Tuesday 4 February 2014

Watsapp Luv! - Part 8


Kedai yang kelihatan seperti kedai emas vintage itu ku pandang penuh minat. Cantik. Dekorasinya cantik seperti zaman dahulu. Tak tahu pula deretan jalan ini terdapat banyak kedai emas. Adalah beberapa kali aku lalu di hadapan deretan rumah kedai di sini tidak pernah terperasan bahawa kedai yang kelihatan vintage itu adalah kedai emas. Aku percaya hanya orang yang berkemampuan sahaja yang mampu menempah barang kemas mereka di sini. Boleh ke aku mampu untuk membayar kos tukang dan harga cincin itu nanti. Aku berkira-kira sendiri kalau dalam RM700 aku masih mampu. Kalau lebih dari harga itu lebih baik aku beli cincin berlian solitaire dari Love & Co. puashati. Berlian tulen dan emas putih. Hai lah Farah. Kalau kau tak cuai tak hangus duit kau sampai beratus ringgit. Mana si Mikhail ni? Dia lupa ke temujanjinya dengan aku. Aku melirik kearah jam di tanganku. Kurang 10 minit ke 2 petang. Ah! Aku yang awal. Mikhail janji untuk bertemu jam 2 petang di hadapan kedai tersebut. Sebenarnya idea untuk bertemu dengan Mikhail itu tidak pernah terlintas di pemikiran aku. Memang aku tidak mahu bertemu dengan dia pun. Tujuan aku hanya mahu berkawan melalui watsapp. Lagipun Mikhail bukan kenalan aku. Aku tidak mengenali Mikhail entahkan dia baik atau tidak. Buatnya dia tu perogol bersiri atau penjenayah macamana? Aku menjadi gementar sendiri bila memikirkan perkara-perkara tersebut. Ah sudah tadi masa berjanji tak pula aku fikirkan benda-benda negative ni. Baru sekarang hendak fikir dah terlambat. Aku sudah pun terpacak di hadapan kedai ni menanti Mikhail. Harap-harap Mikhail bukanlah lelaki yang aku sangkakan tadi. Aku berdoa dalam hati. Selama ini aku tidak pernah pun bertemu dengan dia. Hanya watsapp di telefon. Gambar Mikhail pun kecil aje masa di profilnya.

“Farah, dah lama menunggu,”

Teguran mengejut dari seseorang, cukup membuatkan aku terlompat kecil. Apa taknya aku sedang berdoa menadah tangan sambil tutup mata tetiba aje orang menegur aku, macamana tak terperanjat beruk. Nasib tak melatah. Aku membuka mata memandang tepat kearah orang yang menegur ku tadi. Pemuda yang ala-ala ‘Man Hunt’ tu ku pandang tanpa berkedip. Tergamam aku seketika. Betul ke ni Mikhail? Hendak sahaja aku mengosok mata untuk memastikan aku tidak tersilap pandang. Aku tidak berbuat demikian kerana tidak mahu Mikhail mengetahui bahawa aku sebenarnya tidak percaya bahawa itu adalah dia. So terpaksalah aku membuat wajah selamba. Mikhail pula selamba sahaja bila menegur aku tadi. Reaksi wajahnya bersahaja dan tidak terperanjat seolah-olah ini bukan pertemuan kami yang pertama. Macam dah selalu berjumpa.

“Tak lama, you on time,” jawabku cuba untuk tidak tersenyum gatal. Stop it Farah. Jangan nak mengatal kau tu sudah bertunang. Bisik ku dalam hati.

“Ok, after you,” ujar Mikhail lalu tersenyum dia perasan Farah terkejut bila dia menegurnya tadi. Namun dia tidak bertanya mengapa Farah terperanjat tadi, sedangkan Farah tahu bagaimana rupanya melalui profil watsappnya. Dia membuka pintu membenarkan Farah masuk dahulu ke dalam boutique allure milik temannya. Salah seorang pekerja Boutique tersebut tersenyum menyambut kami.

“Hendak menempah engagement ring atau hendak membeli yang sedia ada,” tegur pekerja itu ramah sebaik sahaja aku dan Mikhail duduk di atas sofa berhadapan dengan cabinet kaca yang mempamerkan koleksi engagement ring. Wah cantiknya. Ikutkan hati hendak sahaja aku meminta pekerja tersebut menunjukkan ku beberapa bentuk cincin koleksi mereka. Aku ni memang pantang akan benda-benda cantik dan berkilauan. Aku membatalkan niat untuk berbuat demikian kerana tujuan aku kemari hendak menempah cincin yang serupa dengan cincin pertunanganku.

We have an appointment with Mr. Andy at 2.00pm, I’m Mikhail,” ujar Mikhail lalu membuahkan senyum kepada pekerja boutique yang menyambut kedatangan kami.

Oh Mr. Mikhail, I will let Mr. Andy know that you are here,” ujarnya lalu menuju kearah pintu yang berdekatan dengan cabinet kaca tersebut yang ku jangka pasti pejabat temannya Mikhail. Seketika kemudian handphone Mikhail berdering nyaring.

Please excuse me, I have to take this call,” ujarnya seraya bangun dari sofa dan berjalan agak jauh dari tempat Farah duduk menanti Andy.

Aku membuahkannya senyuman menandakan aku tidak kisah. Sempat juga aku mengerling kearah Mikhail yang berdiri tidak jauh dari aku. Mikhail mengenakan suit berwarna dark blue dan berkemeja putih. Pakaian rasmi business man atau ahli korporat, hanya dia tidak memakai tali leher. Seriously good looking man. Aku benar-benar tidak menyangka bahawa itu adalah Mikhail kerana aku menyangka Mikhail tidaklah sehebat mana kerana suaranya di telefon macho. Selalunya orang yang bersuara macho di telefon bila berjumpa orangnya so-so sahaja. Ini tidak dahlah suara macho orangnya pun super macho macamana aku tak terperanjat.

“Bakal tunangnya,” soal pekerja tadi sebaik sahaja keluar dari pintu yang dia masuk sebentar tadi.

Tunang. Erkk. Oh tidak bukan tunang. Kenalan hanya kenalan. Bisikku dalam hati. Namun mulutku seakan terkunci untuk membetulkan statement pekerja tersebut. Sebaliknya kepala ku angguk perlahan mengiyakan pertanyaannya. Issk tebiat eh aku ni. Ah lantaklah. Kalau aku cakap bukan, lagilah pelik kan bunyinya. Untuk menyelamatkan diri dari di tanya soalan pelik aku mengaku sahajalah yang Mikhail itu tunang aku. Habis cerita.
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment