Monday 24 February 2014

Qada dan Qadar - Part 3


                              Aku memaksakan diri untuk keluar rumah hari ini. Hampir seminggu aku berkurung di rumah kerana masih lagi dalam keadaan bersedih di atas kehilangan mama. Di rumah aku hanya terperap di dalam bilik sendirian. Papa dan mama tiriku tidak pernah tahu samada aku berada di rumah atau tidak kerana mereka tidak peduli samada aku pulang atau tidak.  Rumah ku buat seperti hotel. Mama Ana memang tidak pernah sukakan aku, kerana aku selalu melawan cakapnya dan sentiasa mengadu dengan papa sekiranya dia cuba bersikap aneh denganku. Papa sungguhpun jarang berada di rumah tapi bila aku mengadu akan perihal mama Ana. Dia tidak bagi muka kerana aku seorang sahaja anaknya. Papa tidak pernah lupa memasukkan wang elaun bulanan kedalam akuanku dan sekiranya aku mahu lebih dari biasa dia tidak banyak soal menambahkan lagi jumlahnya. Itulah satu-satunya kasih sayang yang aku terima dari papa sejak papa menjagaku. Hanya mama yang memberiku kasih sayang, tanpa mama hidupku terasa kosong. Aku keluar ke club malam ini bersama teman-teman karibku. Aku cuba mengembalikan keceriaan dalam hidupku. Mama tidak akan kembali lagi. Aku melirik kearah Sue yang sedang mabuk dan khayal dengan pil ecstasy. Aku tiba-tiba merasa meluat melihat perangai orang di sekelilingku. Masing-masing sudah lalok dan khayal dengan pil ecstasy. Aku tidak menyentuh dadah tersebut apatah lagi mengambilnya malam ini. Malam ini aku tidak begitu teruja untuk keluar berhibur seperti selalu. Namun diatas desakan teman-temanku. Aku paksakan diri untuk pergi. Selalunya akulah orang yang pertama akan memakan pil tersebut sebaik sahaja berada di dalam club demi untuk mendapatkan kepuasan. Tapi hari aku hanya melihat sahaja pil-pil tersebut berteraburan di atas meja. Azman menyerahkan kepada ku sebiji pil bila dilihatnya aku masih lagi tidak menyentuh pil. Aku mengelengkan kepala tanda tidak mahu. Aku tidak punya mood. Aku mula merasa bosan teramat sangat, hidup ini tiada makna tanpa mama. Aku seperti orang kehilangan arah tujuan. Perkara yang selalu membuatkan aku happy tidak lagi mengembirakan aku. Aku tidak lagi ghairah untuk berseronok hari ini. Sejak dua tiga hari lepas, moodku tidak begitu baik. Ada sahaja yang tidak kena di mataku. Malah teman-teman ku sering menjadi mangsa kemarahanku walaupun kesalahan mereka tidak seberapa. Aku merasakan ada yang tidak kena pada diriku. Puas sudah aku mencari jawapannya namun sehingga kini masih lagi belum terjawab dan ku temui. Aku tidak tahu apa yang aku cari. Shima, Sue dan Tiara macam biasa, mereka sukakan keseronokan tiada sedikitpun mereka merasa bosan seperti diriku. Aku dan mereka kenalan rapat sudah lama, kami masing-masing anak orang berada. Selalu clubbing bersama dan berkongsi suka duka bersama. Kami sudah diibaratkan sebagai isi dengan kuku. Kami bebas untuk melakukan apa sahaja kerana tiada siapa yang menyekat kebebasan kami, malah ibu bapa kami tidak pernah melarang atau menegur akan perangai kami yang liar kerana mereka sporting dan lagi masing-masing sibuk bekerja dan juga mengejar kekayaan. Pada kami. Itu yang kami mahukan dari ibu bapa kami hidup bebas tanpa batasan.



                              “Dani, nak lepak rumah aku,” teguran Azman membuatkan aku tersentak dari mengelamun panjang. Aku menolak muka Azman jauh dari wajahku kerana tidak tahan akan bau arak yang keluar dari mulutnya. Sesak nafasku bila terhidu baunya. Selalunya aku tidak kisah malah aku ikut sama minum minuman itu bila setiap kali kami keluar clubbing. Itu sudah menjadi minuman kebiasaan kami.



                              “I’m going home today,” jawabku ringkas.



                              “Balik rumah, apa yang ada kat rumah?,” jawab Azman seraya mentertawakan Dania.



                              “I miss my room,” jawabku memberi alasan kerana aku tahu tiada gunanya bertekak dengan orang yang sudah mabuk. Aku melirik kearah jam di pergelangan tanganku. Jarum jam menunjukkan pukul 11.20 malam. Aku sudah mula tidak betah berada lama di tempat ini walaupun kami baru sahaja berada di sini setengah jam yang lalu. Aku menoleh ke arah Shima dan Tiara mereka sedang terkinja-kinja di dewan tari bersama teman-teman Azman manakala Sue kini terbaring di atas sofa di kerjakan Azman. Tangan rakus Azman merayap di seluruh tubuh Sue. Aku tiba-tiba merasa jijik melihat keadaan mereka. Begitukah keadaan aku seperti Sue tidak sedarkan diri ketika mabuk. Adakah aku juga di kerjakan Azman dan teman-temannya sepertimana Azman melakukannya keatas diri Sue. Aku segera mencapai tas tanganku seraya bangun dari sofa meninggalkan Azman dan Sue yang masih lagi bercumbuan. Tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu aku meredah ruang tarian yang sarat dengan pengunjung-pengunjung yang sedang berseronok. Tanpa menoleh ke belakang lagi aku cuba meloloskan diri untuk segera keluar dari tempat puaka ini.



                              “Watch where you are going...,” marah seorang lelaki bila aku tidak tersengaja terlanggar dirinya yang kebetulan sedang memegang minuman. Minuman yang dipegangnya tertumpah di bajunya. Dalam samar-samar aku cuba melihat wajahnya. Mungkin aku kenal akan dia. Yelah kami pengunjung tetap di club ini. Jadi aku kenal beberapa orang yang selalu kemari.



                              Sah memang aku kenal akan lelaki yang ku langgar itu. Ariel Ahmad. Aku memang sudah lama meminati lelaki itu. He’s charming and good looking for a malay guy. Dan sehingga kini aku masih lagi belum berpeluang untuk mendapatkan perhatian darinya. Ikutkan dengan paras rupaku yang cantik dan memiliki body yang mengiurkan aku mudah mendapat perhatian mana-mana lelaki. But Ariel. He’s not an easy person to deal with. He’s the only guy is hard to please. Aku percaya Ariel perasan akan kami berempat kerana kami adalah pengunjung tetap club tersebut termasuklah dirinya. Bezanya kami berempat selalu ditemani Azman dan teman-temannya manakala Ariel selalu bertukar-tukar pasangan bila kemari. Malah Tiara pernah dibawa pulang Ariel sekali. Temanku itu menyangka dia sudah berjaya menakluki hati Ariel kerana Ariel membawanya pulang. Tapi jangkaannya itu salah bila Ariel tidak pernah menghubungi Tiara selepas mereka bermalam bersama. Ariel tidak pernah melayan bila Tiara cuba mengodanya lagi. Menurut kenalan Ariel. Ariel tidak akan meniduri wanita yang sama lebih dari sekali. Once only. And he’s quite choosy. Tak semua perempuan cantik dan mengoda itu akan menjadi pilihannya. Dan tak semua wanita yang di bawanya pulang akan dibawa tidur bersama dengannya, pelik memang pelik lelaki itu. Apa tujuannya membawa wanita-wanita itu pulang, hanya hendak dijadikan teman berbual? Hampir kesemua wanita yang pernah bermalam dengannya menyatakan Ariel hebat di ranjang walaupun pada hakikatnya Ariel tidak pernah menyentuh mereka. Mereka mengaku begitu hanya untuk menutup malu kerana tidak dilayan Ariel. Dan aku percaya Tiara terjatuh dalam kategori perempuan yang dibawa pulang oleh Ariel tapi dia tidak melakukan apa-apa ke atas dirinya. Cemburu. Bukan kerana aku cemburu, aku mengesyaki Tiara tergolong dalam kategori tersebut kerana bila setiap kali aku bertanyakan tentang pengalamannya dengan Ariel, Tiara akan menceritakan kepadaku berlainan-lainan versinya tak consistent. Aku tidak tahu mana yang betul sekejap dia kata Ariel membawanya pulang ke Condonya, sekejap dia mengatakan Ariel menyewa Hotel Hyatt untuk bermalam dengannya, sekejap dia kata Ariel hanya menghantarnya pulang. Aku menjadi bingung sendiri. Dan lagi Tiara seakan cuba mengelak bila aku bertanya lebih lanjut mengenai Ariel. Tiara tahu aku meminati Ariel. Sebagai kawan Tiara seharusnya berkongsi cerita mengenai lelaki yang ku minati tapi Tiara seperti tidak berminat untuk berbuat demikian. Mungkinkah Tiara benar-benar sukakan Ariel maka dia tidak bersedia untuk berkongsi maklumat mengenai dirinya dengan aku? But that’s not Tiara that I’ve known. Her favorite phrase “Too many guys too little time”. Yup we are like the characters from the Sex & the City. Tiara more like Samatha, Sue – Charlotte, Shima – Miranda dan karektorku seperti Carrie. Jadi bila Tiara a bit reluctant to share information about this Ariel guy. I’m quite surprised. She doesn’t like commitment and don’t like to stick to one guy. That’s her principle. Itu yang membuatkan aku mahu mengenali lelaki misteri itu. What’s so special about him? Aku pernah melihat jejaka kacak itu mabuk dan bercumbuan dengan berlainan wanita setiap kali kami lihat dia kemari. He’s kasanova. So, nothing new?



                              “I’m so sorry, I didn’t see you,” jawabku lalu memandang ke arahnya berharap dia mengenali diriku.



                              Ariel tidak menjawab dia meletak dua gelas minuman yang tertumpah itu di atas meja kecil. Tangannya mengibas shirt hitamnya yang terkena tumpahan air. Tanpa memperdulikan aku yang masih tercegat memandang ke arahnya dia berjalan menuju kearah bar. Aku mendengus geram bila Ariel berkelakuan demikian. Snob. Arrogant piece of s@#% cemuh ku dalam hati. Jerk. Berbakul-bakul aku memakinya. Who he think he is? Belum pernah lelaki tidak pandang aku lebih dari sekali. Mereka kagum akan kecantikan rupa parasku. Malah semua lelaki yang ku kenali bersedia untuk menjadi my slave. Sekali petik ramai lelaki seperti dirinya yang beratur untuk menjadi temanku. But Ariel? Hanya lelaki itu yang tidak seperti lelaki-lelaki lain. Hatiku panas bila memikirkan kesombongan Ariel. Aku menolak pintu menuju ke luar dan berjalan menuju kearah restaurant 24 jam yang berdekatan. Pulang rumah. Aku tidak berniat untuk pulang terus ke rumah. Tanpa menghiraukan jelingan tajam dari pelanggan lelaki dan siulan mat-mat motor aku menarik kerusi lalu duduk sambil melemparkan pandangan kearah jalan raya yang masih lagi sibuk dan penuh dengan kenderaan. Setelah memesan minuman aku kembali memandang kearah kesibukan jalan raya. Seriously, aku tidak pernah merasa bosan seperti hari ini. Night still young. Kalau aku masih lagi berada di dalam club kami hanya meninggalkan club bila club tersebut tutup. Malam kami seperti siang dan di waktu siang kami menghabiskan masa untuk tidur. That’s our life. Shopping and clubbing. Aku mengalihkan pandangan kearah bangunan bersebelahan dengan restaurant bila terdengar suara kekecohan sekumpulan anak-anak muda yang hampir sebaya denganku pulang dari kelas malam. Mereka menghadiri kelas malam untuk mendapatkan diploma. Ada diantara mereka menuju ke restaurant untuk makan supper dan ada yang terus ke bus stop supaya tidak tertinggal bas terakhir untuk pulang ke rumah.



                              “Miera tak nak join kami,” pelawa Azlin.



                              “Tak apalah Lin, lain kali aje lagipun kelas malam ni habis lambat takut tak sempat nak dapatkan bas nanti,”



                              “Oklah kalau macam tu, kita jumpa lagi minggu depan ok, assalamualaikum,” ujar Azlin lalu bersalaman dengan Amiera.



                              “Waalaikumsalam, Insyallah, jangan balik lambat tau,” pesan Miera sebelum mengatur langkah menuju ke arah bus stop di hadapan.



                              Azlin tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan.



                              Aku mengalihkan pandangan kearah gadis yang bernama Miera. Gadis cantik bertudung biru berblaus putih itu ku pandang dengan penuh minat. Macam pernah ku lihat wajahnya sebelum ini. Tapi di mana? Aku berusaha untuk mengingatkan di mana aku bertemu dengannya. Oh ya? Miera jiran arwah mama di kampong. Dia belajar disini. Bisikku lalu melirik kearah bangunan di sebelah restaurant tersebut. Aku meletak note 5 ringgit di atas meja lalu mencapai tas tanganku. Aku mengeluarkan kunci kereta tergesa-gesa. Aku masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin. Stering keretaku ku tolak ke kanan untuk membelokkan kereta kearah perhentian bus dimana Miera masih lagi berada disana sedang menunggu bas. Aku menekan hon untuk mendapatkan perhatiannya. Miera menoleh kearah kereta Honda hitam yang berhenti tidak jauh darinya sekilas bila hon di bunyikan. Miera segera mengalihkan pandangannya kearah bas yang menuju kearah bas stop mengharap bahawa itu bas yang di tunggu. Bila menyedari bukan basnya Miera kembali duduk ke tempat asalnya lalu membaca buku yang dipegangnya tadi.



                              Aku mengeluh kecil bila usahaku untuk mendapatkan perhatian Miera tidak berhasil. Aku mematikan enjiin lalu keluar dari kereta. Dress putih pendek yang ku pakai ku tarik ke bawah perlahan. Aku melabuhkan punggung duduk bersebelahan dengan Miera yang kelihatan leka membaca buku.



                              “Hello you Miera kan?,” ujarku menegur gadis itu setelah yakin gadis itu adalah jiran arwah mama.



                              Miera menoleh ke kanan bila ditegur seseorang. Dia membuahkan senyum sebaik terpandang akan wajah cantik wanita muda yang menegurnya tadi lalu menganggukkan kepalanya perlahan kerana mengecam akan wajah wanita muda itu.



                              “Dania, apa khabar?,” soalnya ramah lalu tersenyum. Dia menutup buku yang di bacanya lalu memandang tepat ke wajah wanita muda yang menegurnya. Dia tidak menyangka akan dapat bertemu dengan Dania lagi. Dania tidak lagi pulang ke kampung sejak arwah jirannya tiada. Rumah peninggalan mamanya dibiarkan kosong.



                              “Still trying to except the fact that my mum is gone,” jawabku tanpa berselindung cuba menyembunyikan perasaan sedihku.



“Sabarlah Dania, setiap yang hidup pasti akan mati, banyak-banyaklah sedekahkan al-fateha kepada roh mama Dania, agar rohnya di tempatkan di samping orang-orang yang beriman, in shah allah,” pujuk Meira.



Aku terkedu bila Miera berkata demikian. Bagaimana hendak ku sedekahkah al-fateha sekiranya aku sendiri sudah tidak tahu membacanya. Aku mahu mama masuk syurga. Aku mahu mama di tempatkan di tempat yang istimewa. Tapi aku tidak tahu bagaimana caranya. Aku benar-benar perlukan bantuan. Tapi kepada siapa hendak ku minta bantuan. Aku tidak punya kenalan yang dapat membimbingku. Aku menoleh kearah Miera. Ya, Miera. Mungkin Meira dapat membantuku.

 
“You boleh tolong I,” ujarku memandang kearah Miera.



“Bantu, in sha allah apa yang Dania hendak saya bantu,” soal Miera.



“I need someone to guide me,”



“Guide?,”



“Someone to guide me to become a good muslim,” jawabku seraya menoleh kearah Miera.



“Really, syukur al ham du llilah, in shah allah saya akan membantu Dania setakat mana yang mampu,” jawab Miera seraya tersenyum gembira. Dia benar-benar bersyukur ke hadrat illahi membuka pintu hati Dania untuk bertaubat. Kalaulah cik Aishah masih hidup pasti dia gembira doanya diperkenankan allah.  



“Terima kasih,” jawabku sebak tatkala terbayangkan wajah mama menguntum senyum bila aku berkata demikian. Oh mama, semoga kau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  



                              “Er Miera nak balik ke, biar I hantarkan dah lewat ni,” ujarku melirik ke arah jam di pergelangan tanganku.



                              Miera mengerutkan dahinya lalu menjeling kearah jam di pergelangan tangannya.



                              “Tak menyusahkan ke?,” soal Miera.



                              “Menyusahkan, mana ada, Miera dah banyak bantu arwah mama Dania, mama selalu kata Miera selalu menemaninya bila balik ke kampong, terima kasih Miera,” ujarku kerana kelmarin aku tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada Miera. Selepas pengembumian mama aku terus pulang ke Kuala Lumpur. Aku meminta Miera membantuku untuk membuat kenduri tahlil untuk arwah mama dan memberi wang secukupnya untuk majlis tersebut.



                              “Baiklah, alhamdulilah terima kasih,” jawab Miera lalu mencapai bagnya. Kami berdua bangkit dari bangku bas stop. Seperti tadi juga aku cuba menarik dress ketatku agar tidak ternaik ke atas. 




bersambung...

No comments:

Post a Comment