kalut bila berdepan dengannya kerana takut dimarahi Faries sekiranya aku tidak dapat perform efficiently macam PAnya Shiela. Aku tidak mahu keperluannya terganggu di sebabkan aku lagipun Aliff ada memberitahuku bahawa Faries akan membayar ku RM5,500 yang ku anggap lumayan sekali. Alhamdullilah rezeki. Aku harus melakukan kerja-kerjaku dengan baik. Aku tidak mahu menghampakan Faries. Aku mahu menjadi pembantu peribadi yang efficient.
 

Aku menyatukan sausage, telur, baked beans dan French toast semua ke atas satu pinggan kerana semasa breakfast Faries dihantar tadi sausage, telur, baked beans dan French toast di sediakan di piring yang berasingan.
 

“Oh dear?,” ujar Faries tiba-tiba sebaik sahaja dia berada di dining table.
 

“Kenapa Encik Faries?,” ujarku panik. Yelah apa yang tidak kena? Aku baru hendak impress Faries bahawa aku pembantu peribadi yang baik.
 

“The food touch,” jawabnya ringkas lalu menuju kearah study tablenya. Dia mencapai cordless phone lalu speed dial nombor seseorang.
 

“Fiza the food touch, can you prepare new breakfast for me, thanks,” pesan Faries lalu mematikan telefon. Dia kembali ke meja dining lalu mencapai pinggan berisi makanan tersebut lalu menuju kearah dapur.  Dia membuka penutup tong sampah lalu membuang makanan tersebut kedalam.
 

Hampir sahaja aku terpekik terperanjat bila dia berbuat demikian. Yelah kerana makanan itu elok di makan dan tidak rosak. Malah ketika aku memindahkan makanan itu dari piring ke pinggan aku mengunakan sudu dan garfu dan tidak menyentuhnya langsung. Apa maksud Faries dengan makanan dia touch?
 

“I’m sorry Encik Faries, you can have my share,” ujarku kalut lalu meletak pingan berisi breakfastku kepadanya. Aku telah melakukan kesilapan yang pertama di hari pertama aku bekerja dengan Faries.
 

Faries mengangkat pinggan itu lalu meletak jauh dari tempatnya. Aku terasa hati bila dia berbuat demikian. Jijik sangatkah sehingga dia tidak mahu makan makanan yang aku beri walaupun aku tidak menyentuhnya langsung.
 

“Aliff tak bagi you the handbook?,” ujar Faries mendatar lalu menoleh kearah pembantu barunya.
 

“Encik Aliff kata buku itu hilang,” jawabku cuba menahan sebak di dada. Aku tidak tahu kenapa aku begitu terasa dengan perlakuan Faries tadi. Aku sangka Faries seorang lelaki yang baik, sensitif dan tidak sombong. Ternyata Faries tidak seperti yang aku bayangkan.
 

“It’s not going to be easy for you to work with me without the handbook,” jawab Faries perlahan.
 

Lagi-lagi handbook. Apa yang penting sangat sehingga aku tidak boleh bekerja tanpa buku panduan Faries. Apa salahnya dia memberitahu aku sendiri apa yang harus aku tahu.
 

“Are you ok?,” tegur Faries bila pembantu barunya hanya mendiamkan diri bila dia menerangkan kepadanya bahawa tanpa buku panduan, tugas sebagai pembantunya tidak begitu mudah. Dia masih ingat kali pertama Shiela bekerja dengannya. Shiela juga seperti Nasha. Shiela juga terasa hati bila dia berbuat demikian. Tapi lama kelamaan Shiela sudah biasa dengan keadaan itu dan tidak terasa hati lagi bila dia berbuat demikian.
 

Aku menganggukkan kepala tanda faham tanpa menjawab soalannya. Masih lagi dalam keadaan terperanjat. Begitu mudah Faries membuang makanan yang tidak rosak itu ke dalam tong sampah, seolah-olah dia tidak menghargai rezeki yang Allah berikan kepadanya. Tidakkah Faries tahu, ramai orang yang mati kelaparan di Somalia kerana tidak mendapat nikmat rezeki sepertinya? Dan dia sewenang-wenangnya membuang makan begitu sahaja?
 

Loceng penthouse Faries bunyi bertalu-talu. Tanpa berkata apa aku bangkit dari kerusi dan bergegas turun membuka pintu buat Fiza.
 

“Heh you ok, you look sad,” tegur Fiza sebaik sahaja terpandang wajah sedih pembantu baru Faries. Awal pagi tadi semasa menyambutnya, pembantu baru Faries kelihatan excited bekerja dengan Faries.
 

“He’s mad at me, hari pertama berkerja dengan Faries, I’ve make him disappointed,” jawabku perlahan menyalahkan diriku kerana tidak peka kehendak majikanku.
 

“Don’t beat yourself up, I tahu you pembantu yang baik, Faries have special needs, you will understand one day,” pujuk Fiza merasa kasihan melihat pembantu baru Faries. Pembantu lama Faries tahu dan memahami kehendak Faries. Malah dia pernah terdengar Shiela memarahi Faries jika dia kurang sabar dengan perangai Faries. Dan Faries tidak pernah memarahi Shiela kembali. Seolah-olah dia dapat menerimanya dengan rela hati.
 

“He is being ridiculous, I tak faham maksud his food touch? I tak sentuh langsung pun makanan dia tadi,” ujarku mempertahankan diri.
 

“Did you put all his food together in one plate?,” soal Fiza.
 

Aku tidak menjawab malah menganggukkan kepalaku perlahan bila Fiza berkata demikian. Apa salah ke aku satukan kesemuanya dalam satu pinggan. Kenapa hendak gunakan banyak pinggan buat penat nak mencucinya sahaja.
 

“I see.., salah satu perkara yang Faries tidak suka, makanannya bersentuhan, sebab itu I asingkan semuanya, you might find it petty, but actually he can’t help it, Faries OCD,” jawab Fiza perlahan dari jauh dia membuahkan senyuman kepada Faries yang sedang menunggunya di dining table.
 

“OCD???,” soalku tidak mengerti akan maksud Fiza.
 

“Hi Faries, here you go,” ujar Fiza lalu menyusun piring breakfastnya di atas meja. Aku yang berada di sebelah Fiza hanya memerhatikan Fiza menyediakan breakfast untuk Faries. Fiza memastikan bahawa sususannya tidak senget dan teratur. Penutup botol jus oren di buka. Fiza menuang jus oren tersebut ke dalam gelas separuh penuh. Selebihnya di biarkan di dalam botol lalu menutupnya. Dia mencapai napkin yang di bawa sama tadi lalu di letakkan di atas riba Faries.
 

“Bon appetite,” ujar Fiza lalu tersenyum.
 

“Thanks Fiza,” jawab Faries lalu tersenyum.
 

“I see Fiza off,” ujarku lalu memandang wajah Faries.
 

“Ok,” jawabnya ringkas lalu mengadap sarapannya seolah-olah tidak ambil kisah.
 

Aku dan Fiza menuruni anak tangga menemaninya hingga ke pintu. Sempat juga aku bertanya kepada Fiza akan maksudnya dengan “OCD”.
 

“Fiza OCD tu apa?,” soalku ingin tahu akan maksud OCD kerana aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini.
 

Obsessive-Compulsive Disorder, I tak tahu istilah dalam bahasa melayunya apa, why don’t you google bila ada masa nanti, you will understand why he behave like that,ujar Fiza lalu tersenyum. Kalau dia tahu akan obsesi Faries selain dari tidak suka makanannya bersentuhan dan suka mengatur barang dengan teratur dia akan memberitahu dan membantu Nasha dari rasa bersalah.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment