Wednesday 5 February 2014

Watsapp Luv! - Part 13


Aku menyedut fresh oren lalu melemparkan pandangan kearah luar. Pinggan berisi nasi campur hanya terluak sedikit. Hatiku tidak merasa senang. Walaupun Shafiq dan mama tidak perasan cincin di jariku itu adalah cincin tiruan namun aku masih lagi tidak senang hati selagi tidak berjumpa dengan cincin yang asli. Aku tidak mahu terus menerus menipu mama dan Shafiq. Mana perginya cincin zamrud aku. Orang curi? Ah tidak mungkin kerana aku hanya menanggalkan cincin tersebut bila berada di rumah. Kenapalah aku cuai sangat. Bagaimana aku tidak dapat berjumpa langsung akan cincin itu. Aku harus memberitahu mama dan Shafiq. Bagaimana reaksi mereka bila mengetahui cincin moyang Shafiq telah hilang. Adakah mereka dapat menerima alasan aku. Pening bila memikirkannya.

Aku mencapai handphone bila ianya berbunyi.

Hi there? How? Do you manage to find the ring?

               Aku tersenyum sebaik sahaja membaca message tersebut. Siapa lagi yang tahu aku kehilangan cincin kalau tidak Mikhail.

               Belum lagi. L 

               Mikhail menaip sesuatu.

               Oh dear! I’m sure you will be able to find it, if you can trace back when the last time you have seen the ring.

               Aku tidak menyangka Mikhail turut risau akan kehilangan cincin aku. Kalau dia tidak risau dia tidak akan bertanya. Aww you so sweet lah Mikhail. How I wish my fiancĂ©e also sweet like you. But he is not. Dia lebih sweet dengan orang lain. Dengan aku dia sour plum. Aku tidak mahu memikirkan soal Shafiq kerana aku tidak punya ruang untuk memikirkan tentang Shafiq. Aku risaukan cincin yang hilang.

               Sure, will do. BTW thanks for your concern. J

No worries! Take care. J

Aku tersenyum lagi bila membaca pesanan watsapp Mikhail. Mikhail sudah pandai meletak emoticon di whatsappnya.

“Hi dear, message siapa tu?,” tegur Shafiq bila dilihat tunangnya itu tersenyum memandang kearah handphonenya.

Aku tersentak bila Shafiq tiba-tiba menegur. Cepat-cepat aku delete message dari Mikhail. Lalu menyimpan handphone ke dalam bag. Shafiq duduk berhadapan dengan ku.

“Mia,” bohongku. Mana mungkin aku cakap Mikhail yang message aku. Nak mati. One thing about perangai lelaki yang aku tahu. Mereka boleh buat tapi wanita tidak boleh, walaupun berkawan biasa sahaja. pfft. Biased.

“Mia??, you dah bestfriend balik dengan Mia ke?” soal Shafiq lagi sambil membelek-belek menu di hadapannya.

“BFF, forever and ever,” jawabku acuh tak acuh seraya menyedut fresh orenku. Betul ke aku BFF dengan Mia? Semakin hari semakin aku tidak senang dengan Mia bila dia sengaja menganggu Shafiq dengan alasan dia sepupu Shafiq. Orang lain pun ada sepupu juga. Tak adalah lorat macam mereka berdua ni. Kalau bersama macam pasangan kekasih. Tak agak-agak. Tahulah mereka rapat sejak kecil dah namanya sepupu kan.

“Apa yang sedap kat sini?,” soal Shafiq lalu menyentuh tangan Farah. Dia tahu Farah tidak suka bila nama Mia disebut-sebut selalu.

“Semua sedap,” jawabku malas hendak menyarankan makanan mana yang sedap terdapat di restaurant tempat kami makan.

“Hmm betul semuanya sedap ok,” ujar Shafiq dia menoleh kearah kaunter lalu melambaikan tangannya kearah salah seorang pelayan untuk membuat pesanan.

“Ya abang nak order apa?

“Saya nak nasi ayam penyet..mee goreng basah..sup kambing..fish & chips..air belimbing dan pulut hitam,” ujar Shafiq lalu tersenyum.

Aku mengerutkan dahi bila Shafiq membuat pesanan demikian. Dia gila ke nak order semua yang terdapat di menu tersebut.

“Untuk berapa orang bang?,” soal pelayan itu ingin tahu.

“Untuk saya seorang, kakak ni cakap semua sedap kat sini,” jawab Shafiq dengan wajah tak bersalah. Dia menyerahkan kembali menu tersebut kepada pelayan itu.

“Dik cancel semua yang abang tak berapa betul ni order, yang dia nak hanya air belimbing dengan nasi ayam penyet itu aje, terima kasih,” ujarku sebelum pelayan itu berlalu membuat pesanan di dapur. Shafiq hanya tersenyum bila aku berbuat demikian.

“Kenapa ni macam tak de mood aje jumpa I,” pujuk Shafiq bila dilihatnya Farah kelihatan tensed sejak dia datang tadi. Selalunya Farah gembira bila bertemu dengannya kerana sejak kebelakangan ini mereka jarang bertemu. Dia sibuk dengan tugas manakala Farah pula jarang mahu keluar pada hujung minggu.

“I tak berapa sihat tu aje,” jawabku lalu menyedut baki fresh oren ku sehingga habis.

“Hendak I hantar you ke klinik,” ujar Shafiq seraya menyentuh tangan Farah lagi.

“It’s ok, tak serius mana pun, selsema biasa,” jawabku perlahan. Entah kenapa tetiba sahaja aku minta cuti setengah hari dan tujuan aku hendak berehat di rumah tidak tahu kenapa pula aku boleh menyuruh Shafiq bertemu dengan aku hari ini. Shafiq pula tidak banyak tanya bila aku minta dia berjumpa. Selalunya banyak sahaja alasan yang di berikan kepadaku bila aku mahu makan tengahari bersama dengannya.

“You tak sibuk hari ni?,”

“Untuk you sayang I akan tinggalkan semuanya and come run to you,” jawab Shafiq lalu tersengih.

Hendak tergolek aku bila Shafiq berkata demikian. Aku sakit ke Shafiq yang sakit? Belum pernah dia tutur ayat sedemikian padaku.

Nasi ayam penyet Shafiq dan air belimbing terhidang di meja.

“Serius ok,” ujarku sebaik sahaja pelayan yang menghantar makanan Shafiq pergi.

“I pun tak ada mood kerja lepas balik out-station dari Jakarta itu hari, so bila you call I terus jumpa you,” jawab Shafiq tersenyum lagi. Dia mencapai sudu dan garfu yang tersedia. Dia menyudu sedikit nasi lalu di suakan ke mulut Farah.

“No thanks,” jawabku perlahan. Aku hanya memerhatikan Shafiq mengadap makanannya dengan begitu selera sekali. Memang tidak di nafikan nasi ayam penyet di restoren ini terkenal dengan kelazatannya. Tapi hari ini seleraku benar-benar hilang.

Aku tidak tahu kenapa pertemuan aku dengan Shafiq hari ini, aku tidak begitu teruja. Kenapa? Apakah perasaan aku terhadap Shafiq sudah mula pudar. Mustahil kerana aku sayangkan Shafiq. Ah mungkin aku terlalu fikiran disebabkan kehilangan cincin tunang. Mana perginya cincin itu? Aku tidak akan merasa tenang selagi cincin itu tidak ketemu. Adakah ini petanda tidak baik. Kerana aku seorang yang berhati-hati. Mana mungkin cincin sepenting itu boleh ku hilangkan.

“Kenapa dear? Apa yang you fikirkan, menung jauh dari tadi,” teguran Shafiq membuatkan aku tersentak selagi lagi. Aku mengeleng kepala perlahan.

“Lepas makan ni you hantarkan I balik ok dear, I nak rehat di rumah,” ujarku perlahan. Tidak sabar rasanya aku hendak pulang berehat di rumah. Otakku berserabut memikirkan tentang cincin yang hilang.

“Ok I temankan you kat rumah,” jawab Shafiq lalu tersenyum bila tunangnya mahu terus pulang ke rumah walaupun dia bertujuan bertemu dengan Farah kerana hendak mengajak tunangnya itu pergi menonton wayang.

“It’s ok, anyway it’s not nice if you hang around my house, kita keluar lain hari ok dear,” pujukku kerana aku tahu Shafiq pasti tidak puas hati kerana aku tidak dapat menemaninya menonton wayang. Kepalaku tengah pening dan berserabut. Jika aku keluar pun aku tidak punya mood langsung.

“Sayang, you ginilah, bila I ajak you keluar you jarang hendak ikut, you tunang I, kalau I keluar dengan perempuan lain you marah pulak,” sindir Shafiq tanpa memandang kearah tunangnya Farah.

“Excuse me! you suka kalau I keluar dengan lelaki lain,” jawabku geram kerana Shafiq tidak mengerti akan maksudku bahawa aku tidak berapa sihat dan hendak berehat. Kenapa Shafiq tidak boleh memahami keadaan aku.

“You ada lelaki lain ke sayang??” soal Shafiq selamba kepada Farah.

Aku tersentak bila Shafiq bertanya soalan sedemikian. Lelaki lain? Mana ada lelaki lain. Aku hanya ada dia seorang. Bukankah dia tunang aku. Kenapa Shafiq tiba-tiba bertanya.

“Apa maksud you lelaki lain?” soalku cuba mengawal intonasi suaraku agar tidak mencetuskan kemarahan Shafiq.

“Yelah you tak pernah menjawab balik pada I dengan jawapan sedemikian, you tak pernah mengugut I sebegitu,” jawab Shafiq dengan wajah selamba. Nasi ayam penyet yang di santapnya kelihatan tinggal sedikit.

“You jangan nak macam-macam,” jawabku sambil lewa. Aku menjeling kearah Shafiq yang sedang leka bermain dengan telefonnya. Aku tidak pula bertanya dengan siapa yang dia berbalas message sedari tadi.


bersambung....
 

No comments:

Post a Comment