Wednesday 5 June 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 23


Sepanjang perjalanan ke bandar dengan papanya. Anisha meluahkan segala yang terbuku dihatinya. Dia menceritakan kepada papanya mengenai Affendy. Dia percaya bahawa Affendy itu adalah abg longnya. Papanya tidak pernah bertemu dengan Affendy abangnya Amirul kerana mereka tidak pernah di perkenalkan. Anisha pula tidak mahu dia ke rumah Puan Hasnah kerana dia tidak mahu Affendy dan Amirul tahu akan kedatangannya.

 

“Betul ke Affendy tu abg long kamu Nisa,” soal Dr Azman kurang yakin kerana setahunya abg long sudah meninggal. Benarkah Affendy dan Amirul bersaudara. Adakah ini hanya kebetulan. Betulkah abang long Anisha masih hidup. Pelbagai persoalan timbul di benak fikirannya. Kalau betul abang long Anisha masih hidup kemana dia menghilang selama 7 bulan.

 

“Naluri hati Anisha mengatakan bahawa Affendy, adalah abg long Nisa, pa,” ujar Anisha cuba menyakinkan papanya.

 

“Kenapa harus Nisa ungkitkan kisah lama, bukankah Nisa sudah dapat menerima Amirul dan akan bernikah dengan Amirul tidak lama lagi, Amirul sayangkan Nisa bukan,” soal Dr. Azman kurang mengerti kenapa tiba-tiba Anisha beria-ia mahunya mengenal pasti pemuda yang dianggap abg longnya.

 

“Nisa tidak akan bahagia sekiranya Nisa masih lagi dibelenggu kenangan lama Pa, sekiranya sangkaan Nisa salah Nisa janji tidak akan menoleh ke belakang lagi,”

 

Dr Azman hanya mengeluh kecil. Tidak sampai hati hendak melukakan hati Anisha. Anisha sudah puas menderita. Kehadiran Amirul sedikit sebanyak memberinya lembaran baru.




Amirul ada mengatakan bahawa dia hendak keluar meluangkan masa bersama abang Fendynya, kerana mereka jarang dapat meluangkan masa bersama. Amirul akan mendirikan rumahtangganya tak lama lagi, jadi dia mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama Affendy kerana tidak tahu bila mereka akan dapat bertemu lagi. Affendy sudah membuat keputusan untuk berhijrah ke Australia selepas majlis perkahwinannya nanti. Anisha tidak membantah lagipun hatinya tidak akan merasa tenteram selagi dia tidak mendapatkan kepastian dari papanya. Hanya papanya sahaja yang dapat membantu meleraikan kekusutan di fikirannya. Kerana papanya pernah melihat abg long. Sudah tentu dia dapat mengecam akan wajah abg long. Anisha berjalan laju menuju kearah café yang Amirul memberitahu kepadanya semasa Anisha bertanya kemana mereka pergi semasa Anisha menelefonnya. Mata Anisha liar mencari kelibat mereka. Matanya terpaku kearah Affendy yang mengenakan polo berwarna blue black sedang berbual dengan Amirul. Mereka tidak perasan akan kehadiran Anisha kerana Anisha tidak masuk ke dalam Café tersebut dia hanya melihat dari luar.

 

“Cuba papa lihat pemuda yang berbaju polo berwarna biru tua tu,” ujar Anisha seraya menunjukkan papanya kea rah pemuda yang dimaksudkan.

 

Dr. Azman memandang kearah wajah pemuda yang ditunjukkan oleh Anisha. Lama dia memerhatikan pemuda itu. Pandangannya tidak salah. Memang itu abg long Nisa. Dia cukup cam wajah anak muda itu.

 

“Itu abg long Nisa kan Pa,” ujar Nisa ingin kepastian dia benar-benar terdesak.

 

“Papa belum pernah lihat pemuda itu sebelum ini,” jawab Dr Azman seraya mengelengkan kepalanya perlahan.

 

“Betul ke Pa, papa pasti itu bukan abg long Nisa,” soal Nisa tidak puas hati. Dia mahu papanya pasti bahawa lelaki itu bukanlah abang longnya.

 

Berat mulut Dr. Azman untuk berbohong dengan Nisa. Namun apakan daya dia tidak mahu Anisha kecewa dan bersedih lagi. Kebahagian Anisha penting.

 

“Papa pasti Nisa,” ujar Dr Azman seraya berlalu dia menarik lengan Anisha untuk menuju kea rah kereta.



To be continued...

Antara Cinta dan Kasih - Part 22


Hati Anisha tidak tenang sejak siang tadi. Walaupun dia bersama Amirul sepanjang hari namun fikiran bercelaru memikirkan siapa Affendy yang sebenarnya. Anisha sedar Amirul memberitahunya bahawa Affendy sudah pulang. Anisha tidak pernah terserempak Affendy di rumah walaupun mereka tinggal serumah. Seolah-olah Affendy sengaja tidak mahu dirinya di perkenalkan kepadanya sehinggalah pagi tadi di mana Affendy tidak dapat lari bila Amirul menegurnya bila Affendy cuba untuk meninggalkan kami sebaik sahaja kami ke tempatnya. Selama ini Anisha tidak pernah memikirkan apa-apa kerana menyangka Affendy suka bersendirian dan tidak mahu di ganggu. Tapi kejadian pagi tadi membuatkan Anisha merasakan bahawa Affendy seperti menyembunyikan sesuatu dari mereka. Mungkinkah Affendy abang longnya. Hati Anisha menjadi tidak menentu bila memikirkannya. Sedar tidak sedar dia berada di luar pintu bilik Affendy. Anisha mengetuk pintu bilik Affendy yang terdedah. Affendy sedang duduk dan tekun menulis sesuatu.

 

“Abg long,” ujar Anisha.

 

Affendy tidak menoleh.

 

“Abg Fendy,” ujar Anisha lagi.

 

Affendy menyahut seraya menoleh kea rah pintu.

 

“Nisa, ada apa yang abg Fendy boleh bantu,” ujar Affendy agak terperanjat dengan kunjungan Anisha. Dia segera bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju kea rah pintu.

 

“Maaf sekiranya Nisa bertanya, suara abg Fendy sama seperti suara orang yang Nisa kenali dahulu, adakah abg Fendy orang yang sama,” soal Nisa berterus terang dan tidak mahu berselindung lagi. Dia sudah nekad. Hatinya tidak tenteram sekiranya dia tidak bertanya sendiri pada Affendy.

 

“Abg Fendy rasa Nisa tersilap orang,” jawab Affendy perlahan seraya memandang wajah ayu Nisa. Dia merasa berdosa kerana terpaksa berbohong kepada Anisha. Dia buat ini semua demi kebahagian Nisa juga. Dia tidak mahu Nisa tahu siapa dia sebenarnya. Biarlah ia menjadi rahsia hatinya. Dia redha dengan ketentuan Allah. Anisha bukan jodohnya.

 

“Nisa tidak pernah tersilap orang bang, mungkin dahulu Nisa buta tidak dapat melihat, tapi Nisa dapat mengenali suara orang yang Nisa sayang,” ujar Nisa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan Affendy. Dia benar-benar yakin bahawa Affendy adalah abang longnya walaupun Affendy mengatakan tidak.

 

Affendy menjadi serba salah walaupun tidak di tunjukkan kepada Anisha kerana khuatir Anisha akan mengesyakinya dan mengetahui siapa dia sebenarnya. Affendy pasrah walaupun hatinya bagai dihiris-hiris seperti sembilu melihat Anisha bersedih.

 

“Maaf sekiranya Nisa bertanya lagi, adakah abang hanya akan mendiamkan dan  menyaksikan kekasih abang berkahwin dengan orang lain atau abang akan pertahankan cinta abang,” soal Anisha matanya mula ditakungi air. Hatinya benar-benar sebak kerana di sudut hati kecilnya mengatakan bahawa Affendy adalah abang longnya walaupun Affendy cuba menafikannya.

