Tuesday 4 February 2014

Watsapp Luv! - Part 5


Aku cuba bersikap positive. Ini dugaan allah berikan kepadaku. Aku harus banyak muhasabah diri. Allah tak akan menduga hambanya yang tidak dapat menghadapi dugaan yang diberikan. Jadi aku cuba pertingkatkan kesabaran aku. Mungkin ada hikmah di sebaliknya di atas apa yang berlaku. Kita tidak tahu. Aku tidak delete number Lynda aka Mikhail. Biarkan sahaja mana tahu aku perlukan nasihatnya. Hehe. Ok juga kan mendapat nasihat dari sudut pandangan lelaki. Lelaki yang tidak kenal lagi bagus kerana dia tidak akan prejudis. Aku tak pernah lah watsapp pada lelaki itu walaupun kadang-kadang tu jari ini semacam gatal hendak bercerita dengannya. Takut di marahi dia pula sebab aku yang mencari pasal dengannya mengutuk nya macam-macam tempoh hari. Sorry bukan sengaja, aku tengah stress ok. So ini semua stress talk. Hubungan aku dengan Shafiq so far ok kerana aku malas hendak ambil tahu tentang kegiatan masa lapang Shafiq. Dia masih dengan hobinya yang suka melayan sms perempuan lain. Apa nak buat dah penyakit hidupnya. Dia kata it’s for fun only. Ok aku pegang kata-katanya. Aku pulak sibuk kan diri keluar dengan girlfriend aku Liza dan Shah. Keluar makan, keluar tengok wayang supaya aku tidak terlalu memikirkan tentang Shafiq. Sibukkan diri dengan persiapan perkahwinan kami yang akan berlangsung dalam masa setahun lagi. Teruja tak juga. Tapi aku harus bersikap positif. Tanpa aku sedari jariku ligat menaip sesuatu lalu menekan send. Tujuan hendak send pesanan itu kepada Shafiq, OMG aku tersend message itu kepada Mikhail.

Hello there!

Aku menanti penuh debaran bila menyedari Mikhail 'online' dan mula menaip sesuatu.

Hi! Ringkas sahaja bunyi message reply dari nya.

Aku berkira-kira sendiri harus kah aku bertanya khabar padanya atau biarkan sahaja. Lagipun aku tersalah hantar message bukan aku hendak hantar kepadanya pun. Aku meletak handphoneku di atas meja. Takut jariku ini gatal hendak membalas messagenya nanti. Aku bangkit dari sofa menuju kearah dapur tekakku mula terasa dahaga. Aku mencapai gelas membuka fridge mencapai jug berisi air jus orange. Aku menuang jus tersebut ke dalam gelas. Gelas berisi jus itu ku capai lalu menuju ke ruang tamu kembali. Aku menjeling kearah handphoneku. Aku meneguk jus perlahan mataku tak lepas dari memandang kearah phone. Ah kalau Shafiq sibuk melayan perempuan lain apa salah aku melayan lelaki lain kan?. Aku hanya perlu teman bicara bukan untuk mengatal pun kan. Lagipun aku perlukan view dari lelaki. Aku meletak gelas di atas meja lalu mencapai handphoneku. Aku menaip sesuatu.

How r u? Maaf menganggu.

Handphone ku letak di atas meja tidak mahu kelihatan terdesak menanti jawapan darinya. Aku terdesak? Nah. Aku mencapai majalah 'Cleo' lalu menyelak helaian demi helaian muka surat majalah tersebut.

Aku mencampak majalah bila terdengar bunyi notification dari watsapp. Handphone segera ku capai.

I’m good. Only busy with work. Hmm he’s online.

Sunday?? Working?? J. Jariku ligat menaip message kepada Mikhail.

People like me have to work all the time tak kira waktu.

Interesting. People like him. Dia kerja apa? Dia layan message aku. Hmm.

Sorry sebab menganggu. I tengah boring tak ada apa nak buat so I message you. Hope you dun mind. J

Mikhail tidak online dan tidak menaip sesuatu. Aku meletak kembali handphoneku di atas meja. Aku mencapai remote lalu on TV. Menukar-nukar channel dari satu ke satu namun tiada satu pun yang menarik minatku. Haizz bosannya hari ahad begini tiada apa yang hendak di lakukan. Nak keluar terasa malas pula.

Ting. Aku terlompat kecil bila terdengar notification whatsapp ku.

Sayang buat apa?

Aku mengeluh hampa bila watsapp yang ku terima itu datangnya dari Shafiq dan bukan dari Mikhail. Spoiler betul lah. Haiz. Kenapa pulak aku tak gembira bila Shafiq yang menghantar message.

Duduk2 baca majalah. Jawabku membalas message Shafiq.

You nak keluar hari ni tak sayang. Kita pergi tengok wayang?

Aku sememangnya malas hendak keluar hari ini. Memang nak lepak sahaja di rumah. Baca novel atau menonton DVD kegemaran aku. Lagipun esok kerja. Ah malaslah.

Malas lah u. Esok keje kita jumpa esok ajelah kay? Jariku pantas membalas message Shafiq. Dah lama juga aku tak berjumpa dengan Shafiq. Kalau dulu hari-hari keluar dengannya. Tak pernah jemu. Sayanglah katakan tak bertemu sehari rindu. Tapi sekarang aku dah tak macam dulu. Tak jumpa pun tak apa. Aku dah biasa. Bukan sebab aku tidak sayangkan Shafiq tapi orang tua-tua kata bila jarang bertemu dan sering berjauhan perasaan rindu itu akan timbul.

Okay I miss u dear. Kita jumpa esok kay J

I miss u too. See u tomorrow.  Aku membalas message Shafiq lalu meletak handphone kembali di atas meja. Aku merebahkan badan di atas sofa, mataku memandang tepat ke arah syiling. Betul ke aku hendak berkahwin dengan Shafiq? Perasaan sayang masih ada tapi tidak sehebat dahulu. Adakah kerana aku sudah merasa bosan dengan sikap Shafiq. Entahlah aku sendiri tidak tahu. Aku membelek cincin tunang di jari manis kananku. Cincin emas bertahta batu zamrud pusaka milik moyang Shafiq ku belek penuh minat. Ikutkan memang Shafiq mahu membelikan aku sebentuk cincin berlian solitaire sebagai cincin pertunangan. Aku tidak berapa setuju kerana aku punya koleksi cincinku sendiri. Dan salah satu cincin koleksiku cincin solitaire berlian. Jadi aku meminta Shafiq memberi ku cincin sentimental value keturunan keluarganya. Aku sukakan barang kemas klasik. Cincin nilam, zamrud, intan, delima dan batu safir. Mendengar kan permintaan aku itu membuatkan nenek Shafiq gembira kerana dia ada menyimpan cincin zamrud ibunya yang hendak di turunkan kepada Shafiq untuk di berikan kepada bakal isterinya. Aku terus tertarik hati pada keindahan cincin pusaka tersebut. Mana hendak jumpa di kedai emas biasa. Aku dah Shafiq pergi ke kedai emas untuk mengecilkan saiz cincin tersebut mengikut saiz jariku. Batu zamrud dan butiran berlian kecil di sekelilingnya di kilatkan semula menyerlahkan lagi keindahan cincin pusaka itu. Ramai teman-teman dan ahli keluargaku memuji keindahan dan keunikan cincin tersebut. Semua terperanjat bila aku mengatakan bahawa cincin ini adalah cincin kepunyaan moyang Shafiq yang juga diberikan sebagai cincin mas kahwin semasa moyangnya bernikah dahulu.

Ting. Watsapp aku berbunyi lagi. Kali ini aku tidak begitu teruja seperti tadi kerana pasti message dari Shafiq.

I’m sorry was on conference call tadi. Kenapa boring tak keluar dengan tunang you?

Aku tersenyum lebar bila message tersebut datang dari Mikhail. Busy rupanya patutlah tak jawab pun message aku tadi. Tapi kenapa eh dia baik sangat pada aku. Hmm bukankah aku tidak kenal dia dan dia tidak kenal aku. Tapi kenapa dia layan juga message-message ku.

Jumpa hari-hari pun boleh bosan. J Oh ya you kerja apa sampai hari ahad pun kerja.

Aku mencapai bantal kecil lalu memeluknya erat. Aku bersila di atas sofa. Tangan masih memegang handphone.

Kerja sebagai consultant. You dah dapat number your friend?

Consultant. Hmm not bad. Kenapa dia tanya samada aku sudah mendapat nombor baru Lynda. Kenapa? Dia tak suka aku menganggunya ke? Lagipun aku masih mengekalkan nama Lynda pada number telefonnya.

Hmm. My friend nope masih belum jumpa. Btw, mana you tahu siapa I?

Untuk tidak menampakkan aku sengaja menyimpan nombornya aku bertanya soalan lain. Macamana dia tahu aku yang message kalau dia tidak menyimpan nombor aku kan. Aku tersenyum sendiri kerana pasti Mikhail turut menyimpan nomborku. Mana mungkin aku hendak mengaku yang aku sengaja tidak delete kan. Nanti apa pulak kata Mikhail.

From your profil pic.

Duh. Kenapalah aku ni selenge sangat. Tentulah dari profil pic. Malunya aku mana nak letak muka ni. Ah lantaklah bukannya aku kenal dengan dia pun.

Hmm profil pic tu gambar you betul ke atau gambar orang lain?

Aku mengubah tajuk perbualan kerana tidak mahu kelihatan selenge sangat.

Pernah ke you letak gambar orang lain selain diri you dalam profil?

Pernah. Aku letak gambar “Prue Halliwell” gambar pelakon drama cerita Charmed. Gambar kucingku “Fluffy” gambar kereta idamanku “BMW suv”. Pokoknya aku jarang sekali meletak gambar aku sendiri. Ini pun secara kebetulan aku bergambar dengan Shafiq dan meletakannya di dalam profil aku. Apa Mikhail tidak pernah meletak gambar lain selain dari gambarnya sendiri.

Pernah letak gambar kucing, gambar pelakon fav I, gambar kereta dan macam2 lah

Aku meletak handphone kembali di atas meja bila menyedari Mikhail tidak online lagi. Mikhail sibuk barangkali. Aku membelek kembali cincin batu zamrud yang berkilau cantik bila setiap kali terkena cahaya, aku menikmati keindahan cincin tersebut. Sayang betul aku pada cincin itu. Ramai yang memuji kecantikan cincin pusaka itu. Katanya sesuai dengan si pemakainya. Aku tidak boleh membayangkan kalau cincin zamrud itu hilang dari jariku. Dimana kan ku cari ganti cincin sebegitu. Aku menanggalkan cincin tersebut dari jari manisku lalu menuju kea rah bilik. Aku membuka kotak kecil baldu berwarna hitam lalu menyimpan cincin tersebut ke dalamnya agar lebih selamat.
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment