Wednesday 7 December 2016

Walimatul Urus - Khai & Dira




Card pengantin


Assalamualaikum...wbt apa khabar semua??? Lama betul aku berhenti berehat dari tulis apa-apa kat blog ni kan! Cerita cinta Rome&Dubai pun belum sempat update lagi. Ni baru ada peluang untuk tulis kat sini, apa yang membuatkan aku stop sementara waktu kerana aku busy membantu kakak ngah aku membuat persiapan untuk walimatul urus anak sulungnya. Dan aku orang kanan kak ngah kerana anak sedara aku yang ni, masa dia kecik2 aku yang menjaganya sebab tu ghairah sikit sebab aku yang menjadi wedding planner dia. Haha. Dari tema warna hinggalah ke warna pelamin deco semua aku yang memberi idea, walaupun plan asal hendakkan tema mint green dan gold. Tapi di atas sebab-sebab tertentu tidak dapat tertunai warna tema itu. Kita boleh merancang tapi Allah yang menentukannya ye tak? Akhirnya kita settle to green pucuk pisang. Tak apalah janji hijau ye tak..




Wedding cake

Then aku tawarkan diri sponsor cake buat mereka dengan syarat aku yang pilih design cake pengantin. Haha. Hinggakan Chef Siti from Fitri Creations turut surprised bila mokcik pengantin yang place order for cake pengantin bukan d bride yang choose design for the cake hahaha. Bole gitu!!! Bride tak cerewet mokcik d groom dia lak cerewet..Bole aje kan..

Alhamdullilah setelah plan selama setahun lamanya..persandingan pasangan pengantin baru Khai & Dira berjalan dengan lancarnya..Selamat Pengantin Baru to both of you..semoga kalian berdua berbahagia dan berkekalan hingga Jannah. Aamiin!!. Jom tengok gambar.


Sanding Maroon


Outdoor pic

Adik pengantin kedua belah pihak

Sister's of bride n groom

Disebabkan anak sedara aku tu mix parentage (mix parentage ler sangat haha) melayu dan bollywood hahaha..terpaksalah dia menurut kehendak mak ngah papa dia untuk pakai baju kurta buat cake cutting ceremony. Handsomelah gak anak sedara aku bila pakai kurta haha..

 
Bangra time!!!
Wefie with d cousins...
Semoga berkekalan hingga ke jannah

Setelah penat lelah melayan tetamu yang hadir..mokcik dan pokcik dia lak nak bergambar di photobooth...
 
 
 
Photobooth time!!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






Tuesday 27 September 2016

D&D and firm trip to BKK 2016



The women in blacks and a Minion

Assalamualaikum..Nak cerita pasal D&D. This time round firm trip to BKK. Yay! Rasanya dah lama tak pergi kot haha. Kali terakhir pergi BKK masa firm trip juga masa tu pergi dengan Mikhail tak silap usia Mikhail 8 tahun. So, tahun ni aku tak bawak sesiapa ikut walaupun aku ada plan nak bawak Maya pula kali ni.  Tapi bila dah fikir balik rasanya tak payah kerana aku khuatir rushing sebab ada D&D.
 
Ok untuk entry kali ni aku letak kat label SignoraPrue Diary sebab aku tak banyak hendak ceritakan tentang trip aku yang cepat kilat (sebab hanya 3 hari 2 malam sahaja plus ada D&D) ni kat label cuti-cuti. Segan pulak kan! Haha. Ok D&D tahun ni theme Movie Magic.

With Traci while waiting for others to come
With my roomy Liza

Pada awalnya our Dept C&F tak ada plan hendak anticipate. Tapi oleh kerana keterujaan si Sharon maka dia keluarkan idea theme Despicable Me. Aku yang mula-mula macam tak teruja tertiba teruja sebab bukan the seccies sahaja yang involved tapi the Directors ngan boss-boss kita! Haha interesting kan sebab masa kat opis muka semua serius je buat keje, inilah masanya hendak lihat samada depa sporting ke tidak?? Sharon suggests our male directors’ jadi ‘Gru’ dan boss-boss kita dan kita-kita ni jadi ‘Minions’ haha. Bila semua dah sepakat kata ok. Maka semua sibuk mencari baju untuk Minions. Aku kiranya selamat sebab dah tahu hendak pakai apa untuk jadi minions haha.
 
Corporate Insolvency Restructuring Team Seccies
Roomy aku dan Habs pula their Dept theme Woman In Black. Trip kali ini flight dari SIN to BKK jam 12plus. So selamat ler..tak perlu ada kat Airport pukul 5pagi haha. Sampai kat hotel sahaja dah nak dekat 4 lebih (sebab Hotel kali ini jauh dari pusat bandar BKK..kali ni management committee depa nak feeling-feeling ala-ala Venice maka Hotel kami Avani terletak dekat sungai haha – feeling lah sangat) Dari airport ke Hotel travel satu jam, habis mesti ada kat Hotel Ballroom jam 6.30petang mahu tak kelam kabut gila kita di buatnya bersiap untuk D&D. Haha. Nasib baik minions kalau tema yang lain??
 
 
 

Di sebabkan aku ni style sempoi aje masa kat office jadi bila aku put effort untuk feeling D&D ramai gak yang terkojuts mokcik dandan sakan malam tu haha. Apa salahnya sesekali kan bukan selalu pun. Haha. ‘Let your hair down’ kata omputeh.  Yang penting we had our 'Minions' moment and have fun!
 
Real Estate & Corporate IR Depts
 






 

Monday 19 September 2016

Leo dalam kenangan.....



 
 
 
 
                           Awal pagi tadi aku bangkit dari tidur seperti biasa. Guruh berdentam kuat di luar menandakan hari hendak hujan. Aku keluar ke ruang tamu lalu menjeling ke arah balcony. Pintu balcony tertutup rapat dan langsir masih belum di selak. Hatiku menjadi sebak. Namun aku tahan airmata dari mengalir lalu menuju ke kamar mandi untuk mengambil wudhuk. Seperti biasa aku akan solat di bilik study. Sekali lagi hatiku sebak kerana teringatkan dia selalu duduk di satu sudut setiap kali aku solat. Wajahnya yang comel tidak dapat aku lupakan.
 
 
 
                           ‘Leo’ nama aku berikan kepadanya pada hari pertama aku dan Mikhail pergi mengambilnya dari rumah Habsah. Habsah memberi kami seekor dari anak kucingnya kerana Mikhail dan Maya suka pada kucing. Ketika itu usianya baru 3 bulan. Kucing kacukan Parsi dan Siamese. Bulunya putih dan ‘Leo’ punya tanda lahir di hidung. Diantara 3 beradik ‘Leo’ tidak kelihatan berapa comel kerana ada tanda lahir dihidungnya. Namun bila dia sudah berusia setahun lebih ‘Leo’ diantara kucing yang tercomel dari 3 beradik itu.
 
 
 
                            ‘Leo’ begitu manja dan rapat dengan Mikhail. Dengan Maya pula, ‘Leo’ punya mood. Jika moodnya baik dia tidak begitu garang pada Maya. Sungguhpun Leo is ‘notty’ boy. Kami sekeluarga begitu menyayangi ‘Leo’ walaupun Encik Amir kita, hubungannya dengan ‘Leo’ takut-takut berani kerana padanya ‘Leo’ seekor kucing yang lincah dan Encik Amir hanya suka pada kucing yang jinak dan manja.
 
 
 
                             Dan oleh kerana ‘Leo’ seekor kucing yang lincah, setiap kali Encik Amir berada di ruang tamu ‘Leo’ akan dimasukkan ke tempat rumahnya di balcony. Dan bila Encik Amir ke bilik, kami akan membiarkan ‘Leo’ bergerak bebas di dalam rumah dan tempat yang selalu di tuju dahulu adalah bilik Mikhail. Dia akan menjadi peneman setia pada Mikhail. Mereka berdua tidur bersama dan bermain bersama selalu bila Mikhail tidak leka dengan Ipadnya. Aku suka membelai ‘Leo’ kerana ‘Leo’ berbadan mungil dan bulunya yang cantik seperti carpet dan sedap di peluk, sementelah lagi rupanya yang tersangat-sangat comel kerana Leo sudah bertukar warna seperti kucing siam dan berbulu lebat seperti parsi!
 
 
 
                             Tapi kini hanya tinggal kenangan. Semalam merupakan hari yang menyedihkan buat kami sekeluarga kerana tiada lagi kedengaran suara ‘Leo’ mengeow bila minta perhatian dari kami. Tiada lagi aksi lucu Leo yang suka membalik-balikkan badannya bila minta di belai. Rumah merasa sunyi dan kami merasa kehilangan yang amat sangat kerana ‘Leo’ bukan sahaja kucing peliharaan kami dia juga ahli keluarga penyeri rumah kami. ‘Leo’ yang kami sayangi telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
 
 
 
                           Selamat tinggal sayang kami ‘Leo’. ‘Leo’ berada di tempat yang indah. Kami sekeluarga akan sentiasa merinduimu.
 
 
Tanggal (18 September 2016) - Hari yang menyedihkan kerana Leo telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya jam 7.20 pagi.
 
 
 
 
 
 

Thursday 25 August 2016

Nak Happy Ending or Sad Ending untuk CRD?

 
 
 
 
 
 
                        Assalamualaikum semua..aku ni sebenarnya sudah hampir ke penghujung cerita CRD, tapi sekarang ni tengah dalam dilemma untuk ending cerita CRD? Nak buat sad ending atau happy ending eh? Haha..nak tanya semua vote for 'Happy Ending' or 'Sad Ending'. Or a mixture of happy and sad haha..
 
 
 
 
 
 

Thursday 18 August 2016

Attention please! Jodoh Pasti bertemu nka Cinta Rome & Dubai..





Assalamualaikum...

Selamat petang khamis kepada semua. Maaf kerana terpaksa menukar tajuk mini novel saya yang bertajuk Jodoh Pasti Bertemu kepada Cinta Rome & Dubai di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan..my BFF kata ada novel yang sudah mengunakan tajuk JPB maka dia kata ada baiknya saya tukar ke tajuk baru Cinta Rome & Dubai dan hopefully tak ada cerita yang mengunakan tajuk ini haha..kalau ada juga tak tahu lah hamba hendak kata apa..penat memikirkan tajuk buat cerita ini haha..tajuknya kedengaran tidak berapa sesuai namun terpaksa mengunakan tajuk dari lokasi dalam cerita ini..
Dan gambar untuk cover cerita ini sudah saya siapkan dan hendak kongsi di sini..Yay!! But sebagai gambar hiasan sahaja harap maklum..but saya bayangkan pelakon yang melakonkan watak dalam cerita ini adalah pelakon yang terdapat di dalam cover ini..cantik tak???
Jom..kita sambung baca kesudahan jalan cerita Nik dan Natalia....

Harap Maaf. Saya tak update kesinambungan cerita ini di blog ini hanya berhenti pada part 50.

PS: Kepada sesiapa yang hendak membaca Cinta Rome & Dubai..sila download App "Wattpad" or lungsuri lelaman "Wattpad" lepas tu add jadi followers saya ye! @SignoraPrue. Dan jangan lupa komen and vote tau.

Terima kasih.

Tuesday 28 June 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 50







                          NIK membuka pintu apartmentnya. Dia berjalan lemah menuju kearah balcony. Dania menutup pintu apartment Nik lalu mendapatkannya di balcony. Lelaki itu hanya berdiri memandang kearah permandangan di hadapan bangunannya.




Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya sejak mereka meninggalkan Café di mana Dania bertemu Nik bersama wanita yang kelihatan seperti Lia tadi. Sepanjang perjalanan menuju ke apartment. Di dalam kereta, Nik hanya mendiamkan diri. Nik tidak melarang Dania mengikutnya mahupun membenarkan Dania mengikutnya. Nik hanya diam sahaja.




Keputusan Nik untuk mendiamkan diri itu membuatkan Dania menjadi bimbang. Dia tahu Nik marah padanya maka lelaki itu memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Nik tidak seperti lelaki lain. Jika marah, mereka akan menunjukkan kemarahan mereka. Namun Nik tidak. Dia memilih untuk mendiamkan diri. Salah satu kualiti yang ada pada Nik membuatkan dia cinta pada lelaki itu dan dia tidak mahu Nik di kongsi dengan sesiapa hanya untuk dirinya.




“Sayang!,” tegur Dania lalu mendekati lelaki itu. Dania memandang wajah Nik. Lelaki itu tidak menoleh kearahnya.




I’m sorry sayang, please talk to me? I hate it when you are not talking to me!,” ujar Dania lalu merangkul lengan Nik. Susah sangat ke Nik hendak memahami perasaannya. Kenapa lelaki itu tidak dapat menerima cintanya.




I hendak cakap apa Dania?,” jawab Nik perlahan tanpa menoleh memandang wajah Dania.




“Sayang! Please don’t treat me as if I’m a bad person! I just say what I needed to say, it’s the fact, you are my future husband!,” jawab Dania mempertahankan diri bila Nik seolah-olah menyalahkan dirinya. Dia hanya mempertahankan haknya.




But you know the fact that, if she really is my wife, you have to share me with her, because I won’t leave her ever!,” jawab Nik lalu menoleh memandang wajah Dania. Dania harus tahu kedudukannya dan bersedia. Dania yang bersungguh-sungguh hendak  bersuamikan dia. Maka Dania terpaksa menerima segala kemungkinan yang bakal terjadi.




Jika benar Zara Lia itu adalah isterinya. Dia tidak akan meninggalkan Lia. Hanya ajal maut sahaja yang dapat memisahkan mereka. Selagi nyawa di kandung badan dia tidak akan meninggalkan Lia.




You really think that woman is your wife??? Wake up Nik! Lia dah tak ada? She just someone who look like her!,” ujar Dania geram bila Nik mengatakan dia harus berkongsi kasih dengan Lia. No way! Not in a million years! Dia tidak sukakan Lia. Lia selalu merampas kebahagiaannya. Lia juga yang merampas Nik darinya.




I know my Natalia…Dania, she is my wife, we share life together, you wouldn’t understand!,” ujar Nik perlahan. Sejak dari awal pertemuaan dia dengan Zara. Naluri hatinya yakin benar bahawa Zara itu adalah Natalia isterinya. Hanya dia tidak mampu membuktikan bahawa Zara itu adalah Natalia kerana dia tiada bukti yang kukuh sehinggalah Zara menceritakan kepadanya bahawa dia pernah terlibat dengan kemalangan di Santa Lucia dan dia hilang ingatan.




Dan setelah apa yang telah berlaku awal tadi, dia tidak tahu Zara mahu bertemunya lagi. Dia dapat melihat kekecewaan di wajah Zara ketika meninggalkan dia tadi. Dia dapat merasakan Zara sudah mula cinta padanya. Dan dia juga kasih dan cintakan Zara.




Ok..please stop! I don’t want to hear it anymore!,” ujar Dania tidak tahan mendengar pengakuan cinta Nik terhadap Lia. Dia tidak sanggup mendengarnya kerana dia hanya mahu Nik cinta padanya seorang.




Learn to live with it, Dania!,” ujar Nik perlahan lalu menuju kearah meja di mana terdapatnya bag tangan Dania. Dia mencapai jaket Dania dan bag tangannya lalu menyerahkan kepada Dania.




Why can’t I stay here!,” ujar Dania bila Nik menyerahkan bag dan jaketnya.




Learn to be patience Dania! We will be together soon!,” jawab Nik dengan wajah selamba. Selagi mereka belum bernikah dan tidak punya ikatan apa-apa. Dia tidak akan membenarkan Dania tinggal bersama dengannya.




Dia tahu Dania tidak akan berhenti berusaha untuk mendapatkannya. Dia akan berikan apa yang Dania mahu iaitu jadikan Dania isterinya. Namun hanya satu yang Dania tidak mampu miliki, iaitu hatinya. Kerana hatinya hanya untuk Natalia. Dan Dania terpaksa menerima Lia dalam hidupnya walaupun dia tidak suka kerana seperti apa yang di katakan kepada Dania tadi. Dia tidak akan melepaskan Lia.




Dania mencapai bag dan jaketnya dari tangan Nik dengan perasaan geram lalu menuju kearah pintu. Sebaik sahaja pintu apartmentnya di tutup rapat. Nik merebahkan badannya di atas sofa.
 
 
                                                       ******
 
 

FIR, betul kau tak bergurau dengan akak??,” ujar Fazuin bila adiknya memberitahunya bahawa bekas menantunya Nik bertemu dengan wanita yang kelihatan mirip seperti anaknya Lia.
 
 
“Kak..apa pula Fir hendak bergurau dengan kakak, Nik bawak sendiri budak perempuan tu ke rumah Fir! Fir belum rabun lagi kak!,” jawab Firdaus lalu menyandarkan badannya di sofa. Dia tidak menyalahkan kakaknya jika kakaknya tidak percaya dengan berita yang di sampaikan kepadanya.
 
 
Dia juga pada awalnya tidak percaya bila Nik mengatakan dia bertemu dengan wanita yang kelihatan mirip seperti anak saudaranya. Tapi setelah Nik membawa wanita itu ke rumahnya dan dia melihat sendiri baru dia percaya.
 
 
Dia merasa gembira dan berbesar hati bila wanita yang di bawa Nik itu rela hati mahu menjalani ujian DNA ke atas dirinya. Firdaus bersimpati dengan Zara bila wanita itu menceritakan kepadanya tentang keadaan dirinya yang hilang ingatan sejak terlibat dengan kemalangan di Santa Lucia. Dia juga yakin bahawa Zara itu adalah Lia namun dia seperti Nik tidak dapat mensahihkan kenyataan itu selagi mereka tidak mendapat keputusan dari hasil ujian DNA.
 
 
“Kalau betul Lia…Alhamdullilah! Kakak rasa bersyukur sangat!,” jawab Fazuin dengan linangan air mata. Dia kehilangan 2 orang insan yang di cintai, pertama suaminya dan kedua anak kesayangannya Lia. Mendapat berita bahawa kemungkinan wanita yang kelihatan seperti anaknya itu adalah Lia seolah-olah memberinya harapan baru.
 
 
“Kami turut bersyukur dan semua berdoa sama kak, moga-moga Zara itu adalah Lia,” jawab Firdaus turut merasa gembira. Selama 2 tahun mereka menyangka Lia sudah tiada lagi.
 
 
Selama ini mereka sekeluarga tidak pernah mendengar alasan Nik. Bila Nik mengatakan bahawa Lia masih hidup kerana mereka menyangka Nik mengalami trauma dan tekanan bila kami mengatakan bahawa Lia sudah meninggal. Nik tidak pernah berputus asa. Dia tahu Nik selalu ke Rome berharap dia dapat bertemu dengan isterinya semula. Setelah hampir 2 tahun lamanya Nik cuba menjejaki isterinya. Doanya terkabul bila saat Nik mahu melupakan Lia dan meninggalkan kenangannya bersama kerana dia mahu meneruskan hidup tanpa bayangan Lia. Nik bertemu dengan Zara Lia.
 
 
Terdengar keluhan kecil dari corong telefon.
 
 
“Kenapa kak?,” tanya Firdaus bila kakaknya tiba-tiba mengeluh.
 
 
“Nik? Nik bagaimana?,” tanya Fazuin kepada adiknya. Sungguhpun Lia tiada lagi hubungannya dengan Nik masih rapat. Dia sudah menganggap Nik seperti anaknya sendiri. Nik tidak pernah melupakannya. Selalu berkunjung ke rumahnya dan meluangkan masa bersamanya. Nik seperti penganti anaknya Lia. Dia sayangkan Nik seperti dia sayangkan Lia. Malah hubungannya dengan bekas besannya Faezah juga rapat. Mereka sudah seperti keluarga. Mereka berdua juga yang mendesak Nik supaya menjalinkan hubungan dengan Dania, teman Lia dan Nik semasa di sekolah dahulu. Mereka mahu Nik kembali ceria dan menjalani hidup seperti biasa. Mereka tidak sanggup melihat Nik menderita. Mereka mahu Nik bahagia.
 
 
“Nik?? Nik ok! Kenapa kakak tanya?,” ujar Firdaus merasa hairan bila kakaknya bertanya bagaimana dengan Nik.
 
 
“Maksud kakak Dania? Hubungan Nik dengan Dania bagaimana?,” tanya Fazuin dengan nada risau. Jika benar Zara itu anaknya Lia. Ini bermakna Lia isteri Nik. Fazuin menjadi tidak selesa bila memikirkan tentang Dania.
 
 
Dia dan Faezah sudah merancang mahu menjodohkan Dania dengan Nik. Itu sebelum dia tahu bahawa Nik bertemu dengan wanita yang kelihatan seperti anaknya Lia. Tapi setelah dia tahu bahawa kemungkinan besar Zara itu adalah Lia. Dia tidak yakin bahawa anaknya Lia mahu berkongsi suaminya dengan wanita lain setelah dia bertemu semula dengan suaminya yang telah lama terpisah.
 
 
Fazuin menjadi pening sendiri bila memikirkannya kerana dia wanita. Dia tahu akan perasaan wanita. Dan wanita yang dibimbangkan itu adalah Lia. Dia tahu Lia tidak akan dapat menerima wanita lain dalam hidupnya kerana Lia anaknya itu cintakan Nik dan tidak ingin berkongsi kasih dengan orang lain.
 
 
Huh? About that…! Dania was here and I don’t think she please when she saw Zara,” jawab Firdaus lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal kerana dia turut merasa bingung dengan dilemma yang Nik hadapi. Dia tidak menyangka teman wanita Nik akan menjejakinya hingga ke Rome. Jika dia di tempat Nik, dia juga akan merasa bingung.
 
 
Oh dear! Poor Nik,” ujar Fazuin bersimpati dengan nasib menantunya.
 
 
I’ll guess, man's got to do what he's got to do!,” jawab Firdaus menyebelahi pihak Nik.
 
Apapun keputusan Nik, dia akan sentiasa berada di sebelahnya. Dahulu dia tidak menyokong Nik, bila Nik mengatakan bahawa isterinya masih hidup. Tapi kali ini dia akan berdiri di belakang Nik dan menyokongnya kerana dia tahu Nik bijak mengendalikan keadaan dan membuat keputusan yang baik.
 
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 
 


Jodoh Pasti Bertemu - Part 49







NIK memandang wajah Zara tanpa wanita itu sedari kerana dia asyik melihat beberapa gambar kenangan Lia yang diambil dari rumah uncle Firdaus. Dia dibenarkan untuk ke bilik tidur Lia semasa Lia menetap di Rome. Nik mengambil specimen rambut Natalia dari berus rambut yang selalu di gunakan isterinya untuk ujian DNA. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan mereka akan mendapat keputusan ujian tersebut dalam 3 masa hari.




Nik memberi Zara envelope berisi beberapa barang peribadi isterinya yang pernah di simpan sebagai kenangan. Di dalam envelope itu terdapat beberapa gambar Lia zaman persekolahan dan gambar terbaru Lia.




I could knew some of the people in this picture here..,” ujar Zara lalu mengangkat kepalanya memandang kearah Nik yang duduk di hadapannya. Lelaki itu sedang memandang tepat kearahnya.




“Nik??? What?? Something on my face??,” ujar Zara lalu mengesat wajahnya dengan tangan kerana Nik memandang tepat ke wajahnya dan tersenyum. Pasti ada sesuatu di wajahnya.




Nik tetawa kecil bila Zara kelihatan panic.




There’s nothing on your face dear!,” jawab Nik lalu mengelengkan kepalanya perlahan bila Zara merasa cemas bila dia pandang wajahnya begitu. Dia rindu pada Lia. Sebab itu dia pandang wajah Zara.




Then you pandang I macam tu? I thought there’s something on my face!,” jawab Zara lalu mencubit tangan Nik kerana perbuataan Nik itu membuatkan dia merasa tidak selesa. Lelaki itu selalu membuatkan dia merasa nervous.




Sorry Lia! It’s kind of habit, I’ve miss Natalia so much and her pinching too!,” jawab Nik tersenyum lalu mengosok tangannya perlahan bila Zara spontan sahaja mencubit tangannya tadi. Sudah menjadi kebiasaan Natalia suka mencubitnya. Dia tidak sangka Zara juga suka mencubit.




Sorry Nik, I sebenarnya tak ada habit pinching but tak tahu kenapa dengan you I suka mencubit you, maybe you deserve a pinching from me!,” jawab Zara dengan wajah selamba. Dia merasa senang dengan lelaki itu.




Dia tidak pernah merasa jemu bila bersama dengan Nik. Dia meminta cuti dari ibu Haider selama seminggu hanya kerana dia mahu bersama dengan Nik dan dalam masa yang sama ingin mencari identitynya yang sebenar.




Nik tetawa lagi.




I’m just scared Nik. What if I’m not your Natalia? Can we still see each other?,” ujar Zara tiba-tiba lalu memandang tepat ke wajah Nik. Zara mula merasakan bahawa dia suka pada Nik. Dia khuatir jika keputusan ujian yang dia jalani tidak seperti yang mereka jangkakan dan Nik tidak akan bertemunya lagi.




Don’t be scared dear. If you are not my Natalia..you will always be my Zara Lia,” jawab Nik lalu tersenyum.




