Monday 25 April 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 30


 
 
 

2015, Di Rome Italy

ZARA mengelap meja dan pisau yang di gunakan untuk memotong roti tadi. Keadaan di café menjadi sedikit lengang selepas waktu rush hour. Setelah membersihkan kaunter dan menambah bahan-bahan untuk membuat sandwich didalam container. Zara menanggalkan apronnya lalu di gantungkan di belakang kaunter.
 
 
 
Let’s have coffee! Shall we!,” ujar Haider memandang wajah Zara lalu tersenyum. Dia mengantungkan apronnya di belakang kaunter.
 
 
 
Yes..definitely!!,” jawab Zara lalu menuju kearah tempat membuat coffee. Dia menyediakan 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya dan satu lagi buat Haider. Mereka perlukan tenaga sebelum menyambung kerja semula. Dan memandangkan tidak ramai pelanggan mereka dapat berehat seketika dengan scangkir kopi.
 
 
 
Haider mengangkat 2 cawan coffee lalu meletak di meja. Dia memerhatikan Zara yang sedang sibuk menyusun mini chocolate Danish dan cinnamon rolls di atas piring lalu membawanya ke meja mereka.
 
 
 
Pretty hectic today!,” ujar Haider lalu tersenyum kerana semasa lunch tadi ramai pelanggan datang ke café mereka sehingga mereka tidak menang tangan. Nasib baik dia datang membantu jika tidak pasti kelam kabut café dibuatnya kerana mereka kekurangan kaki tangan dan ibunya tidak ada di café.

 
 
“Ya, nasib baik you datang bantu, jika tidak I kena koma,” jawab Zara tersenyum lalu meneguk kopinya perlahan.
 
 
 
Haider hanya tersenyum mendengar komen Zara. Wajah cantik Zara di pandang. Dia sukakan wanita itu. Sejak pertama kali dia memandang wajah Zara hatinya sudah terpaut. Zara wanita melayu yang pertama berjaya menambat hatinya. Sebelum ini, dia banyak menjalinkan hubungan cinta dengan wanita sebangsanya. Namun hubungan mereka tidak kekal.
 
 
 
“Haider..you did it again!,” ujar Zara lalu tersenyum bila dia perasan Haidar memandang wajahnya lagi. Sudah beberapa kali dia memesan kepada Haidar jangan berbuat begitu, namun lelaki itu seakan tidak faham kerana dia buat perkara yang sama setiap kali mereka bersama. Perbuataan Haider membuat Zara merasa tidak selesa. Bukan kerana dia tidak suka pada lelaki itu, tapi kerana dia tidak suka di renung.
 
 
 
I’m sorry I can’t help it, you are just so beautiful,” puji Haider bila Zara memarahinya kerana dia memandang wajahnya lama.
 
 
 
All Italian man know how to swoon women,” komen Zara lalu tersenyum.
 
 
 
I’m half Italian half malay!,” jawab Haider tersenyum lalu meneguk kopinya perlahan membetulkan ayat Zara bahawa dia berdarah campuran dan bukan berdarah Italy sahaja. Ayahnya berbangsa Itali manakala mamanya berbangsa melayu.
 
 
 
How do you feel today Zara?,” tanya Haider lalu memandang wajah Zara.
 
 
 
I feel ok,” jawab Zara perlahan lalu mengeluh kecil. Dia cuba untuk menjalani hari-harinya seperti biasa tanpa memikirkan apa-apa. Namun dia masih belum mampu melakukannya dengan sempurna. Walaupun ianya sudah 2 tahun berlalu namun dia masih tidak dapat menyesuaikan dirinya lagi.
 
 
 
You always have me and my mum, no matter what we will always be your family Zara,” pujuk Haider perlahan bila wanita itu kelihatan sedih.
 
 
 
Dia mengerti perasaan Zara. Jika dia ditempat Zara, dia juga akan merasa perkara yang sama. Kehilangan. Zara kehilangan sebahagian besar dalam hidupnya. Dan Zara tidak pernah putus asa cuba mencari kembali apa yang dia telah hilang.

 
 
Zara terkedu bila Haider berkata demikian. Jika Haider tidak membantunya dia tidak tahu kemana harus dia tuju. Dia terhutang budi pada Haider dan ibunya kerana membantunya di saat dia benar-benar memerlukan pertolongan. Dia hanya mampu berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan dia dapat mencari dan mengutip bahagian yang hilang dalam hidupnya. Dan jika dia tidak dapat semula. Dia harus redha dan menjalani hidup ini seperti biasa. Kerana dia tahu hidup harus di teruskan walau apa jua keadaan.

 
 
Thanks Haider,” ujar Zara perlahan hatinya tiba-tiba merasa sebak bila mengenangkan nasibnya.  
 
 
 
Cheer up! Don’t be sad pretty lady, esok I off duty, I can help you again, I just hope mama tak halau I,” ujar Haider bila Zara kelihatan sedih. Dia tidak mahu wanita itu bersedih hati.
 
 
 
Dia simpati pada Zara namun dia sendiri tidak mampu membantu Zara kerana hanya Zara sahaja yang dapat mengubatinya sendiri.

 
 
“Mama hendak halau you kenapa??,” ujar Zara tersenyum bila Haider berkata demikian.
 
 
 
“Mama kata I suka ganggu you, sebab itu dia tidak suka I selalu berada di café ini,” jawab Haider lalu tersenyum. Mamanya selalu berpesan kepadanya jangan menganggu Zara. Tapi dia tidak mampu berdiam diri kerana dia sukakan Zara. Dan mamanya tahu dia suka pada Zara.
 
 
 
Dr. Haider Lorenzo, you suppose to rest bukan membantu I di Café, tentulah mama marah pada you,” jawab Zara lalu tersenyum kerana Haider tidak mengunakan masa cutinya untuk berehat sahaja di rumah, malah datang ke Café membantunya.
 
 
 
I can’t help it, takut rindu jika tak jumpa you satu hari,” ujar Haider lalu tersenyum. Dia tahu Zara akan merasa tidak selesa bila dia cuba flirt dengannya.

 
 
“Haider!!!,” ujar Zara lalu mencubit lengan Haider bila lelaki itu mengusiknya lagi.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

Jodoh Pasti Bertemu - Part 29


 
 

 
DANIA menarik wajah masam sebaik sahaja Nik menghampiri mejanya. Hampir setengah jam dia menunggu Nik di restaurant. Nik selalu lambat setiap kali bertemu dengannya. Hari ini, Nik lambat lagi. Namun begitu dia rela menunggu asalkan Nik datang bertemu dengannya. Kerana dia cinta dan sayangkan lelaki itu.
 
 
 
Sorry I lambat!,” ujar Nik lalu duduk di kerusi hadapan Dania. Dia mencapai menu di hadapannya lalu memesan latte kepada pelayan restoren.
 
 
 
Latte aje?? You tak nak makan ke?,” tanya Dania bila Nik hanya memesan latte sahaja dan tidak mahu makan malam.
 
 
 
I dah kenyang,” jawab Nik ringkas.

 
 
“Dah kenyang?? You dah makan dinner ke?,” tanya Dania dengan wajah terperanjat. Bukankah mereka akan makan malam bersama. Kenapa Nik sudah makan malam pula.
 
 
 
“Dah kat rumah,” jawab Nik.
 
 
 
“Nik!! How could you?? Habis? Tak kan I nak makan seorang,” ujar Dania dengan nada kecewa. Penat-penat dia menunggu. Dia sangka dapat makan malam bersama dengan Nik. Tapi lelaki itu sudah makan di rumah dan tidak mahu makan bersamanya.
 
 
 
I datang temankan you Dania, so just eat, don’t make a big fuss about it!,” ujar Nik perlahan lalu memandang wajah Dania.
 
 
 
Dania terkedu bila Nik memarahinya. Dia tidak tahu kenapa Nik tidak pernah menyayanginya sepertimana Nik menyayangi Lia. Dia merasa cemburu dengan Lia. Selagi ada Lia di hati Nik. Selagi itu Nik tidak akan mencintai dan menyayanginya.

 
 
“Kenapa you tak pernah treat me the same way you treat your wife?,” ujar Dania dengan rasa tidak puas hati. Nik tidak pernah melayannya sebagaimana Nik melayani Lia. Dia juga ingin di belai dan di manja oleh Nik kerana dia benar-benar sayangkan Nik. Namun musuhnya juga yang berjaya memiliki hati Nik.

 
 
Dia cintakan Nik sejak dari sekolah lagi. Hanya Nik tidak pernah memberinya peluang untuk mencintainya. Malah dia tidak menyangka Nik dan Lia bersatu kerana Dania percaya Lia bercinta dengan Eryan manakala Nik tidak pernah berkenan pada perangai Lia.
 
 
 
You knew very well that I don’t like you to talk about my wife? You tahu I tak hendak jumpa you hari ini because I’m not in a mood, but you still insist! So, don’t put a blame on me!,” ujar Nik cuba mengawal perasaan marahnya bila Dania seringkali mengungkit tentang Lia.

 
 
I’m sorry sayang! I know you tak suka I sentuh tentang Lia, but I can’t help it! I ada hati dan perasaan juga Nik, I’m jealous you know!,” ujar Dania dengan perasaan sebak.
 
 
 
Dia tidak mengerti mengapa Nik tidak pernah menjaga hati dan perasaannya. Memang benar Nik bakal menjadi suaminya tapi hati Nik hanya pada Lia. Dan dia tidak dapat memenangi hati Nik selagi Nik masih cintakan Lia.
 
 
 
I’m sorry if you feel that way! I told you many times, I will always love Lia, tapi you masih mahu meneruskan hubungan kita, jadi you hendak salahkan I!,” ujar Nik memandang tepat ke wajah Dania bila wanita itu meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Nik. Bukan Dania tidak tahu, hatinya hanya pada Lia dan dia cintakan Lia.

 
 
What is so special about today that I can't meet you??? And you moody dengan I terus menerus ni Nik?,” ujar Dania bila Nik tidak seperti dirinya hari ini. Nik kelihatan moody and cranky. Selalunya, walaupun Nik tidak mesra padanya, Nik tetap melayan kehendaknya. Tapi hari ini Nik langsung tidak ada mood untuk melayannya malah marah-marah padanya dari tadi.

 
 
Nik tidak bersuara bila pelayan restoren menghidangkan minuman yang di pesan dan juga steak Dania.
 
 
 
Dania memandang wajah Nik bila lelaki itu hanya diam sahaja.
 
 
 
I don’t have mood to eat now!,” ujar Dania lalu menolak pinggan steaknya. Dia mencapai gelas air putih lalu meneguknya perlahan. Panas hatinya di buatnya. Tujuannya bertemu dengan Nik hari ini kerana dia merasa rindu pada lelaki itu. Dia terasa hati dengan kelakuan Nik yang tidak pernah menghargainya.
 
 
 
Dia sudah lama bersabar dengan Nik. Nik selalu buat tidak endah tentang hati dan perasaannya. Dia seperti tidak mengenali Nik. Nik yang di kenali dahulu dan Nik sekarang benar-benar berbeza. Nik dahulu, seorang lelaki yang baik hati dan tidak akan menghampakan hati orang lain. Tidak seperti Nik di hadapannya yang berhati batu dan tidak berperasaan.
 
 
 
Nik mencapai pisau dan garfu dihadapannya. Dia memotong steak di pinggan lalu menyuakan steak yang dipotong kecil ke mulut Dania.
 
 
 
Dania enggan membuka mulutnya.

 
 
I’m sorry for treating you that way, give me some time ok,” ujar Nik dengan nada memujuk. Dia merasa bersalah membuatkan Dania begitu. Dania tidak salah apa-apa padanya.

 
 
Dania hanya menjeling bila Nik cuba memujuknya.

 
 
Please!!!,” ujar Nik lalu tersenyum bila Dania masih enggan membuka mulutnya.

 
 
Dania tidak mengendahkan pujukan Nik lalu memalingkan wajahnya ke arah lain.

 
 
I kasi pada perempuan lain!,” usik Nik mahu bangkit dari kerusi bila Dania masih merajuk dengannya.
 
 
 
Dania segera menarik lengan Nik tidak membenarkan lelaki itu bangun.
 
 
 
Nik tersenyum lalu menyuapkan potongan steak itu ke dalam mulut Dania.
 

 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 

Jodoh Pasti Bertemu - Part 28


 
 
 
FAEZAH menoleh kearah suaminya yang duduk di sebelah dan memandang wajah anaknya semula, bila Nik kelihatan berselera makan hidangan yang di sediakan malam ini seolah-olah Nik tidak makan tengahari siang tadi.

 
 
Dia menyediakan hidangan kegemaran seperti yang Nik minta. Ayam masak merah dan salad telur sambal kacang. Lauk itu juga yang sering di masak Lia bila Nik meminta dia masakan untuknya.

 
 
“Nik tak keluar malam ni?,” tanya Puan Faezah. Dia tahu hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan Nik yang ke 2 tahun.

 
 
“Keluar,” jawab Nik ringkas tanpa mengulas panjang.

 
 
Dia mencuci tangannya di mangkuk yang disediakan lalu mencapai napkin dan mengelap mulutnya perlahan. Dia mencapai sebiji buah anggur lalu di masukkan kedalam mulutnya lalu di kunyah perlahan.

 
 
“Keluar dengan siapa?,” tegur Nik Farhan lalu memandang wajah anaknya.

 
 
“Dania,” jawab Nik ringkas lalu bangkit dari kerusinya. Dia mendaki anak tangga menuju kearah biliknya.

 
 
Puan Faezah hanya mengeluh kecil melihat Nik berkelakuan begitu. Dia menoleh kearah suaminya. Suaminya memberi pandangan yang sama. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa hanya Nik sahaja yang mampu mengubah dirinya sendiri, tiada orang lain. Mereka tidak tahu sampai bila anak lelakinya akan berkelakuan dan berkeadaan begitu. Dahulu Nik tidak begitu. Nik seorang lelaki yang penyayang dan seorang lelaki yang penyabar.

 
 
Nik sudah banyak berubah dan dia kurang bicara.

 
 
“Nik ada cakap dengan awak bila dia hendak nikah dengan Dania?,” tanya Nik Farhan kepada isterinya.

 
 
“Tak ada,” jawab Faezah perlahan kerana Nik tidak berbincang mahupun bercakap apa-apa padanya tentang Dania mahupun tentang dirinya. Nik jarang berbual dengannya sekarang. Sepatah di tanya, sepatah juga jawapan yang akan dia terima dari Nik.

 
 
Dia sedih melihat keadaan Nik begitu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa selain memberi nasihat kepada anaknya. Dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Nik dan berharap Allah akan memakbulkan doa-doanya suatu hari nanti. Dia tidak sanggup melihat Nik begitu.

 
 
“Dania pula ada kata apa-apa pada awak?,” tanya Nik Farhan lagi. Dia tahu Dania selalu menghubungi isterinya dan mereka berdua kadang kala keluar bersama jika Nik tidak mempunyai masa untuk Dania.

 
 
“Dania kata Nik tiada perubahan, sama sahaja setiap kali keluar dengannya, hanya jasadnya berada di sini namun hatinya entah ke mana,” jawab Faezah perlahan.

 
 
Dia merasa kasihan pada Dania kerana perlakuan anak lelakinya. Salah dia sendiri kerana memaksa Nik untuk menjalinkan hubungan dengan Dania walaupun dia tahu Nik sayangkan Lia. Tujuannya menemukan Nik dengan Dania semula agar anaknya kembali ceria seperti dahulu. Namun usahanya tidak berhasil kerana Nik tetap sama.

 
 
“Nik tak sukakan Dania? Jika dia tidak suka kenapa awak paksa dia?,” ujar Nik Farhan bila isterinya berkata demikian.

 
 
“Saya tiada pilihan lain abang, saya ibunya, saya tak sanggup lihat Nik menderita begitu, saya hendak lihat dia bahagia, saya mahukan anak kita kembali seperti dahulu,” ujar Faezah dengan nada sedih. Dia mahu mengembalikan keceriaan dalam hidup Nik.

 
 
“Saya tahu, saya juga mahu anak kita kembali tapi jika Nik tidak sukakan Dania jangan di paksa! Awak tak kesiankan Dania ke? Terang-terang Nik tidak cintakan Dania, dan Nik hanya bersama Dania kerana tidak mahu menghampakan hati awak, biarkan Nik mengubat hatinya dengan caranya sendiri,”

 
 
“Entahlah abang, saya sebenarnya sudah hilang ikhtiar tidak tahu bagaimana hendak membantu Nik, saya hilang satu anak bang, saya tidak mahu kehilangan seorang lagi!,” jawab Faezah dengan linangan air mata kerana merasa sebak dan sedih.

 
 
“Sabarlah Zah! Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku, jangan bersangka buruk pada Allah! Kita doakan yang terbaik buat Nik,” jawab Nik Farhan perlahan memujuk hati isterinya.
 
 
NIK membuka pintu kereta lalu masuk. Enjin kereta di hidupkan. Lia keluar dari pintu lalu mengenakan kasut dan berjalan menuju kearah kereta. Lia membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja Lia menutup pintu, Nik mengundurkan keretanya laju. Lalu memandu menuju kearah jalan besar. Keadaan jalanraya yang kesesakkan membuatkan kereta yang di pandu Nik bergerak perlahan-lahan.
 
Sorry abang, Lia tak sempat masak tadi, sebab tolong Yana hingga terlupa masa, abang maafkan Lia bukan? Yana minta tolong dari Lia last minute, kita raincheck our dinner ok!,” ujar Lia dengan wajah bersalah lalu menoleh memandang wajah Nik.
 
Nik hanya mendiamkan diri.
 
Dia tahu pasti Nik marah padanya kerana dia tidak masakkan makanan kegemaran Nik seperti apa yang telah dia janjikan padanya siang tadi. Dia terlupa hendak memberitahu Nik dia tidak sempat memasak. Sudahnya ibu mertuanya yang memasakkan lauk kegemaran suaminya.
 
“Lepas wedding Yana, I promise akan masakkan apa sahaja yang you suka ok sayang!,” ujar Lia lagi cuba memujuk Nik.
 
Nik tidak memandang kearah Lia, dia hanya menumpukan perhatian pada jalan raya. Nik menghidupkan stereo keretanya.
 
Lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza – Jaga Dia Untukku berkumandang di corong radio. Nik membiarkan lagu itu berkumandang. Dia tahu lagu itu adalah lagu kegemaran Lia.
 
“Lagu ni lagu favorite I!!!,” ujar Lia dengan wajah teruja bila lagu itu berkumandang di udara. Lia turut bernyanyi bersama.
 
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia
 
 
                        Nik menukar ke station lain.
 
 
                        “Sayang!! Kenapa you tukar station lain??? I suka lagu tu!,” ujar Lia bila Nik tiba-tiba menukar ke station lain.
 
 
                        Kali ini lagu dari nyanyian Alyah – Sesal Separuh Nyawa berkumandang di corong radio.
 
                        OMG!!! I love this song!, You jangan tukar station lain!,” ujar Lia lalu menepuk bahu Nik tidak membenarkan lelaki itu menukar kepada station lain kerana dia suka lagu itu.
 
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
 
                        Nik mematikan terus stereonya kerana tidak mahu mendengar radio.
 
                        “Sayang! You tak fun lah, boring tau tak dengar radio dalam kereta,” ujar Lia lalu menarik wajah masam. Dia menjeling kearah Nik. Dia tahu Nik tidak suka di ganggu semasa dia sedang memandu.
 
                        Nik memberhentikan keretanya.
 
                        Thanks dear! I love you!,” ujar Lia lalu mencium pipi Nik lalu menanggalkan tali keledarnya. Dia membuka pintu lalu keluar. Dia melambaikan tangan kepada Nik namun lelaki itu hanya memandu terus tanpa menoleh kearahnya.
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 





Tuesday 19 April 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 27


 
 

June 2015. Tempat di Malaysia

 
                        NIK duduk bersandar di kerusinya lalu menoleh memandang ke arah kotak cincin yang berada di atas mejanya. Kotak itu diambil, lalu cincin yang terdapat di kotak itu ditarik keluar dari tempatnya. Cincin itu dibelek perlahan.

 
                        “Cantik cincin your ibu sayang! I suka! Thanks for giving me this ring!,” jawab Lia lalu memeluk dan mencium pipi Nik mesra. Lia tidak jemu membelek dan mengagumi cincin berlian mas kahwin ibu Nik yang diberikan kepadanya setelah mereka bernikah. Cincin berlian itu sungguh cantik di matanya. Dan Lia tidak mengizinkan Nik membesarkan cincin itu kerana tidak mahu merosakkan cincin itu. Walaupun cincin itu sedikit ketat di jarinya. Dia tetap mahu memakainya kerana cincin itu adalah cincin ibu Nik.

 
                        “Do you remember cincin ini juga yang I tunjukkan kepada polis di Rome masa I selamatkan you dulu?,” ujar Nik lalu memeluk pinggang Lia erat. Wajah cantik isterinya di pandang dengan penuh kasih sayang.

 
                        “Oh yeah! Baru I ingat!, Thanks sayang!,” jawab Lia dengan wajah teruja. Nik memberitahu polis Rome bahawa Lia mencari cincinnya di Trevi Fountain untuk menyelamatkan dia dari tidur di dalam lokap. Lia tersenyum sendiri mengingati pertemuannya dengan Nik semula.

 
                        Deringan dari handphonenya mematikan lamunan Nik. Dia menyimpan cincin itu ke dalam kotak semula. Kotak cincin itu ditutup dan di simpan di dalam laci. Nik mengunci lacinya.

 
                        Nik mencapai handphonenya lalu menjawab panggilan telefon.

 
                        “Sayang you belum keluar office lagi, I dah penat menunggu you di lobby??,”

 
                        I tak janji hendak jumpa you hari ni Dania,” jawab Nik perlahan lalu mengeluh kecil.

 
Dia sememangnya tidak ada mood langsung hari ini. Dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa, Dania terutama sekali. Dia mahu bersendirian hari ini.

 
                        “Sayang! How can you say that..I ni tunang you Nik! I baru balik duty and come straight to see you! I don’t deserve to be treated this way sayang!,” marah Dania bila Nik mengatakan tidak mahu bertemu dengannya.

 
Dia baru pulang dan tidak sempat tidur langsung dan terus ke pejabat Nik untuk bertemu dengannya, kerana dia terlalu rindukan Nik. Hampir seminggu dia tidak bertemu dengan Nik.

 
                        Nik mengeluh perlahan bila Dania marah padanya.

 
                        You baru balik Dania, why don’t you sleep and rest, kita jumpa malam nanti? I will come and fetch you,” ujar Nik lalu bangkit dari kerusi dan menuju kearah glass panel di hadapannya. Dia melemparkan pandangan kearah luar.

 
                        Dania mengeluh di hujung talian bila Nik tidak mahu bertemunya. “Okaylah, you janji kita jumpa malam nanti?,” ujar Dania hampa.

 
                        Ok.., you just wait at the lobby, I will get Fahmy to send you home,” ujar Nik cuba menyejukkan hati Dania. Jika Dania mengatakan dia datang terus ke pejabatnya. Ini bermakna Dania tidak memandu dan menaiki teksi dari Airport.

 
                        Ok dear! I miss you!!! See you tonight!,” Dania mengeluh lagi.

 
                        See you!,” jawab Nik dengan suara mendatar lalu mematikan handphonenya.

 
                        Dia berjalan menuju kearah mejanya lalu mencapai gagang telefon. Dia menekan intercom.

 
                        “Nora, minta Fahmy hantarkan Dania pulang ke rumah, she’s at the lobby, Thanks Nora,” ujar Nik lalu meletak gagang telefon kembali ke tempat asalnya.

 
                        Dia berjalan menuju kearah sofa panjang membuka butang jaketnya lalu berbaring di atasnya. Dia memejamkan matanya.

 
                        “Penat eh sayang?? You nak I urutkan kepala you?,”

 
                        Nik menoleh kearah kiri. Lia tersenyum memandang kearahnya.

 
                        Nik menoleh ke arah depan semula.

 
                        “Kenapa ni sayang?? You marah pada I ke?,” ujar Lia bila Nik tidak melayannya. Dia duduk di atas side table lalu mengurut kepala Nik perlahan.

 
                        Nik tidak menjawab malah memejamkan matanya rapat.

 
                        You ingat tak hari ini, hari apa sayang??,” tanya Lia dengan wajah excited sambil mengurut kepala Nik.

 
                        Nik masih diam seperti tadi. Tiada reaksi dan jawapan darinya.

 
                        You tak ingat??,” ujar Lia bila Nik tidak menjawab pertanyaannya malah mendiamkan diri sahaja.

 
                        “Sayang?? Hari ini hari Anniversary kita yang ke 2 tahun! How can you forget! You memang tak sayangkan I lagi kan!,” ujar Lia lalu mencubit lengan Nik bila lelaki itu tidak mengingati hari ulangtahun perkahwinan mereka.

 
                        Nik mengelengkan kepalanya perlahan.

 
                        “Sayang! You nak makan apa malam ni??? I masakkan untuk you! You suka masakan I kan? I masak special untuk you, ok I balik dulu beli barang-barang, make sure you balik siang malam ni ok dear!,” ujar Lia lalu bangun dan menuju kearah pintu. Wajahnya kelihatan ceria. Dia mahu masakkan makanan istimewa buat suami tersayang sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka.

 
                        Happy 2nd Anniversary sayang!,” ujar Nik perlahan bila Lia tiada di dalam pejabatnya.
 
 
 
bersambung.....