Tuesday 20 May 2014

From Boss with Luv - Part 23



“Kenapa muka macam orang berak kapur aje?,” tegur Aliff bila Nasha kelihatan zone-out seperti memikirkan sesuatu. Nasha kelihatan pendiam hari ini tidak seperti hari-hari biasa. Apa yang menganggu fikiran Nasha?
 

“Tak ada apa-apa Encik Aliff,” jawabku mendatar. Aku tiada mood langsung untuk bekerja hari ini. Fikiranku sarat memikirkan bagaimana cara hendak membayar 20 ribu itu. Kalau aku mengambil loan dari bank belum tentu bank akan luluskan. Aduh pening kepala memikirkannya.
 

“Apa sebenarnya masalah you Nasha..ceritakanlah kepada saya..mana tahu saya boleh membantu? Masalah teman lelaki?,” soal Aliff lalu memandang wajah Nasha. Dia cuba mengorek rahsia Nasha. Dia tidak begitu mengenali Nasha kerana Nasha tidak pernah berkongsi tentang dirinya.
 

“Encik Aliff saya hendak minta cuti boleh? Saya hendak balik kampung dah lama tak jenguk orang tua saya..,” ujarku tanpa menjawab soalan Encik Aliff kerana aku tidak memberi perhatian apa yang di katakan tadi. Sorry Encik Aliff my mind is occupied.
 

“Cuti?? Balik kampung?? Awak tahu kan bulan ni Faries punya sechedule penuh..bulan depan tak boleh balik ke?,” soal Aliff memandang kearah Nasha lagi. Nasha sedia maklum yang jadual Faries padat. Dan Faries perlukan dia. Kenapa Nasha tiba-tiba hendak mengambil cuti? Apa masalah Nasha sebenarnya?
 

Aku mengeluh kecil. Bukan kerana tidak dapat cuti tapi kerana sibuk memikirkan cara bagaimana aku hendak mendapatkan wang sebanyak 20 ribu itu. Pinjam dengan Encik Aliff atau Encik Faries? Mereka beri ke? Aku baru bekerja dengan Encik Faries 3 bulan nanti dia kata aku ambil kesempatan ke atas diri mereka. Haizz.
 

“Beri saya ipad mini, saya hendak tengok schedule Faries untuk bulan ini?,” ujar Aliff. Dia tahu Nasha punya masalah. Cuma Nasha tidak mahu berkongsi dengannya.
 

Aku menyerahkan ipad mini kepada Aliff tanpa banyak bicara. Mataku terarah kepada Encik Faries. Lelaki itu sedang melakonkan watak seorang ‘Chef’. Lakonan Faries kelihatan natural seolah-olah dia seorang Chef yang berpengalaman. Aku merasa pelik kerana bila masa berlakon Encik Faries dapat mengawal obsesinya yang takutkan kuman. Tapi sebaik sahaja dia habis berlakon dia terus mendapatkan aku kerana dia perlukan hand sanitizer. Penyakit Encik Faries dalam istilah melayu penyakit ‘was-was’ dan boleh di sembuhkan di pusat rawatan islam.
 

Encik Faries ada berjumpa dengan pakar psikologi untuk mencari penawar penyakit yang di hidapi. Dan aku di minta untuk memantau dan memberi report kepada Dr. psikologi Encik Faries setiap kali dia menghadiri sesi dengannya. Ingin tahu tahap OCD yang di hidapi pesakitnya.
 

Ah nantilah aku carikan tempat rawatan islam untuk menyemburkan penyakit Encik Faries. Sekarang ni aku perlu risaukan tentang masalah aku.
 

“I dah tukar schedule Faries untuk esok..esok pagi datang awal..sebab kita hendak ke Johor,” pesan Aliff lalu menyerahkan kembali ipad mini kepada Nasha.
 

“Ke Johor?? Buat apa?,” soalku seperti orang bingung. Jauh hingga hendak ke Johor..dah alang-alang nak pergi Johor tu singgah sekali lah ke Batu Pahat ke kampung aku. Dapat juga aku lepaskan rindu pada keluarga aku. Sekejap pun jadilah. Lagipun aku ingin mendapatkan maklumat lanjut dari mak mengenai lelaki misteri yang mencari aku itu.
 

“Ada temujanji lah cik Nasha oii..ingat suka-suka ke pergi sana,” usik Aliff bila Nasha bertanya buat apa mereka perlu ke Johor.
 

Aku tersentak bila Encik Faries tiba-tiba menghulurkan tangannya kepada aku. Issk tak sudah-sudah dengan hand sanitzernya. Aku membuka bag tangan lalu mengeluarkan sebotol hand sanitizer yang sederhana besar siap dengan tiub sekali. Mudah sahaja dia hanya perlu tekan dan tadah tangannya.
 

“Senang kan..hanya perlu tekan dan tadah.., ini untuk ‘set’ so you can help yourself kalau I tak ada nanti,” ujarku lalu membuahkan senyuman kepada Encik Faries.
 

“Tak ada?? You hendak pergi mana?,” soal Faries lalu menekan hand sanitizer. Dia meratakan cecair itu di tangannya.
 

“Kalau I cuti lama..you kena buat sendiri Encik Aliff malas hendak melayan you,” ujarku lalu membuahkan senyuman kepada mereka berdua. Eh Encik Faries ni apa dia ingat aku akan berkhidmat selama-lamanya dengan dia ke? Apa dia tak hendak berkahwin? Kalau dia sudah berkahwin isterinya pula yang mengambil alih tugas aku kerana isterinya yang akan menguruskan semuanya untuk Encik Faries. Dan aku mana tahu ada jodoh aku nanti aku pun akan berkahwin dan mungkin tidak akan bekerja dengannya lagi. Aku tak hendak nanti suami aku kata aku sibuk uruskan hal ehwal boss dan tidak uruskan keperluan suami aku sendiri. Aku mahu menjadi isteri yang solehah.
 

“Aliff kau dah uruskan perkara yang aku suruh buat,” ujar Faries lalu memandang kearah Aliff. Wajahnya kelihatan serious.
 

“Dah..aku dah buat appointment esok kita ke Johor,” jawab Aliff ringkas. Dia faham akan maksud Faries mengenai perkara yang dia harus uruskan. Dia tahu Faries terdesak dan takut plannya tidak berjaya.
 

“Dah beritahu dia,” ujar Faries tersenyum lalu memandang kearah Nasha yang kelihatan keliru dengan perbualan mereka. Faries membuka penutup botol Eviannya lalu menuang air itu ke dalam gelas yang di sediakan. Dia mencapai gelas berisi air evian lalu meneguknya perlahan. Matanya tidak lepas dari memandang ke arah Nasha.
 

“Belum..esok aje..senang kill 2 birds with one stone,” jawab Aliff memandang kearah Nasha juga. Wanita itu kelihatan tidak selesa kerana Nasha tidak tahu apa yang mereka bincangkan.
 

Dah kenapa dengan dua orang lelaki di hadapan aku ni. Berbual mengunakan code rahsia sikitpun tidak berkongsi maklumat dengan aku. Apa yang mereka rancangkan. Nak buat surprise birthday party buat aku ke? Birthday aku bulan depan.
 

“Ingat kalau dia tak setuju kau kena buat sampai dia setuju,” pesan Faries tersenyum lalu bangun dari kerusi. Dia mengorak langkah menuju kearah assistant director.
 

Aku memandang kearah Encik Aliff dengan wajah pelik. Apa yang mereka rahsiakan dari pengetahuan aku. Ini mesti ada apa-apa. Kenapa Encik Aliff kelihatan stress bila Encik Faries mengingatkannya tentang perkara itu.
 

“Apa yang Encik Faries cakap..sharelah Encik Aliff,” pujukku ingin tahu akan rancangan mereka. Dengar macam penting sahaja. Ada projek baru ke?
 

“Ini hal orang lelaki..kalau nak tahu juga..esok baru boleh beritahu,” jawab Aliff selamba lalu bangun dari kerusi. Dia mengeluarkan BBnya lalu mendial nombor seseorang.
 

Hissh tak guna. Nak main rahsia-rahsia dengan aku.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment