Wednesday 7 May 2014

From Boss with Luv - Part 4





                        
Aku berdiri betul-betul di hadapan pintu nombor 202 seperti yang dikatakan oleh lelaki yang bernama Aliff Sofian. Sepanjang perjalanan kemari aku memikirkan mengapa temuduga pembantu peribadi itu diadakan di Marriot hotel? Aku mula merasa tidak enak. Apa sebenarnya pekerjaan yang di tawarkan. Aku mula memikirkan yang bukan-bukan. Sungguhpun begitu aku sudah terpacak di hadapan pintu Bilik Suite 202. Aku menekan loceng. Seketika kemudian pintu di buka seseorang. Seorang lelaki tegap berpakaian kemas dalam lingkungan awal 40an menyambutku di hadapan pintu. 
 

“Please come in,” ujarnya bila dilihatnya aku berdiri tercegat tanpa berkata apa. Aku melangkah masuk mengekori lelaki yang tidak kukenali namanya. Tapi aku yakin bahawa lelaki itu adalah Aliff Sofian.
 

“Sorry I didn’t get your name?,” ujarnya seraya tersenyum.
 

“Nasha,” jawabku ringkas. Aku mengekori Aliff menuju ke arah bilik yang sedang tertutup. Aliff menolak pintu tersebut. Aku agak terperanjat bila menyedari ada beberapa wanita muda atau sebaya denganku sedang duduk di atas sofa yang telah disediakan. Ada yang sedang sibuk menulis sesuatu dan ada yang sedang sibuk menyelak majalah.
 

“Please have a seat,” ujarnya lalu menuju kearah bilik yang lain dan menutup pintu dari belakang. Aku menuju kearah kerusi kosong yang berdekatan dengan meja dining. Di atas meja dining tersebut terdapat beberapa clipboard dan terdapat borang di atasnya berserta pensil. Sementara menanti giliran aku mengisi borang tersebut.
 

Aku merasa tidak yakin bahawa aku boleh mendapat jawatan sebagai pembantu peribadi bila aku mendapati ada beberapa ramai calon yang menghadiri temuduga untuk jawatan tersebut kelihatan hebat-hebat belaka. Rata-rata calon yang hadir kelihatan professional dengan memakai suit lengkap dan kelihatan sempurna dari ‘top-to-toe’. Aku bangkit dari sofa lalu menuju kearah wanita yang duduk di hadapan meja yang terdapat clipboard yang aku ambil tadi lalu menyerahkan borang yang sudah lengkap dengan butir peribadi ku. Aku kembali duduk di sofa menanti giliran aku dipanggil untuk di temuduga.




****
 
 

“How many candidates left?,” ujar Faries sebaik sahaja temuduganya dengan calon yang bernama Rainah berakhir.
 

“Roughly about 8,” jawab Aliff lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Faries. Faries mengelengkan kepalanya. Tidak sanggup rasanya untuk meneruskan temuduga yang selanjutnya. Dia penat dan mahu berehat. Dan dia rindukan Shiela. Kenapa Shiela sanggup meninggalkannya begini?
 

“Who’s next?,” ujar Faries tanpa melihat fail yang berisi borang di hadapannya. Pening kepala. Kalaulah tidak kerana Shiela berhenti dia tidak perlu menghabiskan masanya untuk mencari pembantu peribadi lagi. Aliff pula sengaja tidak mahu mengendalikan temuduga tersebut kerana katanya dia amat cerewet orangnya.
 

“Nasha,” jawab Aliff.
 

“Call her in, I want to end this interview now,” jawab Faries lalu meneguk gelas berisi air mineral evian.
 

Pintu di ketuk.
 

“Come in,” jawab Faries sambil lewa. Tanpa memandang kearah calon selanjutnya. Dia sibuk meneliti majalah di hadapannya.
 

Aku agak terkejut bila menyedari selain dari Aliff ada seorang lelaki lagi yang akan menemuduga aku. Apa yang memeranjatkan lelaki yang berada di sebelahnya itu tidak lain dan tidak bukan adalah celebrity terkenal iaitu Faries Syamri actor lelaki yang disukai ramai.
 



“Oh hi, I’m Faries Syamri,” ujar Faries lalu menghulurkan tangannya. Sebaik sahaja tangan aku melepaskan tangannya. Faries menghulur tangannya kepada Aliff. Aliff mencapai botol kecil ‘hand sanitizer’ lalu menuang sedikit di tapak tangan Faries. Faries meratakan hand sanitizer di kedua belah tangannya.

“I’m Nasha,” jawabku gugup kerana inilah kali pertama aku berhadapan dengan celebrity lelaki terkenal di serantau asia. Terus terang aku katakan. Faries kelihatan jauh lebih kacak secara peribadi dari di dalam filem mahupun di TV.
 

“You ada pengalaman bekerja sebagai PA?,” soal Faries.
 

“Ada,”
 

“Good..then you are hired,” ujar Faries lalu bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan menuju kearah kamar yang memisahkan tempat beradu dan study room.
 

Aliff di sebelahnya terperanjat bila Faries berkata demikian.
 

Aku lebih terperanjat kerana tidak sampai satu minit temuduga aku sudah berakhir dan aku di terima untuk bekerja dengan Faries Syamri. Seperti bermimpi aku, bila di terima bekerja dengannya.
 

“Ok, that was fast, you need to report work tomorrow at 8.00 a.m. di residence Faries, address ada dalam this black diary, oh yes please guard the diary and the handboook like your life, jangan sampai hilang,” pesan Aliff lalu mendekati Nasha pembantu baru Faries. Diary kulit yang berada di tangannya diserahkan kepadaku.
 

Aku menganggukkan kepala tanda faham.
 

“Faries ada shooting at Central jam 10.00 pagi, make sure you be here by 8.00 a.m., jam 7.30 malam ini ‘Denaida’ press conference di sini. Don’t forget to remind him about that,” terang Aliff panjang lebar.
 

Handbook? Aku mengerutkan dahi. Bila ketika dia pass handbook kepada aku. Blackdiary ni ke handbook yang di maksudkannya? Aku membuka diary. Isi kandungannya hanya terdapat schedule Faries. Tiada isi kandungan lain selain dari jadual.
 

“Any questions?,” soal Aliff kepada Nasha.
 

“Erm Encik Aliff, you hanya beri I the black diary, no handbook,” jawabku lalu memandang tepat ke wajah Aliff.
 

“Tak ada handbook? Serious tak ada?,” ujarnya lalu menarik laci meja di hadapannya mencari handbook yang dimaksudkan.
 

“Oh my goodness,” ujar Aliff terduduk di atas kerusi. Tidak percaya Handbook itu hilang. Tanpa handbook itu PA baru Faries tidak dapat bekerja dengan baik kerana di dalam handbook tersebut adalah panduan untuk PAnya bekerja di bawah Faries Syamri. Dan handbook itu adalah catatan Shiela sepanjang dia bekerja dengan Faries. Tanpa buku panduan itu PA barunya harus mempelajari tentang diri Faries.
 

Aku menelan air liur bila Aliff berkata demikian. Penting sangatkah handbook yang di maksudkan oleh Aliff itu. Kalau sekadar panduan bekerja sebagai PA biasa. Aku tahu.
 

“Oh dear…, ok dengar pesanan saya betul-betul, disebabkan handbook itu tak ada, kerja awak tidak sesenang yang awak sangka, Faries banyak perkara yang dia tidak sukai and I don’t remember all, make sure setiap kali keluar bersama dengannya bring along hand sanitizer, what else…?? oh gosh I can’t really remember, sorry dear, good luck,” jawab Aliff lalu tersenyum simpati kesian dengan nasib pembantu baru Faries.
 

“By the way, I’m his agent cum manager, you will see more people tomorrow dan liaise directly with them ok, you will be great trust me, Faries cerewet sikit aje,” jawab Aliff lalu menepuk lengan Nasha cuba untuk tidak membuat wanita itu merasa panik.
 

Sekali lagi aku menelan air liur bila Aliff mengatakan Faries cerewet. Dan dari cara dia terangkan tadi aku sudah mengagak kerjaku tidak semudah ABC.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment