Thursday 6 February 2014

Watsapp Luv! - Part 17


Sebaik sahaja pelayan restaurant mengambil pesanan makanan mereka. Mikhail dan Datin Zai hanya mendiamkan diri tidak tahu hendak memulakan perbualan. Terasa janggal tiba-tiba.

“Mikhail selalu ke restaurant ni?” tegur Datin Zai memulakan bicara.

“Tidak selalu, ini restaurant kegemaran papa,” jawab Mikhail mendatar cuba melihat reaksi mamanya.

Datin Zai terkedu bila Mikhail berkata demikian. Ya ini memang restaurant kegemaran bekas suaminya dahulu. Masakan dia boleh terlupa restaurant ini, kereana setiap kali mereka meraikan hari ulang tahun perkahwinan dahulu, bekas suaminya selalu membawanya kemari. Walaupun restaurant itu sudah di tukar milik beberapa kali. Tapi pemilik restaurant itu masih mengekalkan konsep restaurant yang asal. Papa Mikhail seorang lelaki yang baik. Dan kerana dia terlalu baik lah yang membuatkan Datin Zai tidak menghargainya. Datin Zai mengenali lelaki lain, dari kenalan biasa menjadi lebih dari biasa dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan papa Mikhail dan berkahwin dengan kekasih hatinya. Dia bahagia pada awal perkahwinan di kurniakan cahaya mata perempuan. Tapi kebahagiannya itu hanya sementara bila suami yang di sangka romantis itu sudah mula mengadakan hubungan dengan wanita lain ketika anaknya baru berusia 4 tahun. Sejak dari hari itu hubungan mereka suami isteri menjadi rengang. Datin Zai seakan tawar hati dengan suaminya dan menyesal meninggalkan papa Mikhail. Hendak di ceritakan kepada Mikhail tidak berguna lagi kerana salah dirinya juga. Balasan yang di terima kerana menyakitkan hati orang yang menyayanginya termasuk lah Mikhail. Dia menyesal sendiri. Sungguhpun Mikhail masih lagi mengaku bahawa dia adalah ibu kandungnya akan tetapi hubungan mereka tidak mesra dan dingin.

“Papa mik sihat,” soal Datin Zai cuba menahan sebak. Dia masih sayangkan bekas suaminya kerana dia mengaku hanya bekas suaminya itu yang memahami hatinya. Bekas suaminya itu sudah bernikah dan bahagia dengan isteri barunya.

“Alhamdullilah sihat,” jawab Mik ringkas seraya membetulkan kedudukannya.

Pelayan kembali menghantar makanan yang di pesan. Mikhail melirik kearah blackberry di mejanya bila BBnya tiba-tiba bergegar perlahan.

Hi J

Mikhail tersenyum sebaik sahaja menerima whatsapp ringkas dari teman baru watsappnya.

Hi, how are you? J

I’m bored to dead L

Really? I tempted to said that too but I can’t.. I’m with my mum having lunch J

Wah you so bad..how can you said that. It’s your mum.

Haha yes. It’s complicated. She left me when I was 8 years old.

Aku mengerutkan dahi bila Mikhail berkata demikian. Oh poor thing! Tidak menyangka lelaki yang ku temui 2 minggu lepas yang kelihatan calm and compose itu dibesarkan tanpa kasih sayang ibunya. Aku mula merasa kasihan pada Mikhail.

I know how you feel. It’s kind of awkward right.. after so long you met her again.

Yup it is. Any tips how to tackle this awkward situation?

Aku tersenyum bila Mikhail meminta tips dan pandangan dari aku. Well dulu aku pernah curahkan rasa hati secara tidak sengaja kepadanya. Mikhail memberi aku nasihat walaupun bukan nasihat yang aku ingin dengar iaitu memutuskan hubungan dengan Shafiq. Namun aku tidak menafikan ada benarnya apa yang dinasihatkan Mikhail. Yelah pandangan orang lelaki yang tidak suka memanjangkan masalah dan membebankan fikiran. Jadi giliran aku pula untuk membantu Mikhail untuk memperbaiki hubungannya dengan ibunya. Jari ku pantas menaip sesuatu memberinya tips untuk menangani situasi demikian.

Ok tips yang pertama. You tak perlu ungkit kisah silam kerana kita tidak dapat mengubah dan memutarkan masa untuk kembalikan keadaan dulu. Bygones be bygones. Selamatkan hubungan you dengan ibu you sekarang. It’s not too late. Sebagai anak yang baik, you cuba perbaiki hubungan you dengan ibu you.

Taipku panjang lebar.

Mikhail tersenyum bila membaca message yang diterima dari Farah. Ada benarnya apa yang di katakan Farah. Dia sememangnya tidak menyimpan dendam pada mamanya kerana meninggalkannya ketika usianya masih kecil. Dia sudah di biasakan hidup berdikari pada usia muda. Semenjak dia berusia 12 tahun lagi, papanya sudah menghantar dia ke sekolah berasrama penuh di Singapura. Sehinggalah dia tamat pengajian di sekolah. Selepas itu dia melanjutkan pengajiannya di Harvard Universiti di US. Mikhail sudah biasa berdikari dan boleh hidup tanpa pertolongan dan bantuan sesiapa.

Thanks, it’s kind of helpful. Any other tips? J

Aku tersenyum membaca reply message dari Mikhail.

Tips yang kedua. It’s rude to message other people when you are going out with someone. J

Mikhail tergelak kecil membaca message terakhir dari Farah. Mamanya yang sedang duduk memerhatikannya sedari turut terperanjat bila Mikhail tiba-tiba ketawa dan merasa lucu membaca message yang di terima.

Sorry Ma, where are we just now?” ujar Mikhail seraya berdehem kecil. Menyedari kesilapannya. Yelah dia tidak melayan mamanya malah sibuk membalas message dari Farah. Betul apa yang di katakan Farah tadi.

It’s ok, message dari someone special?” usik Datin Zai bila melihat Mikhail tersenyum sejak menerima message dari tadi.

She is special,” jawab Mikhail tersenyum lagi. Maksud dia “Special” bila mengingati cara perkenalannya dengan Farah. Lucu. Semuanya kerana salah faham. Tidak menyangka mereka kekal menjadi teman watsapp.

“I see, bila Mik nak perkenalkan your someone special to mama,” soal Datin Zai lalu menyuap potongan steak ke dalam mulutnya lalu di kunyah perlahan. Dia mahu memperbaiki hubungannya dengan Mikhail. She wants to be part of his son life. Sudah banyak yang dia miss. Dia mahu menjadi mama kepada anak lelakinya walaupun dia tahu dia sudah jauh ketinggalan. Tapi dia tahu dia masih punya harapan untuk berbuat demikian jika Mikhail mengizinkannya.

Mikhail tersentak bila mamanya berkata demikian. Kenalkan Farah pada mamanya. It’s not possible. Farah bukan teman wanitanya. Accidentally friend. Dia tidak mahu mamanya tersalah anggap.

It’s not possible,” jawab Mikhail perlahan dia mencapai garfu dan pisau untuk memotong ribeye steak di hadapannya.

“Mustahil kenapa?,” soal Datin Zai kurang mengerti akan maksud Mikhail. Bukankah tadi Mikhail mengatakan dia wanita istimewa. Masakan Mikhail tidak mahu memperkenalkan kepadanya. Adakah kerana Mikhail menganggap dia tidak penting dalam hidupnya.

It’s not like that, she is just an acquaintance not really my girlfriend, we just enjoy each other company that’s all,” jawab Mikhail memberi penjelasan kepada mamanya. Dia tahu mamanya akan terasa hati bila dia memberi jawapan sebegitu awal tadi. Pasti mamanya menganggap dia tidak penting dalam hidupnya.
 
bersambung....
 
 

No comments:

Post a Comment