Wednesday 26 February 2014

Qada dan Qadar - Part 7


                             Anis menantu Ustazah Mariam membawaku ke bilik yang ditempatkan kepadaku sebagai tetamu mereka selama sebulan lamanya. Aku sudah berjanji kepada diriku sendiri bahawa aku mahu berubah. Aku mahu menunaikan permintaan mama. Aku sudah muak dengan cara hidupku yang dahulu. Aku meninggalkan pesanan SMS kepada papa memberitahunya bahawa aku pergi bercuti dengan teman-temanku dan aku tidak pulang selama sebulan. Seperti yang aku jangkakan papa tidak pernah menghubungiku dan bertanya kemana ku pergi. Malah aku hanya menerima SMS dari papa mengatakan dia sudah memasukkan 3 ribu ke akaunku untuk perbelanjaanku selama aku bercuti. Itu sahaja. At times aku tidak tahu samada aku ni anak Papa atau anak angkatnya. Tiada kasih sayang yang aku terima dari Papa.
 

                              “Dania, rehat dahulu mak selalu balik dalam pukul 12.30 tegahari, lepas makan tengahari kita pergi surau untuk tunaikan solat zohor sama-sama,” ujar Anis seraya tersenyum.
 

                              “Solat, erm tak boleh solat kat rumah ke?,” ujarku kalut kerana aku baru aje baca buku cara-cara bersolat. Baru sampai ke bab ambil wudhuk. Buat belum lagi pasal aku masih lagi terkial-kial hendak cuba menghafal doa-doa ketika mengambil wudhuk sesudah wudhuk. Belum sampai ke bab menghafal surah-surah pendek dah nak kena solat kat surau. Boleh ke aku buat?
 

                              “Kat rumah, erm boleh juga nanti Anis beritahu mak, erm Dania ada baju lain, Anis rasa pakaian Dania tak sesuai dengan cara hidup di kampong ni, kampong ni banyak nyamuk dan serangga,” ujar Anis.
 

                              “Banyak mozzie, ok..ok, I think ada,” ujarku lalu membuka bag luggageku. Aku mengeluarkan segala isi perut yang terdapat di luggage tersebut mencari pakaian yang sesuai. Aku menarik tight berwarna hitam dengan body hugging tops warna kelabu. Anis membesarkan matanya bila aku tidak merasa segan silu lagi menyalin skirt pendek yang ku pakai tadi kepada tight hitam di hadapannya dengan wajah selamba.
 

                              “Er Dania tak ada baju lain yang lebih baik dari ni ke?,” soal Anis kerana baju pilihan Dania tidak ada bezanya dengan baju yang di pakainya sebentar tadi. Masih seksi walaupun tidak mendedah seperti tadi tapi ia menunjukkan bentuk tubuh Dania yang cantik.
 

                              “Tak sesuai ke?,” ujarku memandang kewajah Anis dengan wajah tak bersalah.
 

                              “Tak apa, apa kata Dania pakai baju Anis, saiz kita tak jauh beza kan,” ujar Anis lalu membuka almari pakaian yang terdapat di bilik tetamu. Dia mengeluarkan sehelai baju kurung berwarna hijau muda lalu menyerahkan kepadaku.
 

                              Aku menyambut baju tersebut dari tangannya. Baju kurung. Bukan aku tak pernah pakai. Tapi kebanyakan baju kurung aku di rumah baju kurung moden dan exclusive tidak plain dan besar seperti baju pemberian Anis. Plain sangat.
 

                              “Besarnya?,” ujarku sebaik sahaja ku sarungkan baju kurung tersebut ke atas badanku.
 

                              “Tak besarlah,” ujar Anis merasa hairan kerana baju kurung tu terletak cantik di badannya.
 

                              “Apa tak besarnya, ni tengok….,” ujarku seraya menarik tepi baju itu.
 

                              “Oh, memang baju kurung tu fashion begitu, ini baju kurung pesak,” terang Anis seraya tersenyum gelihati bila baju kurung berpesak dikatakan besar oleh Dania.
 

                              “Pesak, tak retilah pakai baju besar-besar macam ni, mana nak nampak figure macam orang pregnant aje,” bebelku lalu menarik-narik baju tersebut. Aku kembali ke luggage bag ku lalu mengeluarkan D&G light blue parfum dan menyemburkan minyak wangi tersebut ke baju kurung yang ku pakai. Aku segera menuju kearah almari soleknya untuk membelek wajahku. Yelah aku tak touch up sejak sampai tadi.
 

                              Anis tidak dapat menahan diri dari tersenyum melihat gelagat dan karenah Dania merungut tentang baju kurungnya walhal ianya tidak besar hanya ia tidak mengikut bentuk badan Dania mengatakan ianya besar. Inilah kali pertama dia berdepan dengan tetamu lain dari anak murid yang selalu belajar dengan ibu mertuanya. Anak-anak murid ibu mertuanya sebelum ini mahu mendalamkan ilmu agama mereka dengan belajar mengaji untuk menjadi guru mengaji atau qariah. Dia tidak tahu bagaimana caranya ibu mertuanya membimbing Dania yang jauh berbeza dengan anak-anak muridnya yang lain. Dia mendapat panggilan telefon dari Miera adik sepupunya tempoh hari mengatakan temannya mahu belajar agama dengan ibu mertuanya Ustazah Mariam. Ibu mertuanya tidak pernah keberatan menerima sesiapa sahaja yang hendak belajar agama.
 

                              “Anis, kenapa you nangis tadi,” soalku tiba-tiba seraya memandang kearah Anis yang sedang duduk memerhatikan aku.
 

                              Anis tersentak bila aku berkata demikian.
 

                              “Macamana Dania boleh kenal abang Ariel?,” soal Anis dengan wajah serius tanpa menjawab soalan Dania terlebih dahulu.
 

                              “Ariel?? I don’t really know him, we bump into each other few times at Zouk, speaking of which I totally forgot about my car, sharks,” ujarku baru teringat bahawa kereta Honda ku masih lagi tersadai di Batu 4 silap haribulan hanya tinggal bekas tayar kereta aje nanti. Aku segera mencapai tas tanganku lalu mengeluarkan telefon bimbitku dan mendial nombor telefon workshop.
 

                              “Kita sambung cerita lagi ok,” ujarku lalu keluar meninggalkan Anis sendirian di dalam bilik.
 
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment