Wednesday 7 May 2014

From Boss with Luv - Part 5





“How’s the interview?,” tegur Raudah bila temannya itu tidak menceritakan tentang temuduga yang dia hadiri siang tadi. Diterima bekerja atau tidak?
 

“Great,” jawabku ringkas lalu mengunyah buah epal dari rojak buah yang di pesan tadi.
 

“Elaborate,”
 

“Believe me or not, I’m working for Faries Syamri,” ujarku separuh berbisik takut kedengaran orang yang berada berdekatan dengan aku. Almaklumlah majikan aku itu celebrity popular.
 

“Faries Syamri pelakon terkenal tu, kau bergurau kan?,” jawab Raudah lalu menyedut fresh orange tidak percaya bila Nasha mengatakan dia bekerja dengan celebrity terkenal Faries Syamri.
 

“Sungguh aku tidak berbohong!!,” jawabku tanpa mengulas panjang. Memanglah tak akan ada orang yang percaya bahawa aku bekerja dengan Faries Syamri. Patutlah iklan yang di akhbar bunyinya terlalu simple sebab dia tidak mahu orang tahu tugas sebagai PA itu untuk siapa? Kalau di tulis PA untuk Faries Syamri mahu hendak beribu wanita yang datang untuk temuduga.
 

“Really?? aku nak autograph dia, aku minat gila kat dia, how’s he? handsome tak in-person,” soal Raudah bertubi-tubi ingin tahu. Teruja bila mengetahui Nasha bekerja dengan pelakon lelaki idamannya. Faries Syamri bukan sahaja kacak. Dia juga seorang pelakon lelaki yang versatile.
 

Aku menutup mulut Raudah bila menyedari ada beberapa orang memandang kearah kami dengan pandangan tajam.
 

“Sorry…,” ujar Raudah seraya mengangkat tangannya.
 

“He looks charming in person better dari television,” ujarku perlahan. Khuatir di dengar orang yang berdekatan. Maklumlah Faries amat popular. Aku takut di serbu sekumpulan gadis-gadis muda yang berdekatan dengan meja kami yang aku percaya turut meminati bintang popular tersebut.
 

“Lucky you,” ujar Raudah lalu menolak bahu Nasha.
 

“Yeah…but not lucky in love,” jawabku lalu mengeluh kecil. Wajah tampan Rizal jelas terbayang di ruang mataku. Tiba-tiba teringatkan Rizal. Aku tidak menyangka sama sekali Rizal tidak punya perasaan apa-apa terhadap diriku. Dan bahawa selama ini dia hanya berpura-pura menyintai ku hanya kerana aku memberinya barangan mewah dan memberinya kebebasan untuk menguna kad kreditku.
 

“Oh please, Rizal not that great looking kalau hendak di bandingkan dengan Faries Syamri,” ujar Raudah cuba menyedapkan hati aku.
 

“Apa yang kau merepek, kenapa kau compare Rizal dengan Faries, he’s my boss, aku kerja dengan dia pun sebab aku perlukan wang, you know very well that I have to pay back the banks,” jawabku kurang senang bila Raudah mula memikirkan yang bukan-bukan. Buat masa ini aku masih merasa sakit hati pada kaum Adam. Semacam serik untuk bercinta lagi.
 

“Yeah, and he’s single, mana tahu nasib kau baik dia suka kat kau,” usik Raudah lagi.
 

“Raudah, kami berdua bagai langit dengan bumi, dia celebrity terkenal tak sepadan dengan aku, by the way aku tak pernah terfikir akan ini semua, after Rizal, I don’t think I have anymore faith in man,”
 

Raudah tidak mengusik lagi. Dia tahu hati Nasha masih terluka. Angkara Rizal, Nasha tidak lagi berminat untuk berkawan dengan lelaki. Kadang kala Raudah kasihan melihat nasib temannya itu. Mudah sangat di tipu lelaki. Nasha selalu diambil kesempatan oleh mereka kerana Nasha seorang yang baik hati dan mudah percaya dengan pujuk rayu mereka yang dusta. Dulu dengan Ilhan, Nasha ada meminjamkannya duit hampir ke 5 ribu. Selepas itu Ilhan menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Bila ke rumahnya. Kami terperanjat bila mendapati Ilhan sudah berpindah bersama isteri dan anak-anaknya. Dan kini Rizal pula menyusahkan temannya. Malang sungguh nasib Nasha.


 
 
bersambung....
 
 
 
 



No comments:

Post a Comment