Thursday 27 February 2014

Qada dan Qadar - Part 11


Aku mengosok mataku perlahan cuba menahan mengantuk ketika Ustaz Ahmad memberi kuliah subuh. Kuliah subuh hari ini mengenai “Sebab-sebab solat tidak khusyuk dan hati menjadi keras”.
 

"Solat adalah tiang agama. Di dalamnya terangkum segala nilai iman dan Islam. Mendirikan solat sama dengan mendirikan ugama manakala tidak solat sama dengan meruntuhkan ugama. Antara matlamat utama bersolat adalah untuk ingat kepada Allah namanya khusyuk. Khusyuk sangat membantu untuk melahirkan roh “ingat” dan inilah yang membuatkan solat akan mencegah fahsya’ dan mungkar di luar solat iaitu dalam kehidupan harian. Masalahnya solat tak khusyuk. Perbincangan kali ini kenapa solat tidak khusyuk? Perbincangan kali ini ialah mengenai sebab dan penghalang kenapa solat tidak khusyuk.

 
Antara sebab solat tidak khusyuk:

PERTAMA : tidak ada keinginan atau keghairahan mendirikan solat. buat seperti dipaksa-paksa menyebabkan solat menjadi sambil lewa buat dengan tidak tulus. Walaupun solat adalah amalan yang  ringan sahaja tetapi menjadi sangat berat dek kerana tiada kesungguhan. Main bola berjam-jam  boleh tapi solat beberapa minit dah jadi gelisah. Bergayut talifon berjam-jam penuh sungguh-sungguh tapi solat sekejap macam pikul bebanan. Jika tahap keinginan bersolat tak ditingkatkan selama itulah solat tidak akan menjadi ”pengubah”. Nak tingkatkan keghairahan untuk bersolat ialah dengan banyak membaca al quran,ingat mati selalu ambil tahu tentang kelebihan khusyuk dalam solat. 

 
Sebab KEDUA tak dapat khusyuk solat ialah makan makanan yang haram. Memakan yang haram bererti menentang Allah. Orang yang menentang Allah adalah orang yang tidak takut Allah. Dan benda-benda yang haram ini akan menjadi darah daging manakala darah daging inilah yang akan melahirkan tenaga dan gerak. Kalau memakan yang haram Ia akan menggerak dan mendorong perbuatan yang jahat dan maksiat akibatnya hati menjadi kotor dan hati yang kotor mesti liat untuk beribadat. Solat untuk mendekat dengan Allah benda maksiat kesanyan menjauhi Allah. Orang yang jauh dengan Allah tak seronok bertemuNya dalam solat.kalau dah tak layan Allah akibatnya kene boolayanlah dari Allah.

 
Sebab KETIGA ialah keras hati dan takabbur. Orang yang takabbur ialah orang yang tidak berupaya untuk merendah diri di hadapan Allah. Rasa diri besar walaupun tak besar mana pun. Kalau perut aje besar buat ape. Manakala hati yang keras pula tidak akan terkesan dengan nilai tarbiah kehambaan yang dilahirkan dalam solat. bila rukuk dia tak rasa hina, bila sujud tak terasa kebesaran Allah. Orang besar sangat dihormati tetapi lupa untuk menghormati Allah tuhan yang maha besar. Orang kaya-kaya sangat dilayani dan dihormati tetapi lupa untuk menghormati Allah sebagai tuhan yang paling kaya. Hati jadi keras kerana 3 perkara. Iaitu makan makanan yang yang haram, tak dengar majlis ilmu dan banyak dosa. 

 
Sebab yang KEEMPAT ialah ”lagha” banyak melakukan perbuatan yang sia-sia. Apalagi kalau membawa kepada haram. Cakap banyak yang tak ada faedah, perkataan pula lucah dan cabul serta kotor, gurau senda yang melampau, umpat fitnah. Sudah tentu perbuatan ini akan membuatkan hati jadi kotor. Bila hati kotor maka isinya adalah maksiat bila maksiat penuh di hati zikrullah tak akan masuk. Mendengar muzik dan lagu-lagu yang cabul hanya menjadi ejen kepada syaitan untuk melalaikan solat dan kalau dah lalai solat tak tak punya ”roh” lagi."



                              Anis menyinggul lenganku bila aku tidak bersuara sedari tadi. Diam sahaja tidak banyak bertanya seperti semalam.



                              “Dengar tak apa yang Ustaz sampaikan,” bisik Anis bila dilihat Dania tidak bersuara sedari tadi.


                              “Dengar tapi tak faham, boleh tak Ustaz Ahmad translatekan kepada bahasa English, senang nak faham, Ustaz guna bahasa melayu chimp lah,” jawabku memberi alasan. Yang sebenarnya mataku masih mengantuk pasal semalam aku tidak dapat tidur lena. Aku tidak tahu kenapa aku asyik memikirkan Ariel. Sebelum ini walaupun aku mahu mengenali dengannya tidaklah sampai tak dapat tidur lena macam semalam.
 

                              “Kenapa tak dapat tidur lena ke semalam,”
 

                              “Ah rindukan Ariel,” jawabku sambil tersenyum nakal.
 

                              Anis membesarkan matanya bila aku berkata demikian. Bukan kerana dia cemburu. Tapi dia khuatir Ustazah Mariam terdengar akan perbualan mereka. Dia tidak menceritakan kepada sesiapa mengenai kepulangan Ariel semalam selain dari suaminya. Mereka mengambil keputusan untuk tidak memberitahu mak dan abah mereka kerana tidak mahu menghampakan harapan mereka.
 

                              “Sorry,” bisikku perlahan seraya menjeling kearah Ustazah Mariam yang sedang khusyuk mendengar ceramah yang di sampaikan suaminya. Wajah tenang Ustazah Mariam ku pandang dengan rasa belas kasihan. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Ungkapan itu sering terngiang-ngiang di cuping telingaku. Aku tiba-tiba bersemangat untuk membantu Ustazah Mariam untuk mengembalikan anaknya. Bagaimana caranya aku tidak tahu. Niat ku ikhlas hendak membantu. Menurut Anis, jika kita niat baik hendak membantu insyallah allah akan membantu.
 
 
                              Ada apa-apa soalan yang Dania hendak tanya atau tidak faham akan maksudnya?,” soal Ustazah Mariam tiba-tiba cukup membuatkan aku tersentak mataku menjadi segar serta merta.
 

                              “Er, apa makna khusyuk ustazah?,” soalku spontan kerana perkataan itu yang dapat ku tangkap dan aku tidak berapa faham akan maksudnya semasa Ustaz Ahmad memberi kuliah.
 

                              Solat tidak akan berkesan tanpa khusyuk. Mengikut Imam Al-Hakim dan Tirmizi, pada suatu ketika nabi ternampak seorang lelaki menyapu janggutnya ketika solat maka baginda pun bersabda, “Jika khusyuk hati lelaki ini akan tenanglah anggota badannya.” Berkata Imam Al-Alusi, “Khusyuk ialah merendahkan diri dengan perasaan takut di samping tenang anggota badan.” Ibn Jarir meriwayatkan bahawa sahabat Abdullah ibn Abbas berkata, “Mereka yang khusyuk ialah mereka yang takut lagi tenang.” Sahabat Ali bin Abi Talib berkata, “(Khusyuk) tempatnya ialah di hati.” Imam Hasan Al-Basri pula berkata, “Tempat bagi khusyuk ialah di hati dan kemudiannya ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menenangkan anggota badan.” Pandangan yang agak merangkumi tentang khusyuk ialah pandangan sahabat Abu Darda’. Beliau berkata, “(Khusyuk) ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.” Kesemua pendapat ini disebutkan dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.
 

Justeru khusyuk di dalam solat adalah penting. Namun khusyuk perlu diamalkan tidak hanya di dalam solat. Ia perlu diaplikasikan dalam setiap ibadah yang kita lakukan agar kesannya lebih positif. Di akhir zaman khusyuk akan lenyap dari hati-hati manusia digantikan dengan kealpaan dan kelalaian. Mengikut Imam Al-Hakim, sahabat Ubadah bin Samit berkata, “Tidak berapa lama lagi akan sampai satu zaman apabila kamu memasuki masjid kamu tidak akan menemui lagi lelaki yang khusyuk.” Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan, sahabat Huzaifah bin Yaman berkata, “Perkara pertama yang akan luput dari agamamu ialah khusyuk dan akhirnya yang akan luput darimu ialah solat. Ikatan Islam akan terungkai satu demi satu.” terang Ustazah Mariam panjang lebar.
 

                              Aku hanya mampu terlopong bila Ustazah Mariam memberi aku akan erti makna “Khusyuk” tadi. Yelah aku ingatkan soalan simple di jawab dengan simple. Aku masih lagi tidak dapat menangkap akan maknanya. Ustazah Mariam memandang kearah Anis yang berada di sisiku. Mereka berpandangan antara satu dengan lain.
 

                              “Makna “khusyuk” devout, devoted, engrossed,” ujar Ustazah Mariam bila penerangannya secara terperinci tidak dapat membantu anak muridnya untuk memahami maksudnya. Nasib baiklah dahulu dia mempelajari bahasa english dan mempunyai sijil bahasa english, dia tidak sangka ianya tidak sia-sia dan berguna untuk pelajar seperti Dania yang biasa mengunakan bahasa english dalam bahasa sehariannya.
 

                              “Oh I see, macamana hendak dapatkan solat yang khusyuk, kalau start solat aje dah fikir wah bestnya lauk Anis masak untuk tengahari ni, itulah inilah, banyak sangat distraction,” ujarku seraya tersengih. Kau orang mesti ingat soalan aku mengakal kan. Tapi itu yang terjadi kepada diri aku bila start solat.
 

                              “Untuk membantu kekhusyukan hati, beberapa pengaruh luaran perlu dikawal dan dijaga. Antaranya, jika seseorang berasa lapar hendaklah beliau menjamah makanan terlebih dahulu sebagaimana sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Apabila datang makanan malam dan iqamat untuk solat telah dilaungkan, mulailah dengan mengambil makanan malam terlebih dahulu.” Demikian jugalah kiasannya dengan membuang air besar dan kecil dan yang seumpamanya, kalau dah sakit perut mesti kita cari tandas kan tak kan Dania nak tahan sampai dah habis solat, tak khusyuk solatnya kerana menahan sakit perut,” terang Ustazah Mariam lagi dia cuba memendekkan penerangan agar Dania faham.
 

                              “Ok in another words, kita kena set our mind to give full attention and concentration when perform solat,” ujarku lalu menganggukkan kepala baru mengerti akan maksud “Khusyuk”.
 

                              “Lebih kurang macam tulah,” jawab Anis pula mengiyakan kefahaman Dania. Dia tahu Dania tidak akan faham jika diberi keterangan yang terlalu detail. Kesian juga dia melihat ibu mertuanya cuba mencari jawapan yang mudah untuk di fahami Dania.
 
 
bersambung...
 
 
 

No comments:

Post a Comment