Thank you Nik,” jawab Zara merasa lega lalu menyimpan gambar-gambar itu ke dalam envelope.

 

****

 

                        Dania tersenyum gembira bila mendapati Nik berada di Café yang di sebut uncle Firdausnya tadi. Dia memesan pada uncle Firdaus agar jangan memberitahu Nik tentang kedatangannya kerana dia ingin membuat kejutan kepada Nik.




Tapi perasaan gembiranya bertukar menjadi geram bila dia mendapati Nik tidak duduk di Café itu seorang diri, tapi dia ditemani seorang wanita. Dan mereka kelihatan mesra, melihat dari cara mereka berbual dan cara pandangan yang Nik lemparkan kepada wanita itu. Dia dapat merasakan Nik suka pada wanita itu.




Dania mengetap bibir menahan geram. Sudah di jangka. Patulah dia merasa tidak sedap hati dan merasa curiga bila Nik melancong di Rome sendirian rupa-rupanya inilah sebabnya. Nik bertemu dengan seorang wanita di Rome. Siapa wanita itu? Dania ingin tahu? Dania tidak dapat melihat wajahnya kerana wanita itu duduk membelakangkannya. Ini tidak boleh di biarkan kerana Dania tidak akan membenarkan sesiapa merampas Nik darinya.




                        Dania membetulkan bajunya lalu berjalan menuju kearah Nik. Lelaki itu tidak perasankannya kerana terlalu leka berbual dengan wanita yang tidak di kenali itu. Ini membuatkan hati Dania bertambah membara.




                        “Hi sayang!,” tegur Dania tanpa memandang wajah wanita yang duduk di hadapan Nik lalu meletakkan bag tangannya di atas meja. Dia memandang wajah Nik yang kelihatan terperanjat bila dia menegurnya.




                        “Dania!,” ujar Nik terperanjat, spontan sahaja dia memandang wajah Zara yang kelihatan terkejut bila ada seorang wanita tiba-tiba datang ke tempat mereka dan menegur mereka.




                        Zara memandang wajah Nik bila wanita yang tidak dikenali memanggilnya ‘sayang’. Siapa wanita itu?




                        Yes your Dania! You lupa ke?,” ujar Dania lalu tersenyum sinis. Dia masih tidak menoleh ke arah wanita yang duduk di hadapan Nik.




                        What are you doing here Dania?,” ujar Nik dengan wajah serba salah. Dia tidak menyangka Dania akan menjejakinya hingga ke Rome. Dia memandang wajah Zara kerana wanita itu memandang wajahnya tanpa berkedip sedari tadi.




                        “WTH!!!,” ujar Dania lalu memandang wajah Nik kerana merasa benar-benar terperanjat sebaik sahaja dia menoleh memandang wajah wanita bersama Nik. Is she seeing a ghost?? Dania terperanjat lalu terduduk di salah sebuah kerusi diantara mereka. Dia memandang wajah wanita yang kelihatan serupa Natalia lalu mengalihkan pandangannya ke wajah Nik. 




                        “Zara kenalkan ini Dania! And Dania this Zara Lia,” ujar Nik.




                        WTH Nik?? What are you trying to proof? You can’t get over her don’t you? You know, I don’t care even if Natalia raise from the grave sekalipun..I will still have you!,” ujar Dania lalu memandang wajah wanita yang kelihatan seperti Natalia dengan wajah garang. Dia tidak peduli samada wanita itu Zara Lia atau Natalia sekalipun. Dia tidak akan melepaskan Nik pada sesiapa. Sudah lama dia mahukan Nik. Dia tidak akan mengalah dengan sesiapapun.




                        Calm down Dania! What is wrong with you?,” ujar Nik agar Dania bertenang. Dia tidak tahu bagaimana hendak menangani situasi begini kerana kedatangan mengejut Dania membuatkan dia hilang kata-kata. Dia tidak menyangka Dania akan ambushnya dalam keadaan begini. Dan dia tidak dapat hendak menegakkan benang yang basah.




                        What is wrong with me??? What’s wrong with you! You tahu I cintakan you and yet you still can’t get over her!,” ujar Dania lalu menunding jari ke wajah wanita yang bernama Zara.




                        Sorry for interrupting? Siapa you dalam hidup Nik?,” tanya Zara namun dia tidak memandang wajah wanita itu bila dia bertanya soalan sedemikian kerana dia ingin melihat reaksi wajah Nik ketika dia bertanya soalan itu. Hatinya kecewa dan merasa sedih bila wanita itu mengatakan mereka punya hubungan dan dia cuba menahan diri dari menangis.




                        I bakal isteri Nik jika you hendak tahu?,” ujar Dania lalu tersenyum sinis.




                        Is this true Nik?,” ujar Zara lalu memandang wajah lelaki itu tepat.




                        Nik tidak menjawab bila Zara memandang wajahnya. Dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan dalam keadaan serba salah. Dia tahu Zara kecewa dengannya. Sejak dia bertemu dengan Zara. Dia terlupa langsung tentang Dania kerana dia merasa bahawa Zara itu adalah Lia isterinya, dan pada Nik dunianya hanya dia dan Lia sahaja. Namun Zara tidak akan mengerti. Jika dia terangkan kepada Zara, Zara tidak akan mempercayai kata-katanya kerana wanita itu di dalam keadaan marah. Oleh kerana itu Nik tidak mahu mengeruhkan keadaan dan mengaku sahaja. Dia akan perjelaskan akan kedudukan yang sebenar bila Zara tidak dalam keadaan marah.



Kerana dia tidak pernah cintakan Dania. Dia menjalinkan hubungan dengan Dania di atas permintaan ibunya kerana dia tidak mahu membuatkan ibunya merasa susah hati lagi. Dania juga tahu dia tidak cinta padanya. Rancangan agar mereka bertunang adalah rancangan keluarganya dan bukan kehendaknya.



                        Thanks Nik, thanks for making me believe that you are still in love with your wife, thanks for making me look like a fool!,” jawab Zara dengan wajah kecewa.




                        “Zara, I’m sorry I didn’t tell you about Dania earlier-,”




                        Then tell me when Nik?? Oh sebab you are not sure if I’m your Natalia??? You just playing safe?? If I’m not Natalia you felt relieve begitu? This whole thing is a big mistake?? I should have listen to Haider, he told me not to trust you..at least he have balls to admit that he loves me! This is the biggest joke of my life? It is a mistake that I have fall in love with you Nik!,” ujar Zara lalu meninggalkan Nik. Airmatanya mengalir laju kerana merasa sedih. Dia merasakan dirinya di permainkan oleh Nik. Sampai hati Nik!





bersambung.....














Thursday 23 June 2016

Terima kasih! Thank You! Arigato Gozaimas! Gracias!








Assalamualaikum wbt.

Alhamdullilah sudah masuk ke 18 Ramadhan. Masa berlalu begitu pantas sedar tidak kita bakal menyambut Syawal tidak lama lagi. Pasti ramai kaum wanita sibuk mencari resepi dan membuat biskut dan kuih sendiri. Dan mula sibuk hujung minggu ini kan? Tahun ini, aku tidak buat kuih mengunakan oven sebabnya oven aku rosak maka tahun ni hanya buat chocolate cornflakes almond tu sahaja. Huhu..yang lainnya kuih tunjuk-tunjuk.

Lama betul aku tidak menulis dalam ruangan diary kan? Sebab tak ada idea hendak ditulis apa. Haha. But, hari ini aku ada sebab untuk menulis kerana beberapa hari kebelakangan ini aku perasan ramai pengunjung blog aku datangnya dari US. Australia. Indonesia dan paling ramai sekali dari Malaysia!! Terima kasih! Arigato Gozaimas! Grazie! tidak terhingga dari aku. Dan karya ku "From Boss with Luv" menerima banyak 'page view' dari karya-karyaku yang lain. Baca karya yang lain juga ye..walaupun tidak seberapa tapi menghiburkan.

Wah aku suka sekali kerana ada yang sudi menjengah dan membaca blog aku yang tidak seberapa ini. Kalau ada cacat cela dan salah silap tu harap di maafkan ya. Dan jika sudi silalah tinggalkan komen-komen membina anda ke blog saya ni. Just say “Assalamualaikum”..”Hi” or “Hello” perkenalkan diri dan asal/tinggal di mana. Boleh juga kita menambah kenalan dan mengeratkan siratulrahim. Betul tak? Tapi untuk kaum muslimah sahaja ye..harap maklum.

Ok saya mulakan dahulu, Bismillah....

Salam a'laik…saya Lynda Kamis aka SignoraPrue dari Singapura. Salam perkenalan buat semua!