 

“Apa ertinya lagi soalan ini Anisha, orang yang mati tak akan hidup kembali,”ujar Affendy sebak. Ingin sahaja Affendy mengesat air mata Anisha dan mengatakan bahawa dia adalah abang longnya dan sememangnya dia cintakan Nisa dan mahu membina hidup bersamanya. Tapi apakan daya dia tidak dapat berbuat demikian.

 

“Saya tak cakap tentang orang yang telah mati, baiklah terima kasih di atas penjelasan abang Fendy,” ujar Anisha air matanya mengalir laju.

 

“Maafkan abang Fendy kerana tidak dapat membantu Anisha,” jawab Affendy perlahan.

 

Anisha mengesat airmatanya perlahan seraya berlalu menuju kea rah biliknya. Dia tahu Affendy cuba menafikannya kebenaran. Anisha percaya bahawa Affendy itu adalah abang long, akan tetapi dia tidak mampu untuk membuktikan kesahihannya kerana dia tidak tahu dan mengenali wajah abang long. Anisha memerlukan seseorang yang pernah melihat abg long untuk mengesahkan bahawa Affendy itu adalah kekasih hatinya.

 

“Eh Nisa nak kemana puas Rul cari,”ujar Amirul bila dilihatnya Anisha tergesa-gesa ingin menuju ke anak tangga.

 

Anisha segera menyeka air matanya. Tidak mahu Amirul mengesyaki dia menangis.

 

“Kenapa Nisa sedih, Nisa tak bahagia ke,” soal Amirul bila dilihatnya Anisha seperti sedang menangis walaupun Anisha cuba menyembunyikan wajahnya dengan memandang ke arah lain tanpa memandang ke arahnya.

 

“Nisa bahagia Rul,” jawab Nisa cuba menyembunyikan perasaannya. Dia tidak mahu Amirul tahu dia sedang bersedih.

 

“Jangan hendak berbohong dengan Rul, gadis yang pernah memarahi Amirul terang-terangan dahulu, kini tidak berani menatap wajah Rul, apa yang Nisa cuba sembunyikan dari Rul,” ujar Amirul dia menyentuh dagu Anisha agar wanita itu memandang kepadanya.

 

“Tak ada apa-apa,” jawab Nisa berdalih.

 

“Nisa do you know that I love you so much, dan Rul tidak akan membiarkan Anisha bersedih hati,”ujar Amirul seraya tersenyum.

 

Affendy yang berada di biliknya dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas. Sebak hati Affendy bila mendengar akan pengakuan Amirul mencintai Anisha kerana dia terlebih dahulu mencintai Anisha. Tapi apakan dayanya dia tidak bisa melawan takdir Anisha bukan jodohnya.

 

 
To be continued...

Monday 3 June 2013

Fish & Co.

 
Fish & Co
 
Jalan-jalan cari makan kali ini aku dan puteraku makan di restaurant Fish & Co. Yippeee. Mummy and son bonding time. Diantara Fish & Co dan Mahattan Fish Market aku lebih suka makan di Fish & Co. Kerana pada ku Fish & Co more tastier dari MFM. Mungkin ada orang tak berapa setuju dengan my idea. Lain orang lain selera.
 
Hari sabtu tu aku mood hendak ke Giant dah memang plan nak singgah makan kat Fish & Co. So tengahari sabtu surpringly tak begitu pack mungkin ramai lebih gemar makan pada waktu malam. Hehe.
 
 
 
 
 
 

Single Platter meal
Belek-belek menu ikutkan semua nak macam tengok gambar macam menyelerakan gitu. Belek punya belek akhirnya aku pilih single platter meal. Ahakz benda sama yang aku selalu order bila makan kat Fish & Co. Haha. Bukan tak nak pilih yg lain, habis tadi dah kata semua nak makan. Dan pulak tu platter ada semua. Apa lagi kan. *Wink. Jadi single platter tu ada nasi signature Fish & Co ada udang, fish fillet dan sotong, hanya kupang tak ada sebab kalau untuk makan dua orang baru ada kupang. Tak pe lah. So sotong calamari boleh dipilih samada hendak yang grill atau goreng tepung. Disebabkan kupang tak ada aku pilih calamari goreng tepung. Hmm yum..yum..
 
Dory fish fillet yang di goreng tepung itu kulitnya rangup manakala isi ikan putih itu lembut dan lemak. Diperah dengan lemon lagilah sedap rasanya terasa masam-masam di cecah dengan sambal sos tadi pergh nikmat, dilawan dengan udang yang di grill dengan calamari goreng yang ranggup dan kenyal-kenyal tu. Kenyal-kenyal tak bermakna macam rasa makan getah. Kalau sotong begitu kunyah berapa kali pun tak luak yang boleh tertanggal gigi. Sotong calamari Fish & Co tidak kenyal dan fresh. Dan akibat terlalu kenyang tak dapat lah oden hendak makan dessert Fish & Co yang sangat-sangat aku suka iaitu Coklat caramel pecan cake. Killer dessert. Jadinya aku tapau lah kek killer tu untuk makan dessert nanti di rumah. Gambar lupa nak ambik hehe. Sebab dah selamat kat dalam perut baru teringat belum ambik picnya. Lain kali sajalah eh.
 
Aku pesan mayonaise, cili sos, tomato sos untuk puteraku dan extra sambal sos (yang ni nak kena bayar sedolar) haizz oleh kerana sedap aku mintak sambal sos jugaklah.
 
 
 
Fish & Chips
Puteraku pulak nak fish and chips oklah. Dia belum adventures macam mummy dia. Tapi akan ku train nanti. Sekarang ni putera dan puteri sudah lawan taukey dah pandai makan apa yang aku suka makan. Hehe. Hanya daddy dia aje sedikit jakun dan tak adventures seperti aku.
 
Fish & Chips puteraku yang kelihatan simple itu aku yakin rasanya sama macam platter meal aku kerana kedua-duanya dory fish fillet. Yang beza hanya puteraku fishnya datang bersama fries yelah kalau dah namanya fish and chips tak kan datang dengan nasi lak kan. Tengok dari cara putera ku makan macam berselera maknanya sedaplah tu. hehe. Bila di tanya sedap ke tak dia cuma mengangguk kan kepala. Nak minta komen lebih bukannya dia tahu.
 
Burrpp..Alhamdullilah dah kenyang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Breek's Cafe

Jalan-jalan cari makan kali ini aku ke Breek's. Dah lama tak makan kat Breek's Cafe. Satu hari tu aku ajak Mr. hubby pergi ke Breek's Cafe kerana terasa hendak makan chicken patty kegemaran aku. Dengar macam tak semangat chicken patty aje. Chicken patty dari Breek's sedap kerana pattynya agak tebal, isi ayam yang telah di cincang tu di adun mungkin sedikit tepung bersama bayam, lada bengala merah hijau yang telah di potong nipis dan perasa. Sedap. Chicken patty di atasnya di cairkan cheese datang bersama mashed potato dan sos bersama salad.
 
 
Chicken Patty


Mr Hubby memilih beef lasagna yang tidak kurang sedapnya juga. Tak cukup dengar itu kami memilih 2 lagi makanan sampingan, iaitu buffalo wings dengan baked potato something. haha tak ingat lah pulak apa namanya. Dan tak sempat nak tangkap gambar dah kena ngap..
 
 
Beef Lasagna
 
Oh ye. Breek's cukup terkenal dengan brownie mereka. Pernah aku membeli sekotak brownie dari breeks kerana brownie  Breek's very chewy dan chocolatenya rich. Terliur lah pulak bila mengingatkan rasa brownie Breeks. Hehe. Beli sekotak boleh di makan dengan vanila ice cream atau makan begitu sahaja pun sudah sedap.
 
Secara keseluruhannya aku suka akan chicken patty dari Breek's walaupun dishnya agak simple tapi bagi aku ia mengenyangkan dan yang penting rasanya lazat. Beef Lasagna Mr. hubby muai dan tidak kering tengok aje sos pasta dalam gambar tersebut dan sos just nice tak masam.
 
Bon Appetite!