Monday 24 February 2014

Qada dan Qadar - Part 2


                            Aku tersentak bila pemandu taxi mengatakan bahawa kami sudah tiba. Perjalanan masa selama 3 jam tidak kurasai kerana aku tidak tidur walau sesaat pun. Sepanjang perjalanan kenangan demi kenangan aku bersama mama semasa hidupnya ku singkap satu persatu. Air mataku mengalir laju tiap kali ku imbas kenangan lalu bersama mama. Aku sayangkan mama. Hanya mama yang memahami hati aku. Mama seorang wanita yang tabah. Sejak mama dan papa berpisah. Mama tidak pernah lupa untuk menziarahi aku bila berpeluang berbuat demikian. Tapi sejak papa bernikah baru mama tidak lagi berkunjung ke rumah kami. Dia akan menjemputku dan kami akan menghabiskan masa bersama ke tempat-tempat kegemaran kami samada picnic di taman permainan atau di taman riadah. Mama akan membawa kuih tradisional kegemaran ku seperti ondeh-ondeh buah Melaka, kuih koci pulut hitam dan putri salad bila tiap kali datang bertemu denganku. Sungguhpun aku ni lebih gemarkan cheesecake and fancy pastries tapi kuih tradisional dari air tangan mama tetap menjadi favourite ku. Mama tidak punya wang untuk membawaku ke tempat-tempat lain jadi kami ke tempat-tempat tersebut. Semua itu aku tidak kisah. Asalkan aku dapat bersama dengan mama.
 

Seperti yang telah dijanjikan aku menyerahkan note RM300 kepada pemandu taxi tersebut untuk menghantar ku ke kampung pada pukul satu pagi. Aku tidak bisa memandu dalam keadaan begini. Keretaku tersadai di parkir berdekatan dengan club. Tanpa memberitahu teman-temanku aku meninggalkan mereka lalu menahan taxi terus menuju kemari. Aku membuka pintu taxi lalu melangkah longlai menuju kearah rumah mama. Mataku yang sembab akibat terlalu banyak menangis ku sembunyikan disebalik cermin mata hitam Chanel. Ramai penduduk kampung datang menziarahi mama buat kali terakhir. Kedengaran surah yassin dibacakan oleh jiran tetangga. Beberapa tetangga menoleh kearah ku. Ada yang berbisik semasa mereka tak kurang juga mengelengkan kepala tatkala melihat diriku. Ah aku tidak mengindarkan pandangan mereka.
 

“Assalamualaikum Dania,” tegur seorang gadis berjubah putih dan bertudung putih menyapaku.
 

Aku hanya menganggukkan kepala tanpa menjawab salamnya.
 

“Dania, mari ke rumah Miera sekejap, apa kata Dania mandi dan bersihkan diri dahulu, tak elok mengadap jenazah dalam keadaan begini,” ujar Miera lalu menarik lengan Dania perlahan.
 

Aku tidak memprotes kerana fikiranku tidak stabil, kepalaku sakit kerana penangan ecstasy dan juga kerana aku tidak tidur semalaman. Aku masih lagi di dalam keadaan terperanjat akan berita mama sudah tiada dan masih lagi belum dapat menerima bahawa mama sudah pergi meninggalkan aku untuk selamanya. Aku yang seperti patung bernyawa mengekori Miera kerumahnya. Sebaik sahaja Miera membuka pintu rumahnya. Aku terus sahaja menuju kearah sofa lalu menyandarkan kepalaku di kepala kerusi tanpa di pelawa terlebih oleh tuan rumahnya.
 

Miera merasa kasihan melihat keadaan anak jirannya yang kelihatan tidak terurus. Dia percaya Dania terus balik ke kampung sebaik sahaja mendapat pangilan telefon darinya. Sungguhpun Miera tidak tinggal di kampung tapi bila setiap kali dia pulang dia tidak pernah lupa singgah bertemu dengan cik Aishah. Miera rapat dengan cik Aishah. Cik Aishah tidak macam jiran tetangga yang lain yang hobi mereka suka menceritakan hal orang lain dan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Cik Aishah tidak. Dia lebih suka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di masjid dan surau dan dia juga tidak lokek ilmu. Resepi kuih tradisional yang diturunkan nenek moyangnya di kongsi bersama dengannya. Sedikit sebanyak dia tahu akan kisah hidup Cik Nuraishah dan anaknya Dania. Cik Nuraishah bimbangkan akan Dania yang tidak dibimbing dengan baik oleh papanya seorang mualaf dan dia memeluk islam kerana mahu bernikah dengan Nuraishah, dia tidak mempraktikan ajaran islam. Hendak meluntur buluh biar dari rebungnya. Cik Nuraishah sering mengingatkan bekas suaminya agar Dania diberi pendidikan agama secukupya. Kerana di Kuala Lumpur tidak kurang dengan sekolah agama dan guru mengaji, namun setiap saranannya tidak di ambil peduli bekas suaminya. Hendak di bawa Dania tinggal bersama dengannya, bekas suaminya tidak izinkan malah mengugut tidak akan memberi wang sesen pun kepada Dania sekiranya Dania tinggal bersama dengannya di kampung. Dia terpaksa mengalah demi kebahagian dan kesenangan Dania. Setiap kali dia memanjatkan doa kepada ilahi, dia tidak pernah putus memohon kepada allah agar Dania di berikan hidayah dan dikembalikan kepada jalan yang benar.
 
 
 
bersambung...
 
 
 

No comments:

Post a Comment