Wednesday 7 May 2014

From Boss with Luv - Part 6



Aku membuka pintu rumah Faries, semalam aku menerima pesanan ringkas dari Aliff memesan agar aku mendapatkan kunci Penthouse Faries dari Manager condo. Manager yang bernama Daniel itu menyerah satu set kunci penthouse Faries kepadaku. Penthouse Faries yang cantik itu kelihatan sunyi sepi. Aku menuju kearah tingkat dua Penthouse Faries dan mengambil keputusan untuk menanti Faries di open concept study room. Di meja study tersebut terdapat laptop di atasnya. Aku pasti Faries mungkin keluar breakfast kerana rumah sunyi sahaja seperti tiada penghuni. Aku melirik kearah jam tanganku. Kurang 10 minit pukul 7.00 pagi. Ada masa lagi untukku untuk membiasakan diri untuk meneliti schedule Faries.

Faries menguap kecil. Dia bangkit dari katil seraya melakukan senaman rutinnya. Dia tahu dia pasti terlewat ke tempat shooting namun dia tidak mengendahkannya. Dengan hanya bersinglet dan string pants dia menolak pintu untuk menuju ke ruang study room. Faries mengeliat lagi. PA barunya itu tidak perasan akan dirinya.

“Morning,” tegur Faries sengaja mahu membuatkan PAnya itu terperanjat kerana PAnya itu kelihatan leka menatap screen laptop di hadapannya.

“Morning,” jawabku terkejut bila di sapa Faries. Aku menoleh ke arahnya yang kelihatan selamba bersinglet putih dan string pants dari warna yang sama.

“Opps sorry, I thought you sudah pergi breakfast, I tak tahu you masih ada di rumah,” ujarku serba salah, aku segera menutup laptop mahu segera meninggalkan study room Faries. Tidak mahu memandang kearah Faries kerana singlet yang dipakai Faries sedikit sebanyak mendedahkan tubuh badan sasa miliknya itu.

“Where are you going?,” ujar Faries bila dilihatnya pembantu barunya itu kelihatan tidak selesa dan tergesa-gesa mahu meninggalkannya.

“Err, I wait for you di hall,” ujarku tanpa menoleh ke arahnya.

“Tak perlu, tunggu I di sini, I won’t be long,” ujarnya lalu tersenyum.

“Ok,” jawabku kembali duduk ke tempat asal masih enggan memandang ke arahnya.

“You dah sarapan?,” soal Faries sebelum dia menuju kearah kamar mandi.

Aku mengelengkan kepala. Perutku mula terasa lapar kerana pagi tadi aku tidak sempat menjamah apa-apa pun sebab hendak pastikan aku tidak terlambat ke rumah Faries pada hari pertama aku bekerja.

“Good, call Fiza tell her to prepare my breakfast and you can order from her too,”

Fiza? Sapa Fiza? Bisik hati kecilku. Mataku liar mencari buku telefon mahupun kad atau apa-apa yang boleh ku cari number telefon ‘Fiza’. Puas aku mencari tidak ada. Jangan katakan buku telefon kad tempat telefon pun tak nampak bayang. Aku membuka laci. Terdapat mini Ipad, handphone dan blackberry di dalamnya. Aku mencapai blackberry. Mencari kalau-kalau nama Fiza ada di dalam senarai contactnya.

Eira Faeza

Farah Shila

Mia Kirana

Syairul Hazly

Riyan Pierre

Haiqal Irqram.


Semua nama para artis terkenal berada di dalam senarai contactnya. Namun nama orang yang di cari tidak di temui. Akhirnya mataku tertangkap pada perkataan ‘Chef’. Aku pasti Fiza yang di maksudkan adalah chef peribadi Faries. Kalau tidak masakan dia menyuruh aku menelefon Fiza.

Tanpa berfikir lebih panjang aku menekan butang call dari blackberry milik Faries.

“Hello, Fiza,”

“Yes,”

“I’m Nasha PA baru Mr. Faries, dia suruh you prepare the usual breakfast untuknya,” ujarku lancar.

“How about you, you nak order apa?,” ujar Fiza mesra.

“Apa-apa yang Mr. Faries pesan,” ujarku tanpa berfikir panjang.

“Ok, cakap dengan Ries, I naik in 20 minutes time,” jawab Fiza lalu mematikan talian.

Faries mengenakan robe. Sebelah tangannya mengesat rambutnya yang basah. Faries membuka pintu walk-in wardrobenya. Dia tidak tahu bagaimana hendak memilih pakaian. Selalunya Shiela menyediakan baju untuknya. Shiela selalu meletakkan baju dan seluar untuk di pakainya. Faries tahu dia terlalu bergantung kepada Shiela. Semuanya Shiela uruskan.

“Hi,” teguran Faries cukup membuatkan aku terlompat sekali lagi.

“Sorry, I didn’t mean to scare you, I need your help,” ujar Faries lalu tersenyum meleret. Gelihati melihat Nasha yang asyik terkejut bila di sapa.

“Yeah sure,” jawabku tanpa banyak soal lalu mengekorinya dari belakang.

“Boleh tolong pilihkan baju yang sesuai untuk I, selalunya Shiela yang uruskan, I’m feel lost without her,” ujar Faries lalu membuahkan senyuman.

Wow. Terkebil-kebil mataku bila berada di dalam walk-in wardrobenya konsep perabot klassik hitam yang link dengan kamar mandinya. Walk-in wardrobenya membuatkan aku seperti berada di dalam sebuah boutique. Semua baju, seluar, bag, kasut etc. semuanya kelihatan tergantung dan tersusun kemas.

Hendak suruh aku pilih baju untuknya? Manalah aku tahu. Aku mula merasa panic. Aku tidak tahu kenapa aku merasa gugup dan panic bila berurusan dengan Faries. Aku berjalan menuju kearah koleksi baju casualnya yang tergantung kemas. Bagaikan tidak percaya melihat betapa banyaknya koleksi baju Faries. Di susun kemas mengikut warna. Aku tidak pasti baju apa yang sesuai untuk dipakainya hari ini. Aku mencapai engineered jeans dan polo t-shirt berwarna coklat cair dari hanger lalu mengantungkannya di tempat hanger di sediakan berdekatan dengan sofa ottoman bulat berwarna kelabu gelap yang terdapat di tengah-tengah walk-in wardrobenya. Aku menarik laci di bawah almari dan mendapati sapu tangan, stoking dan boxer juga tersusun rapi dan kemas. Neatnya.

Ermm tak kanlah aku hendak kena pilihkan untuk anak seluar dia pulak kan bisik hati kecilku.

“Something wrong?,” ujar Faries bila dilihatnya Nasha berdiri tercegat mengadap laci tanpa berbuat apa-apa.

“Erm ah, I tak tahu nak pilih yang mana satu,” jawabku malu-malu. Wajahku merona merah menahan malu. Ye lah, aku pernah bekerja sebagai PA. Tapi aku tidak pernah di kehendaki menjaga keperluan peribadi hingga ke tahap memilih baju dan sebagainya. Tapi tidak pada Faries. PAnya menguruskan urusan peribadinya 100%? Apa yang dia mahu semuanya beres dan siap mengikut jadual dan peraturannya.

“It’s ok, I take it from here, thanks,” jawab Faries ringkas seraya menarik boxer di depannya. Dia tahu Nasha tidak biasa dengan semua ini. Faries mencapai baju dan jeans yang telah di sediakan oleh Nasha.

Aku harap Faries tidak melenting bila aku memilih pakaian yang terlalu casual untuknya hari ini. Lagipun Faries kata dia pergi shooting hari ini. Aku tidak rasa dia perlu memakai suit untuk pergi shooting.

Faries berdehem kecil. Aku berhenti mengelamun lalu memandang ke arahnya.

“I’ll need to change, unless you don’t mind I change depan you,” usik Faries tersenyum bila dilihatnya Nasha masih tercegat di sini dan seperti orang sedang mengelamun.

“Opps sorry,” jawabku malu lalu beredar keluar dari biliknya.
bersambung...

1 comment: