Friday 14 February 2014

"Leap Year"


Pilihan romantik movie ku seterusnya bertajuk “Leap Year” 2010. Atau “Tahun Lompat”. Setiap empat tahun kita akan bertemu pada Tahun Lompat. Bulan Februari pada tahun lompat punya 29 hari. Jadi kepada sesiapa yang lahir pada tahun lompat terpaksa menunggu empat tahun untuk menyambut ulangtahun mereka. Alright kenapa aku sukakan movie Leap Year kerana ianya bertema romantik komedy dan juga kerana aku begitu meminati pelakon kacak Matthew Goode yang memiliki suara macho dan pelakon jelita Amy Adams.

Meh ku ceritakan:-

Kecewa tidak dilamar dengan teman lelaki beliau yang sudah bersama dengannya bertahun-tahun. Anna Brady (Amy Adams) mengambil keputusan untuk ke Dublin, Ireland. Dimana Jeremy menghadiri seminar di sana. Anna yang percaya dengan tradisi Ireland sekiranya teman lelaki tidak melamar. Dia boleh melamar teman lelakinya pada hari 29 February iaitu pada tahun Lompat dan mengikut tradisi lelaki yang di lamar itu harus menerima lamaran si kekasih. Anna bernekad untuk melamar teman lelakinya Jeremy. Dalam perjalanannya ke Dublin. Pesawat yang di naikinya terpaksa mendarat di Cardiff, Wales kerana keadaan cuaca dan ribut yang melanda tidak mengizinkan pesawat mendarat di destinasi asal. Anna mengupah sebuah bot untuk membawanya ke Cork, tetapi tahap ribut memaksa beliau mendarat di Semenanjung Dingle. Beliau meminta bantuan Declan O'Callaghan (Matthew Goode) penjaga rumah tumpangan dan juga pemilik pub untuk mendapatkannya teksi agar dia boleh meneruskan perjalanannya ke Dublin sebelum 29 February.

Dalam keadaan terdesak juga Declan bersedia memandu Anna ke Dublin bila mendapati pubnya akan ditarik pihak bank sekiranya dia tidak dapat menjelaskan hutang dan tawaran Anna akan memberi €500 kepada sesiapa yang bisa membawanya ke Dublin membuatkan Declan bersetuju. Pelbagai kejadian lucu berlaku di sepanjang perjalanan ke Dublin. Dimana Declan yang tidak menyukai Anna kerana menganggap wanita itu Superficial dan Anna tidak menyukai Declan kerana menganggap lelaki itu sombong dan tidak menghormati wanita, disebabkan kedegilan Anna yang cuba menghalau lembu yang menghadang jalan raya kerana ingin segara sampai ke Dublin. Dia terpijak taik lembu dan kerana terperanjat dia tersandar di kereta dimana Declan terlupa untuk menarik brek dan membuatkan keretanya terhumban di ke dalam tasik. Anna memarahi Declan kerana cuai dan tidak bertanggungjawab. Dengan berkasut platform peep toe Louboutin Anna berjalan kaki berharap dapat menumpang kenderaan yang lalu lalang. Anna menahan van yang lalu bertujuan untuk menumpang. Mereka menyuruh Anna memberi bagasinya dahulu dan sebaik sahaja kesemua bagasi Anna berada di dalam van mereka memecut tanpa Anna.

Anna dan Declan akhirnya sampai disebuah pub di mana mereka menemui tiga lelaki yang mencuri bagasi Anna. Declan berjaya mendapatkan balik bagasi Anna dan kedua-dua mereka dihalau keluar oleh pemilik pub. Anna dan Declan akhirnya sampai ke stesen kereta api setelah penat berjalan kaki. Anna membeli ticket untuk ke Dublin. Dan kerana keretapi yang bakal di naiki hanya sampat 2 jam. Declan membawa anak ke anak bukit dimana terdapat sisa istana lama. Disana Declan menceritakan sejarah istana tersebut kepada Anna. Kerana terlalu leka melihat keindahan di atas bukit mereka tertinggal keretapi. Bila melihat Anna begitu kecewa. Penjaga stesen keretapi mengatakan dia punya bilik untuk disewa dan keduanya bersetuju untuk bermalam di sana. Penjaga stesen keretapi yang konservatif itu percaya bahawa Anna dan Declan adalah pasangan suami isteri. Anna dan Declan terpaksa berpura-pura bahawa mereka adalah pasangan suami isteri demi untuk mendapatkan tempat berteduh. Bila pemilik rumah itu bertanya nama mereka. Mereka berdua mengatakan 'Brady' dan 'O'Callaghan', untuk tidak mencurigakan mereka, Declan mengatakan nama mereka 'O'Brady - Callaghan. Keesokan harinya, mereka meneruskan perjalanan disebabkan ribut hujan batu mereka berlindung di sebuah gereja di mana perkahwinan sedang diadakan, menyangka bahawa mereka adalah tetamu majlis, mereka diminta menghadiri majlis resepsi dimana pengantin perempuan memberi ucapan kepada pasangannya yang memberi kesan di hati Anna. Anna mula ragu akan perasaannya terhadap Jeremy dan membuatkan dia mabuk kerana terlalu banyak minum. Anna menyedari dia mula tertarik pada Declan.

Sebaik tiba di Dublin, mereka singgah di sebuah taman yang menuju ke arah Hotel Jeremy. Declan memberitahu Anna akan sebab mengapa dia berkelakuan demikian. Ini kerana dia pernah kecewa dalam bercinta dan bekas tunangnya melarikan diri bersama teman baiknya. Sejak kejadian itu dia tidak percaya pada cinta. Anna bersimpati dengan nasib Declan dan menasihatkan Declan untuk mengambil balik cincin milik keluarganya yang diberikan kepada bekas tunangnya. Apabila mereka tiba di hotel Jeremy, Jeremy memberi kejutan bila dia melamar Anna di lobby dalam keadaan terpaksa Anna menerima lamarannya. Declan menyaksikan lamaran Jeremy dan keluar meninggalkan Anna tanpa mengambil upahnya.

Sekembali di US, Jeremy mengadakan majlis pertunangan di rumah barunya. Anna mendapat tahu bahawa Jeremy melamarnya kerana mahu mengambil perhatian pengurus kondominium bahawa dia ingin membelinya dan bukan kerana dia cinta dan bersedia untuk hidup bersama dengannya. Anna merasa kecewa dan mengambil keputusan untuk menghidupkan alarm kecemasan. Anna bertambah kecewa bila Jeremy berusaha menyelamatkan barang-barang berharga sebagai keutamaan. Anna meninggalkan Jeremy.

Anna kembali ke Semenanjung Dingle di County Kerry, di mana Declan berjaya menyelamatkan pub/restorannya. Anna melamar Declan dan memberitahu Declan bahawa mereka tidak perlu membuat rancangan. Declan meninggalkan Anna dan berlalu. Melihatkan Declan pergi tanpa berkata apa dan mentafsirkan bahawa ini sebagai penolakan Anna meninggalkan restaurant Declan dan berjalan hingga ke tebing yang menghadap laut. Declan menegurnya dan berkata “Mrs. O'Brady-Callaghan, where the hell are you going?” dan melamar Anna mengunakan cincin keluarganya dimana dia berjaya mendapat balik dari bekas tunangnya di Dublin. Anna menerima lamaran Declan. The end.

Selain dari cerita yang romantik to the max ni, lokasi perfileman yang di adakan untuk filem “Leap Year” ini di gambarkan di Ireland benar-benar breathtaking. So kalau tengah feeling-feeling romantik. Jangan lupa menonton “Leap Year”.




No comments:

Post a Comment