Wednesday 21 May 2014

From Boss with Luv - Part 26



Aku memalingkan muka kearah kiri sepanjang perjalanan pulang ke KL. Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Tidak ingin berbual dengan kedua-dua lelaki itu. Geram aku dengan Encik Aliff dan Encik Faries. Patutlah baik sangat dengan aku rupa-rupanya ada agenda tersendiri. Hissh suka mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kenaifan aku. Encik Faries ni pun satu kerana hendakkan aku menemaninya ke NZ sanggup hendak berkahwin dengan aku. Apa dia hilang akal ke? Dia ingat kahwin ni perkara yang boleh di buat main-main. Hari ni kahwin esok lusa berpisah begitu? Eii nasib baik tadi di depan abah aku terpaksa control marah. Kalau tidak aku sudah bertukar menjadi hijau macam ‘The Incredible Hulk’ versi perempuan. Aku rasa Encik Faries ni bukan ada penyakit ‘OCD’ aje mungkin sakit otak juga nak kena hantar dia pergi CT scan agaknya. Berbuku hati aku sekejap bila memikirkan ‘stunt’ Encik Aliff dan Encik Faries tadi. Mereka sengaja tidak memberi tahu aku terlebih dahulu kerana mereka takut rancangan mereka untuk bertemu dengan mak dan abah aku tidak berjaya. Memang aku tidak akan membenarkan mereka ke kampung jika aku tahu akan tujuan mereka terlebih dahulu. Aku tak hendak mak dan abah secara tidak langsung mendesak aku agar menerima lamaran Encik Faries. Bukan kerana mak dan abah hendak sangat bermenantukan celebrity seperti Encik Faries. Tapi mereka risau tentang diri aku, jika aku bersuami sekurang-kurangnya ada orang yang menjaga kebajikan aku. Aku selalu merungsingkan mak dan abah agaknya.
 

Tadi sahaja Aisyah dan Liana beria-ia meminta agar aku terima lamaran Faries. Kerana mereka setuju jika Faries menjadi abang ipar mereka. Yelah siapa yang tak hendak jika abang ipar mereka itu celebrity terkenal. Aku faham perasaan mereka. Kalau hendak jalan pintas memang begitu caranya. Senang bersuamikan orang seperti Faries yang pakej lengkap. Tapi masalahnya sekarang aku tahu Encik Faries hendak berkahwin dengan aku bukan kerana dia cintakan aku, tapi kerana dia perlukan aku. Itu yang membuatkan aku lemah semangat bila memikirkannya. Dan aku pula memang tiada perasaan cinta pada Encik Faries kerana aku sudah menganggap Encik Faries ‘boss’ aku maka aku sudah mind set bahawa dia boss aku dan aku tidak boleh terpikat atau terjatuh hati padanya kerana tujuan aku bekerja dengannya kerana aku perlukan wang untuk melunaskan hutang Rizal dengan bank. Sebab itu aku bekerja keras kearah itu. Dan aku sememangnya tidak ada hati dengan kaum Adam. Aku masih serik untuk bercinta.
 

“Sudah-sudah lah merajuk tu..tak cantik muncung dari tadi,” tegur Aliff risau bila Nasha mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sejak balik dari kampungnya tadi. Salah dia juga kerana tidak berbincang secara baik dengan Nasha. Ini tidak main ‘ambush’ sahaja. Tentulah Nasha melenting. Sekarang Nasha sudah merajuk maka tugasnya untuk memujuk hati Nasha semakin sukar. Dan dia tahu Faries tidak akan menerima sebarang alasan darinya.
 

“Cantik tak cantik bukan masalah Encik Aliff pun..saya bukan isteri Encik Aliff, apa saya kisah,” jawabku lalu menjeling Encik Aliff. Ini mesti pandai Encik Aliff lah memberi idea merepek pada Encik Faries. Dia hendak selamatkan diri dia aku pula yang menjadi mangsa.
 

“Tengok dia jeling kat aku Ries..,” ujar Aliff lalu memandang kearah Faries.
 

“Saya kisah,” jawab Faries tiba-tiba, lalu menoleh kearah Nasha di sebelahnya. Dia tahu Nasha marah dan merajuk dengannya. Dia senang dan sukakan perangai Nasha. Nasha simple person dan pandai membawa diri. Ditolak ketengah boleh di tolak ke tepi pun boleh. She’s versatile. Sebab itu dia tidak mahu kehilangan Nasha. She’s special. Tentang soal hati dan perasaan dia serahkan kepada Allah. Mungkin sekarang dia tidak punya hati dan perasaan terhadap diri Nasha. Siapa tahu hati dan perasaannya berubah setelah mereka berumahtangga. Begitu juga dengan Nasha. Dia tahu Nasha tidak punya perasaan terhadap dirinya. 
 

“Encik Faries jangan nak mula dengan saya eh..saya tak ada mood hendak bergurau dengan Encik Faries..I’m angry you know??..ANGRY!!..,” ujarku lalu memeluk tubuh. Wajah ku terasa panas kerana masih marah pada mereka. Aku rasa dah serupa Angry Bird dah. Hati aku masih belum cool down lagi. Masih membara.
 

“Jangan ganggu Ries..nanti dia bertukar jadi hijau..masak kita nanti,” jawab Aliff tidak berputus asa cuba memujuk Nasha.
 

“Panggil saya Faries sahaja, tak perlu ber-encik dengan saya..tak pun panggil abang lebih mesra..,” usik Faries mencuba nasibnya berharap Nasha tidak merajuk lama dengannya.
 

“Isskk bencilah dengan Encik Aliff dan Encik Faries ni..sudahlah malas nak layan,” jawabku lalu menutup kedua belah telingaku dengan kedua belah tanganku tidak mahu mendengar usikan mereka. Dua lawan satu mana boleh menang.
 

Aliff dan Faries ketawa serentak seronok mengusik Nasha.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

1 comment: