Wednesday 26 February 2014

Qada dan Qadar - Part 8


                             “It’s that’s your hubby?,” bisikku ke telinga Anis bila kami duduk bersila untuk makan tengahari. Kekok juga kena duduk bersila. Aku bukannya pernah makan di atas lantai. Seksa betul dahlah pakai baju kurung besar dah macam budak terencat aku lagaknya, serba tak kena. Masa aku bantu Anis ke dapur (bukannya bantu pun aku sibuk interview, kenapa dia kahwin muda itu ini manakala Anis sibuk memasak sambil menjawab pertanyaan aku) tak pulak aku terserempak dengan anak lelaki Ustazah Mariam.
 

                              Anis tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan.
 

                              Oh gosh. Not bad looking sungguhpun dia hanya mengenakan baju melayu dan berkain pelikat. Suaminya Anis atau dikenali sebagai Amirul membuahkan senyum kepadaku sebelum dia duduk menyertai kami mengadap hidangan. Seketika kemudian datang seorang lelaki berumur menyertai kami. Sungguhpun lelaki itu berumur dia masih lagi kelihatan sihat dan kuat. Wajahnya kelihatan bersih dan tenang. Aku mencuit lengan Anis ingin tahu siapa lelaki itu.
 

                              “Ustaz Ahmad,” bisik Anis perlahan.
 

                              Oh ok. Aku menjadi gugup kerana aku tidak biasa dengan keadaan begini. Aku tidak pernah makan bersama dengan mama dan papa semeja sejak mereka berpisah. Papa sentiasa sibuk dengan kerja dan persatuannya. Mama pula di kampung. Aku pula sibuk dengan teman-teman di luar. Kadang-kadang aku merasa iri hati melihat orang lain yang mempunyai keluarga yang sempurna. Manakala aku tidak pernah merasanya sebelum ini.
 

                              “Assalamualaikum,”
 

                              “Waalaikumsalam,” jawab mereka serentak kecuali aku yang masih belum lagi biasakan diri dengan ucapan salam.
 

                              Wanita separuh umur yang lebih kurang sebaya dengan ibu Miera memberi salam sambil menyerahkan bakul berisi sayur-sayuran yang dipetik dari kebunnya kepada Anis. Dia segera ke sinki mencuci tangannya lalu mengelapnya bersih.
 

                              “Ini Dania, alhamdulilah sampai juga kamu kemari, maaf makcik ke kebun tadi gara-gara nak sambut kamu yang dari bandar rasa sayur segar dari kebun makcik,” ujar Ustazah Mariam ramah kepada perempuan muda yang berada disebelah menantunya.
 

                              “Thank you, cik,” ujarku lancar tanpa berfikir panjang.
 

                              “You’re welcome,” jawab Ustazah Mariam sambil tersenyum.
 

                             Kami berlima ketawa serentak bila Ustazah Mariam jawab spontan bila aku mengucapkan terima kasih dalam bahasa inggeris. Aku dah terbiasa. Boleh tahan lawak juga Ustazah Mariam ni. Nampak macam serius.
 

                              Selepas makan tengahari kami bersiap-siap untuk ke surau yang tidak jauh dari rumah Ustazah Mariam. Suami Anis mendahului kami untuk ditugaskan menjadi bilal setiap kali dia di kampong manakala Ustaz Ahmad salah seorang imam di surau tersebut. Buat pertama kalinya aku merasa teruja untuk ke surau kerana selama ini aku tidak pernah menjejakkan kaki ke surau apatah lagi ke masjid. Nasib baiklah aku minta tolong Anis ajarkan aku tadi bagaimana hendak mengambil wudhuk dan bersolat kalau tidak bagaimana agaknya reaksi Ustazah Mariam aku kata tak tahu langsung. Pengsan dia barangkali. Aku solat berjemaah buat pertama kali dan juga solat untuk pertama kali.
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment