Friday 23 May 2014

From Boss with Luv - Part 29



Seawal jam 5 pagi aku sudah bangkit dari tidur. Semalam pertama kalinya aku tidur sekatil dengan Encik Faries. Tiada apa-apa perkara pelik yang berlaku kerana sepertimana yang Encik Faries katakan semalam dia penat dan hendak tidur. Itu yang di lakukan semalam. Dan aku selitkan bantal guling di antara kami kerana aku takut tertendang atau terpeluk Encik Faries. Hehe. Nasib baik aku tidak karate dia. Encik Faries tidur lena hingga ke pagi sehingga aku kejutkan dia untuk tunaikan solat subuh.
 

Seperti biasa PA yang efficient. Aku sudah pun menjerang air panas untuk dia bersiram dan telah menyusun barang peribadinya di dalam bilik mandi. Selipar, tuala, berus gigi, ubat gigi, facial foam, shower foam, shampoo etc. yang kami bawa dari KL walaupun kami hanya akan berada di kampung selama 3 hari sebab masa tidak membenarkan kami untuk tinggal lama kerana Faries di kehendaki pergi shooting ke Penang selama 2 minggu. Tapi luggage dia sahaja satu besar dan satu sedang kerana luggage sedang terdapat barang keperluannya sepanjang dia menetap di kampong selama 3 hari, Evian waternya sahaja dah sedozen, cereal, teh, susu, orange juice etc. Kalau tak ada, masak aku hendak mencarinya. Brand organicnya bukan senang di perolehi di BP kerana di BP tiada Cold Storage dan M&S.
 
 

Aisyah dan Liana mengadap kak longnya yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi buat suaminya, abang Faries. Cukup teratur dan kemas. Dulang di alaskan napkin. Di atas dulang terdapat sebiji gelas. Sebotol kecil air Evian. Dan separuh gelas penuh air organic orange juice. Kak long meletak sekeping piring dan meletak semangkuk sederhana besar organic oats yang sudah di masak mengikut kehendak Faries di atas piring tersebut. Di dua piring berasingan dia meletak hirisan strawberry dan hirisan pisang monte. Semua ini aku pelajari dari Fiza. Terkadang itu bila hari-hari aku rajin. Aku sediakan sendiri sarapan untuk Encik Faries tanpa meminta Fiza menyediakan untuknya. Dan Encik Faries tidak komen atau tidak dapat membezakan siapa yang menghidangkan sarapan untuknya. Maknanya aku pass. Yes!
 
 

“Cukup ke abang Faries makan sarapan macam tu aje?,” tegur Aisyah. Kerana di dulang itu hanya terdapat semangkuk sedang oats sahaja untuk di beri kepada abang iparnya. Kenapa kak long tidak beri nasi goreng yang di masaknya tadi kepada abang Faries. Bukankah nasi goreng kak long terbaik.
 
 

“Ini diet abang Faries…dia suka menjaga makan dan minumnya..sebab tu badan dia fit,” jawabku lalu membuahkan senyuman kepada Aisyah dan Liana. Mereka asyik memerhatikan kak longnya begitu teliti menyediakan keperluan abang iparnya. Kemas sangat. Macam makan di restaurant pula.
 
 

“Issk kalau adik tak ada selera sarapan macam tu aje..mana nak kenyang dah tu semuanya organic ada rasa ke?,” tegur Liana pula. Dia menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Dia lebih rela makan nasi goreng kak long 5 kali ganda dari makan oats healthy abang iparnya.
 
 

“Organic makanan yang sihat dan berkhasiat..tak macam adik makan tak toleh kiri kanan, badan adik tu dah mula naik kalau tak jaga habislah.., tengok macam kak long..pandai menjaga badan slim dan cantik sebab tu abang Faries berkenan kat dia,” jawab Aisyah lalu menjeling kearah Liana. Adiknya kelihatan semakin montel jika dia tidak menjaga makannya.
 
 

Aku hanya mampu menelan air liur bila Aisyah memberi komen sedemikian. Faries bernikah dengan aku bukan kerana dia berkenan atau cintakan aku tapi kerana dia perlukan aku dalam hidupnya. Dan badanku slim kerana aku jarang makan dan selalu puasa sunat isnin khamis kerana aku hendak berjimat.
 
 

Liana hanya menjeling bila angah mengenakannya. Dia tidak peduli badannya semakin montel atau tidak. Dia tidak seperti angahnya yang suka menjaga makan dan mahu sentiasa kelihatan langsing dan cantik. Lagipun dia bukannya gemuk pun berisi sikit je. Angah tu yang over kata dia semakin montel.
 
 

“Tak semestinya hendak kena badan slim melim baru ada orang berkenan..yang penting hati mesti baik betul tak kak long?,” ujar Liana lalu menoleh kearah kak longnya. Kak longnya wanita yang baik hati tidak pernah lupa memberi wang bulanan kepada abah dan mak. Dia juga membantu membayar yuran perperiksaan persekolahan mereka. Jika mereka memerlukan duit untuk projek persekolahan dan sebagainya Kak long selalu memberi, kak long jarang beli barang keperluannya sendiri kerana ingin membantu keluarga.
 
 

“Betul tu..dah jangan gaduh depan rezeki..kak long nak hantar sarapan ni pada Encik Faries,” jawabku mengangkat dulang ingin membawanya ke bilik.
 
 

“Encik Faries??..kak long panggil abang Faries ‘Encik’ lagi..kan ke abang Faries suami kak long,” tegur Aisyah lalu memandang wajah kak long dengan wajah pelik. Kenapa kak longnya masih memanggil suaminya ‘Encik Faries’.
 
 

“Ah ha..tersasul pulak abang Faries,” jawabku cepat-cepat membawa dulang menuju kearah bilik. Fuh nasib baik tak di soal siasat oleh budak berdua tu. Jenuh juga aku hendak menjawab soalan mereka nanti. Aku sudah pesan pada mereka jangan beritahu teman-teman mereka bahawa abang iparnya itu seorang artis terkenal kerana tidak mahu kecoh. Majlis pernikahan kami pun di adakan di masjid dan hanya keluargaku, Encik Aliff, Nek Yah dan beberapa kenalan rapat Encik Aliff dan juga kenalan Encik Faries yang hadir. Tiada siapa yang tahu bahawa aku bernikah dengan celebrity terkenal Faries Syamri.
 
 
 
bersambung....

No comments:

Post a Comment