Wednesday 19 February 2014

Pernah tak anda rasa...


Pernah tak anda rasa pandangan anda dalam sesuatu perkara tidak di hargai? Ini bukan isu kerana terlalu sensitive atau apa. But it happens too often. Apa yang membuatkan aku rasa jengkel bila ditanya dan kita beri pandangan tentang perkara yang di tanya. Si tukang tanya boleh cakap tak apalah atau tak jalan atau tak effective. He or she didn’t take your opinion seriously. Kalau dari awal tahu bahawa pandangan kita tidak akan di layan kenapa bertanya in the first place? Saja atau suka-suka? Hendak tahu samada kita boleh menjawab soalan yang di tanya dengan betul? Jika salah jawapan yang di beri maka boleh mempersendakan pandangan kita begitu? Perkara ini pernah berlaku pada diri aku sendiri bukan sekali malah berkali-kali. Jika pemikiran kita tidak up to your standard then don’t bother to ask. Or you just enjoy making fun of uneducated person like me. Mungkin juga kan. Tak apa sabar je lah.

Pernah tak anda rasa bila anda benarkan teman mengusik sesekali. They intend to do it often. Seolah-olah kita ni personal badut mereka. Apa yang menyedihkan bila teman yang berbuat begitu adalah teman yang rapat dengan kita. Mesti kau orang kata kenapa tak stop bila diaorang bebuat begitu right? Ok maybe tak semua orang berfikiran seperti aku, not that I flattered myself. But sebagai teman rapat anda harus peka dan sensitive akan perasaan kawan kita. Of course teman yang di persendakan tidak akan tell that person straight to the face to stop teasing her kerana teman yang di persendakan itu tidak mahu menguris hati temannya itu maka she play along and doesn’t mean she likes it. Make fun once in a while it’s ok and not to the extend menjatuhkan aib muka seseorang, that is too much already. Please be sensitive of other people feelings. Kalau anda di tempat teman yang dipersenda apa perasaan anda? Not that I’m being petty or what. There’s always a limit. Sabar je lah.

Pernah tak anda rasa doesn’t mean that we never hug or show how we care, maka kita tidak sensitive? Itu tidak benar kerana tidak semua orang know how to show affectionate to that someone. Ok contohnya, teman baik anda bersedih kerana di tinggalkan kekasih atau putus tunang. Dan sebagai seorang teman anda mendengar keluhan hatinya dan merasa simpati dan menasihatinya bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. That’s it, no touching involved. Maksud aku teman yang sedia mendengar masalah dan memberi nasihat tidak memeluk temannya “show affectionate” kerana tidak biasa berbuat demikian. Don’t laugh, it is truth. Kerana tidak semua orang begitu dan jika dia tidak berbuat begitu tidak bermakna dia tidak sayang atau tidak peduli tentang perasaan kamu. Jadi jangan cepat menyangka bahawa teman anda yang tidak show affectionate itu adalah Superficial. Tidak semua orang Superficial. And if you really good friend as you claim, you should know by now. Sabar je lah.

Last but not least, pernah tak anda rasa bila anda beri pandangan yang jujur orang tidak percaya? This is not the same dengan perengan yang pertama. A little bit different. Contohnya, your friend tanya kek lapis yang kita beli di salah satu website menjual kek lapis tu sedap atau tidak? Bila kita cakap dengan jujur kek itu sedap. Teman anda akan kata. Betul ke? Awak tak tipu saya? Dan ulang pertanyaan itu berkali-kali seolah-olah jawapan yang kita berikan itu tidak meyakinkan mereka dan tidak percaya dengan jawapan kita. Ni nak tanya kenapa eh perangai macam tu? Ada ke orang tipu beri jawapan? Ada eh? Kalau ada then I rest my case sebab I tak macam tu. Kalau sedap akan aku kata sedap. Dan kalau tak sedap akan ku beri jawapan tak sedap. Or maybe tekak orang lain-lain. But for me, aku memang sukakan makanan yang lazat rasanya dan akan recommend pada semua kerana I love to share the goodness in food and life. Bukan ke sharing tu caring namanya. Sabar jelah.

Harap maaf sekiranya ada terkasar bahasa semasa membuat komen di atas. Tidak terlintas di hati hendak menguris atau menyakitkan hati sesiapa. Aku sekadar berkongsi akan perkara-perkara yang pernah terjadi kepada diriku. Hopefully sesiapa yang membaca nota ini tidak beranggapan bahawa aku ni terlalu sensitive kerana mempertengahkan perkara-perkara diatas, coz trust me, I’m not.  Kata pepatah tu. “Tak orang tak Kita”. Kalau kita tidak hendak hati disakiti maka jangan sakitkan hati orang lain. Tapi bagaimana pula kalau kita selalu menjaga hati orang lain tapi orang lain tidak pernah ambil endah untuk menjaga hati kita? Sad isn’t it. Sabar jelah.

Apapun I believe happiness is a choice.
 
 
 

No comments:

Post a Comment