Friday 9 May 2014

From Boss with Luv - Part 12



Aliff menjemputku di rumah. Tanpa menukar baju aku mengikutnya dengan memakai pajamas. Dan Aliff juga hanya dengan singlet putih dengan pants drawstring dia pun hanya sempat mencapai sweat shirt semasa keluar tadi. Haha fesyen baju waktu pagi-pagi buta. Orang tak pernah buat kami buat ini semua angkara Faries. Aliff mengenakan cermin mata plastic frame Armani. Dah macam ‘Clark and Louis’ pulak. Uikk rabun gak Encik Aliff ni kerana dia tidak memakai cermin mata waktu siang.
 

Setibanya di condo Faries. Kami terus menuju ke penthousenya. Aku membawa 2 buah botol 1 litre Evian bersama yang di beli Aliff dari 7-evelen semasa dalam perjalanan menuju ke rumah Faries. Budak yang menjaga 7-Eleven itu merasa pelik melihat kami yang hanya memakai pajamas. Yelah pagi-pagi buta ke 7-Eleven hanya membeli 2 botol Evian. Penting sangatkah sehingga tidak boleh menunggu hari esok. Security di bawah membenarkan kami naik tanpa banyak bicara kerana dia kenal pada Aliff dan masak benar dengan perangai celebrity kita Encik Faries.
 

Tanpa menekan loceng. Aliff membuka pintu rumah dengan kunci spare yang sentiasa ada bersamanya. Penthouse milik Faries kelihatan gelap gelita. Nasib baiklah ada cahaya lampu dari luar kalau tidak teraba-raba juga untuk mencari jalan. Kemana perginya Faries? Aliff mendaki tangga menuju kearah bilik. Manakala aku ke dapur untuk menyimpan 2 botol Evian ke dalam peti sejuk Faries.
 

“Nasha!!..Faries tak ada di biliknya,” ujar Aliff kelihatan termengah-mengah turun dari tangga.
 

“Huh..tak ada?? Mana dia pergi?? Dah cari di toilet?,” soalku panic. Biar betul Faries tak ada. Mana pulak dia pergi. Dia pergi kilang Evian ke?
 

“Tak ada, dah puas I cari dia merata rumah..tak ada,” jawab Aliff.
 

Tak ada? Kemana Faries pergi waktu-waktu begini. Aku menjadi risau sendiri. Menyesal pula kerana berkasar dengan Faries tadi. Aku bukan sengaja pun. Aku tidak tahu bahawa penyakit Faries benar-benar serious dan boleh memudaratkannya.
 

“Tanya security..maybe dia keluar?,” ujarku.
 

“Betul juga, come let’s go,” ujar Aliff lalu menyarung loafersnya dalam keadaan tergesa. Aku menutup pintu rumah Faries dan bergegas ke dalam lif di mana Aliff sedang menungguku. Haiz menyusahkan betul si Faries ni tau.
 

 Setibanya kami di security. Salah seorang dari mereka mengatakan dari CCTV mereka dapat melihat kereta Cayenne milik Faries keluar dari basement. Dan kereta itu di pandu sendiri oleh Faries. Ah sudah kemana pulak dia pergi. Aliff bergegas mengambil kereta manakala aku menunggunya di pondok security di luar. Mataku melirik kearah jam di pergelangan tanganku. 4.50pagi. Aku cuba mendial nombor Faries berkali-kali namun tidak di jawab. Aku menjadi resah sendiri. Isskk kenapa lak dia tak jawab ni? Aku sudah memikirkan perkara buruk yang berlaku ke atas diri Faries. Yelah dia celebrity terkenal. Keluar sendirian tanpa aku dan Encik Aliff entah apa terjadi padanya nanti.
 

Sedang aku memikirkan kemana Faries pergi. Aku dikejutkan dengan bunyi kuat hon dari kereta yang mahu masuk ke dalam condo. Aku menoleh kearah kereta yang membunyikan hon tadi dengan perasaan berang. Aku berdiri di tepi pondok yang dia hendak menekan hon berkali-kali apa hal. Eh macam kereta Cayenne Faries sahaja.
 

“Nasha apa awak buat di sini?,” jeritnya dari dalam kereta.
 

Aku mengetap bibir menahan geram. Dia boleh tanya apa aku buat di sini lagi. Dah lah perbuatannya itu membuatkan aku risau bagai nak gila. Aku menghampiri kereta Faries. Di kerusi penumpang di bahagian depan terdapat satu carton Evian. Aku tidak tahu hendak berfikir apa lagi. Kerana Faries semua orang tidak boleh tidur.
 

“You pergi mana Encik Faries, semua orang risaukan you?,” ujarku marah betul pada Faries.
 

“I pergi 7-eleven beli Evian,” jawab Faries dengan wajah selamba.
 

Kalau aku tahu dia boleh keluar beli sendiri tidaklah aku dan Aliff macam orang tak betul sanggup menghantar Eviannya waktu-waktu begini. Eiii..kalau tidak mengenangkan dia tu boss aku sudah lama aku kompangkan dia..apa dia ingat aku ni PA yang beri service 24 jam pada dia ke? Aku tak kira esok aku hendak dudukkan manager Faries untuk membincangkan tentang perkara ni. Kalau dia tidak bersetuju aku akan memberinya 24 jam notis untuk meletakkan jawatan.
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. salam mimie..sorry sibuk pula sejak dua menjak ni..dah upload Part 13 to 16.

    ReplyDelete