Friday 7 February 2014

Watsapp Luv! - Part 24


              Aku membelek-belek baju sanding latest edition dari boutique Andalusia. Boutique pilihan mama Shafiq. Tidak menyangka good taste juga bakal mama mertua ku. Koleksi pakaian pengantin dari boutique Andalusia amat aku berkenan sekali. Kerana setiap rekaan fashion dari butik tersebut digabungkan dengan rekaan fashion pengantin pengaruh barat di dalam era 50-an dimana pada tahun era 50-an pakaian orang barat kelihatan simple dan tidak begitu terdedah. Banyak mengunakan kain French lace dan chiffon dan satin sutera dari Italy dan rekaannya kelihatan simple tapi tampak exclusive. Seperti baju kebaya sanding yang aku tengah belek-belek sekarang ni. Warnanya cukup klassik gabungan warna baby pink dengan peach. Di dada kebaya modern tersebut terdapat sulaman dari batu-batu Kristal putih, mutiara putih dan batu-batu permata peach.

               Shafiq di sebelah sibuk bermain-main dengan handphonenya.

               “Dear cantik tak baju ni?”

               “Cantik, untuk you pakai semuanya cantik dear,” jawab Shafiq lalu tersenyum. Dia masih sibuk bermain dengan handphone.

               Aku mengetap bibir menahan geram bila Shafiq buat endah tak endah sahaja. Ni yang aku malas bila tak jumpa rindu pula, bila dah jumpa Shafiq buat aku sakit hati. Apa masalah Shafiq yang sebenarnya. Bikin hati aku panas aje.

               “Dear, you serius ke tak serius hendak kawin dengan I ni?,” soalku bila Shafiq tidak berminat untuk melihat baju yang aku suka.

               “Of course dear, you tengah belek baju perempuan tentulah I tak berapa minat dear sebab bukan I yang memakainya,” ujar Shafiq. Dia segera menyimpan handphone ke dalam saku seluarnya bila Farah mula merajuk.

               Aku hanya menjeling bila Shafiq mula hendak loyar buruk dengan aku. Cubit karang baru tahu. Shafiq duduk bersebelahan dengan Farah. Dia turut mengkagumi akan rekaan baju bersanding yang ku belek tadi.

               “Tengok baju yang lelakinya boleh?,” ujarku kepada pekerja butik Andalusia.

               “You hendak I pakai baju baby pink and peach ni dear, tak macho lah macam ni, I don’t wear pink,” jawab Shafiq bila Farah meminta baju untuk pasangan lelaki. Memang baju untuk wanita cantik tapi tak macholah kalau dia turut memakai sepasang dengan Farah.

               “Kata baju sanding mestilah sepasang,” gerutuku geram. Mulalah tu hendak membuat perangai. Aku sudah tiada mood untuk memilih baju untuk majlis kami kalau perangai Shafiq terus-terusan seperti budak-budak tak cukup umur.

               “Tak payah sanding lah dear, kita nikah aje lebih afdal,” ujar Shafiq sambil tersenyum. Ikutkan dia malas hendak bersanding-sanding ni semua. Sudah overrated. Orang mat saleh kahwin mana ada sanding-sanding. Orang melayu kita yang suka membazir duit.

               “Let me remind you, bukan idea I hendak sanding-sanding ni tapi keluarga you,” jawabku mengingatkan Shafiq. Aku lagi suka tidak bersanding. Setakat nikah dan adakan majlis kenduri kesyukuran sudah memadainya. Tapi itulah keluarga Shafiq semuanya datang dari keluarga yang VIP. Tak lengkap kalau majlis kahwin nya hanya nikah dan kenduri kecil-kecilan sahaja.

               “Ok dear, but I don’t want to wear this baby pink untuk sanding, I rather wear tuxedo,” jawab Shafiq masih tidak bersetuju untuk mengenakan songket baby pink pilihan Farah. Warna putih atau off-white dia tidak kisah tapi Baby Pink out of the question.

               “Boleh dear, boleh, boleh blah you think your mum kasi you pakai tuxedo,” jawabku menjeling Shafiq lagi. Pakai tuxedo eh masa sanding.

               “Apa sebab tak boleh, bukan mama yang hendak kahwin I kan, I look nice in Tuxedo rather than baju melayu,” ujar Shafiq lalu tersenyum. Sebelum ini dia memang jarang sekali memakai baju melayu. Dia hanya mengenakan baju melayu hari raya puasa dan hari raya haji itu sahaja.

               “Whateverlah dear, asalkan you bahagia,” jawabku malas hendak bertelingkah dengan Shafiq. Kalau di layankan makin menjadi ada lebih baiknya aku biarkan sahaja apa yang dia repekkan.

               Shafiq tahu Farah merajuk dan dia suka mengusik tunangnya itu. Sebab dia sukakan Farah kerana Farah wanita cantik dan adorable.

               “Janganlah merajuk dear, apa kata buat sanding kita choose color pastel yellow cantik kan?,” pujuk Shafiq lalu mencapai baju pengantin dari tangan pembantu boutique tersebut. Semasa Farah membelek pakaian pengantin berwarna baby pink peach tadi. Shafiq meminta pembantu boutique tersebut mengambil baju berwarna kuning pastel kerana dia berkenankan kaler dan design baju tersebut dan berharap Farah turut menyukainya. Dia meletak baju itu di hadapan Farah.

               Aku menjeling bila Shafiq berkata demikian. Hah tahu takut? Aku mencapai baju pengantin wanita yang dikatakan Shafiq tadi. Hmm not bad. Designnya cantik dan hampir sama dengan pakaian pengantin yang aku pilih awal tadi.

               “Ok,” jawabku ringkas tidak mahu menunjukkan kepada Shafiq bahawa pilihan Shafiq turut cantik di mataku.

               “Great, sebab tu lah I sayang you,” ujar Shafiq lalu memelukku dari belakang.

 
bersambung...

No comments:

Post a Comment