Thursday 8 May 2014

From Boss with Luv - Part 8


 

Di dalam lif hanya kami berdua sahaja. Namun Faries tidak berkata apa-apa. Begitu juga dengan aku. Mungkin Faries masih lagi marah padaku kerana aku melakukan kesilapan tadi. Dan aku pula hanya mendiamkan diri kerana masih terasa dengan perbuataan Faries. Faries tidak merasa apa-apa kerana dia kelihatan tidak ambil endah malah merasa senang bila aku mendiamkan diri sahaja. Apa masalah Faries? Seolah-olah dia mempunyai split personality. Sekejap ok, sekejap tak ok. Aku masih belum punya kesempatan untuk google akan maksud ‘OCD’ seperti saranan Fiza.
 

Sebaik sahaja pintu lif terbuka. Aliff berada di muka pintu.
 

“Hi Nasha, how’s everything ok?? Good??,” tegur Aliff lalu berjalan seiringan dengan Faries. Aku hanya mengetap bibir menahan rasa bila dia berkata demikian. Nasib baiklah tawaran gaji yang di berikan bagus. Sabar Nasha sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Pujuk hati kecilku.
 

“Producer untuk filem terbaru kita just called, kita kena shoot beberapa babak di NZ selama 2 minggu, Elliana tak setuju kita shoot di Cameron Highland, katanya tak ada class, dia nak yang real, baru ada feeling,” ujar Aliff lalu menyelak akhbar di depannya.
 

Elliana. Oh ya pelakon muda baru yang terkenal. Sama taraf dengan Eira Faeza dan Farah Shila. Aku ada banyak mendengar tentang karektor pelakon muda itu. Elliana seorang artis yang cerewet dan demanding. Walaupun dia baru dalam dunia lakonan. Namun dia banyak mendapat tawaran dari banyak syarikat untuk filem mereka. Tidak di nafikan Elliana seorang yang cantik dan berbakat besar. Dan dalam masa yang singkat namanya melonjak naik. Lakonannya bagus cuma dia ada attitude problem.
 

Faries hanya mengelengkan kepalanya. Pelakon baru sudah demanding. Hendak lokasi yang bagus itu dan ini. Masa dia mula berlakon dahulu dia tidak pernah hendak itu atau ini. Semuanya dia terima asalkan dia dapat berlakon dan menjiwai watak yang di berikan. Faries memang passion dalam lakonan dan menyanyi. Dia tidak pernah ambil sambil lewa akan watak yang dilakonkannya. Walaupun dia berminat pada kedua-duanya. Tapi Faries hanya menumpukan perhatian pada dunia lakonannya dahulu. Dia belum bersedia untuk bernyanyi. Dia pernah berlakon dengan ‘Jacky Chan’ dan juga dengan ‘Michael Gibson’. Mereka pelakon popular tidaklah terlalu mengada-ngada seperti pelakon disini.
 

“Whatever!! just get it done, and I’m out of her face,” jawab Faries tidak kuasa untuk memeningkan kepala memikirkan attitude problem Elliana. Banyak lagi perkara lain yang hendak di fikirkan. Kalau tidak kerana dia hormatkan Datuk Manaf selaku director dan teman baiknya. Dia tidak akan setuju untuk berlakon dengan Elliana.
 

Faries berhenti melangkah lalu menoleh kearah Nasha yang berada jauh dari mereka. Aku memandang wajah Faries bila lelaki itu memandang ke arahku tanpa berkata apa. Aku segera mendapatkannya mungkin dia memerlukan sesuatu.
 

“Here, you take care of this,” ujar Faries lalu menyerah dompet dan BBnya kepada ku. Aku menoleh kearah Aliff. Aliff hanya tersenyum melihat aku kelihatan seperti orang bingung.
 

“You simpankan untuk dia, jaga macam nyawa sendiri,” pesan Aliff seakan berbisik. Dia tidak mahu Faries terdengar usikannya tadi.
 

Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham. Lalu menyimpan dompet dan handphone Faries ke dalam bag tanganku.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment