Tuesday 6 May 2014

From Boss with Luv - Part 3



                         
Aku mengeluh kecil bila melihat timbunan surat-surat merah. Atau lebih di kenali surat Amaran dari pihak bank untuk bil-bil yang tertunggak. Kepalaku pening memikirkan bagaimana hendak melunaskan hutang-hutang tersebut. Hendak harapkan gaji kerja tetapku ia hanya dapat melunaskan bil bulanan dan keperluan harianku. Aku terpaksa mendapatkan kerja sambilan untuk membayar bil-bil tersebut walaupun hanya dapat membayar bunganya sahaja. Allah sahaja yang tahu betapa perit dan getirnya hidup yang aku lalui sekarang. Hanya kerana cinta aku sanggup lakukan apa sahaja.
 

Aku sedar tiada gunanya aku terus mengeluh dan mengharap Rizal akan kembali ke pangkuanku. Kakakku Liza dan teman baikku Raudah sudah berkali-kali memberi amaran agar berhati-hati dengan Rizal kerana mereka tahu akan perangai Rizal yang sebenar. Kerana terlalu cinta dan percayakan Rizal aku tidak pernah ambil endah akan amaran mereka. Sudahnya inilah akibatnnya. Aku terpaksa menanggung hutang-hutang kad credit yang Rizal gunakan untuk kepentingan dirinya sendiri. Rizal langsung tidak ambil peduli atau membantu aku untuk melunaskan hutangnya. Sebaik sahaja aku sedar akan sikap boros Rizal. Aku mengambil keputusan untuk membatalkan kad creditnya. Rizal mula dingin denganku apabila aku berbuat demikian. Malah dia terus menjauhkan diri dan meninggalkan aku tanpa pesan. Ternyata Rizal tidak seperti lelaki yang aku harapkan. Seorang lelaki yang aku boleh jadikan sebagai pasangan hidup. Ternyata Rizal hanya berpura-pura. Sejak kami berpisah banyak perkara yang tidak enak aku dengar mengenai perangai Rizal. Rizal simpanan Datin, Rizal ramai teman wanita, Rizal ini. Rizal itu. Aku sedar aku sudah tertipu. Rizal hanya mahu kesenangan. Mataku hanya dikaburi oleh ketampanan Rizal dan kata-kata manisnya. Ternyata Rizal tidak pernah sayangkan aku selama ini. Hendak dikesalkan sudah terlambat. Semuanya sudah berlaku. Kini aku mendapat balasannya dengan hutang-hutang yang tak mampu aku lunaskan.
 

Aku menyelak akhbar dan mencari ruangan mencari kerja. Aku meneliti satu persatu iklan ruang kosong dari pembantu restoren hinggalah ke pembantu peribadi. Mataku tertangkap pada iklan yang ringkas tapi dapat menarik minatku.

  

Perlukan Pembantu Peribadi Segera.

Gaji lumayan.

Sila hubungi : Aliff Sofian -  013 558 2236

 

Tanganku pantas mendial nombor yang tertera di iklan tersebut.
 

“Hello,”
 

“Selamat pagi, boleh saya bercakap dengan Encik Aliff Sofian,” ujarku sebaik sahaja panggilan di sambut.
 

“Yes Aliff Sofian, speaking,” jawabnya ringkas.
 

“Saya -,”
 

“Awak datang jam 2.00 petang untuk temuduga, jumpa saya di Marriot Hotel, Bilik 202,”
 

“Tapi-,” ujarku tanpa sempat bertanya lebih lanjut talian telefon terputus. Atau sengaja di putuskan.
 

Aku mengetap bibir menahan rasa. Geram di perlakukan begitu. Aku terpaksa menelan semua itu hanya kerana aku perlukan pekerjaan ini kerana ia menjanjikan gaji yang lumayan.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 


2 comments: