Saturday 22 February 2014

Pandora

 
Pandora meh aku ceritakan sedikit mengenai makna di sebalik nama Pandora tu. Menurut mitologi greek. Pandora adalah nama kepada seorang manusia yang di beri tugas untuk menjaga kotak yang di beri oleh Zeus dan Pandora tidak di benarkan untuk membuka kotak tersebut dia ditugaskan untuk menjaganya sahaja. Dan kerana Pandora ingin tahu apa yang terkandung di dalam kotak tersebut maka kotak itu dibuka dan dia telah melepaskan kesemua kejahatan selain daripada malapetaka dan penyakit, yang terdapat di dalam kotak itu dan hanya meninggalkan kebaikan iaitu Harapan di dalam kotak tersebut sebaik sahaja dia telah menutupnya.
 
  
 
Jadi bila teman sekerjaku membeli bracelet Pandora aku bertanya padanya samada dia tahu akan makna di sebalik Pandora. Ternyata dia clueless. Jarang sekali bila kita membeli sesuatu kita ingin tahu akan origin, makna atau sejarah disebalik produk atau barang tersebut betul tak? Nampak cantik dan berkenan di hati ikut bujet beli. Tapi bila temanku bertanya apa yang aku faham dan tahu mengenai Pandora aku ceritakan kepada dia tentang di atas. Terdapat beberapa versi mengenai Pandora. Ada yang mengatakan Pandora adalah nama kotak yang berisi perkara-perkara yang jahat mengikut classical greek mitologi. Jadi aku sedikit musykil kenapa barang-barang cantik seperti charms di beri nama Pandora. Mungkin itu daya tarikannya.
 
So last Thursday sudah terlanjur berada di Raffles Link aku dan Liza singgah ke butik Pandora. Pada awalnya hanya hendak tengok-tengok apa yang big deal sangat tentang Pandora ini. Di dalam kaca display yang terdapat di dalam butik Pandora itu kami jenguk-jenguk charms dan juga bracelet. Okay baru aku mengerti mengapa wanita begitu teruja bila terpandang akan keunikan dan kecantikan charms yang terdapat di butik Pandora.
 
 
 
 
 
Setiap charms yang terdapat di bracelet menceritakan tentang si pemakai. Teman sekerjaku menunjukkan aku akan charms yang terdapat di Pandora braceletnya menyuruh aku meneka akan maksud di sebalik charms yang di beli atau di perolehi. Aku dapat menekannya hampir tepat. Di braceletnya terdapat charms berbentuk bunga, dress, kad valentine, bentuk hati dan murano beads berwarna pink. Aku mengatakan bahawa bunga itu menyatakan bahawa dia sukakan bunga begitu juga dress dan kad valentine dan bentuk hati adalah pemberian dari suami sempena hari kasih sayang dan charm berbentuk hati tanda cinta suaminya pada isterinya dan murano beads menyatakan bahawa warna kegemarannya adalah warna pink.
 
 
 
 
 
 Jadi bila aku berada di Pandora hati mula berkenan pada charms unik yang terdapat di sana. Harga silver bracelet Pandora sahaja S$124.00. Dan harga setiap charms dan accessory seperti clip dan decorative chain diantara S$50 hingga $300 ke atas. Jadi jika hendak memenuhkan gelang itu harus bebelanja lebih kurang dalam seribu. Wow..aku dan Liza mengatakan kami terpaksa membeli satu charm setiap bulan untuk melengkapkan koleksi pada bracelet kami kerana hendak beli sekaligus tak mampu. Hehe. Buat masa ni hanya boleh cuci-cuci mata tengok kecantikan dan keunikan Pandora charms bracelet. Bagi yang tidak begitu meminati memakai gelang emas tapi mahu kelihatan elegent dan mahu memakai accessory boleh mendapatkan Pandora. Pasti anda teruja melihatnya lebih-lebih lagi kepada peminat charms bracelet.
 
Alhamdullilah akhirnya dapat juga gelang Pandora yang aku idam-idamkan selama ini. Pilihan warna yang aku pilih light blue..ikut bulan lahir aku. Dan aku rasa koleksi charms yang aku ada sudah mencukupi tak perlu di tambah lagi. Ni pun makan belanja hampir 3k. Kalau Mr. Sam tahu pasti dia pekik kat aku. Hehe. Kalau nak tambah jugak aku hanya perlu beli murano glass beads warna lain jika aku gatal hendak padankan dengan baju yang aku pakailah. Hehe.

 








 
 
 

3 comments:

  1. Assalamualaikum, kepada yang berminat dengan PANDORA, bolehlah ke blog PAILLETE CLOSET.
    http://pailletecloset.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..insha allah akan singgah blog anda..

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete